Sunday, August 22, 2010

Fadhilat Solat Dhuha

Tatkala mendengar cerita seorang temam..byk liku dan persimpangan dalam meniti kehidupan sehariannya..
Begitu juga Makde ..tp itu cerita 5 tahun dulu...skrg Alhamdullillah tidak terhingga nikmat yang diberi..
Tapi Makde nak share sesuatu ngan kawan2..
Solat Dhuha..
Mungkin ade yang jarang-jarang dengar alkisah solat Dhuha...

Mak Makde selalu amal
Makde bergantung klu cuti atau ingat..hehe
Hidup Mak berliku dari kecil sampai berkahwin..
Betapa kuatnya Mak..
Mak cakap rezeki ni ALLAH yang kasi..
Yakin dengan ALLAH

Solat Dhuha
Bukan nak bagi kita kaya raya...bukan erti kata ..kita wat solat dhuha nih..kita menunggu kot bulan jatuh ke riba..kot jatuh tergolek..ini hanyalah iktiar..Jika kita meminta kepada ALLAH ..pasti DIA akan memberi...

Ia hanya memelihara kita daripada tergelincir...klu gaji kita 800 ..insya allah kita boleh handle 800 tuh sehingga bulan ke depan

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :

Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad
 
 
Fadilat Dhuha




Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:



1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi
 
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

No comments:

Post a Comment