Showing posts with label Aktiviti MaKDE. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti MaKDE. Show all posts

Saturday, February 11, 2017

My Best Friend

Assalammualaikum wbt
Kawan Tanya apa nama blog makde.
Hari ni makde buka..wow so surprise..
dah xda iklan.


still original
but klu Tanya code itu ini..
memang kelaut ..dah xingat.


Actually she org first yang introduce dunia hiking..dunia travel...dunia backpackers.


Nikmat melihat salah satu kebesaran Allah Ta'ala yang xsemua orang dapat.
Bawa makde keluar dari satu sempadan yang makde tidak jangka.
Titip pengalaman yang luar biasa dari biasa.
Bersama dgnnya beribu2 pic snap yang terhitung
sampai 500GB ...tunggu masa sesuai untuk frame semua sejarah.




Kami xsll berjumpa sbb jadual kerja makde yang lain dari lain.
Bertembung di taman syurga Al Fateh xpon di tasik..boleh kira dengan jari setahun berapa kali jumpa.


She is my best friend
Sbb dia selalu buat makde malu pada diri sendiri, malu pada ALLAH.
Sll buat makde ingat pada ALLAH.
Dia pangkat besar tapi sudi kawan dengan makde yang xdak calit pon.
One day jika dia Berjaya godek tulisan makde, ketahuilah dia kawan terbaik makde dunia akhirat.


InshaALLAH ada masa dan waktu...kita bersua lagi.


Rindu #Team srikandi Malaysia















Sunday, September 21, 2014

Hadiah yang kreatif dan menguntungkan.......

Assalammualaikum w.b.t

Dulu masa umur 23 tahun masa pergi kenduri kawan-kawan ingat lagi mesti cari set glass. Zaman tuh kalau set glass harga RM 30 pon kira mahal dah jika nak dibandingkan sekarang.

Tahun 2009 sebelum berpindah ke balik menetap ke kampung,dah ada bunga-bunga..dah start hadiah telekung untuk sahabat-sahabat yang terdekat.

So sweet bila depa kata "kalau sembahyang mesti ingat dengan hang dan doakan tuk hang".

Musa anak angkat abah merangkap adik angkat  juga pernah berkata.

"Jika kak nak hadiah dekat orang, baik kak hadiah sesuatu yang boleh menguntungkan kak".

Sekarang ni musim kenduri so mana-mana yang dok masih penin lalat dok cari hadiah boleh fikirkan hadiah-hadiah berikut. Mungkin boleh present juga tuk hari lahir or hadiah perpisahan.


1. Ayat-ayat Al-Quran- Perhiasan dinding.
 Untuk pengantin baru, mesti diaorang akan move masuk rumah baru. So nice jika ada ayat-ayat Al-Quran.


2.Cermin.
Ni favourite hadiah coz cermin  bila someone tu tengok cermin dia akan tengok diri dia balik..

Cermin wajid ada terutama wanita cukup suka bila ada cermin tambahan cermin yang boleh nampak dari atas ke bawah.



3.Sejadah
Bila masa kenduri atau akad nikah, hantaran selalunya satu untuk wanita dan satu untuk lelaki. Jarang kita tengok ada dua set or tiga set.Sejadah ni hadiah yang sukar tuk lupus.

Buktinya sekarang travel mesti bawah sejadah yang dapat hadiah tajwid ..masa tu umur 12 thn..bayangkanlah bapa lama dok usung sejadah tu...

4.Telekung
Selalunya mesti pengantin lelaki akan bagi satu set dekat pengantin perempuan. Tapi aku ada bagi jugak tuk bos aku sekali sejadah besar tok imam.

Telekung ni ada high sentimental value. Selalu hadiah kat adik beradik dan kawan-kawan.Tiap-tiap tahun raya tak bagi kain sut, baju mahupon tudung dekat adik beradik tetapi bagi telekung. Sebab selalu orang cari baju raya..tudung raya ..jarang orang cari telekung raya......
 
Suatu hari ada pass telekung lama wakaf punya dekat seorang anak buah aku.

Begitu seronok anak buah aku.
"Terima kasih cik, terima kasih cik..moga ALLAH merahmati cik."

Nota: Telekung lama...bukan telekung baru.


5.Papan Rehal.
Ni pon ada sentimental value...sebab selagi anai-anai tak makan..selagi tu tak reput..Dulu masa kecik-kecik mana ada pernah tengok papan rehal macam ni..

Latest present from me:

Sekarang ni zaman tak macam dulu..Masukkan dalam beg.Habis cerita..tak perlu bungkus bagai .



 
 
  
Ni lagi maleh nak tulis..pin je.

6. Tasbih
   Tasbih dan me berpisah tiada.
   Sekarang duk search tasbih..mahal dekat Malaysia..Kalau tau dulu borong siap-siap dekat Mekah..Lawa pon lawa..Kalau hadiah 10 urat ok la..tetapi kalau masuk 50-100 kena search..search..
Dulu travelling beli FM and keychain...lani dah tukar cari tasbih.


Selalu kita buat simpanan ASB dan Tabung Haji, tetapi bila kita mati..wang itu akan dapat dekat waris kita...bila kita bagi hadiah-hadiah sebegini...selama mana mereka menggunakannya...selagi itu bonus itu akan masuk dalam saham akhirat.


***********
Sesiapa yang berminat untuk wakaf telekung,sejadah, al-quran,papan rehal, buku-buku agama mahupon wang ringgit di Masjid Al-Fateh Kedah..
Anda boleh kirimkan wang or drop item dan saya sedia membantu...
email:
ikeda8201@yahoo.com.

Renung-renungkan dan selamat beramal. 
 SEDEKAH YANG KREATIF..
 
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan msg ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain. seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.



Thursday, June 19, 2014

Kinabalu Menggamit Kenangan.

Assalammualaikum w.b.t

Melihat seorang adik yang dapat mengarang satu cerita tentang kami adalah sesuatu yang membuka minda saya.

Saya bukan editor hebat tetapi saya cuba sampaikan cerita tentang kami dan Kinabalu dalam versi saya.

Jika dilihat pada azam baru lebaran 2014 catatan 3 January 2014,terdapat satu angan-angan bahawa saya mahu berjubah sambil memegang bendera Kedah. Pada tanggal tarikh  13 June 2014 ia seperti bermimpi pabila pada hari tersebut ia adalah tarikh realiti.

Samada kamu jejaki di sini adalah kehendak kamu sendiri atau ikutan kawan-kawan. Melihat latar belakang pendaki-pendaki lain membuatkan  rendah diri malah gerun namun hanya pada ALLAH tempat  bergantung samada cuaca, kekuatan dan semangat yang penuh keajaiban. Tiada latihan yang konsisten,apatah lagi berjalan kaki sejauh 10km..Hanya larian sekali sekala pada hari mingguan sahaja untuk bekalan asas. Stamina hanya dihujung tanduk apatah lagi kenangan musim lalu yang menghantui minda.



Hati berbisik pasti dipenghujung aku pancit..aku pancit..Seawal jam 8.30pagi pasukan kami yang dikendalikan oleh Saudara Hamydy bergerak dari Mersilau Nature Resort ke Laban Rata yang jaraknya 8km. Jika dahulu trek Timpohon 6km, dengan muatan beg 10kg...segala tenaga yang ada terpaksa dikerah sehingga meninggalkan tanda ingatan. Atas nasihat Kak Dila, untuk kali ini saya membawa bebanan 7kg + 2kg pada porter. 



Mengenangkan peristiwa lalu membuat saya mengambil langkah selamat iaitu terus menapak tanpa menoleh ke belakang. Walaupon bergerak tanpa kumpulan dalam trek hutan itu tidak membuatkan saya berputus asa. Saya tahu kelemahan saya.

Berehat seketika sahaja kemudian meneruskan perjalanan sehingga 1km terakhir adalah ujian yang berat untuk diri saya dimana  mengalami sesak nafas atau erti kata lain AMS. 600meter adalah satu jarak yang terasa amat panjang sangat. Hati sehingga memberi isyarat namun kehadiran porter-porter menyuntik semangat. "Perlahan-lahan berjalan", "Kamu mesti melawan, jangan ikut sangat". "Sikit lagi ja..sikit lagi." 

Waktu sampai di Laban Rata adalah pukul 5.00petang adalah satu pencapaian yang baik dari tahun sebelumnya. Hutan renyai-renyai menyambut ketibaanku. SubhanaALLAH..akhirnya sampai.
Malam tidur awal dan pagi sempat juga saya meminta tips dari Kak Dila tentang pernafasan. "Langkah 5 tapak, tarik nafas panjang  kemudian lepaskan.."




Tidak meletakkan sebarang sasaran namun hanya berdoa pada ALLAH. Pukul 3.00pagi bertolak ke puncak. Tips Kak Dila amat bermakna buat diri . Terus menapak tanpa menoleh...Terus berjalan dan berjalan..Tanpa segan dan silu..setiap 5 tapak akan berhenti mengambil nafas. Kehadiran Kak Dila ketika menghampiri puncak memberi semangat kepada diri  yang ketika itu amat penat sangat berperang dengan cuaca.


Mungkin diri bernasib baik dan ALLAH pilih  untuk bersama kelompok besar. Dapat mengambil gambar bersama. Mungkin orang tidak tahu tahun sebelum ni gambar  terhad maka saya membalas dendam untuk kali ini sehingga adik itu memberi teguran. Terserahlah kerna setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan cerita tersendiri.

Alah pada sejuk namun  dapat meneruskan seisi bergambar walaupon tangan dah terasa kebas..ALLAH pilih diri sekali lagi untuk berada kelompok ini. SubhanaALLAH terima kasih ALLAH.



Selepas seisi bergambar tanpa membuang masa, kami semua turun. Saya bernasib baik sebab ada seorang Ibu yang membantu dan banyak memberi tips kepada saya.Seperti biasa dipenghujung mesti saya bertanya.."jauh lagi ka", "bila nak sampai". Itu tandanya kepenatan di bawah paras maksima.




Selepas makan, semua berkemas untuk turun ke Timpohon. Turun melalui batu dan tangga adalah kelemahan saya. Maka saya perhatikan kawan-kawan saya turun. Jumping dan terus jumping..Rehat 5 minit kemudian sambung. Saya lihat semula trek yang ketika dahulu membuatkan saya menangis. Lihat tangga-tangga yang suatu ketika dahulu saya asyik merungut bila lalu tangga. Lihat kawasan-kawasan yang pernah air lintas sehingga ke paras betis. Lihat kembali kesengsaraan dan pergelutan suatu tika dahulu. Saya lihat bagaimana setianya sahabat saya menunggu saya. 

Sahabat saya diuji dengan keracunan makanan dan pastilah saya orang kecewa apabila kami tidak dapat bergambar di puncak bersama. Gerak awal bukan bermaksud mahu  menjadi juara tetapi tidak mahu menjadi penamat. Stamina saya tidak seperti orang lain yang maintain. Stamina saya pada satu tika ia akan down.

Tanpa sokongan saya tidak akan berjaya. Apa yang saya pelajari. Ujian itu sentiasa ada merentasi hidup kita namun sokongan perlu untuk kita lawan semula.

Gembira sebab ALLAH pilih saya lagi..walaupon stamina saya sekadar dipinggiran sahaja.I can!!!!

ALLAHURABBI
ALLAHURABBI
ALLAHURABBI
SUBHANALALH!!


Sunday, April 6, 2014

My First Batch Foreign Workers.


Assalammualaikum w.b.t

Satu kenangan yang terindah untuk tahun ini.Di antara beribu-ribu orang mereka terpilih menjadi sebahagian keluarga kami.

Kebanyakan mereka adalah lepasan sekolah berumur 18 tahun.
Datang dalam serba kekurangan. Mengajar saya erti syukur.

Walaupon apa pon pandangan manusia terhadap mereka.Semoga mereka tidak tersasar meneruskan  perjalanan kehidupan di sini.




Rakyat Malaysia patut malu pada mereka. Walaupon telah berulang kali di beri peluang namun kita tidak tahu menghargainya. Kita selalu menuding jari menyalahkan pihak lain.

Mengajar saya erti kekurangan diri. Banyak kelemahan yang perlu dibaiki dalam komukasi saya.

"Ibunya bicara pantas sekali"

"Ngak faham ibu!!!"


Saturday, January 25, 2014

Kembara Alam Siri Jelajah 3 -Melihat Kebesaran ALLAH SWT di bumi Aceh.

Assalammualaikum w.b.t

Banda Aceh adalah ideal asal mak yang beria-ria nak tengok bekas Tsunami.

Masa itu pakej offer seorang RM 1400. Bagi saya jika mak ngan abah nak pergi.pergi je..tak kisah berapa pon. Lagipon pakej ni ramai kawan-kawan.

Memandangkan mak nak bawa si Muiz,Wafiy dan kakak setelah dicongak2 didarab dan dibahagi, saya suarakan agar mak pergi backpack sebab ia menjimatkan.Terjebaklah diri untuk uruskan semua dari A-Z. Alhamdulillah pengalaman  mengikut sahabat  bercuti di tempat orang secara backpack dan ilmu sourching membantu sedikit sebanyak.

Tetapi masa dokumentari 26 Disember itu ia banyak membuka mata saya..Kenapa mak nak pergi.

Banda Aceh 4H 3N

Ticket Flight: RM 740 untuk 5 0rang termasuk luggage seorang 25kg ( ni beli masa promosi).Jika actual price harga RM 500 seorang.

Penginapan: Saya pilih Hotel Lading sebab ia terletak berdekatan dengan Masjid Baiturrahman dan Pasar Atjeh. Dalam 100 meter jalan kaki ke masjid.

Hotel Lading Banda Aceh
Jalan Cut Meutia 19,
Banda Aceh.

Tel: 0651635123 (Bapak Herman)-better call direct +62 sebab email lambat feeback.
Email: info@ladinghotelaceh.com

Saya dapat family room (tingkat bawah sekali),alhamdulillah betul-betul depan surau. Muiz la yang selalu teman saya solat di surau.

Ni depan surau.






Hotel 3 malam /Family room termasuk breakfast :Rp 1,050,000.00.

 Bilik ada hot shower dan aircond..Air panas dan seterika kena request. Untuk saya sekeluarga berbaloi perkhidmatan dan harga yang ditawarkan..Cuma air panas, ia mengambil masa dekat 10 minit untuk jerang di kaunter, sebab si Wafiy ni asyik-asyik susu..Sabar juga kakak berulang ke kaunter. Hari terakhir baru mereka letak dalam bekas..kira tak perlu tunggu jerang. Boleh pon letak dalam bekas.

Rental Mobile/Supir:

17 Jan 3pm until 20 Jan 11pm- Kira 3 hari ja..Alhamdulillah...Rp 1,350,000.00.

Rental Mobile +Supir : Rp 450,000.00 sehari.(Avanza) muat untuk 4 org..
Petrol, parking fee: kita bayo sendiri..macam saya tanya dulu anggaran tempat2 yang saya nak pegi..total Rp 150,000.00 (petrol) + parking Rp 5,000.00 + Rp 10,000 (Pantai Lampuuk).

1. Boleh ja call Hotel Lading dan minta rental mobile +supir sekali..Kena call..sebab email xda responce..Saya dah sampai baru dimaklumkan bahawa mereka ada carikan saya supir.


2. Faisal : +62 81360109676. 
   Irfan : +62 0813 77227800
   Miswar: +62 085260000492

 Ketiga-ketiga ini satu company yg sama..Saya deal dengan Faisal...Bapak Irfan bawa dua hari dan Miswar sehari masa hantar pulang.....Bapak Irfan dan Miswar kalau sebut ibu Haida mesti ingat sebab keriuhan dengan ketegangan telatah si Muiz dan si Wafiy...hanya orang sabar boleh tahan dengan situasi ini. Bapak Irfan ketika Tsunami dia di Jakarta...mula-mula tengok serius orangnya..hehehe..Miswar baru berusia 29 thn   dan dia adalah salah seorang yang mengalami sendiri pengalaman Tsunami. Ketika bencana, sungguh begitu banyak wang terhimpun di depan mata...tetapi ketika itu hanya nyawa sahaja difikirkan..hanya diri dan pakaian di badan sahaja yang selamat...kalau kita?

Saya berpuas hati dengan mereka sebab masa mereka tepati..dan sabar dengan karenah si siput ninja..Terima kasih untuk Irfan dan Miswar menemani kami sepanjang di Banda Aceh..

Si cilik...Si siput ninja...(Ibu itu panggil)..kakaka.,

3. Yusran : +62 0823 6079 3786. 
   Yusran ni salah seorang sub katering di Hotel Lading..Dia ada kawan-kawan untuk Supir. Boleh juga deal.


Normally kalau ambil teksi dari Banda Aceh untuk ke Hotel Lading adalah Rp100,000.00 (satu kereta bukan satu pax) dan Hotel lading menyediakan perkhidmatan Airport shuttle..ketika  penghantaran balik sahaja..dalam Rp 85,000.00 (buh pi la Rp 100,000.00) apa yang dimaklumkan kepada saya.

Kalau sampai petang, saya syorkan ambik teksi terus ke Hotel..Boleh jalan kaki ja ke Masjid Baiturrahman dan Pasar Atjeh..Alang-alang ke masjid solat sekali d dalam..Macam saya bawa mak dengan si cilik..saya buat pakej sendiri...santai..Tak boleh buat Aceh Adventure..sebab si cilik tak boleh duduk diam..Kalau bawa pergi tempat-tempat Tsunami.." Mengantuk la..".."Penat la"..Takkan nak tinggal dalam kereta..Balik terus hotel...

Tapi bila balik hotel..bukan tidur..siap berultraman lagi...kira warga Hotel Lading mesti hairan tengok bilik 123 yang riuh macam histeria..(tutup mata ja..tak berultraman..)..

Semua tempat Tsunami Tour tidak dikenakan bayaran..Ada banyak tabung-tabung amal di sediakan di situ..terpulang kepada diri kita..

Tempat -tempat yang saya lawati:-

1. Masjid Raya Baiturrahman.( saya jalan kaki ja..)
2. Pasar Atjeh (betul2 belakang masjid) pon saya jalan kaki ja..Pas solat .apalagi kaki..masuk gear la..

3. Rumah Aceh- tengok luar ja sebab tutup (Lonceng Cakra Donya- dekat rumah Aceh.
4. Makam Perkuburan Masal Sirom (meremang bulu roma sebab saya bayangkan 46,000 jasad dikebumikan di sini beramai-ramai...bayangkan ramainya..)
5.Museum Tsunami
6.Kapal APung Tsunami
7.Gunongan.
8.Kherkhoft Peucut (kalau tak salah makam orang Belanda)
9.Pantai Lampuuk..serius air dia jernih macam pantai Semporna.
10. Blang Padang- lalu ja..salah satu tempat yang ramai terkorban..

11. Masjid Rahmatullah
12. Masjid  Baiturrahim.
13. Makam Syiah (Para Ulama).


Semasa Tsunami,kebanyakan mereka berada di masjid-masjid (rumah ALLAH) melihat kebesaran ALLAH. ada yang mengatakan air tidak cecah lantai masjid..di Ulee Lheue hanya masjid Baiturrahim sahaja yang terselamat..

Saya bertuah sebab dapat jejaki ketiga-tiga masjid tersebut. 

Makanan:

Makanan di Banda Aceh tak de letak harga macam di Bandung..masa order saya siap memikirkan berapa harga..takut la kan..di tempat orang..dengan status pelancong..
Semua akan syorkan jus alpokat..(Awat Malaysia xbuat).
satu gelas : Rp 10,000.00.

Saya makan di restoran Khan Aceh Ryeuk untuk 4 orang dewasa dan 2 kanak2 : Rp 400,00.00 (berbaloi..sebab ayam tangkap,ikan bakar (bawal sederhana),ngan udang mentega..jus 7 gelas..+ gulai kambing dengan lauk aceh.

Stail orang Aceh..mereka akan hidangkan banyak-banyak lauk di atas meja..(nasib baik Kakak habaq)..kalau kamu rasa nak makan lauk tu..ambil..yang lain letak sebelah..kalau kamu usik ..yang itu akan dikira..

Makan di Pantai Lampuuk: Ikan Bakar dan nasi putih + 8 gelas jus : Rp 400,000.00...Besar ikan dia...Puas la makan ikan..

Mula-mula saya order mee..sekali mereka hantar..saya cancel ambil nasi..Mee memang buatan mereka sendiri..tetapi bagi saya mee rebus/mee udang kat Malaysia sedap lagi..huahuahua..

Makan malam/petang saya lebih suka mencuba makanan di gerai-gerai di tepi jalan Pasar Atjeh..kalau tidak cuba..masakan kita tidak tahu.
Alhamdulillah..makanan sedap dan harga berpatutan..Makanan petang saya sekeluarga hanya Rp 100,000.00 sahaja termasuk minuman..
 
Semasa berjalan-jalan di Pasar Atjeh dengan Kakak (pergi berdua sebab nak cari ole-ole dekat mak)..seorang pakcik siap memanggil-manggil...semangat pakcik tu..penjual Bakso ..suka saya dengan Bakso..

Saya beli tiga bungkus Rp 10,000.00 sebungkus..balik makan kat bilik..sedap Bakso dia..

Sambung makan pagi esok..Alhamdulillah perut tak ada apa2..

Sama dengan pakcik yang jual Ice kacang (sebelah Pakcik jual Bakso..(sana panggil lain..Ais kepal kot kalau tak salah.)..Rp 5,000.00..memang terbaik..tak sama dengan Malaysia...

Saya syorkan cuba Ice kacang dengan Mie Bakso pakcik-pakcik..betul-betul tepi jalan Y...Dekat situ boleh makan..tapi saya bungkus sebab nak makan dengan mak di hotel.

Apam balik kalau kat Malaysia letak jagung..Banda Aceh letak coklat..saya suka sebab coklat..Rp 10.000 ja..

Satu lagi nama kuih dia Pancung...ini pon sedap jugak.

Saya minta Pak Supir bawa ke tempat yang jual kuih-kuih tradisional...Macam -macam ada...mata pon rambang..Salah seorang penjual dia pernah kerja di Mattel Penang..5 tahun..

Apa-apa pon mak nak pergi lagi..nak bawa Abah..tengok sendiri Kekuasaan dan Kebesaran ALLAH S.W.T..

Saya cadangkan kawan-kawan pergi Banda Aceh..tengok sendiri bumi tanda Kekuasaan dan Kebesaran ALLAH..

-Al Fatihah buat mereka yang terkorban Tsunami 26 Disember 2004-






Saturday, September 21, 2013

Melihat KebesaranMU di bawah langit biru- Mulu Pinnacles.......

Assalammualaikum w.b.t

Kembara kehidupan diteruskan. Setelah sekian lama bercanda dengan Mr Google dan akhirnya.

Melihat cuaca yang tidak menentu maka tiada sebarang harapan  diletakkan dan hati terus berdoa mudah-mudahan jangan sesekali berputus asa.

Pertemuan kali ini seperti reunion kerana ia menggabungkan semua team wanita yang terlibat dengan ekpedisi Gunung Kinabalu 2012.

Team Semenanjung : Saya, Eli, Zaina, Kak Ain, Kak Lia, Kak Bib dan Kak Ila- semua wanita.

Team Sarawak :  Jo,Nafisa, Halimah, Muali, Hazata, Zambri dan Morshidi.

Dua team bergabung menjadikan keseluruhan 14 orang peserta.











1. Memandangkan kesan bebanan di KK masih terbawa-bawa maka keputusan diambil untuk membawa pakaian asas sahaja. Baju sejuk tinggal di Mulu Park.Namun ada pro dan kontra, kerana ketika malam menyapa,sejuk yang terlampauan. Terpaksa memakai dua pasang t-shirt,seluar,stocking dan glove. Namun malam terakhir makan dua biji panadol untuk memanaskan badan kerana pakaian basah dan lembap.

2. Dua malam di Camp 5 tidak boleh tidur walaupon turun dari mendaki. Semua diam dan kaku di tempat tidur masing-masing. Walaupon keadaan tempat yang terbuka namun alhamdulillah nyamuk tiada.

3. Pacat jangan sesekali disebut kerana ketika datang tiada seorang pon kena pacat tetapi ketika pulang sakit bukan kepalang digigitnya,bukan seekor bahkan dua ekor.Itulah pacat hutan.

4. Ketika menaiki boat-hati tertanya-tanya adakah Sungai Melinau ini mempunyai buaya tetapi jika difikir secara logik takkan mereka hendak membawa kami jika sungai tersebut berisiko. Melihat masih ada  menggunakan air sungai untuk  keperluan kehidupan seharian mereka. Teringat zaman kanak-kanak,mandi dan membasuh di sungai.




5. Ketika hendak memulakan pendakian,sumbat ke dalam beg,biskut satu bekas, roti sebungkus, bihun  goreng sebungkus dan 2 biji epal namun ketika sampai ke puncak, epal juga yang dicari. Terasa nikmat yang sukar diungkapkan. Yang lain tak pandang termasuk cokelat. Beli 4 bar cokelat namun hanya 1/3 suku dari 1 bar sahaja di gunakan.

6.Banyak gua diterokai dan perlu banyak berjalan. Ketika di dalam gua, hati terfikir..Adakah di sini ada juga kehidupan lain. Air sungai jernih dan sejuk sekali. Terpesona dengan setiap keajaiban di depan mata yang tidak pernah dilihat sebelum ini.Bau menusuk di hidung mungkin kerana tulang-tulang manusia. Satu ketika dahulu gua adalah tempat tinggal manusia ketika zaman Neolitik. Dan gua juga dijadikan tempat kuburan di mana tulang-tulang manusia disimpan dalam periuk tanah dan diletakkan di sini.



7.Tapak kasut pecah dan terkulai di 1.8m ketika turun. Ini menandakan batu-batu di sini tajam. Tangan luka sebab pegang batu ketika menahan badan.Tapak yang rosak membuatkan terpaksa mengesot perlahan-lahan dan bergantung sepenuhnya pada batang pokok untuk berpaut.

8. Ketika turun ada terfikir di dalam kepala hutan ini ada ka harimau. Sebelum berpaut pada batang pokok, kepala mesti mendongak tengok sebab takut ada sang ular. Semasa memegang akar-akar kayu dan melihat lubang-lubang pada akar kayu membuatkan kaki cepat-cepat mengesot turun. 

9. Saya,Eli dan Kak Bib adalah peserta yang di tengah-tengah,berjalan seorang-seorang tanpa Guide. Saya mungkin bernasib baik kerana di hadapan, di belakang saya Kak Bib. Namun Eli tidak bernasib baik kerana ditinggalkan jauh oleh Kak Bib. Kak Bib merapati saya ketika 500meter.Ketika itu jam 4.30 petang hujan lebat dan hutan kegelapan. Perasaan Eli keseorangan di dalam kegelapan dan hujan lebat boleh saya rasai kerana di belakang dia tiada orang.

10.Di Mulu kebanyakan tandas tiada paip atau cebuk. Kami yang kreatif ambil botol mineral besar dan potong untuk dijadikan cebuk. Jika mana-mana team yang berhajat ke Mulu, bawa paip getah 1 meter atau cebok..Wakafkan di tandas-tandas di sana. 

11. Ketika di Penginapan di salah chalet  yang berdekatan Taman Negara, riuh sekampung waktu subuh sebab tiada elektrik dan air. Mereka guna generator. Tiada notis bahawa malam tiada elektrik dan air. Pihak chalet sepatutnya menyediakan satu baldi di dalam tandas untuk kami menadah air sebelum generator dihentikan untuk kegunaan kecemasan. Mana-mana team jika ke sana boleh membawa seorang satu baldi. Sekurang-kurangnya ada kenangan.

12. 16 September 2013 tercipta sejarah apabila cuaca buruk dan Maswings terpaksa membatalkan penerbangan pada hari itu. Semua jadual terpaksa dirombak. Ketika itu Kak Ila berkata pasti ada hikmah di sebaliknya dan semak balik zakat. Peringatan untuk diri sendiri. Tiada yang merungut. Hikmahnya kami merasa duduk di Royal Mulu Resort. Tabah dalam kesabaran.

13. Jika ditanya mahukah lagi ke Mulu Pinnacles? Jawapan cukup sekali merasa. 

14. Perasaan diri gayat ketika menuruni tangga sebab mata melihat curam yang terbentang di depan mata dan psiko terus ke otak. Kaki sukar untuk melangkah turun sebab perasaan takut. Ketika naik tiada masalah sebab mata hanya memandangkan langkah orang dihadapan. Ketika turun hanya ALLAH yang tahu,perlu fikir sendiri di mana mahu letak kaki dan hari ini terus mencari maklumat teknik-teknik turun dari gunung.

15. Andy Guide kami,mula-mula tengok dia serius ketika briefing namun dia sebenarnya seorang kelakar, kerana tiap kali berhenti dia siap menyanyi dan menari-nari.Terharu di hari terakhir dia masak cucur sayur siap dengan persembahan pinnacles. 

16. Ketika naik saya merapati guide kerana tahu tahap stamina saya dan akhirnya saya barisan di tengah-tengah yang sampai di puncak. Dan ketika turun, stamina saya out sehingga satu ketika saya duduk di batu dan merenung ke hadapan. Berserah sepenuhnya padaNYA.

17. Ketika jam 6.00 petang semua orang berdebar-berdebar menunggu di ruang makan kerana masih ada 7 orang yang tidak sampai di Camp 5. Ini kerana Kak Ain mengalami otot lutut lemah. Kaki Kak Ain tidak boleh berdiri. Ketika mereka sampai satu tepukan gemuruh diberikan.

18. Allahuakbar!!Allahuakbar!!  Alhamdulillah sebab semua 14 orang peserta berjaya sampai di puncak dan turun dengan selamat dan menjadi salah seorang saksi melihat kebesaran ALLAH S.W.T. Terima kasih ya ALLAH!!.



 


Saturday, September 7, 2013

Mengorak langkah kembara kehidupan..

Assalammualaikum w.b.t

Setiap apa yang terjadi jangan sesekali bersangka buruk pada ALLAH. dan jangan pula kita menzalimi diri sendiri.

Kembara kehidupan bermula tika mencari siapa diri. Kekuatan datang tanpa disedari. Hati mengorak pergi. Melihat kehidupan hakiki yang terdampar di depan mata. 

Mensyukuri dengan nikmat ALLAH, berpeluang melihat sesuatu di luar kaca mata.Kehidupan di dalam sampan,mata  sarat dengan pelbagai soalan.Kagum dengan usaha badang kinabalu yang tidak mengenal penat dalam mencari rezeki.Hati sentiasa mensyukuri dengan nikmat yang ALLAH bagi. Sebab itulah mulut berbicara tatkala melihat sahabat-sahabat yang gemar mensia-siakan rezeki di depan mata.
  
Banyak kekurangan diri yang perlu diselongkari. Banyak ilmu yang perlu diterokai. Banyak perkara yang perlu dipelajari. Tujuan hidup terus dicari. Hidup biar beerti. 


Kadang-kala ALLAH menguji, jangan sesekali berputus asa. Teruskan perjuangan. Tidak mengharapkan balasan manusia kerana ganjaran ALLAH yang ditunggu-tunggu.

Tika ini ALLAH kurniakan sahabat-sahabat sejati yang sering mengingatkan diri.Bicara seorang sahabat lama..Jika letih, bacalah AL-Quran. Insha ALLAH AL-Quran ubat segala-galanya.Bawalah ia ke mana kamu pergi.





 
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Ya ALLAH, berikanlah kemenangan kepada diriku. Kurniakanlah aku kesihatan dan cuaca yang baik. Permudahkan setiap langkahku. Amin.

Sunday, April 28, 2013

L@ngkah Pertama

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini langkah pertama bermain dengan risiko. Melihat teman-teman yang maju ke hadapan maka tergerak hati saya. 

Melihat mereka yang bertanya, hampir 3 hari saya menghadap desktop ini sampai naik pusing kepala sebab saya tidak mahu bermain dengan harga dan saya mahu semua mereka mampu miliki..

Cuma yang ini tiada pilihan, saya tidak boleh memilih....apa-apa pon moga ALLAH permudahkan pekerjaaan ini.

Berfikir itu yang mahal kerana ia bukan mudah...dan bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak...

Saya memang sangat suka kain putih ini..dan saya amat galakkan mereka semua menghadiahkan kepada keluarga...dan jadikan ia pakaian baru setiap tahun tetapi pada masa yang sama saya tidak mahu harga  menjadi bebanan.

Walaupon ia sekadar kain putih, namun tinggi nilainya dan amat bermakna sekali. 

Sempena hari Ibu yang akan datang, Ayuh teman-teman hadiahkan  kain putih..



Friday, November 23, 2012

22 November 2012

Assalammualaikum w.b.t.

Semalam dalam radio..22.11.12..tertarik bila DJ kata hari ini adalah hari istimewa..
Rupa-rupanya..genap 3 tahun blog ini bernafas walaupon kadang-kadang..walaupon suam-suam kuku..walaupon coretan, baca pon bole tido..atau bila baca...karangan dalam kategori gred C ..apa-apa aja la..
 
Tiada cerita yang hot...tiada cerita yang melet0p...semua dah down..kerjaya ia macam politik..kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah...sejauh mana kita sanggup menghadapi politik tersebut..patah kerusi boleh lagi diperbaiki...patah hati..kaki melangkah pergi...

Tetapi kita berhak untuk memilih yang terbaik untuk diri kita. Seorang sahabat menghitung hari..pasti hati kecil berat namun hidup perlu beralih arah...Minggu depan tiada lagi gerak tawa...ahli pasukan semakin berkurang..semua hanya menunggu mencipta peluang dan tika peluang tiba pasti semua akan pergi...





Memandangkan waktu singkat...tak sempat nak memikir...tak sempat nak godek2......ikut idea  Kak Gayah...guna apa yang ada..
Just untuk buat kenang-kenangan...namapon PP02...hahaha..tengok jahitan pon tahu as beginner...tapi xpa..janji niat itu betul..


PP02, idea dari K.Gayah....