Saturday, July 30, 2011

Ganjaran

Mak kata kalau kita bagi apa yang kita suka ..ada ganjarannya..
Mak kata kalau kita menggembirakan orang lain...ada juga ganjarannya..
Mak kata kita kena share kegembiraan kita..
Mak kata dalam kita bergembira ada orang bersedih..
Mak kata dalam rezeki kita melimpah ruah..ada orang  ibarat kais pagi..makan pagi..
coz  rezeki itu milik ALLAH..
pinjaman sementara di dunia..

Tetapi mak juga berpesan..
dalam mengingati ..jangan lupa diri sendiri.
kenapa mak kata macam ini..?

Semalam makda mencari stocking..
Stocking semata-mata..
Ermmm
Tidak perlu cari..
Tidak perlu menanti..
Tidak perlu berfikir..
Mata menangkap sesuatu...

Tetapi makda sedar..makda dah ada..
Sedangkan orang lain ada yang tiada..
Sedangkan orang lain ada yang mengharap..
Kenapa makda terfikir mereka???

Thursday, July 28, 2011

Fasa 1


14 July 2011 12.01 pm
GErak hati makda tak pernah menipu..
dan apa yang makde rasakan..telah pon berlaku..
dan hari ini makde lalui..
Alhamdulillah berkesudahan dengan tenang..
Dan pasti ke hadapan ada cabaran lagi..

Moga ia berjalan lancar..
Tak terlintas pon tetapi niat juz nak tolong..
Moga selepas ini ada fasa 2 dan seterusnya ..

15 July 2011 3.08pm
Mudah-mudahan next week settle..
lusa kena pergi bank..
dan berharap ia mampu menggembirakan sume org..
dan moga semua berpuas hati..


25 July 2011 11.00am
Tengah basuh aquarium..
datang posmen..
apalagi..melompat la den..
surprise menjadi kali ni..
berdebar-debar dan terseksa pon ada ..
tunggu posmen punya pasal..
hari-hari pulak tu..
posmen bukan tak datang..
datang tapi membawa berita orang lain..
grrr...
apa2pon...Selamat Hari Lahir cikna.
Syukran Jazilan dipanjangkan usia...

28 July 2011.
Alhamdulillah sume dah settle..
bole tarik nafas lega..
Ermm macam mimpi pon ada..
moga ia mampu menggembirakn sume orang..

Monday, July 18, 2011

Bicara Hati

Dibalik kepekatan malam..
Sunyi menyelubungi..
Hati meronta-ronta..empat penjuru mengasak..
Mengharapkan sokongan..
Mengharapkan kebangkitan..
Tetapi harapan itu dikatakan palsu...

Mengapa hati ini disakiti..
Mengapa hati ini dilukai..
Aku bukan pesalah untuk diadili..
Tiada niat..malah langsung tiada agenda..
Namun alasan tinggal alasan..

Bait-bait baris menghiris senmbilu..
Ku terima di dalam kepayahan..
Bait-bait sendiri dijadikan tawanan..
Ku terima di dalam kesakitan..

Dari air mataku yang jernih..
Bicaramu entah di mana..
Betulkah apa yang kau katakan??
Atau mainan...

Andai ku tahu begini jadinya..
Aku pon tak mahu...

Betulkan apa yang katakan??
Atau mainan..............


Berpikirlah permusuhan maka kita akan 
dimusuhi, berpikir kebencian kita akan
dibenci, dan jika kita berpikir kasih,
maka kita akan dikasihi. Ini adalah
hukum alam. Kita menjadi seperti apa
yang kita pikirkan.


Jangan kau luapkan amarahmu.
karena dia adalah bagian dari
pembelajaranmu
sebab dari dialah, dirimu bisa belajar
mengubah bencimu menjadi Cinta.

Sunday, July 17, 2011

Plus Minus Toleransi

Kadang-kadang kita rajin orang kata menunjuk-nunjuk..
Kadang-kadang kita malas orang kata kita tak kerja..
Kadang-kadang kita banyak cakap orang kata  terlebih cakap..
Kadang-kadang kita diam orang kata sombong..

Kadang-kadang kita baik orang rajin ambil kesempatan..
Kadang-kadang kita jahat orang pakat dok mengata..
Kadang-kadang apa yang kita buat orang tak pandang..
tetapi kadang-kadang  bila tak ada orang kita jadi sandaran..

Kadang-kadang kita fikir..kita boleh hidup sendiri..
tetapi..
Kadang-kadang kita lupa.. bila kita susah kita cari kawan..
Kadang-kadang harta benda kawan jadi harta benda kita..
Kadang-kadang kita fikir kita  lah hebat..
Kadang-kadang kita tak tahu ada lagi yang hebat dari kita..
Kadang-kadang kita rasa kita bagus buat macam ni..
Kadang-kadang kita alpa kita jilat semula ludah kita..

Sekarang tak perlu susah hati..
Fikir perasaan orang lain..
Juz go on apa yang ada di hadapan..
Kadang-kadang kita lupa setiap roda ada putarannya..

Toleransi ada hadnya juga..
Jangan asyik fikirkan diri sendiri..
Ingat satu perkara ...
Bila kita mati..bukan diri kita yang menguruskan jenazah kita..
Sombong mana pon kita..ingatlah orang disekeliling kita..
Tinggi mana terbau bangau...akhirnya hinggap dibelakang kerbau jua..

Thursday, July 14, 2011

F.r.i.e.n.d.

You Don't HavE To FiND........

A PerFeCT PerSoN.

To Be YoUr PerFect FriEnD....

I't JuSt NiCe To HaVE

A TRue FrieNd ........

Who is PerFect For EacH Other....

When Both Of YoU......

TOGETHER..........

Wednesday, July 13, 2011

Apabila manusia berkira riang dan kudrat

Ada teman kata...
jika tak ikhlas jangan buat..
ada juga teman kata..
senangnya pabila bercakap..
ada juga pepatah melayu..
ringan sama dijinjing, berat sama di pikul..
ke bukit sama di daki, ke lurah sama di turuni..
ada juga kata bidalan..
rambut sama hitam..tetapi hati lain-lain..

bila orang tolong tetapi tak pandai hargai..
tapi bila minta tolong sket pon..berkira..
sekali bole terima tetapi banyak kali..
rasa hilang respect..

who are u??
jangan bercakap etika professional..
jika diri sendiri pon xwat..
jangan bercakap tentang orang lain..
tetapi diri sendiri pon macam orang tu juga..
jangan lantang bersuara..
tetapi diri sendiri di tempat yang salah..

jangan tolong jika tak ikhlas..
tetapi klu xwat sume sangkut..
nila setitik rosak sebelanga susu..
nak jaga sebelanga susu,
kena berhempas pulas..

jangan buat jika xnak buat..
tetapi jika xwat..
sume dapat nama..
nak jaga sume nama tu la..
kena buat..
tetapi diri sendiri tetap xrasa apa-apa..

berkira riang dan kudrat..
tetap xkan akan kemana..
tetap xkan senang mana..
jika ini menjadi amalan..

jangan persoalkan kelebihan orang lain..
jika diri sendiri kekurangan..
jangan persoalkan apa yang orang lain dapat..
jika diri sendiri tak macam orang lain..
jangan mencari salah orang lain coz
no wonder orang lain bole mencari salah kita..

jangan sangka panas berpanjangan kerna gerimis akan mengundang di tengah jalan..
jangan sangka tupai pandai melompat xkan jatuh ke tanah..
hari ini roda kita di atas..tetapi lama mana roda itu bertahan..

Kura-kura dalam perahu..
Suda tahu jangan pura-pura buat tak tahu...

Dugaan

1.Gagal lagi......
Semalam kemas peti..mata tertumpu kepada satu benda...cocoa butter...
makda  dah tersalah guna crisco..ermmmmmmmm...Ya ALLAH...patut la.cokelat makda melekat..sampai crack mould dibuatnya..Nape la xperasaan dari awal..trial 1st mmg suka..cantik..then makda try teknik marbling..situ dah terasa kesukaran semasa mengeluarkan cokelat..tp ingat xmengapa..semalam try lagi  tuk perisa coz makda  baru pasan perisa pudina..makda xpernah guna lagi...
Crisco tu kena beli lain..coz makda nak guna juga tetapi bukan untuk cokelat...tension tahap tenuk....coz xcukup bahan mentah..semalam makda budget cukup-cukup tuk clear stock..nak clear peti..klu beli lain..penuh lik peti makda..dengan 3 bar cokelat...ermmmm lagi 10 biji ja....
Semalam si cilik menjadi mangsa...kerna angin tension makda..kena tempik satu umah...terasa bersalah pulak...balik pon xnak salam dah..makan dalam..hu..

2.Penantian..
"Masih lagi tersangkut kat port klang"...sabar makda..mudah-mudahan ia kesudahan khabar baik..stock limited..makda takut mengecewakan orang lain....Ya Allah permudahkanlah urusan ku....dekat satu minggu tersangkut..makda xtahu apa masalah.selalu document tak lengkap..klu document lengkap..sehari dah settle..first feedback makda punya xda..bole rasa..entah sempat ka tak sampai sebelum besday cikna...

Monday, July 11, 2011

APa SalahKu...................


apa salahku kau buat begini
kau tarik ulur hatiku hingga
sakit yang kurasa...

katakan yang sebenarnya
jangan mahu tak mahu

seperti ini...


biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan..

cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan.....

meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan..


akhirnya kini aku mengerti........

Friday, July 8, 2011

Hadiah Terakhir

makda tak pandai meminta2..
segan pulak bila dah jadi begini..
memandangkan teman makda kusyuk ja usha..
makda sourching tuk tolong teman..

Alhamdulillah feedback awal bagus..
semua tak dirancang..
tapi penyakit makda..
klu xdapat sesuatu..makda cari juga sampai dapat..
cuma lambat dengan cepat ja..
dan teman kata makda ego..
ego setinggi gunung...keh3..
coz makda xsuka..klu ada orang sama ngan makda..
penyakit menyusahkan orang..lalala..
bila ada yang sama..makda cari yang lain..
janji tidak sama..
tapi klu kebetulan sama mmg xbole nak kata apa la..

sume berjalan lancar..
mudahan-mudahan tiada yang tercicir..
esok berdebar tunggu feeback..
takot mengecewakan orang lain..
ari ni makde punye xda..
ermmm untuk diri sendiri xda..
memusing memikir..
cam no nih...huwaaaaaaa.

Tuesday, July 5, 2011

Aura "Hamba"

Sedang aku menelaah pc..
datang kelibat tubuh kecil..
terkedek-kedek mendapatkan ku..
sopan..terus duduk diribaku..

sebaik irama tu berhenti..
si cilik ini bingkas bangun..
aura lagu "Hamba"
bagaikan magnet..

masih ingat lagi..
terkandas dua jam..
di dalam perjalanan pulang..
lagu ini menghiasi.berulang-ulang kali..
melihat si cilik terangguk-angguk.
suka benar mereka..

hari ini saja aku boleh melihat si cilik ni terangguk2..
esok tiada lagi..
rindu pasti bertandang..
melihat keletah2 mereka..
yang tidak pernah mengundang sepi..

Saturday, July 2, 2011

15 Alasan Rindukan Ramadhan

Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:
 
1. Gelaran taqwa

Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah infrastructure untuk mendapatkan gelaran taqwa itu.
 
"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." QS al-Baqarah: 183
 
Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah
Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri, saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." QS. Ath Thalaaq: 2
 
"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." QS. Ath Thalaaq: 4

b. Dicukupkan keperluannya
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluan)nya...." QS. Ath Thalaaq: 3
 

c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati
Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.
 
"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa
bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." QS. al-A'raaf: 35

2.Bulan pengampunan

Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkin   terjadi.

Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
 
Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."

 
3. Pahalanya dilipatgandakan
 
Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya." HR. Bukhari Muslim

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib. HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah
 
Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah..
 
4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu." HR Muslim

Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan "Sale". Orang yang tidak membeli akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya ikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk syaitan menggoda manusia.

5. Ibadah istimewa
 
Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku." HR Bukhari Muslim
 
Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah
Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani
sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa.
 
Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi makan.Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.
 
Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita tauladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan.

Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar.Belajar boleh melalui membaca Al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.
 
Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya
mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa
menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.
 
Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.
 
6. Dicintai Allah

Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada- Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya."
HR Bukhari
 

7. Do'a dikabulkan
 
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku." QS. al-Baqarah: 186
 
Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku."
 
Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang."  Ahmad dan Tirmidzi

Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan, kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram, bagaimana dapat dikabulkan doanya?

Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.

8. Turunnya Lailatul Qadar
 
Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia.

Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan. QS. al-Qadr
 
Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur'an
diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada
malam itu.

Beberapa hadith shahih meriwayatkan malam laulatul qadar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan.

Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (sholat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa di akhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Oleh kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qadar.

 
Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan
mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar. QS al-Qadr: 4-5
 
Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia.

Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!'

Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qadar.

 
9. Meningkatkan kesihatan
Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan.
Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh
bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).
 
Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12
tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.
 
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang
dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel
cancer. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perot, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.

 
10. Penuh harapan
 
Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah,menjadikan hidup lebih bermakna.

 
"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya." HR. Bukhari

11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

"Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat
nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup." HR. Bukhari

 
12. Minum air telaganya Rasulullah saw
 
"Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang
berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan
mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

 
Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.'
 
Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu...

Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus
hingga masuk syurga." HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

13. Berkumpul dengan sanak keluarga
 
Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman.
 
Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh
dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja. Tetapi  juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan
saudara yang lain.
 
Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan
hadith, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi!" HR. Bukhari

 
14. Qaulan tsaqiilaa
 
Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan) untuk melakukan sholat malam dan tadarus al-Qur'an. Waktu paling baik menunaikan sholat malam sungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
QS Al Muzzammil: 3

 
Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah sholat isya' dengan berjamaah di masjid. Sholat ini lebih popular disebut sholat tarawih.

Sholat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula
selesai sholat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, kerana al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.

 
Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian
mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan-
perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran.

Maka orang-orang yang suka melakukan sholat malam wajahnya bakal
memancarkan kewibawaan.

 
15. Hartanya disucikan

Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan
pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barkah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barkah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barkah akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan.