Saturday, May 12, 2012

Kerja itu satu ibadah...

Assalammualaikum...
Saya suka  ayat sahabat saya...kerja itu satu ibadah yang akan dihitung di sana nanti..
Lumrah alam manusia ada yang bersifat hipokrit.
Berapa ramai ikhlas dalam ibadat kerja termasuk la saya dan saya cuba memperbaiki dari hari ke hari.

Saya bukan Ariff Maulana...saya bukan Ustaz Don..saya bukan Ustaz Idrus...saya adalah pengembara sementara di persinggahan ini...kata-kata saya pedas..kerana ia seperti sebuah gunung berapi yang meletup dan mengeluarkan larva-larva yang aktif.Tika ini semua sudah terlambat.

Kita mengaku orang Islam biar bercakap cara Islam,jangan bercakap seperti orang fasiq. Jika semua orang berlandaskan nilai-nilai murni Islam..ukhwah antara sesama kita terpelihara dan kerja akan menjadi mudah.

Yang menjadi natijahnya pabila manusia sesama manusia berlumba-lumba menunjukkan tahap egois, kesan adalah kepada orang lain...bukan bebanan kerja menjadi perdebatan tetapi bebanan otak untuk berfikir bagi mencari jawapan yang terbaik untuk menjaga semua nama...mencari jawapan untuk soalan-soalan yang tiada kaitan. Adakah kita berfikir untuk semua ini?

Semua sudah dewasa,boleh berfikir secara logik. Sepatutnya golongan veteran menunjukkan teladan yang baik untuk menjadi ikutan golongan amatur. Kita seorang tidak sempurna. Tetapi dengan adanya satu sama lain maka ia melengkapi antara satu sama lain..yang berat sama dipikul..yang ringan sama dijinjing.

Semua boleh berkata-kata..kerna lidah itu tidak bertulang. ALLAH itu tidak pernah tidur dan MAHA adil. Tiada satu tersembunyi dan tidak satu pon terlupa,sesungguhnya Engkaulah saksinya. Jika satu hari nanti tika itu kamu berada di dalam kasut itu..pasti ada jawapan itu. Jangan takbur dan sombong kerna pada orang yang kamu sombong itulah yang menolong kamu.



Jika setiap apa yang kamu lakukan niat kerana ALLAH,pasti ada ganjarannya.Saya tidak mahu menjadikan kerja itu sia-sia atau menjadi satu dosa apabila saya berkecil hati dengan sesuatu tindakan itu. Sukarkah untuk satu ungkapan?





Wednesday, May 9, 2012

Ilham kembalilah...

Assalammmualaikum..

Otakku sarat dengan bebanan kerana banyak cerita ..namun pabila ku mahu terjemahkan jari-jemari ku kaku menari di atas keyboard..

Ilham semakin jauh pergi....idea-idea tersentak..ayat-ayat puitis terus terkurung..Moga suatu hari nanti angin datang membawa kembali semua ini. AMin