Wednesday, December 28, 2011

Ilham bicara

Menilai sesuatu bukan pada minda tapi dari hati dan akal..
Menelaah pelayaran kehidupan ibarat memilih arah di lautan luas...
Mencari daratan tika diri di awangan...
Mencari lelabah asing dalam gelap gulita si gua..

Andai jalan kita yang atur sendiri, pandai-pandailah dalam menjejaki kehidupan..
jangan disebabkan kelalaian kita hilang apa yang kita genggam..
Ada masa tika lalai datang menyapa kita hilang arah pegangan...
Dan tika itu kemungkinan kita kehilangan harta hati kita...

Kembali kepada asal, bukan sesuatu yang mudah..
kerana kita mendidik sesuatu menerima keadaan dan masa...
Kerana terlajak perahu sukar utk memutar semula masa...
Agar kembali kepada normal...

Namun dalam pelayaran..
itulah yang dikatakan percaturan kehidupan...
Andai laluan yang kita letakkan betul pada situasi arahnya..
Kita merasai nikmat jalinan yang terbina...

Indah kehidupan adalah segenap pelosok..
Mudah dimiliki sukar digenggami...
Namun ia kekal jika kita sirami...
Dengan sesuatu yang lahir dari hati...

Percaturan kehidupan, nikmat yang teragung...
Membina dalam terbina...
Pengertian dalam mengerti...
Memahami dalam mengalami...


Genap 2 tahun ..730 hari..

Bersyukur ke hadrat Ilahi..
pejam celik pejam celik..
tak suka..tak suka..
benci...benci...
protes..protes..
bebel..bebel..
itu tak kena..ini tak kena..AKHIRNYA
730 hari ku harungi di sini..
1095 hari ku memegang position ini..
365 hari ku lalui pengalaman ini..
335 hari masa yang masih ada..
Untuk betulkan kesilapan lalu..

Tidak terdetik untuk position ini..
Semua secara kebetulan..

Memandangkan niat untuk kembali ke tempat asal..
Rezeki ku sini..
Alhamdulillah...dengar nasihat mak kot..
Bersyukur sangat-sangat..
Terlepas dari bebanan hutang..
Menjejaki kaki ke sana..

Jika dalam 365 lalu hari ku diuji dengan sikap senior..
Yang membenamkan semangatku terus...
Dan atas rasa kecewa dan sedih yang teramat sangat..
Maka wujudlah makdepunyacite.blogspot.
Teratak sekadar untuk ku bercerita..
Bercerita ngan blog lebih baik..
Daripada bercerita sesama manusia..
Kerna mulut manusia tidak boleh ditutup..
Pasti cerita itu dibawa bersama angin..

Dan 365 hari ku diuji sekali lagi..
Mak cakap mana-mana ada cabaran..
Dari kesilapan dan kelalaian diri..
Ketegasan yang rapuh..
Ku akui ku bukan manusia sempurna..
Ku bukan maksum..
Tapi yang pasti..sampai kini..
Ku cuba beri ruang untuk maafkan diri sendiri.

Jika mula-mula dahulu ku bekerja..
Pasti ku ingat ku kan setia di sini..
Namun  tiba 1825 hari akhirnya ku berpaling tadah..
Adakah ku sini mampu sampai 1825 hari??
Adakah cerita seperti petronas?

1095 hari ku setia dengan petronas..
mana-mana lokasi pasti petronas keutamaanku..
gara-gara kecuaian pekerja yang tidak memulangkan kadku..
kini ku singgah sekadar untuk urusan atm sahaja..

Adakah seperti celcom?
3650 hari dulu kini dan selamannya...

Tersenyum ku bila mengingatkan di awalan..
Kini tidak seperti dulu...
Seorang demi seorang pergi..
Wujud konflik dan kontroversi..
Ikatan yang kukuh kini terlerai..
Simpul yang kuat akhirnya terbuka..
Masing-masing dengan cerita sendiri..

28 Disember 8.30 pagi..
Saya.....bla...bla ...melaporkan diri...


Sampai bila ku kan bertahan sini?
Sampai bila ku dengan position ini?

Tuesday, December 27, 2011

Bila nak mula?

Bau sesuatu menusuk-nusuk hidung..
Hehe...aku yang ngada-ngada nak makan sambal k.Yang..
Still hari ini sambal aku tak sama ngan k.Yang...
Esok Adam dah nak balik..
Errmm mesti sunyi rumah ini..
Kalau tak hari-hari terpekik terlolong ngan si Adam..

Ada sesuatu yang dibincang ngan k.Yang..
Tapi alasan.."nanti la"..kekeke..
Bila ek aku nak start..
Kena cuba juga..aisyehh...bila nak cuba??
Asyik tangguh ja..
Atau hangat-hangat ja aku nih.??

Macam-macam dalam kepala..
Bilik ini pon k.Yang dah cakap..
sesuai ngan nama nenek kebayan..
Macam-macam ada..tak ada  idea takat ini..
Idea dah ada nak make over..
Tapi tak gerak-gerak jugak..
Macam tongkang lagi ada..adoiyaaa..

Banyak projek ngan agenda..
Banyak la buku dok bersepah-sepah..
Tapi practical tak la sehebat buku-buku tu..
Kegagalan demi kegagalan..
Tapi aku suka..sebab dari kegagalan tu..
Ada projek yang berjaya..
Sebab tiada latihan kursus..
Tiada yang mengajar..
Sekarang kena banyak sourching..
Try and error..
Hahaha...
Tetapi semalam terkedu jugak..
Banyak info yang aku dapat...

Yang mana satu nak mula?
Material cukup?
Alat cukup?
Bersimpang idea dok ketuk-ketuk..
Alahai moga belum terlewat..
Untuk aku timba semua ini..

Monday, December 26, 2011

Penutup Tirai 2011

Semua orang mempunyai jalan cerita..
Setiap jalan cerita yang berbeza..
Ada gembira ada kedukaan..
Ada gembira tidak selamanya..
Ada kedukaan hanya sementara..

Bumi mana tidak ditimpa hujan..
Manusia mana tidak ditimpa ujian..
Kadangkala ada tersurat dan tersirat..
Ada misteri dan hikmah..
Ada pengajaran dan pedomen..
Ada kesabaran dan ketabahan..
Ada   kesedaran dan kesungguhan..

ALLAH sentiasa bersama kita...
ALLAH tidak mahu kita bersedih..
Kita hanya sementara di dunia ini..
Kadangkala kita takbur..
Kadangkala kita ingkari..
Kadangkala kita lupa..
Kadangkala kita lalai..
Kadangkala kita tidak bersyukur apa yang ada..
Sesekali ALLAH bagi musibah..
ALLAH mahu kita bermanja denganNYA..

Calendar kian bertukar wajah..
Hari semakin hampir..
Memburu azam baru di tanah tinggi..
Melakar kata-kata dilangit biru..
Melastik harapan pada kerlipan bintang..
Memetik semangat pada embun pagi..
Berjuang untuk bangun dan berdiri teguh..

Friday, December 23, 2011

Cerita ini...Cerpen ini ..

Malam ini segar..
Tunggu kakak kesayangan..
Si cilik pon tidak tidor lagi..
Abah asyik dengan alat terapinya..
Banyak benda berlaku..
Tekanan darahnya merundum..

Malam ini sempat layan drama..
Sempat layan cerpen..
Ntah mengapa nak hadap drama..
Tetapi sayang bersambung..
Layan cerpen pula..
Selalu layu terkulai menyembah tilam..

Cerita Ini..
membuatku meremang..
Aduhai lama tak layan drama..
Tahan kelopak mata dari bertakung..
Bait-bait kata menyentuh sanubari..
Kalau layan panggung..pasti dah soksek..
Cerpen ini menyambut mindaku..

Terima kasih..
Ya ALLAH ..
Menghantar malaikat-malaikat ..
Untuk memegang bahuku..
Dan menarik aku dari tergelincir..
Bertuah aku dari orang lain..
Sesungguhnya antara dua..
Aku terpilih...
Daripada yang dibiarkan..
Mengikut haluannya tanpa disedari..

Satu demi satu tersingkap..
Satu lebaran demi satu lebaran diselak..
Aduhai meresap ke hati..
Mana tahu suatu hari nanti...
Cerita ini ceritaku..
Cerpen ini nukilanku..
Ermm...sambung telaah majalah pula..

Wednesday, December 21, 2011

Tidak semua cerita boleh dikongsi...

Hari ini cerita yang sama..
Pasti esok pon pun begitu..
Dan hari-hari seterusnya..
Lalui dengan benda-benda yang sama..

Mujur mata tuli…telinga pekak..
Mulut bisu ..hati mangli..
Jika ia sebuah bayaran..
Untuk kesalahan lalu..
Pasrah dalam menerima..

Tiada siapa yang tahu..
Lidah mudah menutur..
Kerna ia tidak bertulang..
Derita dan kepayahan dilalui..
Tiada siapa mengerti..
Bangun jatuh di dalam perjuangan..
Kesannya amat dalam..
Pengajaran dan erti
Sebuah kehidupan..


Berharap semua berakhir..
Dan esok begitu jua pengharapan…
Dan seterusnya hari-hari berikut..
Bukan mudah
Tuk meneutralkan keadaaan..
Sakit tetap terasa..
Walaupon diluaran nampak sembuh.
Kerna cerita ini..
Tidak boleh dikongsi..



Monday, December 19, 2011

Manusia yang Aneh...



Aneh…
Kadang-kala apa yang ditutur hanya syarat sahaja..
Sedangkan tidak dinyatakan dengan niat..
Aneh..
Manusia hanya suka melihat kekurangan orang lain..
Sedangkan diri tidak pula diperhatikan..
Aneh..
Manusia hanya pandai menegur..
Sedangkan diri terlebih-lebih…
Aneh..
Manusia hanya pandai mempersoal..
Sedangkan diri ada jawapan..
Aneh..
Manusia mudah berubah..
Walaupon hanya sekelip mata..
Aneh..
Manusia mudah mengemukakan syarat..
Tetapi diri tak ada pula ikut..
Aneh..
Manusia mudah menyakiti..
Tetapi mudah mengungkap maaf..
Aneh..
Manusia hanya mudah berbicara..
Tetapi sukar untuk melaksanakan..
Aneh…
Manusia pandai mengorak langkah..
Tetapi mudah juga untuk mengundur..
Aneh..
Dulu terngiang-ngiang di telinga..
Sekarang terpapar-papar di depan mata
Aneh..
Seandainya diri tidak mampu…
Jangan persoalkan..
Jangan menekan…
Umpama serampang menusuk kalbu..
Bait-bait kata perputar kembali..
Dan realiti terpapar disebaliknya..
Aneh..
Apa objektif sebenar-benarnya?
Apa tujuan asal?


P/s: "Online puas-puas'

Saturday, December 17, 2011

Noktah

Hari ini pagi damai..
Raut wajah itu bercakap tenang..
Satu persatu di huraikan..
Mungkin sudah tiada tangisan.
Mungkin tidak perlu beratkan kepala lagi..
Mungkin begini caranya begitu caranya di sini...

Logik atau tidak ..
yang 10% itu dikatakan baik...manakala 90% dikatakan jahat..
Logik atau tidak ..
Yang melahirkan dan memelihara dikatakan tiada hak..
Logik atau tidak..
Yang baru dikenalinya diagung-agungkan..
Di sini cuba beri yang terbaik..
Tetapi sedikit pon tidak pernah kamu syukuri..
Malah  takbur dengan apa yang kamu ada sekarang..

Dalam Al-Quran telah dinyatakan penuh lengkap..
Terpulang kepada kamu untuk memilih jalan yang mana..
Jika ada 9 akal pon tetapi macam tiada akal..pon tiada gunanya..
Kamu menyakiti nya berulang-ulang kali..
Tanpa sedikit pon rasa penyesalan..

Dari awalan memang ada perancangan..
mencetus provakasi sehingga menggegarkan jiwa raut wajah ini..
Tetapi kamu lupa sesungguhnya ALLAH juga ada perancangan..
Hari ini kamu gembira..
Hari ini kamu berasa bangga...
Tetapi kamu lupa..suatu hari nanti..
Kamu bakal menjadi seorang bapa..
Kamu bakal menjadi seorang ibu...
Jika tanggungjawab terhadap raut wajah ini..
Kamu gagal..
Apatah lagi..tanggungjawab besar..

Jika si raut wajah ini bising dalam memberi nasihat..
Sepuluh telinga yang sama...
Kenapa semua boleh berfikir..
Melainkan telinga kamu dikimpal..
Mereka diletakkan di posisi yang tidak sepatutnya..
Bila ada huru-hara mereka ini yang di cari..

Belanga rosak...buat apa nak repair..
Tampung pon...tapi jika tukang masak tu pon jenis perosak..
Tetap akan rosak lagi..

Jangan bercakap tentang ISLAM..jika
Ilmu baru sejengkal...
ISLAM tidak mengajar memutuskan silaturahim..
ISLAM tidak mengajar berdusta..
ISLAM tidak mengajar kurang ajar..
Kamu memang tidak layak untuk bercakap
Dan sememangnya tidak layak..

Semua ada tekanan..
Manusia mana tiada masalah..
Ego..menyusahkan orang..
Akal cetek...Sanggup mengadu pada orang..
Sanggup lagi dengar nasihat orang..
Dari mengadu pada Pencipta..
Tidak semua cerita boleh dikongsi..
Ya...
Kongsi dengan orang lain..
Orang lain tahu ke cerita sebenarnya..??
Biar orang menganiaya kita..
Kita jangan aniaya diri sendiri..
Tuhan tidak tidur..

Akal yang satu ni boleh berfikir..
Berbanding akal yang sembilan..
Buat apa nak rosakkan diri...
Musnahkan masa depan sendiri..

Hari ini kamu suka..
Esok belum pasti lagi..
Hari ini semua kamu ada..
Esok belum pasti kepunyaan kamu..
Hari ini disini kamu meminta-minta..
Esok kita tengok apa siapa kamu tuju..
Hari ini kamu menyakiti semua orang..
Esok kita tengok hati siapa pula..
Hari ini kamu puas..
Esok giliran sini akan tersenyum puas..
Sampai hari ini di sini menyokong..
Esok tengok sampai bila sana boleh menyokong..
Hari ini tanggungjawab kanan kiri 100% gagal
Esok tengok tanggungjawab mana yang lulus.

Burung gembala kerbau..terbang tinggi..
Akhirnya hinggap belakang kerbau..
Warkah rasmi itu akan diselak kembali..
Bait-bait bicara akan diputarkan..
Terimalah natijah itu suatu hari nanti..
Kali ini si sini takkan biarkan..
Hati raut wajah usang ini..
Diprovokasi..
Disakiti..
Dihina..berkali-kali..
dek manusia hati hitam seperti kamu-kamu..

Syurga itu dibawah tapak kaki raut wajah usang ini..
Bukan di bawah tapak kaki kamu..
Hidup kamu selama ini tidak pernah senang..anehkan..
Sebab kamu tidak pernah senangi hati nya..
Renung-renungkan...

Thursday, December 15, 2011

Redha dan Tawakal PadaMU

Semua sudah nyenyak tido..
Aku ja layan mata..
Tunggu sejuk.....

Perjalanan hari ini memenatkan..
Payau biji mata..
Lain yang dirancang..lain yang dituju..
Atas tanggungjawab ku rempuhi jua..

Sedikit tempias bebanan ku terima..
Berat lagi bebanan yang ditanggung si dia.
Tiada tangisan lagi..
Hati tawar..hancur..
Jika tidak hulurkan bantuan siapa lagi?

Dari tengahari sampai malam..
Aku memandu..rasa tidak berbaloi..
Tak pernah aku menuturkan kata-kata..
Terhambur semua..
Dada menahan geram..
Manusia..

Hebatnya dugaan Mu ALLAH...
Sejahat-jahat aku..jahat lagi manusia di sana..
Kuatkan lah dia..
Jika ini jalan yang dipilihnya..
Kau bukakanlah pintu hatinya suatu hari nanti...
Semoga dia tidak parah..
Di dalam perjuangan hidup ini...
Tidak tersasar dari landasanMU..

Wednesday, December 14, 2011

Kasih Sayang Besar...Jadikan Jiwa Manusia Besar..

Ibu itu keramat hidup..

semakin dia jauhkan diri ibu..
semakin jauh dia hidupnya sendiri..
memang bodoh membuang keramat di dalam hidup..
membuang barakah..
membuang nilai yang sangat berharga ALLAH bagi..
Bukan payah pon..
sayang ibu dan jaga ibu sepenuh hati..dengan penuh kasih sayang..
Bukan perlu bayar satu sen pon..
Sekarang apa yang dia dapat???
ALLAH Maha KAYA,ALLAH Maha Pemurah, ALLAH Maha Adil, dan hanya ALLAH tempat berlindung dan ALLAH sebaik-baik penolong...BUKANNNYA KAMU!!!!!!!!!!!!

Rasullulah sendiri berpesan,kita kena taat kepada ALLAH dan kepada Rasul dan kepada ibu..kepada ibu..kepada ibu...
Ibu tidak boleh buat main-main..
Bodoh sungguh dia sengaja membiarkan rasa pesona pada cintanya yang entah apa-apa menguasai seluruh hati dan perasaannya...

Assalammualaikum kudrat,kesungguhan,cabaran,kehebatan,kejayaan dan kekayaan..
Assalammualaikum nota-nota segar dalam minda..
Assalammualaikum suara hati..
Assalammualaikum kejayaan-kejayaan yang diraih..
Assalammualaikum sabar jujur dan telus...
Teruskan perjuangan walaupon derita sengsara..
itu nikmat ..
Ubat untuk menjadi insan kuat..

Kasih sayang menyuburkan sifat-sifat mahmudah..
Kasih sayang membakar sifat-sifat mazmunah..
Kerana kasih sayanglah kita gantungkan seluruh pengharapan dalam hidup ini kerana ALLAH..
Kerana kasih sayang kita jadikan Rasullullah contoh teladan yang tiada bandingnya..
Kerana kasih sayang kita berusaha mencari kehidupan bermaruah..bermanfaat dan sesempurna mungkin..

Harian Metro
Mukasurat H9
Kasih Sayang Besar..Jadikan Jiwa Manusia Besar..

Monday, December 12, 2011

Catatan 6

Warkah

Buat DIA yang bernama sahabat.

Sentiasa ingat,bila engkau ditimpa ujian oleh Allah, ada rahsia
disebaliknya yang Allah SWT sahaja yang lebih mengerti.Ketika itu kau
adalah insan yang tepilih untuk menerimanya, maka carilah kekuatan
dalam dirimu. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.KERANA Allah sekali-kali tidak pernah
jemu mendengar rintihan hambaNya,Allah itu Maha Mendengar.Dekatkanl ah
dirimu dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam,yang memegang
hati-hati kita.

SESEKALI BILA DATANG GELISAH DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru lambang
ketenangan.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di
dalamnya.Begitu juga dengan kehidupan kita,riang dan ketawa tetapi
hanya Allah yang mengetahui rahsia disebaliknya. .

SESEKALI BILA DATANG KECEWA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,airnya tetap setia mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Jadikanlah dirimu seperti air yang
tidak pernah putus asa dari rahmat Allah itu.

SESEKALI BILA DATANG HIBA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,di sana tersimpan segala rahsia
penciptaan Rabbul Jalil Yang Maha Berkuasa.Sedar dan sentiasa ingatlah
bahawa Allah sentiasa bersamamu.Allah memilihmu kerana Dia amat
mencintaimu dan pasrahkan dirimu kepadaNya kerana hanya Allah sahaja
yang lebih tahu akan rahsia ujian yang menimpamu.

SESEKALI BILA DATANG KESEPIAN KERANA MERASA DIRIMU KESEORANGAN KERANA UJIAN ITU…….
Bayangkanlah wajah saudara-saudaramu di atas jalan dakwah ini, ingatlah
bahawa kami sentiasa bersamamu dalam doa rabitah kami…….



Wednesday, December 7, 2011

Catatan 5

"Ya ALLAH,kuatkanlah iman, berikan aku kesabaran dan ringankan sedikit beban ujian-MU ke atasku..Berikanlah aku panduan yang boleh membuatkan aku terus yakin,kuat dan sentiasa dalam arus alpha dan mencipta syurga di hati seterusnya bahagia dunia dan berlanjutan di akhirat kelak.."

Tuesday, December 6, 2011

Penerang Hati

Pernah terbaca satu article di surat khabar kumpulan ini kolaborasi dengan satu kumpulan nasyid Saujana..6ixth Sense my favourite band.
Pagi tadi sewaktu hampir ke destinasi..tetiba keluar lagu ini..minda pon meneka 6ixth Sense..dari lirik lagu ini..jiwa terpesona..

Dalam mencari tetiba ia datang..terima kasih ya ALLAH..


Mencinta Mu terangkan jiwaku

Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah Kau menjauh






Saturday, December 3, 2011

Catatan 4

"Jadilah doktor bagi dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu diciptakan bagi menjadi doktor kepada dirimu.Kepadamu diberitakan tanda-tanda kesihatan dan gejala-gejala penyakit.Juga sudah ditunjukkan kepadamu penawar semua penyakit".