Thursday, June 19, 2014

Kinabalu Menggamit Kenangan.

Assalammualaikum w.b.t

Melihat seorang adik yang dapat mengarang satu cerita tentang kami adalah sesuatu yang membuka minda saya.

Saya bukan editor hebat tetapi saya cuba sampaikan cerita tentang kami dan Kinabalu dalam versi saya.

Jika dilihat pada azam baru lebaran 2014 catatan 3 January 2014,terdapat satu angan-angan bahawa saya mahu berjubah sambil memegang bendera Kedah. Pada tanggal tarikh  13 June 2014 ia seperti bermimpi pabila pada hari tersebut ia adalah tarikh realiti.

Samada kamu jejaki di sini adalah kehendak kamu sendiri atau ikutan kawan-kawan. Melihat latar belakang pendaki-pendaki lain membuatkan  rendah diri malah gerun namun hanya pada ALLAH tempat  bergantung samada cuaca, kekuatan dan semangat yang penuh keajaiban. Tiada latihan yang konsisten,apatah lagi berjalan kaki sejauh 10km..Hanya larian sekali sekala pada hari mingguan sahaja untuk bekalan asas. Stamina hanya dihujung tanduk apatah lagi kenangan musim lalu yang menghantui minda.



Hati berbisik pasti dipenghujung aku pancit..aku pancit..Seawal jam 8.30pagi pasukan kami yang dikendalikan oleh Saudara Hamydy bergerak dari Mersilau Nature Resort ke Laban Rata yang jaraknya 8km. Jika dahulu trek Timpohon 6km, dengan muatan beg 10kg...segala tenaga yang ada terpaksa dikerah sehingga meninggalkan tanda ingatan. Atas nasihat Kak Dila, untuk kali ini saya membawa bebanan 7kg + 2kg pada porter. 



Mengenangkan peristiwa lalu membuat saya mengambil langkah selamat iaitu terus menapak tanpa menoleh ke belakang. Walaupon bergerak tanpa kumpulan dalam trek hutan itu tidak membuatkan saya berputus asa. Saya tahu kelemahan saya.

Berehat seketika sahaja kemudian meneruskan perjalanan sehingga 1km terakhir adalah ujian yang berat untuk diri saya dimana  mengalami sesak nafas atau erti kata lain AMS. 600meter adalah satu jarak yang terasa amat panjang sangat. Hati sehingga memberi isyarat namun kehadiran porter-porter menyuntik semangat. "Perlahan-lahan berjalan", "Kamu mesti melawan, jangan ikut sangat". "Sikit lagi ja..sikit lagi." 

Waktu sampai di Laban Rata adalah pukul 5.00petang adalah satu pencapaian yang baik dari tahun sebelumnya. Hutan renyai-renyai menyambut ketibaanku. SubhanaALLAH..akhirnya sampai.
Malam tidur awal dan pagi sempat juga saya meminta tips dari Kak Dila tentang pernafasan. "Langkah 5 tapak, tarik nafas panjang  kemudian lepaskan.."




Tidak meletakkan sebarang sasaran namun hanya berdoa pada ALLAH. Pukul 3.00pagi bertolak ke puncak. Tips Kak Dila amat bermakna buat diri . Terus menapak tanpa menoleh...Terus berjalan dan berjalan..Tanpa segan dan silu..setiap 5 tapak akan berhenti mengambil nafas. Kehadiran Kak Dila ketika menghampiri puncak memberi semangat kepada diri  yang ketika itu amat penat sangat berperang dengan cuaca.


Mungkin diri bernasib baik dan ALLAH pilih  untuk bersama kelompok besar. Dapat mengambil gambar bersama. Mungkin orang tidak tahu tahun sebelum ni gambar  terhad maka saya membalas dendam untuk kali ini sehingga adik itu memberi teguran. Terserahlah kerna setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan cerita tersendiri.

Alah pada sejuk namun  dapat meneruskan seisi bergambar walaupon tangan dah terasa kebas..ALLAH pilih diri sekali lagi untuk berada kelompok ini. SubhanaALLAH terima kasih ALLAH.



Selepas seisi bergambar tanpa membuang masa, kami semua turun. Saya bernasib baik sebab ada seorang Ibu yang membantu dan banyak memberi tips kepada saya.Seperti biasa dipenghujung mesti saya bertanya.."jauh lagi ka", "bila nak sampai". Itu tandanya kepenatan di bawah paras maksima.




Selepas makan, semua berkemas untuk turun ke Timpohon. Turun melalui batu dan tangga adalah kelemahan saya. Maka saya perhatikan kawan-kawan saya turun. Jumping dan terus jumping..Rehat 5 minit kemudian sambung. Saya lihat semula trek yang ketika dahulu membuatkan saya menangis. Lihat tangga-tangga yang suatu ketika dahulu saya asyik merungut bila lalu tangga. Lihat kawasan-kawasan yang pernah air lintas sehingga ke paras betis. Lihat kembali kesengsaraan dan pergelutan suatu tika dahulu. Saya lihat bagaimana setianya sahabat saya menunggu saya. 

Sahabat saya diuji dengan keracunan makanan dan pastilah saya orang kecewa apabila kami tidak dapat bergambar di puncak bersama. Gerak awal bukan bermaksud mahu  menjadi juara tetapi tidak mahu menjadi penamat. Stamina saya tidak seperti orang lain yang maintain. Stamina saya pada satu tika ia akan down.

Tanpa sokongan saya tidak akan berjaya. Apa yang saya pelajari. Ujian itu sentiasa ada merentasi hidup kita namun sokongan perlu untuk kita lawan semula.

Gembira sebab ALLAH pilih saya lagi..walaupon stamina saya sekadar dipinggiran sahaja.I can!!!!

ALLAHURABBI
ALLAHURABBI
ALLAHURABBI
SUBHANALALH!!