Sunday, April 28, 2013

L@ngkah Pertama

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini langkah pertama bermain dengan risiko. Melihat teman-teman yang maju ke hadapan maka tergerak hati saya. 

Melihat mereka yang bertanya, hampir 3 hari saya menghadap desktop ini sampai naik pusing kepala sebab saya tidak mahu bermain dengan harga dan saya mahu semua mereka mampu miliki..

Cuma yang ini tiada pilihan, saya tidak boleh memilih....apa-apa pon moga ALLAH permudahkan pekerjaaan ini.

Berfikir itu yang mahal kerana ia bukan mudah...dan bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak...

Saya memang sangat suka kain putih ini..dan saya amat galakkan mereka semua menghadiahkan kepada keluarga...dan jadikan ia pakaian baru setiap tahun tetapi pada masa yang sama saya tidak mahu harga  menjadi bebanan.

Walaupon ia sekadar kain putih, namun tinggi nilainya dan amat bermakna sekali. 

Sempena hari Ibu yang akan datang, Ayuh teman-teman hadiahkan  kain putih..



Friday, April 19, 2013

Trauma dan Bebanan

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini dalam perjalanan pulang, saya memikir hal ini..
Saya tidak layak..mungkin pendapat saya tidak betul tetapi sekurang-kurangnya bicara saya boleh membantu.

A: Kak saya rasa sangat bersalah
Saya: Adik yang berlalu, biarkan berlalu..yang penting adik sedar.
A: Saya yang rasa bersalah, saya tidak tahu nak letak muka saya di mana. Saya sangat malu.
Saya: Adik perkara itu dah lalu, yang penting adik minta ampun pada ALLAH. InshaALLAH hati adik akan tenang. 
A: Kak tahu,perkara ini mereka sebarkan di tempat saya bekerja. Sekarang tempat kerja saya macam neraka. Mereka tahu tetapi mereka berpura-pura tidak tahu.Mereka pandang seorang pada saya.
Saya: diam.
A :  Salah saya kak.
Saya: Erm..mungkin adik tidak beritahu sebab adik  ada alasan.  Kak tak mahu perkara ini menghantui adik. Adik akan posting tempat lain. Tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengajaran, Jangan mudah percaya kepada orang lain. Mulakan hidup baru. Kak tak kata adik salah, namun kita manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Dalam kita berjaga-jaga ALLAH mahu menguji kita...terseret kita tanpa sedari. Tapi kak bangga sebab adik sedar dari awal. Orang akan ingat salah kita yang satu walaupon ada 10 kebaikan yang kita buat.Orang tidak pandang 10 kebaikan tersebut.  Walaupon kita berniat baik kali ini tetapi orang akan  anggap kebaikan kita bersebab. 

Pesan kak, tidak mengapa bagus adik minta posting di tempat lain, mungkin adik boleh mulakan hidup baru. Lupakan semua dan jangan jadikan ia sebagai bebanan hidup. Setakat ini yang boleh kak pesan. Harap adik tidak moral down. 

Sejauh mana orang buat salah pada kita, Jika itu salah yang dia yang lalu. Janganlah kita bersangka buruk. Jangan hukum dengan mengaibkan dia ditempat kerja. Dia juga punyai tanggungjawab..Siapa kita??? Hebat sangatkah kita???

Saat dan tika ini saya masih terbayang raut wajah itu...Matanya berkaca menahan bicara.



Jangan pandang rendah pada orang yang baru merangkak nak berhijrah…Mungkin lepas ni dia akan berlari lebih laju dari penghijrahan kamu.......

Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun
kita benci dekat diri sendri. Tapi bila org lain buat
silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam
itu seumur hidup.....

Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri, dan
perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya.

Kerana disebalik itu ada TEGURAN dan PETUNJUK
ALLAHU A'ZZA WAJALL bagi untuk menyedarkan kita..........




 

Saturday, April 13, 2013

Masa untuk raya....raya..raya..

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini mak tanya : tak buat baju raya ka?
Saya : baju raya dah beli,
Mak: bukan senang untuk raya..4 tahun sekali..Pilihanraya.

Makin dekat pilihan raya makin banyak cerita cekodoz panazz. Bagi pendapat saya jika kita bagus kita tak perlu cerita kelemahan orang lain. Baik kita cerita kelebihan kita sendiri.

Negara Malaysia sebuah negara demokrasi, tetapi kini kita boleh lihat media macam berat sebelah ja. Tak macam dulu-dulu. Tengok berita tv pon seronok sebab ada saingan dan adil. Dulu pilihan raya seronok, tak de macam sekarang. Aku kutuk engkau, engkau kutuk aku.Tengok dalam paper, ahli-ahli politik macam cendawan tumbuh. Adik bertanding nak lawan abang. Apa motif sebenarnya..kadang tu dari rambut hitam sampai rambut putih dia pegang. Pastu bila dah tak pegang tukar haluan.Lani nampak la batang hidung calon-calon yang nak bertanding, bila menang boleh kira dengan jari berapa kali dia melawat kawasan.

Malaysia ini boleh dikatakan bagus jika nak kita bandingkan dengan Indonesia dan Pakistan. Pada pengamatan saya, jika negara yang bergolak, rakyat yang menjadi mangsa. Ada sahabat saya cakap cuba sekali kita bagi pembangkang pegang. Kita tengok mereka berjaya atau tidak. Jawab saya pada sahabat, negeri saya mereka pegang. Hudud di dalam Al-Quran untuk orang Islam,laksanakan jika mahukan hudud. Orang bukan Islam buat apa mereka hendak bising kerana bukan mereka yang perlu lalui. Tunjuk contoh dan buktikan. Tetapi jika kita hanya bersuara lantang tetapi habuk pon tiada pon tiada makna.

Saya juga tidak suka suapan dan permainan wang. Sekarang saya melihat orang melayu kita ini sekali bagi,nak dua kali, pastu ka mengharap la. Bila tak bagi memprotes. Bagi itu nak ini,sikap malas berusaha dan mengharapkan subsidi memang satu penyakit yang sebati dengan orang Melayu. Duduk saja di rumah pon nak juga. Macam tak logik ja. Sampai bila orang Melayu boleh berdikari?

Saya teringin nak tengok satu kedai yang jual semua produk kuih-muih tradisional macam di Petronas Pendang. Satu hub untuk memasarkan produk-produk orang Melayu.  Kilang biskut orang Melayu atau erti kata lain kilang bahan mentah orang Melayu. Ini yang patut diberi perhatian untuk jangka masa panjang. Kan best kat tempat saya jika ada kilang mee, kilang tuala, kilang makanan dan kilang pakaian bumiputra. Tidak diragui status halal. Alangkah indah jika angan-angan saya menjadi nyata. Wujudnya kilang mukena di sini. Wow macam mustahil.

Kunjungan saya ke Masjid Hudaibiyah membuatkan saya terbayang-bayang sampai hari ini.Itu negara Islam. Satu dunia penduduk Islam bertimpa ke situ. Teringin saya  untuk wujudkan tabung  untuk hartawan-hartawan dan dermawan-dermawab di MALAYSIA untuk menaiktaraf Masjid itu terutama toilet. Ini salah satu masjid tinggalan sejarah.Jika MALAYSIA terlebih duit apa salahnya melabur di sana. Tak perlu juta-juta cukup seribu dua  untuk kemudahan asas :)

Membina toilet-toilet dan tempat-tempat solat di sepanjang tempat jemaah berhenti. Tak pun orang-orang yang tinggal berhampiran di situ, jaga tempat solat di situ. Apa salahnya 5 minit  diperuntukan untuk mencuci tempat solat. Jika kita banding dengan MALAYSIA jauh beza dengan kemudahan RnR di tepi jalan,begitu juga lapangan Terbang kita baik Pulau Pinang mahupon KLIA.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini, Itu negara Islam ada juga kelemahannya apatah lagi kita. Kita masjid berjuta-juta tetapi makmum tak sampai 200 orang.Nak tengok makmum ramai tunggu masa sembahyang raya dan sembahyang jumaat. Tapi saya sangat bersyukur kerana jalan dan masjid di kampung saya lebih baik dari tempat saya bertandang.Kemudahan ada cuma hati kita ja mahu atau tidak.  Hati kita tidak bersatu. Jika sekarang tidak betul, tanggungjawab kita untuk perbetulkan bukan berpecah.

~Selamat mengundi~