Saturday, November 23, 2013

Muosa

Assalammualaikum w.b.t.........

Muosa..
Adalah anak kelahiran Kemboja.
Seorang anak yang sedang mendidik hati ini...
Untuk menjadi anak yang terbaik.

Jika ditanya siapa ibu Muosa..
"Ibulah ibu Muosa" (merujuk kepada mak saya).
Anak yang tidak mengenali siapa ibu bapanya..
Anak yang musafir di negara ini.

Anak yang menggantikan adik lelaki saya...

Apa yang mak suruh..
"Ya Ibu...nanti Muosa tolong ibu ya.."
"Nanti Muosa cuba buat.."
"Ibu nak Muosa tolong apa lagi.." 
"Kesian Ibu, Muosa tidak tolong Ibu hari ini"

Saat penulisan ini ditaip...sentimental seketika..
Betapa hebatnya anak ini..jika dibandingkan dengan saya..
Betapa kurangnya anak ini..jika dibandingkan dengan saya..

Ya,Sesungguhnya
ALLAH itu menghantar seseorang untuk menyedarkan saya...



Setiap pagi pukul 5.00am..
Tanpa dikejut anak ini bangun sendiri..
Berjemaah di masjid..
Tanpa di suruh..
Sekeliling rumah ini bersih kerana jasa anak ini.
Jauh beza dengan anak mak.. 

"Di asrama Muosa makan 3 hari 2 kali ja..."
Sebak hati..
Sedangkan kita makan sampai tak larat nak telan..

"Muosa tak nak balik Kemboja, Muosa tak dak sapa."



Alangkah untungnya jika saudaraku di sana sedar..
Ibu itu tiada ganti..
Kebaikan mak dan abah tiada tandingan..
Dalam hidup ini..
Mak dan abahlah yang tidak jemu..
Melayan kita..
Mak dan abahlah orang yang paling..
Memahami kita..



 






 

Friday, November 22, 2013

4 Tahun sudaa.

Assalammualaikum w.b.t

Tanpa disedari sudah 4 tahun..
Asal dari tempat lama..
Sehingga kini..
Usia blog ini sama dengan tempoh pekerjaaan di sini..

Ketika pertama kali belajar godek2 blog ini..
semua orang tertawa pabila cikgu buka blog ini..
tajuk membuatkan semua orang tersenyum dan gelak..
makdepunyecite..

Ketika itu karangan  kalah karangan joyah sport..
Habis di dalam hati tergugur keluar..
Kala tu ka..boleh tengok setahun ada berapa artikel..

Namun sekarang boleh kira ja berapa artikel ..
Boleh kira berapa kali makde bercerita..
Blog ini kisah jatuh bangun..
Tapi selalu mode kurang happy..
Automatik hadap monitor ni..
Tangan sekelip mata menaip..

Terus berjuang dan berjuang..
Kerana dugaan itu menjadikan kita semakin matang..

Perancangan ALLAH itu ada sebabnya..
Setiap orang ada bahagiannya..ada ujiannya..
Kadangkala kita bertemu dengan orang yang lebih penyabar..
Sebab ALLAH menghantar seseorang untuk menyedarkan kita..

Dalam persahabatan..
Jika kita beri 3 bintang maka jadilah 3 bintang..
Jika kita beri 5 bintang maka jadilah 5 bintang..
Berbuat baiklah selamanya..
Jika kita buat baik pada seseorang..
InshaALLAH ALLAH akan permudahkan urusan kita..

Bila tengok artikel-artikel lama..
Rindu nak jadi mcm dulu..
Tak perlu fikir apa..
Bila tengok album-album lama..
Rindu tengok time kurus..
Namun itu adalah episod dulu..
Takkan boleh kembali...
Jika mendaki sampai Everest pon..
Takkan boleh balik kurus macam dulu..
Jika masuk Maharaja Lawak sekalipon..
Takkan boleh gembira macam dulu........
Aku yang dulu bukan sekarang..
 



 



 



Sunday, November 17, 2013

Ilham...di mana Ilham

Assalammualaikum w.b.t.

Masih menunggu ilham datang...
Ilham di mana engkau..
Janganlah engkau hadir di saat-saat terakhir..
Sehingga membuatkan ku bersekang mata..

Photobook kian menuju tarikh mati..
Mengapa ilham tidak kunjung tiba..
Sedangkan masa-masa terluang..
Ku biarkan berlalu begitu sahaja..

Masih tertunggu-tunggu ilham..
Untuk buah tangan buat sahabat..
Walaupon sepi tidak bermaksud..
Ku tidak ambil peduli..

Biar karya kali ini..
Ilham segar dan berbeza..
Konsep berlainan..
Namun apa yang cuba disampaikan..
Biar menjadi ingatan..

Biar karya-karyaku menjadi sejarah..
Biar kali ini yang terbaik..
Tika satu masa karya ku tiada lagi..
Kerna tidak selamanya ku di situ.

Biar satu ketika..
Orang tidak berbicara tentangku..
Tetapi orang berbicara hasil karyaku..
Ilham itu tidak datang dengan mudah..
Ilham itu tidak boleh di paksa..
Ilham itu tidak boleh di beli..
Ilham itu datang dan pergi sesuka hati...........

P/s : terbayang2 satu lagu...cuma tunggu ilham konsep jatuh kedebuq-kedebaq..tunggu jari-jemari menari...








Saturday, November 16, 2013

Biarlah Hati Berbicara...

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini masuk zone layan.....zasss.
Setiap  orang pasti mempunyai kisah hati tersendiri.

Ini lagu baru...dan pasti dari seberang..
Band ni xpernah dengar di Malaysia..rasa-rasa..
Lagu ini didendangkan setiap kali  balik kerja..
Waktu-waktu sunyi...peh tetiba ja dia masuk..
Kredit untuk penulis lirik lagu ni...

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara..

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara


Kadang-kadang kita berubah bukan kerana orang..
Kerna jika seseorang itu tinggalkan kita..
Pasti kita kembali ke jalan lama..
Tetapi jika kita teguh di landasan itu...
ALLAH lah yang mengubah kita..
Itu tanda ALLAH Maha Luas Kasih Sayangnya.

Kesilapan yang selalu dibuat..pabila ada masalah..
Kita selalu mengadu pada orang..
Hakikatnya ALLAH tertanya-tanya..
Hari ini adakah lagi hambaku..
Meminta-minta padaku..?

Tempat paling aman..
Bukan di tepi pantai..
Bukan di tepi kaki gunung..
Tetapi adalah rumah rumah ALLAH..
Di situ lah ketenangan..
Di mana sukar diterjemahkan..






Mode: Tunggu upload pic...layann zass.








Friday, November 8, 2013

Hijrah itu perjuangan

Assalammualaikum w.b.t

Selamat tahun baru dan moga segala-galanya baru.

Dalam meninggalkan calendar hijrah 1434 bermulalah fasa baru. Ada agenda mampu digapai ada agenda masih menjadi teka teki.


Bila direnung semula kejadian-kejadian yang menimpa diri terfikir di minda ALLAH mahu diri melakukan sesuatu. ALLAH jauhkan diri dari mereka tertentu kerana ALLAH Maha Mengetahui dan  aturan ALLAH itu lebih baik dan ALLAH dekatkan diri dengan mereka tertentu  kerana ALLAH mahu memberi ruang dan peringatan demi peringatan.

Adakala kita bergurau tanpa menghormati status seseorang. Dan kita asyik dengan keseronokan.  Jika mereka ini bersifat sensitif pasti hal-hal yang lepas tidak diungkitkan semula kerana setiap orang ada kisah hati tersendiri dan hormatilah  perasaan mereka yang ada disekeliling.

Adakala kita cuba mengajak manusia ke arah kebaikan namun niat kita dipandang sepi.Adakala kita pendam dalam menjaga hati tetapi adakala kita amanah dan jujur dengan tepikan hati..adakala apa yang disampaikan menjadi prasangka, adakala menjadi tak dijangka. 

Adakala apa yang kita perjuangkan itu tidak bererti.Banyak bicara dan bersikap sepi.Adakala ia sangat melukai hati. Adakala rasa mahu mengundur diri.

Ya ALLAH, jadikan aku manusia yang mempunyai jiwa yang kuat.
Jadikan aku manusia yang mempunyai jiwa yang kuat.
Jadikan aku manusia yang mempunyai jiwa yang kuat.

Ya ALLAH, aku hambamu, anak perempuan hambamu..
Ubun-ubunku dalam genggamanmu,
Hukumanmu berlalu ke atas,
Qadamu ke atasmu adalah adil,
Ya ALLAH,
Dengan nama yang engkau turunkan melalui kitabmu,
Atau yang telah engkau sampaikan kepada seseorang melalui makhlukmu,
Atau yang engkau sembunyikan melalui perbendaharaan ghaibmu.
Kau jadikan AL-Quran
Petunjuk dihatiku.
Cahaya di dadaku,
Penghapus kesedihanku
Penghilang kedukaanku....................

Tunjukkanlah aku jalan yang terbaik.






Friday, November 1, 2013

Jodoh vs Kematian

Assalammualaikum w.b.t
Ini bukan artikel original dari saya...tetapi saya jumpa ketika godek2..kredit untuk penulis artikel ini.



Cerita ini mungkin dapat membantu awak memahami tentang jodoh dan doa. Doa sememangnya berkesan, cuma saat bila ianya akan dimakbulkan kita tak akan tahu. Yang pasti Allah akan makbulkan tepat pada saatnya.

Jom layan cerita di bawah.

...

Dimana saya bercerita dengan IBU

"Ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu."

Ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan dan bertanya. "Kenapa?"

Lalu ibu kata, "Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan lah..Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia."

"Mungkin kalau dia kahwin, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?

"Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin."

Kata saya menyampuk..

"Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.."

"mungkin jodoh makcik dengan kematian"

Ibu sambung lagi..

"Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu."

"Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang."

Saya terdiam sambil komen dalam hati.

"Betullah. Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

...

Renung-renungkan. Jangan tak fikir langsung soal jodoh tapi, jangan fikir sampi "gila".

Sudah hukum dunia
Dalam memilih langkah
Ada kala perit adajua sebaliknya
Satu masa bersama
Tiba tika berpisah
Walau hati kta tak sepenuh rela