Sunday, August 19, 2012

Ramadhan kau pergi jua..

‏Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Ramadhan kali ini..
Pertama saya belajar ungkapan ucapan Assalammualaikum...kekadang terfikir kenapa dalam seharian ku tidak biasakan diri dengan ucapan penuh...mungkin tiada yang menegur..Alhamdulillah...akhirnya ada jawapan..kenapa  Assalammualaikum w.b.t. ..rupa-rupanya ada maksud tersirat dan tersurat.
 
Maksud Assalamualaikum (Source :http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_istilah_Islam_dalam_bahasa_Arab
Assalamu ‘alaikum (السلام عليكم) : Ucapan selamat masyarakat Islam; secara harfiahnya bermaksud “Sejahtera kepada anda”; dengan tambahan, “Wa Rahmatullahi wa Barakatuhu” bermaksud “dengan Rahmat Tuhan dan Keberkatan-Nya”. Jawapan bagi ucapan ini ialah “Wa Alaikumus Salam wa Rahmatullahi wa Barakatuhu”–’Dan kepadamu juga Sejahtera dan Rahmat Tuhan dan Keberkatan-Nya’.

Ia juga salah satu bentuk zikir akan Kekuasaan Tuhan, apabila orang Islam mengucapkannya kepada orang Islam lain, ia bersamaan 30 pahala dan 30 pahala juga bagi yang menjawapnya (10 pahala bagi setiap perkataan

Kedua...Ramadhan kali ini walaupon berkocak pada saat-saat akhirnya,namun ALLAH lapangkan dada ini...sehingga ku tidak lagi memikirkan hal itu. Kita hanya hamba biasa sahaja, mungkin ALLAH meminjamkan ku walaupun hanya sekejap sahaja. Dan seandainya dia memulakan maka dengan rela hati ku biarkan dia  mengakhirinya...Hidup ini masih ada banyak perkara yang perlu ku fokus. Mungkin ku tidak dapat mengubah orang lain tetapi yang penting ku perlu ubah diri ku.Ku tidak mengharapkan balasan apatah lagi ucapan terima kasih kerana itu urusan ku dengan Tuhanku. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pernahkah anda terfikir apa perasaan anda jika anda memohon ampun dan maaf dan ALLAH tidak mengendahkan? ALLAH terus membiarkan anda sepi tanpa bicara? Tetapi ALLAH itu Maha Pengampun dan suka mengampun. Biarpun hamba nya berbuat salah dan jika hambanya memohon ampun dan taubat..ALLAH akan memaafkan..Siapa kita???? berdiri dengan penuh sombong di muka bumi ini? Satu kesalahan sehingga kita menutup seribu kebaikan...jika kita bersifat demikian sesama manusia...maka jangan rasa hairan jika ALLAH juga bersikap demikian dengan kita..Jangan kita cuba menguji manusia kerna kita tidak tahu kita sedang diuji oleh ALLAH.

Ketiga- Rentetan tazkirah yang dibawa oleh Ustaz Roslan...ketika kita beribadat kita berhubung dengan ALLAH....maka ku selak semula buku berkaitan dengan solat...Terpaku...setiap apa yang kita lafazkan ...kita memuji nama ALLAH..sungguh ilmu ini tidak ku pelajari di sekolah tinggi...walaupon ada buku...tetapi buku itu sekadar hiasan...Ya ALLAH...sebak...sekian lama...baru ku tahu...Jika Ramadhan yang lalu..ku berkenalan dengan al fatihan..tetapi ramadhan kali ini...banyak yang ku terokai..dan tika saat ku menaip ini..ku tahu ALLAH sedang melihatku..

Keempat- Perjalananan Ustaz Roslan yang membuka mataku seluas-luasnya....Seorang fisabillillah...anak yang tidak pernah tahu di mana ayahnya...di pelihara oleh nenek...berjuang di tempat orang mencari ilmu..." Saya tidak pernah meminta duit dari mak saya", Duit sumbangan tuan-tuan dan puan-puan yang membuatkan saya terus sampai ke tahap ini. Saya boleh merasai perasaan Ustaz Roslan untuk malam Syawal ini...tanpa nenek di sisinya...Saya datang untuk berbakti kepada tuan-tuan dan puan-puan....pernah satu ketika Aidilfitri beberapa tahun yang lalu..doa ketika solat Aidilfitri...dia sebak dan menangis...rupa-rupanya ada lagi insan yang nasib nya lebih teruk dari ku...80% nikmat yang ALLAH beri padaku tidak ku syukuri dan ku mengeluh dengan 20% yang ALLAH ambil...Sama  saja  aku dengan  manusia tadi..satu kesalahan sahaja yang dia nampak..Astagfirullahal'azim....Ya ALLAH..ampunkan dosaku.

Kelima-Ramadhan kali ini banyak mengajarku...ku sedih bila mengenang dosa-dosa lalu....Ramadhan kali ini menemani ku...Ramadhan yang membuatku melangkah kaki ke rumah ALLAH tanpa paksaan ..penat tidak terasa ........Ramadhan yang membuatku menelaah..Ramadhan yang mengajarku ..untuk mencari dan terus mencari..

Sehingga saat ini...ku tidak percaya Ramadhan sudah pergi..............Sahabatku yang menemani ku..mententeramkan jiwaku...adakah selepas ini tanpa ramadhan ...mampukan ku istiqamah apa yang ku lakukan??? Damai ramadhan yang menusuk kalbu...

Ramadhan kau pergi..
Hati ku tangisi..
Kepadamu ku sandarkan..
Segala isi hatiku...

Ramadhan..
Ku tidak pasti ..
Adakah ku kan bertemu dengan mu lagi..
Kerna pemergian mu mungkin lama..
Namun syukur..
Ku banyak belajar untuk ramadhan kali ini...

Ku berharap...
Tiupan anginmu sentiasa menyapaku...
Menghembus telinga..
Mendamaikan jiwa..

Assalaammualaikum w.b.t Ramadhan...
Terima kasih Ramadhan..