Friday, July 5, 2013

Renungi Kembali Kesilapan Diri

Assalammualaikum w.b.t

"Kita tidak boleh lari dari masalah tetapi kita haruslah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah."

Saban hari kita mencipta alasan yang sama kerana menyangka akan selamat. Tetapi tidak pernah sekali melihat pada diri sendiri..

" Rasa trainer ini nama ja. Tiada fungsi langsung. Bagi form tetapi tiada follow up langsung dari trainer".

Hari yang membahagiakan  pada hari itu, boleh dengar komen tanpa emosi. Dan bila renungi kembali mengapa biarkan orang mencari kesalahan kita dan terus mencari. Kenapa hari ini mereka mempersoalkan..Itu tanda kita alpha dan tersasar dari landasan.

Sampai bila kita boleh lari dari masalah? Selagi tidak ubah sikap,takat itu ja kedudukan kita. Sampai bila kita mahu memberontak tanpa membetulkan  dalam diri? Mengapa datang kerja? Jika kita tidak  mahu buat kerja apa tujuan kita datang kerja? Sekali sekala orang tolong dua kali tiga kala ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita.

" Jika diberi peluang lagi adakah kita fikir akan meraih kembali kepercayaan sedangkan apa yang dikatakan tidak sama apa yang dikotakan?".

Kita bekerja namun tidak tahu tujuan bekerja. Adakah kita bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan pada kita? Mengapa perlu kita harapkan orang lain untuk menyiapkan kerja kita?  

" Setiap orang mempunyai masalah kewangan dan tanggungjawab dan mereka berhak memilih "

 Kita bekerja siang dan malam, mengapa masih tidak cukup? Tanggungjawab sebagai pekerja kita leka apatah lagi tanggungjawab kita sebagai khalifah ALLAH. Tak kaya pon kerja siang malam tonggeng terbalik bila ALLAH tarik nikmat kesihatan. Lagi tiada nikmat bila kita jauh dari ALLAH. Kita hidup untuk siapa?

Selami diri, hidup ini kadang-kala tiada peluang kedua. Tiada siapa yang mampu ubah diri melainkan diri kita sendiri. Ubah sikap baru kita akan nampak jalan di depan.

Sejauh mana kita selami Rukun Islam dan Rukun Iman? Jika kita hayati betul-betul mesti ada juga perasaan takut jika kita gagal melaksanakan amanah yang diberi.