Saturday, July 26, 2014

Ramadhan akan pergi.

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini malam ke 29. Beruntunglah untuk jiwa-jiwa yang terpilih pada malam ini.

Hari ini ketika tok imam membaca doa. Tanpa disedari bahawa malam ini adalah terawih yang terakhir..

Suasana hiba menyelubungi semua anak qariah. Bergetar suara tok imam. Tersedar aku bulat anak mata.

Ramadhan, seperti magnet semua orang mengunjungi rumah ALLAH untuk terawih 20 rakaat tidak kira waktu kerja atau waktu cuti.

Adakah jiwa-jiwa ini  akan terus mengunjungi rumah ALLAH tak kira waktu kerja selepas ini untuk solat fardu Isyak 4 rakaat. Juga adakah jemaah Subuh akan seramai jemaah yang datang Qiamuallai?

Saat Ramadhan akan pergi, Marilah kita renungi adakah kita masih berpeluang untuk bersamanya lagi untuk tahun hadapan?

Ramadhan akan pergi ( Niza  YITR)-Sedih lagu ni..

Bulan Ramadhan Mulia
Menghampiri Saat Pergi
Adakah Sudah Terasa
Kemanisan Beribadah

Tertanya ku pada Diri
Puasa adakah Diterima
Ramadhan pastikan Pergi
Tinggalkan Ganjaran Suci.

Awal Ramadhan itu Rahmat
Pertengahnya Keampunan
Akhirnya adalah Terhindar
Daripada Azab Neraka.

Kurnikanlah Untukku
Keampunan dari rahmatMU
Maafkan seluruh Dosaku
Perkenankan Doa hambamu..

Saatku menghitung diri
Adakah pahala disisi..
Ramadhan Akan Pergi
Mungkinkah Bersua Kembali..

Ya ALLAH jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dalam hidupku..
Ya ALLAH jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dari tahun sebelumnya.

Semoga puasa,qiam, sedekah dan amal kebaikan pada bulan ini tidak terhenti setakat di sini. Moga ia terus menyuburi dalam kehidupan seharian.

Hari ini Ramadhan akan pergi..
Mungkin  aku pula akan pergi sebelum sempat bertemu dengannya lagi...



-~Aku Pengembara Sementara Di Dunia~