Saturday, December 28, 2013

Cerita 2013- Edisi Khas.






Assalammualaikum w.b.t

Lagi berapa hari umur akan menginjak lagi satu angka dan tarikh Islam juga hanya lari seminggu sahaja dari calendar omputih.. Bila orang kalut dengan Maulidur Rasul automatik ia akan mengingatkan hari lahir Islam saya. Saya tidak pernah terlupa tarikh Islam saya hingga saat ini kerana Maulidur Rasul mengingatkan.

Mungkin ini cerita yang terakhir untuk 2013.

Saya tidak menyesal apa yang berlaku. Masa lalu menjadikan siapa saya pada hari ini. Masa lalu jua yang mencipta pengajaran kepada diri saya.Masa lalu jua mengubah pemikiran saya dan menjadikan saya lebih baik pada hari ini.


Tahun 2013 adalah manis buat saya. Jika hati saya terdetik berkata.. mahu pergi...Alhamdulillah ALLAH mendengar kata hati saya..maka kun faya kun...

Bermula Mac 2013. Allah bagi peluang untuk perbetulkan semula. Jika kita sedang mencari sesuatu..Di sinilah tempatnya.Baru-baru ini sempat saya berpesan kepada seorang sahabat saya.."Kenapa tak nak pergi Mekah?" Bila hati kita ditimpa sesuatu bawalah diri ke rumah-rumah ALLAH kerana ia adalah tempat yang terbaik..Kadangkala bila ALLAH bagi sesuatu ujian tersebut...ALLAH sebenarnya hendak ingatkan kita...Kadangkala kita lalai..Kadangkala lama kaki kita tidak jejaki rumah ALLAH. Cuba kita duduk dalam masjid..Pasti ada sesuatu perasaan istimewa.


Ini satu-satunya pic yang ada wajah-wajah semua..
Mei 2013- Pernah saya cakap dekat member.."Aku teringin nak pergi Semporna". Sebab tengok dalam cerita Maya Karin berlakon jadi ikan duyong..Sangat cantik pantai dan laut dia. Lama tak berenang membuat diri gayat. Pengalaman istimewa apabila boleh snorkeling..Tengok dalam laut SubhanaALLAH melihat ciptaan dan rahsia ALLAH dalam laut..

Saya pasti akan pilih tempat ini jika diizinkan ALLAH sebab ia tenang dan saya suka melihat awan dan lautan biru...atau sebab saya obses kepada biru..
Ada jodoh ngan ex Bos sebab dua kali jumpa dekat KK...



Damai yang dicari.....

Ni kira dah pandai snorkeling..Tapi rasa tak puas pakai pelampung..tapi nak bukak pon rasa tak confident...

Kota Kinabalu-Semporna-Mersilau..



September 2013- Entah bila terjebak sebagai pendaki amatur. Entah bila ada kekuatan...Entah bila ada rasa berani..Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Mulu Pinnacles mengajar saya sesuatu..Terasa letih yang amat sangat..seorang diri...tapak kasut tercabut..langkah mesti diteruskan..Begitu jua kehidupan..apa2 rintangan yang mendatang jangan sesekali berputus asa..Hidup mesti diteruskan...Adakalan kita berasa perit dalam setiap langkah namun dipenghujungnya ada seribu satu rahsia.

Pengalaman penerbangan ditunda kerana cuaca buruk...tiket tiga flight burn....Dapat merasa hotel 5 bintang percuma..
Saya pegang kata-kata Kak Ilah...jangan prasangka buruk pada ALLAH...pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Pic ini di ambil oleh Adik Zambri...setelah sampai di tangga pertama...Saya bernasib baik kerana berada pada kedudukan di hadapan atau di belakang Adik Zambri..kira ada jugak la wajah2 saya..daripada tak da langsung..

Boleh merasa hotel 5 bintang...tak tahu selepas ni ada lagi tak untuk kali kedua..   





September 2013- Pernah cakap nak pergi Mossy Forest...sebab Mossy Forest ini hutan dia macam duduk dalam alam fantasi...macam cerita Pantaghiro gitu..Hutan penuh misteri...Masa turun gunung...rasa macam naik..dok naik ja..Confius hati..ni nak turun atau nak daki..Bebel dah sepanjang jalan..tak larat bebenor..Bermula dari aktiviti hiking..saya ngan ex bos bergabung di luar..Di sini saya kenal dan semua pekerjaan mereka high level..Kira saya paling dot dot..Cara mereka berfikir..bercakap..begitu memotivasikan jiwa dan raga saya..




Pakai gaun putih pastu naik kuda..macam puteri raja..




Saya mula jatuh cinta pada alam dan jika ada kesempatan teringin nak terokai negara-negara di luar Malaysia..Doakan semoga impian dan cita-cita saya menjadi kenyataan...Ameen.

Kembara Hidup..
Jauh Perjalanan...Luas Permandangan..
Rakaman Mata Sejuta Rasa...

2013..
Pergimu membawa erti..
Namun pasti..
Kau kan pergi..

Begitu jua kehidupan ini..
Ia datang dan pergi..


Wednesday, December 25, 2013

Rezeki tanpa sedari.........

Assalammualaikum w.b.t

Dalam setahun demam boleh kira..Naik gunung turun gunung..masih sihat sejahtera- nikmat rezeki yang tak boleh hitung.

Pergi melancong di tempat orang #gigih pergi secara backpack-murah-Dipermudahkan perjalanan dan selamat pergi dan balik-

Dapat buat bookmark trademark sendiri-ni pon rezeki..InshaALLAH coming soon edisi ketiga.

Dapat buat koleksi satu almari buku-buku dalam masa setahun..hoho..

Dapat dua set cadar free -adik present tuk next birthday siap-siap..hadiah paling mahal. Tengok dalam internet harga boleh tahan...

Dapat hadiah telekung abah bagi  ole-ole dari Kemboja. Terharu bebenor.
 

Macam bisnes syok2 (bisnes lepas modal ja) kalau bagi diskaun..esok orang lain tanya pula..walaupon adakala untung bersih 5 hinggit..5 hinggit duduk di tengah padang..nganga sampai besok pagi pon takkan turun dari langit..

Dalam setahun boleh kira kekerapan berekperimen di dapur..Makanan melimpah ruah orang bagi..

Adik Junior rajin belanja nasi lemak ..Alhamdulillah..makin bambam.
(patut yang senior belanja tetapi terbalik plak).


Kadang-kadang tanpa kita sedari apa yang kita bagi, ALLAH gandakan berkali-kali..Serius.

Kita memberi kepada seseorang tetapi ALLAH hantar orang lain untuk kita pula. Janji ALLAH benar belaka.

 


 

Thursday, December 19, 2013

Cerita Semalam.

Assalammualaikum w.b.t

Semalam semasa sedang solat Maghrib..ada hamba ALLAH yang tidak puas hati protes dengan meninggi-ninggikan suara. Perli-perli.. Alhamdulillah..ni gambaran sebenar nilai akhlak kamu.

WAJIB  lakukan kerana perbuatan mereka melampaui batas. Jika di kaji dan dilihat segelintir dari mereka ini adalah berfikir di bawah minda.

~Benar ungkapan Dr Mahathir, Melayu mudah lupa..selalu kalau pangkat tinggi sikit dari biasa dah fikir lain dari yang lain..seolah-olah ada pengecualian dan keistimewaan sedangkan kita lupa undang-undang Islam pon tiada beza..kita sama sahaja.~

Pertama kali tegur dengan cara lembut..kedua tegur lagi dan ketiga  direct kepada bos mereka. Maka keluarlah ayat-ayat protes mengatakan suka jaga tepi kain orang dan tak boleh tengok orang senang.

Anak-anak buah  pernah bertanya apa kelebihan mereka sehingga begitu istimewa.Rehat kalah orang pejabat..Lepak dalam surau dari tengahari sampai waktu asar. Jika alasan tidak sihat,adalah perlu keistimewaan seumpama ini? Bukan hari ini malah kerap terserempak semasa waktu solat.Waktu Zohor bongkang, Asar bongkang...orang yang sama...Rasa-rasa sembahyang orang mati pon ada.
 
Selama ini mereka tegar kerana tiada sesiapa yang berani tegur kelakuan-kelakuan yang agak melampau. Siapa sangka orang yang rapat dengan mereka boleh tegur.
 
Seboleh-boleh tidak mahu membawa isu yang berkaitan dengan surau sebab kesan ia amat besar pada semua sedangkan hakikatnya surau di bangunan ini banyak jemaah yang tidur bebanding jemaah solat. Setiap kali solat kita kena kejutkan orang tidur...Tiada rasa hendak bangun untuk beri laluan pada kawan-kawan yang hendak solat.

Dulu ada Senior Officer suka sebab orang tidak berani dengan dia. Semenjak dia tiada. Orang sewenang-wenang makan dalam surau. Tidur waktu solat..dan lepak dalam surau tidak kira waktu. Walaupon setegas mana diri tetapi jika tiada supporter..agak ambil masa untuk melenturkan hati mereka dan bertahan.

Kawan-kawan ada yang bersuara lantang tetapi hanya bab-bab dunia. Alangkah bagus jika mereka turut serta lantang dalam hal-hal sebegini.

Ya ALLAH kau hantarlah orang-orang yang soleh bersama ku moga diberi kekuatan untuk berjuang keranamu ya ALLAH.

 

 

Sunday, December 15, 2013

Cinta itu....

Assalammmualaikum w.b.t..

~Kita mesti yakin apa-apa yang ALLAH beri semuanya baik pada pandangannya,biar pun peristiwa itu buruk dan menjadi sejarah hitam hidup kita.~ Prof Muhaya.

~Nikmat terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada ALLAH betapapun itu menyakitkan.~

~Masih ada waktu untuk membetulkan apa yang perlu dan perbaiki segala apa yang terjadi.~


Setiap musibah dan ujian di situ kasih sayang ALLAH...

 
Cinta itu-Inteam..

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang di idamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta…oh cinta…oh cinta…oh cinta…
Kerana cinta

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

 

Tuesday, December 10, 2013

Dakwah itu perjalanannya panjang........

Assalammualaikum w.b.t


Berjogging di hujung minggu adalah rutin utama. Bila Uncle dan Aunty kata sihat kamu tetapi mereka tidak tahu misi tersirat...Kesempatan itu memberi peluang bersembang dengan Muosa.

"Kak tak percaya gelaran Ustaz waima sekalipon, Abah kawan dengan Ustaz lama tetapi Ustaz tak pernah tarbiah Abah."

Kak tanya  satu soalan.
"Muosa mahukah orang-orang yang Muosa sayang tidak menanti di pintu syurga?'
  
"Takat belajar agama tetapi tidak mempraktis kan ilmu pon tiada guna."

Muosa diam lagi.

" Semalam Abah dapat Al-Quran. Besar size dia.
Bertuah Abah, dah dapat tiga Al-Quran." Kataku.
" Kalau ikut Muosa pon dapat tetapi Muosa pulang awal." Balas Muosa.

"Sementara Muosa ada kak nak minta tolong Muosa tengokkan bacaan Abah."
"Sebab Al-Quran itu, ibu mahu kasi orang tetapi kak tak bagi sebab itu orang bagi dekat Abah." sambungku lagi.

"Kak nak orang yang bagi tu dapat pahala".

"Itu la jika kita mahu beri sesuatu pada orang, kita kena lihat dulu samada ia menyumbang pahala atau tidak, Jika mereka sekadar buat perhiasan pon tiada gunanya." Kata Muosa.

Dakwah itu mengajak seseorang berbuat kebaikan.

Bukan mudah hendak kita berdakwah, adakala diri kita sering tergelincir.
Bukan mudah hendak kita istiqamah, adakala diri kita terbabas.



Dakwah itu perjalanannya panjang. Dakwah diri sendiri dahulu kemudian diikuti keluarga rapat. Barulah orang awam.

Alhamdulillah, malam ini fasa permulaan untuk Abah hijrahkan diri..sebab jangan di duga kadangkala jodoh anak lebih awal dari Abah. 



Berdakwah pada hati agar sentiasa melihat kekurangan diri.

Kesilapan dahulu menjadikan siapa diri pada hari ini. Tanpa kesilapan lalu pasti diri tidak akan berubah.

Paling penting adalah belajar dari kesilapan lalu dan bertekad tidak akan mengulanginya..

Jika kita jatuh, kita bangun semula..
Bila kita bangun, kita akan berhati-hati agar tidak sesekali jatuh untuk kedua kali...





Sunday, December 8, 2013

Perkahwinan Bukan Cinderella.

Assalammualaikum w.b.t

Bulan ini adalah bulan gantung periuk..
Walimatus urus di sana sini..

Dilema seketika samada kenduri kawan menjadi priority atau kenduri kawan-kawan abah dengan mak. Sebab driver adalah orang yang sama. 
Kalau jalan nun di utara satu lagi nun di selatan..jenuh memikir..
Mengapa ia menjadi serentak pada tarikh yang sama..

Tidak dinafikan kenduri juga menjadi tempat "reunion". Tu abah dan mak sanggup pergi. Kawan-kawan tak jumpa bukan setahun dua tetapi berpuluh-puluh tahun.

Bulan ni jadi PA mak ngan abah..Kenduri kalau pergi time makan. kalau masa kemuncak tu..kalau dapat meja kan..makan pon tak boleh fokus..Sebab ada orang dok tunggu belakang kita..Tak pon mesti mata kita dok melilau cari sapa-sapa yang dah nak bangun..Kalau pergi time pukul 3.00 petang seronok orang tiada..tetapi ada pro dan kontra..Makanan tinggal yang mana ada ja..Nasib la.Untung sabut timbul..Untung batu tenggelam.

Tapi sesuatu yang suka sebab kenduri yang pergi ni..ada sedikit ciri-ciri Islamik. 

Pertama: Rasa macam duduk dekat Universiti balik sebab lagu-lagu nasyid yang popular berkumandang, Selawat Nabi dan zikir-zikir terpilih..Tiga kenduri yang pergi..Kebetulan atau suratan?

Kedua: Terkejut sebab pukul 12.00 pengantin masuk khemah melayan tetamu..Rasa kembali kenduri di zaman dulo-dulo. Hari ini pon pengantin masuk khemah juga..tetapi tak da la teruja nak snap-snap sebab anak kawan abah..Cek tak kenal. Siap fikir..pengantin ni makan beradab pukul berapa? Mungkih tuah diri kot..setiap tempat yang pergi dapat tengok pengantin..Tak payah nak tercari-cari mana pengantin..

Tetapi dulu masa pergi kenduri kawan satu U dekat Guar...Dia siap terpacak sambut tetamu..mungkin orang Guar ni  memang jenis kuat adat sebab masa jadi pengapit dulu..pengantin pompuan pon dia suruh pergi tunggu kat khemah...Terkedek-kedek la member mai dekat Cek yang asyik menjamu selera di khemah..


Ketiga: Tiada pelamin.

Keempat: Jika melihat status mereka..mereka memilih sederhana. Ole-ole yang sederhana.

Kelima: Pakaian wanita tudung menutupi dada. Pengantin tak pakai bulu mata palsu..Ada masa plak memasang kanta pada wajah pengantin perempuan.Huahuahua. Yang menjadi musykil adakah seni memakai rantai di luar tudung atau ia fesyen?

Selalu berpesan berkali-kali pada hati semoga kuat dan tabahkan hati dengan arus semasa dunia. Jika diri kita tidak menjadi contoh pada siapa lagi harapkan. Adakala kita lantang berkata-kata tetapi bila datang situasi sebenar kita mengalah dan akur. Terpaksa dan dipaksa menuruti sehingga kita tiada hak untuk membenarkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam syariat Islam sedangkan kita tahu.

Kita adalah duta kecil membawa agama Islam. Perbuatan kita adalah cermin kepada maruah Islam. Sederhanalah semaksima yang boleh.

Apa2pon perkahwinan Cik Lijah menjadi inspirasi...Perkahwinan Bukan Cinderella..I like.










Friday, December 6, 2013

Cita-cita baru.

Assalammualaikum w.b.t.

Hidup ini macam roda..adakala kita di bawah adakala kita di atas. Suatu ketika dahulu ketika menjadi salah seorang family di tempat ini menjadikan diri cukup bertuah. Rasa ini tempat terakhir untuk berlabuh. Namun ia seperti di pantai di mana ada satu tika ia tenang, ada satu tika ia bergelora.

Seperti kata seorang senior saya, di mana-mana ada cabaran terpulang kepada kebijaksaan kita bagaimana untuk menangani. 

Ketika masing-masing susah menggapai destinasi baru, tinggal diri yang hanya menunggu dan terus menunggu. Ada yang kehairanan kenapa masih tidak bertindak dan ada yang terus membuat spekulasi malah ada yang ketawa serta menyindir memandangkan sekian lama resume tidak dikemas kini.

Membuat sesuatu keputusan, minda perlu memikirkan faktor sekeliling. Jika berkata di tempat baru baru fikir pasal cuti,ia satu idea yang baik tetapi tidak semua tahu aktiviti-aktiviti yang telah dirangka mengikut jadual cuti asal. InshaALLAH semua aktiviti-aktiviti di hadkan sehingga bulan Jun tahun depan. Terikat dengan komitmen luar membuatkan diri hanya mampu untuk bertahan. Boleh jadi jika kita di tempat baru dan kita ambil cuti panjang untuk beberapa program dalam tempoh enam bulan adalah  sesuatu yang tidak logik. 

Pengalaman sebelum ini membuatkan minda berfikir. Di tempat baru tidak semuanya indah. Boleh kita keluar mulut buaya..kita akan masuk mulut harimau..

Sekiranya takdir menentukan, andaikata satu ketika keluar dari tempat ini,maka keluarlah dari bidang ini. Mencuba sesuatu yang baru di cari bukan sekadar untuk tempat persinggahan sementara.

Berharap suatu hari nanti doa diangkat untuk menjadi salah seorang muttawif yang akan membimbing jemaah atau bekerja di belakang tabir untuk urusan umrah dan haji.

Berkenalan dengan salah seorang mutawif  yang menimba pengalaman semasa musim haji yang lalu membuatkan diri ingin mencuba jika diberi kesempatan olehNYA. Entah bila tetapi terdetik di hati,ingin terokai bidang ini. Ia seperti angan-angan mat jenin namun siapa sangka boleh jadi ia menjadi kenyataan.

Monday, December 2, 2013

2014 kian menghampiri

Assalammualaikum w.b.t.

Macam dalam mimpi..Sekali buka mata ..Macam tak percaya bulan baru dan tidak lama lagi tahun baru maka umur pon baru..

Bila umur kian meningkat itu petanda kematian semakin menghampiri. Bila direnung kembali kisah mimpi itu membuatkan diri masih lagi insan kerdil..berusaha untuk memaafkan diri sendiri dan masih kembali mencari diri sendiri.

Alhamdulillah walaupon tahun ini adalah tahun tanpa OT.Bekerja dengan gaji basic membuatkan diri menjadi insan yang bersyukur dengan nikmat ALLAH iaitu nikmat bekerja di siang hari dan tidur di malam hari. Bila ALLAH hantar sesuatu ujian itu sebenarnya ALLAH nak upgrade diri kita.Waktu malam adalah waktu yang mustajab untuk kita berdoa.

Tanpa OT juga membuatkan diri mampu terbang melihat kebesaran ALLAH di dasar laut dan jua di puncak gunung..Tanpa stamina yang konsisten al hamdulillah mampu sampai ke puncak mengikut waktu normal. Selamat dari binatang buas. Diselamatkan oleh seseorang ketika di bawa gelora ombak..Mengutip koleksi pengalaman apabila tertelan air laut ketika belajar snorkeling namun tanpa ungkapan apabila melihat kehidupan di dasar laut membuatkan diri teruja untuk mencuba scuba diving jika diberi peluang di masa akan datang.

Tanpa OT juga membawa diri bertamu di rumah ALLAH..tercipta suatu kenangan terindah..mengajar diri bahawa bukan sahaja di Raudhah, Makam Ismail, dan Multazam adalah tempat-tempat yang doanya mustajab bahkan di dalam kamar kecil ini juga mampu menjadi tempat yang doa diangkat jika tidak berputus asa. Rindu sentiasa bertandang.ALLAH akan hantar orang-orang yang baik kepada kita sekiranya kita mahu berbuat kebaikan. 

Pulang dari Indonesia membawa satu perjuangan. Walaupon ada tikanya tersungkur namun bangun semula. Merasai bagaimana Nabi Muhammad S.A.W memperjuangkan Islam dan kesabaran baginda tiada tandingi jika hendak dibandingkan dengan diri yang kerdil ini. Syukur kian di penutup tirai 2013..hanya tinggal 30% untuk menjadi pelengkap. Moga suatu hari jika jasad ini tiada di sini, ia akan menjadi usaha yang berterusan oleh pihak lain. Seperti kata sahabat.."kita ramai tetapi tidak bersatu"," kita bercakap tetapi tidak beramal". Bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang menjadi habit manusia. Bukan mudah membawa yang benar.Terima kasih Ya ALLAH kerana menghantar insan-insan yang terpilih untuk turut serta bersama diri.

Kerjaya untuk tahun ini tidak sehebat tahun-tahun permulaan. Mulut lantang dan gagal mengawal emosi. Ini disebabkan menyimpan terlalu lama dan mengelugai dengan janji-janji yang dilontarkan. Sedaya upaya untuk menahan emosi dan cuba bercakap dengan berhemah. High pressure dan bekerja dalam situasi yang tidak menggembirakan. Saat penulisan ini diri berharap suatu hari nanti ALLAH keluarkan dari ujian ini kerna yakin ujian itu ada tempoh tamatnya.


Moga tahun depan mendapat sentuhan dan hidup ini seceria dan gembira seperti masa-masa lalu. Kerna diri yakin setiap cerita ada penamatnya.

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


 Tahun ini terasa yang amat sangat kerna kehilangan lagi sahabat.
 Sahabat yang banyak membantu dalam perjuangan.
 Terasa separuh sayap patah. Namun percaturanNYA indah penuh rahsia. Semoga diri tabah meneruskan kehidupan kerna setiap jalan cerita kita berbeza.