Monday, May 24, 2010

Hepy BEsday Mohd Wafiy ADam.....



Smlm baru ja tanya mak.....lan ni besday wafiy...tp mmg xingat bla...
tp naluri makDE mmg xleh sangkal...tgk2 kak update fesbook..
toi la...hehe...besday wafiy makDe ingat bulan ja...tarikh xingat...
Wafiy lahir kat cna....
tp pasni MakDe ingat ........klu bab2 ni mmg ingat...keh3
masih ingat Wafiy yg baru berusia beberapa hari sj...dah merasa ketapi kelas pertama sedangkan MakDe dulo2...qajen gak nek ketapi p kolumpo...masa ngaji..
tambang time tu student p balik 20 hinggit ja...kelas 3 ja...huhu

Sampai kat cni jew daa kena kuning.........MakLang dok  kalut cari sengkuang cina...
bertapa kat Hospital Kulim beberapa hari.......MakDe p tgk .wafiy dok tido ja...
Nasib bek Mak2 saudara kat cni sume2 Power Puff Girl..
leh la bergilir nak wak Wafiy g klinik check darah......

MakLang excited kot time tu first anak buah dia....balut bengkung mcm ulat daun ja MakDE tgk...haha...
Sonok masa  ada Wafiy....MakDe kuar kilang laju ja drive mcm kilat nak lik umah...
Sampai kat umah...mesti MaKde  bawak Wafiy tgk ikan2 kat aquarium.........berkenalan ngan ikan2 koi MakDE...


Selalu MakDe jaga Wafiy....tp the ending Wafiy yg jaga MakDE...
coz MakDE zzzzzzzzzz.......zzz


Daa genap setahun...Wafiy daa koi tubuh...Sabah bah....
kui tomei la...
walaupon MakDE dok tgk dak2 kecik...
tp lam hati anak2 buah MakDe paling tomei and encem...


MakDe hrp nanti besa jadi org berguna....jgn nakal2 tau...
sblm lik kg....sebut toi2  M.A.K.D.E......mim qauf dai alif...

Wednesday, May 19, 2010

Baru AKu Ngerti

Last week masa pergi Pokok Sena....mak srh berenti kat masjid...
tp alang2 nak sampai umah...org ckp mak bek solat kat umah...
mak kata berdosa...

Mcm tu bla lik keja pagi....lewat sket mesti qada maghrib...
tapi kekadang xsempat letak buntut...daa azan isyak...
kuar awai tp ikut bontot lori..bus...jadi lambat sampai umah...





1. MENGQADA'KAN SOLAT








Soalan:


Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah dengan bertaubat sahaja?


Abdullah, K. L.


Jawapan:


. Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.


Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.



Baru ngerti apa maksud mak...pasni kena singgah la masjid...
masjid ada tepi jalan tp alasan nak mayang kat umah..sampai waktu pon abis...
Ermmm .......

Saturday, May 15, 2010

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.




2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.


4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.


6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.


7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.


9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.


10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.


12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan


13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi


14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh


15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah


17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum


18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu


19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman


20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana


21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung


22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah


24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah


25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA


26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari


27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH


28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur


29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan


30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari


31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW


32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh


33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari


34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari


36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang


37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud


38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya


39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim


40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari


41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya


42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih


43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih


44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain


45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud


46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya


47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar


48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib


49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami


50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan

Friday, May 14, 2010

JoDOh itu milik ALLAH

Ari ini jumaat...sesuweilah hari tuk muhasabah diri......
Selalu org tanya nape xkawen lagi??? org ckp memilih?? iyer kew?
Kadang2 pabila kita melihat di depan mata sendiri...kita akan berfikir 1000 kali tuk berkahwin...sukar sekali tuk jumpa permata yg kita cari...mayb bukan masanyer lagi.....

Bercakap hal jodoh...kdg2 org kata pilihan keluarga lebih baik  dari pilihan sendiri...
Betulkah??
Kita hanya merencanakan.......Allah itu menentukan...Benar org kata perkahwinan itu ibarat perjudian...walapun pilihan family juga belum pasti menjamin kebahagian...ini benar dan ku saksikan sendiri...Begitu juga pilihan hati ...walaupon lautan  api sanggup ku renang...itu ayat sblm kawen...pas kawen...srh tlg masak pon xnak...tlg jaga anak pon xnak..... .ader.
Ini bercakap hal lelaki......tetapi aku juga tidak menduga bahawa ada juga pompuan sedemikian.......


Benar kata org kdg2 kerana pompuan..si ibu tidak mengenali anaknya...Walaupon lemah lembut tetapi jgn mudah tertipu dengan lenggang lenggoknyer....Aku juga pernah remaja...pernah  bercinta tetapi xde la ngada2 tahap tenuk cam nih..sampai nek rimas..membuatkan ku berfikir...ade jugak orang cam nih...Bila daa angau..sume kita nasihat xleh pakai...

Ku berdoa agar si anak ini boleh berfikir secara matang....sekiranya ingat ibu yg mengandung 9 bulan...buat pilihan yg bijak...Biar menangis skrg dari menangis kemudian hari....biar terluka sblm luka itu menjadi parah......yg pasti jgn lukakan hati ibu..kerna ibu tiada gantinya...

Begitu juga diriku....bukan berharta yg ku cari...bukan rupa yg ku pandang...jika mampu membuat org tuaku tersenyum dan bahagia...itulah pilihan di hati...

Tuesday, May 11, 2010

Moga Esok aku terus tersenyum

Bab 1  Hari ini sowang daa kena...
jgn fikir my fav operator ..u can do anything..
.daa kena ..apalagi majuk la...
tp klu budak sekolah ...mmg   dah rotan tapak tangan...
kita daa rebrief...tp degil jugak...sok ada problem bukan kita yg kena...depa jugak...susahkan sgt ka nak tick...??
Nasib baik ari ni last keja...mode goyang2..tp td mmg daa nak jadi ijau...


Muka nih asal leh awet muda 20 thn lagi..rasa2 leh kerepot dalam masa 2 thn...
Ingat koi dewasa...xmau dah marah2 org...xmau dah sakiti hati org len...tp situasi dan keadaan yg memaksa...koi melampau..koi besaq pala...koi menjawab..mula la darah aku pon koi nek...


Bab 2 Semoga esok aku terus tersenyum dan lupakan apa yg berlaku...sahabat...susahkah sgt ka nak inform walaupon sebaris ayat???? tidak mengapa jika kau senang cara begini asalkan kau bahagia dan hepy........

Bla tiba masa dan tikanya kau juga akan tertanya2 dan pasti ketika itu kau akan mendapat jawapannya...

Ya Allah jika kau mendengar suara hatiku...Kau berikanlah aku Petunjuk dan hidayahMu...Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang Lagi Maha Adil........





Monday, May 10, 2010

Dan bila esok.............kita kan bertemu kembali....

Malam yg sepi...sambil pekena teh o ngan roti jagung.....dan bila esok terus berkumandang ....menjadikan suasana mlm  ini berada di dalam zone jiwang...saja mengadap benda nih coz skrg anak2 buahku ngah break...so aku pon apalagi....

lama dah xtulih blog...bukan xde cerita menarik...tetapi bz..tu pon sempat tgk aquarium...tp aquarium yg btoi2 mmg xsempat nak cuci...no wonder ikan koi puteh ku pergi sekor demi sekor...tp tunggu la next month gaji msk..akan ku terjah azam aquarium..hahaha...

Skrg daa ade aktiviti baru...senamrobik...mcm xpercaya dari pendang leh continue kat cni...hak3..ari2 membuatkan aku bz...
daa xsempat nak fikir hal2 len...mmg best sgt2...enjoy gila...

Result SPM daa kuar dan adik2 menanti dgn saba keputusan U...sonok mendapat khabar berita..mereka berjaya melanjutkan di IPTA...terasa masa itu cepat berlalu la...daa besa2 diaorg sedangkan ketika aku berada  di sana mereka baru tingkatan 2...mereka semakin dekat dengan cita2 mereka sedangkan aku masihkah ada harapan untuk menggapai cita-cita....

lagi sebulan daa setengah tahun....ni aku tengah menatap list senarai dalam azam 2010...bole ka xbole??? bole ka xbole??