Friday, August 30, 2013

Apabila insan biasa berbicara.

Assalammualaikum w.b.t...

Pagi tadi sahabat saya ex sekolah rendah ada post kat wall berbunyi:-


Muhasabah Diri dipagi Jumaat - Kata Ustaz Badli Shah...banyak mana kita baca QURAN...pastikan kita mempunyai sebuah ALQURAN sendiri..dibeli dengan duit sendiri...bukan dapat hadiah..bukan mak ayah bg duit..bukan pinjam QURAN kawan untuk baca...kebanyakan orang hari ni...mampu beli gajet beribu2 ringgit...tukar gajet setahun 2 kali...tapi ALQURAN sebuah pun xmampu beli... Ini bicara seorang Ustaz. Ada berani kata statement ni kasar?

Jika insan biasa ini yang memberi statement seperti di atas, ada yang menemplak bahawa kata-kata kasar.

Bezanya saya tiada title apa-apa hanyalah insan biasa yang berbicara bukan ustaz.

Jika saya katakan gaji pertama kamu, saya galakkan kamu membeli kain sembahyang untuk mak kamu atau  untuk diri sendiri sebagai hadiah atau ganjaran ini hadiah ketika aku meraih gaji pertama, atau kamu belikan Al-Quran yang bersaiz besar untuk kedua orang tua kamu atau kamu membelikan papan rehan yang besar atau jubah putih. 

Sama ketika kamu dapat bonus, belilah kain sembahyang atau jubah untuk mereka dan juga diri kamu. Jika setahun kita boleh bertukar berpasang-pasang baju kenapa tidak dengan kain sembahyang? Yang lama jika masih elok boleh wakaf di tempat-tempat yang memerlukan. Kenapa asyik-asyik kain sembahyang/jubah?Sebab ia salah satu pakaian kita ketika menghadap ALLAH.
Contoh: Selalu bila dapat gaji kita beli tudung, asal dapat gaji beli tudung, asal tengok tudung beli walaupon tiada gaji..Dan kita excited nak pakai tudung baru bila nak pergi kerja atau pergi kenduri..Tetapi jika tudung tersebut boleh dibawa solat ia adalah satu kelebihan.

Apa yang ingin di sampaikan...Bila jumpa ALLAH cuba kita berpakaian baru tak kira samada jubah, anak tudung,stokin atau kain sembahyang.Terima kasih Ya ALLAH di atas rezeki yang Engkau berikan.

Ada yang terasa hidup mereka dikongkong bila statement ini dikeluarkan. Al-Quran yang dibeli tidak diletak pada kedudukan tertinggi dalam hati, hanya menjadi hiasan semata-mata. Jika ini bicara seorang Ustaz, ada berani pertikaikan?

Kenapa perlu prihatin dengan orang sebegini?..Namun atas tanggungjawab sosial ia perlu. Tanggungjawab fardu kifayah adalah perjuangan tanpa henti. 




 



 



 

Monday, August 26, 2013

Tersenyumlah wahai hati yang bersedih.

Assalammmualaikum w.b.t

Benarlah kata pujangga.

~Allah mengizinkan kita disakiti kerna esok kita tahu cara untuk mengubati hati mereka yang terluka.
Allah membuatkan kita menangis kerna esok kita bisa dan mampu menghiburkan mereka yang bersedih.~

Tika melihat peperangan yang meletus di Mesir, hati terdetik syukur ya ALLAH kerna aku bisa bergerak ke sana ke mari.

Tika melihat bangunan-bangunan di Pakistan, hati terdetik ya ALLAH syukur padaMu, aku masih tinggal di rumah yang selesa.

Tika melihat perkampungan di Indonesia, terdetik  berkata ya ALLAH syukur padaMU ku masih mempunyai pekerjaan. Baru sedari mengapa mereka di Indonesia sanggup bergadai nyawa untuk memasuki negara ini.

Sahabat.

Jangan bersedih,
Jika kamu tiada kasut, orang lain tiada kaki.
Jika kamu tiada wang, orang lain disekeliling hutang.
Jika rasa sakit sekarang, orang lain bertahun-tahun menanggung sakitnya.

Jika kamu membuat dosa, perbetulkan.
Pintu-pintu keampunan sentiasa terbuka.
Jangan bersedih..
Bersedih tidak akan mengubah apa-apa.

Bicara Opick ~

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
takkan kau biarkan hambamu menangis..
kerna kemurahanMU..
kerna kasih sayangMU..


Apa-apa yang berlaku berbalik kepada ALLAH,di atas segala yang berlaku DIA yang Maha Menentukan.

Surah Al-Ikhlas.

.Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. 
1. Katakanlah (Muhammad)"Dialah ALLAH, Yang Maha Esa.
2. ALLAH tempat meminta segala sesuatu.
3. ALLAH tidak beranak dan tidak pula diperanakan.
4. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan DIA. 


p/s: Selama mana kamu mahu bersedih adalah hak kamu..tetapi menasihati tanpa jemu adalah hak saya..


Friday, August 23, 2013

Suara Hati

Assalammualaikum w.b.t

Kehidupan setiap insan adalah diari yang dia maksudkan untuk menulis satu cerita dan menulis cerita yang lain~James Matthew Barrie.

Kunjungan syawal kali diterjah dengan soalan cepu emas namun kali ini jawapan cepu emas jugak diberi.
 .........................................................................................................................................................
Pakcik: Jangan memilih.
Saya : Waima seseorang itu bawa kitab, mesti ada pekerjaan.
            Jika kita pergi kedai beli barang, kita tiada duit, agak-agak2 tauke tu bagi percuma?
Pakcik : Kamu tak rugi kawin dengan orang bawa kitab.
Saya : Rasulullah SAW pon sebagai pedagang ketika mengahwini Siti Khadijah.  Kalau macam itu saya nak rekomen kat anak Pakcik la.
Pakcik : Errrr...tak boleh..Jangan..Jangan..nanti anak Pakcik marah.
...............................................................................................................................................
Ustaz: Saya nak tanya kamu...jika sekian...sekian...kamu terima tak?
Saya: Ustaz tang saya bukan main lagi...Tang Ustaz siap bakal isteri  Master backgroud.
           Kenapa Ustaz tak pilih orang-orang biasa ja..Ustaz pon memilih..
Ustaz: Tersenyum.
Saya: Ustaz ingat depa cerdik..saya pon cerdik eh.
Ustaz: Ketawa. 

...............................................................................................................................................

Sahabat: Bila nak panggil kenduri.
Saya: Nanti sampai masa tikanya panggil la..
Sahabat: Dok lama tunggu..
Saya: Jangan risau, itu kerja ALLAH, siapa kita hendak mempertikaikan.

...............................................................................................................................................

Tabik spring dan kagum bagi mereka yang mengejar dan mendalami ilmu agama tetapi kita mesti beramal dengan ilmu tersebut. Jangan kata ada ilmu agama kita tidak memerlukan pekerjaan. Kita mesti berusaha. Jangan tunggu  dan tunggu seolah-olah rezeki jatuh dari langit. Tanah belakang rumah pon kalau kita kerjakan boleh datangkan hasil. 

Jangan kita hendak mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain. Orang lain pon berusaha untuk dapatkan apa yang ada sekarang. Cuba kita kerja dan dapatkan sesuatu apa yang kita inginkan. Saat itu kita sedar bahawa setitik peluh amatlah berharga. 

Fikir orang disekeliling adalah orang yang rapat dengan kita. Mesti kita hendak kehidupan mereka bahagia. Jangan kita hendak menyenangkan orang lain waima adik beradik kita, kita menyusahkan hidup orang disekeliling.

Jika kita pon memilih..kita tak berhak cakap dia memilih sebab hak memilih adalah hak seseorang.

Jika kita seorang yang berani, ikhlas dan berkeyakinan, kita tak perlu orang tengah atau orang tepi. Jangan harapkan jalan mudah, tiada  usaha dan takut gagal. Jika tiada nilai kejujuran jangan  asyik salahkan orang lain. 

.................................................................................................................................................         

Hati ialah tempat cinta bertakha,Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu,seluruh tenaga,upaya dan fokus dalam hidupnya aka ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih "siapa" dan "apa" yang hendak kita cintai. - Ustaz Pahrol -Semuanya Soal Hati. 

Siapa diri saya adalah lebih daripada pekerjaan saya.Batu nisan saya tidak akan menyatakan kerjaya apa yang saya pegang,tetapi bagaimana saya menjalani kehidupan. Saya mahu tulisan pada batu nisan itu menyatakan "wanita itu menjalani kehidupan dengan sepenuhnya." Begitulah saya mahu meneruskan kehidupan ini. - Chicken Soup for the Soul.
 


Friday, August 16, 2013

Apa yang kita tak nampak depan mata...........

Assalammualaikum w.b.t..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Ilham ini datang tetiba. 
Dua tiga hari bila pijak lantai, hati sudah berbicara sesuatu dan satu tika..

Mereka : Kak surau ini berbau la depa..
Kak    : Kenapa perlu kita bising orang bukan Islam cuci surau ini?
         Kenapa kita tak bising pada orang Islam yang tak pandai menjaga kebersihan surau ini? Kita sendiri pon boleh tengok dengan mata ja..Tak da pon rasa nak menyapu surau ni.Depa tolong cuci pon cukup bagus.Kalau tak, tak nampak rupa surau ni.Islam kan bersih. Tetapi sayang tempat ibadah kita sampai orang bukan Islam tegur tentang kebersihannya.

Kita bising-bising dan terasa terhina dengan penggunaan surau oleh orang bukan Islam bagi tujuan ibadah.
Kita nampak apa berlaku di luar sana tetapi kita tak nampak apa yang berlaku depan mata.Cuba sekarang tengok balik surau-surau dan masjid-masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal anda atau tempat kerja anda. 
Kadang-kadang nama surau tempat ibadah tetapi orang Islam jadikan tempat riadah.Berapa ramai yang betul-betul masuk surau untuk tujuan ibadah? Banyak tidur jemaah dari solat jemaah. Tidor tak kira waktu orang solat.Dah la tak solat,pastu tak hormat orang nak solat.

Berapa banyak saf kat masjid penuh dengan jemaah? Sedangkan pada bulan Ramadhan, bulan seribu rahmat itupon hanya tiga  saf untuk waktu Isyak dan tinggal 1 saf sahaja untuk terawih dua puluh rakaat. Jika kita sendiri pon berat kaki untuk pergi ke masjid atau surau, binalah masjid 2 juta, 5 juta, 10 juta pon tiada makna jika isinya kosong. Harap bilal dan tok imam jadi penunggu setia. Nak tengok masjid penuh hanya masa sembahyang raya Aidilfitri.Tu pon kita nak bangga dengan surau dan masjid yang tersergam indah tanpa isi?


Kita protes dan terasa hina dengan video orang Islam yang memegang anjing..kelakuannya seolah-olah menghina Islam bicara kita..
Kita tengok balik depan mata kita.
Hisap rokok keluar fatwa lagi kata haram. Tetapi kita juga tak endah sebab dah jadi perkara biasa. Haram hukumnya tetap haram. Kenapa Islam kata haram? Sebab ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Kita kata bengong apabila calon-calon ratu cantik yang mempertikaikan fatwa. Kita tengok balik...Larangan memasuki ratu cantik adalah untuk mengelakkan kita daripada memperagakan tubuh badan pada orang ramai. Hukum tidak menutup aurat.Tengok depan mata...kita tak kata bengong pada sahabat-sahabat dan adik beradik kita yang berpakaian dan berkerudung tetapi hakikatnya............Sayang ramai tahu aurat tetapi tidak tahu makna aurat.Sayang cantik berkerudung tetapi berlengan 3 suku...Tengok balik mak-mak kita yang keluar rumah hanya anak tudung dan baju t-shirt lengan pendek sahaja. Tengok balik aurat antara ipar duai. Walaupon hanya sejengkal pakaian kita tidak menutupi  tetap jatuh tidak menutup aurat. Kita tidak bising sebab ini perkara biasa. 

Kita boleh beli novel dua tiga buah sekali tetapi kita tak rasa nak beli terjemahan Al-Quran.Kita boleh khatam novel tiga kali sehari tetapi tak boleh nak habiskan 1 juz sehari. Kita boleh ingat nama watak-watak tetapi tak boleh ingat kisah dalam Al-Quran. Kekadang kita beli Al-Quran kita buat perhiasan sahaja sampai berdebu.Bicara kita tunggu hidayah sampai.

Kita pergi supermarket kita belanja RM 150 tak ingat dunia,tapi bila untuk tabung derma,nak bagi RM 10 kita terfikir banyak kali. RM 10 sekali kita terasa sangat berat berbanding RM 1. Jika seorang derma RM 1 dari kelompok setempat secara tetap, pasti tok imam tak perlu membuat pengumuman kita perlukan dana...sekian..sekian...Bayang sepuluh orang bayar RM 30  sebulan secara tetap,dah lepas untuk bil-bil elektrik dan air. Bantu sekolah-sekolah agama persendirian. Bantu produk keluaran Islam. Kenduri zaman sekarang samada sedar atau tidak kita selalu dapat gula-gula. Kenapa gula-gula itu tidak digantikan saja dengan kuih tradisional.Jika RM 50 kita beli..sekiranya 10 orang terlibat dengan kenduri, tidakkah kita sumbang RM 500 untuk industri kita?

Kita mempunyai masa 24 jam. Ada masa memancing. Ada masa bermain badminton, tetapi kita tiada masa sejam  sehari untuk melihat  Fardu Ain anak kita. Untuk semak balik bacaan Iqra anak kita. Kita serahkan bulat-bulat pada orang yang mengajar. Maka tidak hairan ak-anak kita lebih kenal mak ultraman sampai la abang-abang ultraman daripada kenal alif ba ta dan sirah Nabi Muhammad SAW.

Kita sedih..melihat umat Islam di bumi Mesir bermandi dengan darah. Mereka mati syahid dan syurgalah yang menanti. Kita tak sedih melihat adik-beradik dan saudara-saudara kita depan mata yang belum tentu lagi syurga yang menunggu.

Sesama muhasabah.Buat pedoman diri.






Friday, August 2, 2013

Memburu Ramadhan dan Lailatulqadar.

Assalammualaikum w.b.t..

Ramadhan kian di penghujung.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Permegian Ramadhan ditangisi kerna ia membawa pergi sekali tawaran.

Tawaran itu hanya setahun sekali..Ramadhan bertamu setiap tahun..
Tetapi kita belum pasti akan bertemu Ramadhan setiap tahun.
Mungkin ini Ramadhan terakhir..

Ramadhan kali ini mengajar sesuatu. Bersyukur lah bagi dikalangan kita yang terpilih. Terpilih untuk mengingatiNYA. Ramadhan kali ini membuka mata..Selama ini hidup 20 bersama Ramadhan tetapi Ramadhan semata-mata. Bagus kita hadiri majlis-majlis ilmu.

Contoh kita minum teh hari-hari. Bila kita tahu kelazatan dan kelebihan teh tersebut mungkin kita minum teh, kita tambah lagi.

Begitulah kelebihan Ramadhan.Membawa kebahagian dan ketenangan.
Datangnya Ramadhan kita boleh pergi ke masjid walaupon baru sampai kampung pukul 7.00petang. Sedangkan hari-hari biasa adakah kita berbuat begitu?

Datangnya Ramadhan kita boleh bangun pukul 4.00 pagi dengan automatik. Hari-hari biasa adakah kita boleh bangun?

Datangnya Ramadhan hati kita setenang-tenang. Bila temperature 101 pon kita boleh bercakap dengan nada rendah. Hari-hari biasa tak sampai lagi temperature 100 kita dah meletus.

Datangnya Ramadhan hati kita dah tak kisah makan berbuka apa dan bersahur apa.

Datangnya Ramadhan sebelum tidur kita dah selak surat cinta ALLAH, sekurang-kurangnya satu surah kita pendek kita baca. Hari-hari biasa pengsan tanpa sempat selak surat cinta ALLAH.

Datangnya Ramadhan, tengok Masjidil Haram dan Masjid Nabawi..hati melonjak-lonjak rindu..Kalau boleh tahun depan hendak sambut Ramadhan di sana.

Datangnya Ramadhan, solat kita sehari-hari pahalanya berganda-ganda. Adakah tawaran ini ada selepas Ramadhan??

Ramadhan kali ini sangat istimewa sebab ia tidak akan berulang untk tahun hadapan.

Ramadhan membuatkan hati kembali tenang dan bahagia bila duduk di tikar sejadah tanpa gangguan.

Sedarkah kita?Masa kian menghambat kita.

Ramadhan kali ini istimewa sebab mengingatkan kita masa.Umur kita semakin naik menandakan masa kita semakin hampir.

ALLAH!!...ALLAH!!! bersyukur..
Walaupon bukan dari kalangan terbaik, namun bangun dari sedar memburu dan berusaha untuk menjadi baik.

Siapa bersamaku? ALLAH!!!! Siapa yang boleh menolongku? ALLAH!!!

ALLAH buka lorong seluas-luasnya. Mintalah pada ALLAH...
Moga  dikalangan yang istiqamah walaupon Ramadhan pergi. Moga  dikalangan yang sentiasa mengingatiMU.
Moga  sentiasa dilindungi dan dipayungi rahmatMU.
Moga  mempunyai market value untuk berhadapan denganMU.
Moga hati sentiasa tenang berhadapan dengan ujianMU. Ameen Ya Rabbal A'lameen.