Monday, August 29, 2011

Di Penghujung Ramadhan

Tahun ini raya bersederhana..
Tak kalut nak bertempik ngan si cilik berdua tu macam tahun lepas.
Kerana tahun ni giliran mereka masing-masing di rumah mertua..
Sorang lagi beraya di dalam hutan..

Mak depan cermin dok bergaya dengan baju rayanya..
Petang ni nak pakai katanya..

Hari ini terasa sayu..ramadhan dah nak pergi..
Masa ramadhan nak datang..berdebar-debar ja tunggu..
Alhamdulillah tahun ni dapat panjang bersama ramadhan..
Kalau bole ikat ramadhan..mesti makde ikat ..xnak ramadhan pergi..
Malam akhir makde sempat dengar tazkirah ...

Istimewanya ramadhan...ia datang di dalam pakej..
Nape ya??
Kerana terawih kita berkunjung di rumah ALLAH hari-hari.
Selepas terawih kita berkesempatan mendengar majlis ilmu tanpa paksaan..di mana pahala nya sama dengan 1000 pahala solat sunat..
Kerana ada malam qiamuallail di mana ketika itu satu malam malaikat semua turun..
Satu kebaikan  yang kita lakukan di balas dengan 70 pahala.
Bulan di mana ALLAH beri kita pahala percuma..
Bulan di mana semua syaitan ditambat dan kita mudah melakukan semua kebaikan tanpa hasutan..

Sayu hati..
Adakah selepas ini kita akan mengunjung rumah ALLAH seperti ramadhan?
Mendengar majlis ilmu?
Syawal adalah hari kita meraikan kemenangan semasa berpuasa..
Berpuasa menahan diri dari dunia kebendaaan..
Moga ramadhan kali ini terus memberi sinar..
Istiqamah ke arah kebaikan..


Pertemuan dan perpisahan..
Ramadhan kau datang..
Dan kau akan pergi jua..

Perginya imam muda..
Tiada lagi suara merdu..
Yang mengajak kita..
Merindui ALLAH...

Hati ini pernah berbisik..
Hati ini pernah bebal..
Hati ini pernah merungut..
"Lamanya tok imam ni baca"

Akhirnya..
Hati ini faham..
Hati ini belajar..
Jika begitu cara nya belajar dengan tok guru..
Begitu lah cara pembawakannya..
Ustaz ada berkata..
Di Mekah jemaah menangis kerana menghayati surah yang di baca..
Tetapi
Di Malaysia jemaah menangis bukan menghayati tetapi kepenatan..

Ustaz sempat memberi tip2 untuk menguatkan ingatan...mana2 yang mudah..jadikan sebagai amalan..
1. Sentiasa dalam keadaaan berwuduk..
2. Sentiasa selawat dan berzikir..
3. Bangun di tengah malam..solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat..
4. Bersugi..
5. makde xingat..hehe..

Nak menghafal ..waktu pagi selepas subuh...apa-apa yang kita nak buat niat kerana ALLAH..insyaALLAH ALLAH permudahkan..

Bagi makde ramadhan itu istimewa..tersirat dan tersurat..sangat istimewa..

Salam Ramadhan..
Salam Syawal..
Salam Silaturahim..

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan 9...

Liku PerJalanan  Pengembara Sementara......

Jika suatu tika dulu ia menjadi perkhabaran gembira buatku..
Kini tidak lagi..
Jika suatu tika dulu ia adalah satu pengharapan..
Kini tidak lagi..

Semakin menuju puncak..
Semakin sukar penjalanan itu..
Tetapi sejauh mana kita kembali..
Beruntunglah kita..
Kita tidak pernah memilih tetapi DIA memilih kita..
Allah sentiasa di sisi kita.
Yakinilah ALLAH mengerti segalanya..

Adat kehidupan..
Mesti ada jatuh bangun..
Ada pro dan kontra..
Semua ada dugaan dan cabaran..
Cuma bentuknya berbeza..
Bersyukurlah ia tidaklah seberat seperti mereka galas..

|Jangan percaya dan tertipu pada pangkat dan kelulusan sesorang itu jika kerjanya hanya menjatuhkan orang lain kerna menurut hadis, merekalah yang paling buruk dan rendah akhlaknya|

|Dalam kehidupan dunia kita dituntut agat tidak terjebak dalam cerita berpanjangan, setiap sesuatu yang terjadi pasti diharapkan berakhir dengan kebahagiaan.|

|Sembunyikan kemarahan anda, jangan mengungkit kesalahan yang kecil, tutuplah mata terhadap kenakalan orang lain,maafkanlah kesalahan yang dilakukan atas diri anda dan kuburkanlah celaan itu, nescaya anda akan menjadi orang yang paling dicintai.|

|Perkataan yang baik adalah sedekah. Mengapa? Kerana dia dapat membuka jiwa, menggembirkan hati,menyembuhkan luka, menghilangkan kemarahan dan menebar kedamaian.|

|Jika datang kesusahan,maka ketahuilah bahawa itu hanyalah awan di musim panas yang sebentar lagi akan berlalu. Jangan takut dengan gemuruh petirnya  dan sambaran kilatnya, kerana boleh jadi awan itu membawa hujan yang menyejukkan.|


" Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku dan mudahkan untukku urusanku."

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

" Ya Allah,janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya."








Monday, August 8, 2011

Ramadhan 8....

Semalam hari ulangtahun perkahwinan Kak Yang..
Senang nak ingat coz kenduri 08.08.08..
Daa tiga tahun pon...
Tahniah Kak Yang..

Moga Ramadhan kali ini lebih bererti..
Satu kegembiraan terpancar pabila mendapat tahu cuti panjang Syawal kali ini..
Tentulah seronok coz boleh bersama keluarga..
Seronok cuti..
Seronok boleh pergi masjid..
Seronok cuci rumah..

Temam pernah cakap..
Tempat paling tenang adalah rumah itu..
Dan tahun ini dalam sejarah...
Tak ada lagi tempat yang dituju..

Bila dok di rumah itu..
Tengok tiang..
Mengingatkan makde nostalgia..
Melihat setiap sudut rumah itu..
Terdetik..mesti rumah ini dah berusia..

Arghhh rindunya rumah itu..
Mengharapkan secebis ketenangan..

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 7

Penyakit hati yang semakin berleluasa..

Assalammualaikum..dan selamat menjalani ibadah puasa..

Email ni makde  dapat dari bos makde..
Ni isi kandungan menterjemahkan segalanya..

Salam perkongsian untuk semua. Alhamdulillah masih mampu untuk berkongsi cerita diruangan ini.

Pernah tak anda mendengar cerita mengenai sikap dengki mendengki tidak kiralah dikalangan rakan-rakan mahupun di pejabat ? Saya sendiri akui kadangkala terasa dengki dengan kejayaan orang lain. Tapi saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dan ingin mencapainya bersama-sama dengan mereka. Apa yang saya tak faham kenapa ada yang berhasad dengki sehingga sanggup mengkhianati rakan sendiri. Pelik tapi itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan ketika ini.

Sedar atau tidak kita sebenarnya amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan kita. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang telah digariskan.

Jika kita perhalusinya lagi, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari kita. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong kita untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti mengadu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa ? kerana mereka tidak mahu melihat orang lain lebih senang dari mereka ? Betulkah begitu ?


Kenapa ini mesti berlaku ? Adakah dek kerana kita sedang mengalami kecelaruan dan kurang faham mengenai konsep rezeki ALLAH yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha ? Bukankah rezeki itu masih mampu diperolehi tanpa perlunya kita menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang diingini ? Bukankah Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki ? Sama-samalah kita renungkan bersama.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini……Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi…

Makde| Sesungguhnya aku sedang berpuasa hari ini...sesungguhnya aku sedang berpuasa|





Renung2kan...selamat beramal............

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 5....

Malam ni malam terakhir pergi masjid..
Ermmmm...liat bertambah malas pon ada nak g keja..
Tak bole..tak bole...
Kena ikhlas pabila wat keja..

Semalam makde g masjid sendiri..
Coz mak pergi dulu..
Semalam ada majlis berbuka puasa bersama anggota PDRM cawangan Bandar Baharu..
Dan sedikit ceramah yang santai..
Masa langsir di buka..
Makde rasa makde kenal mana anggota polis..
keh3...
Coz sonang ja nak bezakan..
Tgk yang pakai sampin ...yang tu la..
Makde suka tgk orang pakai sampin..
Kalau tgk si cilik...alahai comelnya..

Dalam perjalanan pergi masjid..
Makde lihat sekumpulan kanak-kanak berbasikal..
Masa makde bagi signal nak masuk kanan..
Makde lihat kereta dari arah bertentangan..
Dan kereta itu bagi lampu pada makde..
Makde tak pasti samada pemandu tu nampak apa yang makde nampak..
Seorang demi seorang kanak itu melintas...
Depan makde tiada masalah coz makde berenti..
Tetapi yang pasti sebelah lagi jalan..
Dua rakan tu melintas kereta masih jauh..
Tetapi yang seorang ni...depan mata makde..
Siap makde menjerit dalam kereta..
Nyaris dan sipi-sipi ja..
Then makde masuk kanan..nak buat pusingan kat dataran..
Bole lagi kanak-kanak tu main tepi jalan..
Makde bagi hon ntah bapa harkat..
Ikut makde nak kuar..

Semalam Ketua Polis Kedah bagi ceramah tentang kasih sayang...
Berapa ramai ibu bapa pergi masjid membawa anak-anak mereka..
Jika dibiarkan anak-anak pergi sendirian...
Adakah anak-anak mereka itu benar pergi ke masjid???
Tetapi makde tak bole imagine seandainya nasib tidak menyebelahi kanak-kanak itu..
Betul-betul depan makde..

Dulu keta makde cium pokok...
Bila keta rapat ja..makde dah bole imagine..
Tu makde selesa..jarak yang selamat..hehe..
Dulu makde nak elak dari cium keta tu..
Keta itu pon break emergency coz nak elak depan..
Ni masalah pengguna yang tidak memasang lampu..
Pentingkan diri sendiri ja..
Tambah laks bila kawasan tu betul-betul gelap..
Last2 terbabas.cium la pokok..
Tali pinggang yang memegang makde..
Penting tali pinggang..

Mesej daripada PDRM ..
Berhati-hati bagi mereka yang pulang jauh..
Jangan lupa memakai tali pinggang..
Memandu pada jarak yang selamat..
Jangan penting diri sendiri..
Moto tak ada lampu bawa siang suda..
Subuh-subuh ka malam -malam ka jangan tunggang di jalan raya..


Terapkan nilai kasih sayang di dalam sesebuah keluarga..
Bagi mengelakkan kadar jenayah berleluasa..
Kerna ia bermula dari rumah..

Begitu juga pembentukan sahsiah..
Ia bermula dari janin..
Maka bagi ibu-ibu yang mengandung tika Ramadhan ni..
Berpuasalah anda..
Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya..
Jangan tinggal solat...

Bagi anak-anak yang meningkat remaja..
Jadilah sahabat dan rakan kepada mereka..

Ni mesej semalam..makde sampaikan apa yang patot..hehe..

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 2............

Makde ada lagi 10 minute ja..
Masa tuk tido..
Tetapi makde nak telaah pc dulu..
Coz lama2 tak on ..nanti hand pula..

Tadi solat di awan-awangan...
Isk2...telaah pc..cerah mata ja..
Apo lor nak jadi ngan makde ni..
Bukan nak wat qiamullai ka..
Hehe...

Sudah dua hari...setakat ini Alhamdulillah..
Makde balik...duduk trus azan..
Lori pon bagi laluan..
Alhamdulillah sangat..
Semua kena pantas sekarang..
Klu tidak nanti jadi kaluit..
Dapat saf last sekali citenyer..
Macam ari ni..tapi bole susup masuk saf no 2..
Awai2 rekod pecah..huhu..
Selalu tak  da orang kat depan..
Bila kat belakang..rasa lain pula..
Coz nampak putih ja depan..he..
Yang seronok jumpa kawan baik..
Dah dua hari..duduk sebelah..
Best sangat..

Awalan ni mungkin semangat kot..
Tetapi ada part suka..and ada part duka..
Sedih ada..gembira pon ada..
Sedih coz kena berpisah..
Gembira coz dapat bantu orang lain..
Sedih coz ia biru...
Andaikata ia bole bercakap..musti berbunyi begini..
|Tuan aku dapat baru..buang yang lama..sedih2|
Tapi tuan kata dalam hati..
| Daripada tersimpan baik bagi orang lain...kerna sayang  la maka bagi kepada orang..|
Dulu pernah berangan nak himpun biru...pelbagai biru..
Hampir berjaya...pantang lepa...pantang nampak...hehe
Mungkin rezeki mereka..

Ya ALLAH...
Moga orang-orang yang ku pilih ini..
Adalah benar dari naluriku..
Moga mereka sentiasa mendekatkan diri kepadaMU
dan tidak lupa mendoakan ksejateraan ku ini.....