Wednesday, December 28, 2011

Ilham bicara

Menilai sesuatu bukan pada minda tapi dari hati dan akal..
Menelaah pelayaran kehidupan ibarat memilih arah di lautan luas...
Mencari daratan tika diri di awangan...
Mencari lelabah asing dalam gelap gulita si gua..

Andai jalan kita yang atur sendiri, pandai-pandailah dalam menjejaki kehidupan..
jangan disebabkan kelalaian kita hilang apa yang kita genggam..
Ada masa tika lalai datang menyapa kita hilang arah pegangan...
Dan tika itu kemungkinan kita kehilangan harta hati kita...

Kembali kepada asal, bukan sesuatu yang mudah..
kerana kita mendidik sesuatu menerima keadaan dan masa...
Kerana terlajak perahu sukar utk memutar semula masa...
Agar kembali kepada normal...

Namun dalam pelayaran..
itulah yang dikatakan percaturan kehidupan...
Andai laluan yang kita letakkan betul pada situasi arahnya..
Kita merasai nikmat jalinan yang terbina...

Indah kehidupan adalah segenap pelosok..
Mudah dimiliki sukar digenggami...
Namun ia kekal jika kita sirami...
Dengan sesuatu yang lahir dari hati...

Percaturan kehidupan, nikmat yang teragung...
Membina dalam terbina...
Pengertian dalam mengerti...
Memahami dalam mengalami...


Genap 2 tahun ..730 hari..

Bersyukur ke hadrat Ilahi..
pejam celik pejam celik..
tak suka..tak suka..
benci...benci...
protes..protes..
bebel..bebel..
itu tak kena..ini tak kena..AKHIRNYA
730 hari ku harungi di sini..
1095 hari ku memegang position ini..
365 hari ku lalui pengalaman ini..
335 hari masa yang masih ada..
Untuk betulkan kesilapan lalu..

Tidak terdetik untuk position ini..
Semua secara kebetulan..

Memandangkan niat untuk kembali ke tempat asal..
Rezeki ku sini..
Alhamdulillah...dengar nasihat mak kot..
Bersyukur sangat-sangat..
Terlepas dari bebanan hutang..
Menjejaki kaki ke sana..

Jika dalam 365 lalu hari ku diuji dengan sikap senior..
Yang membenamkan semangatku terus...
Dan atas rasa kecewa dan sedih yang teramat sangat..
Maka wujudlah makdepunyacite.blogspot.
Teratak sekadar untuk ku bercerita..
Bercerita ngan blog lebih baik..
Daripada bercerita sesama manusia..
Kerna mulut manusia tidak boleh ditutup..
Pasti cerita itu dibawa bersama angin..

Dan 365 hari ku diuji sekali lagi..
Mak cakap mana-mana ada cabaran..
Dari kesilapan dan kelalaian diri..
Ketegasan yang rapuh..
Ku akui ku bukan manusia sempurna..
Ku bukan maksum..
Tapi yang pasti..sampai kini..
Ku cuba beri ruang untuk maafkan diri sendiri.

Jika mula-mula dahulu ku bekerja..
Pasti ku ingat ku kan setia di sini..
Namun  tiba 1825 hari akhirnya ku berpaling tadah..
Adakah ku sini mampu sampai 1825 hari??
Adakah cerita seperti petronas?

1095 hari ku setia dengan petronas..
mana-mana lokasi pasti petronas keutamaanku..
gara-gara kecuaian pekerja yang tidak memulangkan kadku..
kini ku singgah sekadar untuk urusan atm sahaja..

Adakah seperti celcom?
3650 hari dulu kini dan selamannya...

Tersenyum ku bila mengingatkan di awalan..
Kini tidak seperti dulu...
Seorang demi seorang pergi..
Wujud konflik dan kontroversi..
Ikatan yang kukuh kini terlerai..
Simpul yang kuat akhirnya terbuka..
Masing-masing dengan cerita sendiri..

28 Disember 8.30 pagi..
Saya.....bla...bla ...melaporkan diri...


Sampai bila ku kan bertahan sini?
Sampai bila ku dengan position ini?

Tuesday, December 27, 2011

Bila nak mula?

Bau sesuatu menusuk-nusuk hidung..
Hehe...aku yang ngada-ngada nak makan sambal k.Yang..
Still hari ini sambal aku tak sama ngan k.Yang...
Esok Adam dah nak balik..
Errmm mesti sunyi rumah ini..
Kalau tak hari-hari terpekik terlolong ngan si Adam..

Ada sesuatu yang dibincang ngan k.Yang..
Tapi alasan.."nanti la"..kekeke..
Bila ek aku nak start..
Kena cuba juga..aisyehh...bila nak cuba??
Asyik tangguh ja..
Atau hangat-hangat ja aku nih.??

Macam-macam dalam kepala..
Bilik ini pon k.Yang dah cakap..
sesuai ngan nama nenek kebayan..
Macam-macam ada..tak ada  idea takat ini..
Idea dah ada nak make over..
Tapi tak gerak-gerak jugak..
Macam tongkang lagi ada..adoiyaaa..

Banyak projek ngan agenda..
Banyak la buku dok bersepah-sepah..
Tapi practical tak la sehebat buku-buku tu..
Kegagalan demi kegagalan..
Tapi aku suka..sebab dari kegagalan tu..
Ada projek yang berjaya..
Sebab tiada latihan kursus..
Tiada yang mengajar..
Sekarang kena banyak sourching..
Try and error..
Hahaha...
Tetapi semalam terkedu jugak..
Banyak info yang aku dapat...

Yang mana satu nak mula?
Material cukup?
Alat cukup?
Bersimpang idea dok ketuk-ketuk..
Alahai moga belum terlewat..
Untuk aku timba semua ini..

Monday, December 26, 2011

Penutup Tirai 2011

Semua orang mempunyai jalan cerita..
Setiap jalan cerita yang berbeza..
Ada gembira ada kedukaan..
Ada gembira tidak selamanya..
Ada kedukaan hanya sementara..

Bumi mana tidak ditimpa hujan..
Manusia mana tidak ditimpa ujian..
Kadangkala ada tersurat dan tersirat..
Ada misteri dan hikmah..
Ada pengajaran dan pedomen..
Ada kesabaran dan ketabahan..
Ada   kesedaran dan kesungguhan..

ALLAH sentiasa bersama kita...
ALLAH tidak mahu kita bersedih..
Kita hanya sementara di dunia ini..
Kadangkala kita takbur..
Kadangkala kita ingkari..
Kadangkala kita lupa..
Kadangkala kita lalai..
Kadangkala kita tidak bersyukur apa yang ada..
Sesekali ALLAH bagi musibah..
ALLAH mahu kita bermanja denganNYA..

Calendar kian bertukar wajah..
Hari semakin hampir..
Memburu azam baru di tanah tinggi..
Melakar kata-kata dilangit biru..
Melastik harapan pada kerlipan bintang..
Memetik semangat pada embun pagi..
Berjuang untuk bangun dan berdiri teguh..

Friday, December 23, 2011

Cerita ini...Cerpen ini ..

Malam ini segar..
Tunggu kakak kesayangan..
Si cilik pon tidak tidor lagi..
Abah asyik dengan alat terapinya..
Banyak benda berlaku..
Tekanan darahnya merundum..

Malam ini sempat layan drama..
Sempat layan cerpen..
Ntah mengapa nak hadap drama..
Tetapi sayang bersambung..
Layan cerpen pula..
Selalu layu terkulai menyembah tilam..

Cerita Ini..
membuatku meremang..
Aduhai lama tak layan drama..
Tahan kelopak mata dari bertakung..
Bait-bait kata menyentuh sanubari..
Kalau layan panggung..pasti dah soksek..
Cerpen ini menyambut mindaku..

Terima kasih..
Ya ALLAH ..
Menghantar malaikat-malaikat ..
Untuk memegang bahuku..
Dan menarik aku dari tergelincir..
Bertuah aku dari orang lain..
Sesungguhnya antara dua..
Aku terpilih...
Daripada yang dibiarkan..
Mengikut haluannya tanpa disedari..

Satu demi satu tersingkap..
Satu lebaran demi satu lebaran diselak..
Aduhai meresap ke hati..
Mana tahu suatu hari nanti...
Cerita ini ceritaku..
Cerpen ini nukilanku..
Ermm...sambung telaah majalah pula..

Wednesday, December 21, 2011

Tidak semua cerita boleh dikongsi...

Hari ini cerita yang sama..
Pasti esok pon pun begitu..
Dan hari-hari seterusnya..
Lalui dengan benda-benda yang sama..

Mujur mata tuli…telinga pekak..
Mulut bisu ..hati mangli..
Jika ia sebuah bayaran..
Untuk kesalahan lalu..
Pasrah dalam menerima..

Tiada siapa yang tahu..
Lidah mudah menutur..
Kerna ia tidak bertulang..
Derita dan kepayahan dilalui..
Tiada siapa mengerti..
Bangun jatuh di dalam perjuangan..
Kesannya amat dalam..
Pengajaran dan erti
Sebuah kehidupan..


Berharap semua berakhir..
Dan esok begitu jua pengharapan…
Dan seterusnya hari-hari berikut..
Bukan mudah
Tuk meneutralkan keadaaan..
Sakit tetap terasa..
Walaupon diluaran nampak sembuh.
Kerna cerita ini..
Tidak boleh dikongsi..



Monday, December 19, 2011

Manusia yang Aneh...



Aneh…
Kadang-kala apa yang ditutur hanya syarat sahaja..
Sedangkan tidak dinyatakan dengan niat..
Aneh..
Manusia hanya suka melihat kekurangan orang lain..
Sedangkan diri tidak pula diperhatikan..
Aneh..
Manusia hanya pandai menegur..
Sedangkan diri terlebih-lebih…
Aneh..
Manusia hanya pandai mempersoal..
Sedangkan diri ada jawapan..
Aneh..
Manusia mudah berubah..
Walaupon hanya sekelip mata..
Aneh..
Manusia mudah mengemukakan syarat..
Tetapi diri tak ada pula ikut..
Aneh..
Manusia mudah menyakiti..
Tetapi mudah mengungkap maaf..
Aneh..
Manusia hanya mudah berbicara..
Tetapi sukar untuk melaksanakan..
Aneh…
Manusia pandai mengorak langkah..
Tetapi mudah juga untuk mengundur..
Aneh..
Dulu terngiang-ngiang di telinga..
Sekarang terpapar-papar di depan mata
Aneh..
Seandainya diri tidak mampu…
Jangan persoalkan..
Jangan menekan…
Umpama serampang menusuk kalbu..
Bait-bait kata perputar kembali..
Dan realiti terpapar disebaliknya..
Aneh..
Apa objektif sebenar-benarnya?
Apa tujuan asal?


P/s: "Online puas-puas'

Saturday, December 17, 2011

Noktah

Hari ini pagi damai..
Raut wajah itu bercakap tenang..
Satu persatu di huraikan..
Mungkin sudah tiada tangisan.
Mungkin tidak perlu beratkan kepala lagi..
Mungkin begini caranya begitu caranya di sini...

Logik atau tidak ..
yang 10% itu dikatakan baik...manakala 90% dikatakan jahat..
Logik atau tidak ..
Yang melahirkan dan memelihara dikatakan tiada hak..
Logik atau tidak..
Yang baru dikenalinya diagung-agungkan..
Di sini cuba beri yang terbaik..
Tetapi sedikit pon tidak pernah kamu syukuri..
Malah  takbur dengan apa yang kamu ada sekarang..

Dalam Al-Quran telah dinyatakan penuh lengkap..
Terpulang kepada kamu untuk memilih jalan yang mana..
Jika ada 9 akal pon tetapi macam tiada akal..pon tiada gunanya..
Kamu menyakiti nya berulang-ulang kali..
Tanpa sedikit pon rasa penyesalan..

Dari awalan memang ada perancangan..
mencetus provakasi sehingga menggegarkan jiwa raut wajah ini..
Tetapi kamu lupa sesungguhnya ALLAH juga ada perancangan..
Hari ini kamu gembira..
Hari ini kamu berasa bangga...
Tetapi kamu lupa..suatu hari nanti..
Kamu bakal menjadi seorang bapa..
Kamu bakal menjadi seorang ibu...
Jika tanggungjawab terhadap raut wajah ini..
Kamu gagal..
Apatah lagi..tanggungjawab besar..

Jika si raut wajah ini bising dalam memberi nasihat..
Sepuluh telinga yang sama...
Kenapa semua boleh berfikir..
Melainkan telinga kamu dikimpal..
Mereka diletakkan di posisi yang tidak sepatutnya..
Bila ada huru-hara mereka ini yang di cari..

Belanga rosak...buat apa nak repair..
Tampung pon...tapi jika tukang masak tu pon jenis perosak..
Tetap akan rosak lagi..

Jangan bercakap tentang ISLAM..jika
Ilmu baru sejengkal...
ISLAM tidak mengajar memutuskan silaturahim..
ISLAM tidak mengajar berdusta..
ISLAM tidak mengajar kurang ajar..
Kamu memang tidak layak untuk bercakap
Dan sememangnya tidak layak..

Semua ada tekanan..
Manusia mana tiada masalah..
Ego..menyusahkan orang..
Akal cetek...Sanggup mengadu pada orang..
Sanggup lagi dengar nasihat orang..
Dari mengadu pada Pencipta..
Tidak semua cerita boleh dikongsi..
Ya...
Kongsi dengan orang lain..
Orang lain tahu ke cerita sebenarnya..??
Biar orang menganiaya kita..
Kita jangan aniaya diri sendiri..
Tuhan tidak tidur..

Akal yang satu ni boleh berfikir..
Berbanding akal yang sembilan..
Buat apa nak rosakkan diri...
Musnahkan masa depan sendiri..

Hari ini kamu suka..
Esok belum pasti lagi..
Hari ini semua kamu ada..
Esok belum pasti kepunyaan kamu..
Hari ini disini kamu meminta-minta..
Esok kita tengok apa siapa kamu tuju..
Hari ini kamu menyakiti semua orang..
Esok kita tengok hati siapa pula..
Hari ini kamu puas..
Esok giliran sini akan tersenyum puas..
Sampai hari ini di sini menyokong..
Esok tengok sampai bila sana boleh menyokong..
Hari ini tanggungjawab kanan kiri 100% gagal
Esok tengok tanggungjawab mana yang lulus.

Burung gembala kerbau..terbang tinggi..
Akhirnya hinggap belakang kerbau..
Warkah rasmi itu akan diselak kembali..
Bait-bait bicara akan diputarkan..
Terimalah natijah itu suatu hari nanti..
Kali ini si sini takkan biarkan..
Hati raut wajah usang ini..
Diprovokasi..
Disakiti..
Dihina..berkali-kali..
dek manusia hati hitam seperti kamu-kamu..

Syurga itu dibawah tapak kaki raut wajah usang ini..
Bukan di bawah tapak kaki kamu..
Hidup kamu selama ini tidak pernah senang..anehkan..
Sebab kamu tidak pernah senangi hati nya..
Renung-renungkan...

Thursday, December 15, 2011

Redha dan Tawakal PadaMU

Semua sudah nyenyak tido..
Aku ja layan mata..
Tunggu sejuk.....

Perjalanan hari ini memenatkan..
Payau biji mata..
Lain yang dirancang..lain yang dituju..
Atas tanggungjawab ku rempuhi jua..

Sedikit tempias bebanan ku terima..
Berat lagi bebanan yang ditanggung si dia.
Tiada tangisan lagi..
Hati tawar..hancur..
Jika tidak hulurkan bantuan siapa lagi?

Dari tengahari sampai malam..
Aku memandu..rasa tidak berbaloi..
Tak pernah aku menuturkan kata-kata..
Terhambur semua..
Dada menahan geram..
Manusia..

Hebatnya dugaan Mu ALLAH...
Sejahat-jahat aku..jahat lagi manusia di sana..
Kuatkan lah dia..
Jika ini jalan yang dipilihnya..
Kau bukakanlah pintu hatinya suatu hari nanti...
Semoga dia tidak parah..
Di dalam perjuangan hidup ini...
Tidak tersasar dari landasanMU..

Wednesday, December 14, 2011

Kasih Sayang Besar...Jadikan Jiwa Manusia Besar..

Ibu itu keramat hidup..

semakin dia jauhkan diri ibu..
semakin jauh dia hidupnya sendiri..
memang bodoh membuang keramat di dalam hidup..
membuang barakah..
membuang nilai yang sangat berharga ALLAH bagi..
Bukan payah pon..
sayang ibu dan jaga ibu sepenuh hati..dengan penuh kasih sayang..
Bukan perlu bayar satu sen pon..
Sekarang apa yang dia dapat???
ALLAH Maha KAYA,ALLAH Maha Pemurah, ALLAH Maha Adil, dan hanya ALLAH tempat berlindung dan ALLAH sebaik-baik penolong...BUKANNNYA KAMU!!!!!!!!!!!!

Rasullulah sendiri berpesan,kita kena taat kepada ALLAH dan kepada Rasul dan kepada ibu..kepada ibu..kepada ibu...
Ibu tidak boleh buat main-main..
Bodoh sungguh dia sengaja membiarkan rasa pesona pada cintanya yang entah apa-apa menguasai seluruh hati dan perasaannya...

Assalammualaikum kudrat,kesungguhan,cabaran,kehebatan,kejayaan dan kekayaan..
Assalammualaikum nota-nota segar dalam minda..
Assalammualaikum suara hati..
Assalammualaikum kejayaan-kejayaan yang diraih..
Assalammualaikum sabar jujur dan telus...
Teruskan perjuangan walaupon derita sengsara..
itu nikmat ..
Ubat untuk menjadi insan kuat..

Kasih sayang menyuburkan sifat-sifat mahmudah..
Kasih sayang membakar sifat-sifat mazmunah..
Kerana kasih sayanglah kita gantungkan seluruh pengharapan dalam hidup ini kerana ALLAH..
Kerana kasih sayang kita jadikan Rasullullah contoh teladan yang tiada bandingnya..
Kerana kasih sayang kita berusaha mencari kehidupan bermaruah..bermanfaat dan sesempurna mungkin..

Harian Metro
Mukasurat H9
Kasih Sayang Besar..Jadikan Jiwa Manusia Besar..

Monday, December 12, 2011

Catatan 6

Warkah

Buat DIA yang bernama sahabat.

Sentiasa ingat,bila engkau ditimpa ujian oleh Allah, ada rahsia
disebaliknya yang Allah SWT sahaja yang lebih mengerti.Ketika itu kau
adalah insan yang tepilih untuk menerimanya, maka carilah kekuatan
dalam dirimu. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.KERANA Allah sekali-kali tidak pernah
jemu mendengar rintihan hambaNya,Allah itu Maha Mendengar.Dekatkanl ah
dirimu dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam,yang memegang
hati-hati kita.

SESEKALI BILA DATANG GELISAH DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru lambang
ketenangan.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di
dalamnya.Begitu juga dengan kehidupan kita,riang dan ketawa tetapi
hanya Allah yang mengetahui rahsia disebaliknya. .

SESEKALI BILA DATANG KECEWA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,airnya tetap setia mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Jadikanlah dirimu seperti air yang
tidak pernah putus asa dari rahmat Allah itu.

SESEKALI BILA DATANG HIBA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,di sana tersimpan segala rahsia
penciptaan Rabbul Jalil Yang Maha Berkuasa.Sedar dan sentiasa ingatlah
bahawa Allah sentiasa bersamamu.Allah memilihmu kerana Dia amat
mencintaimu dan pasrahkan dirimu kepadaNya kerana hanya Allah sahaja
yang lebih tahu akan rahsia ujian yang menimpamu.

SESEKALI BILA DATANG KESEPIAN KERANA MERASA DIRIMU KESEORANGAN KERANA UJIAN ITU…….
Bayangkanlah wajah saudara-saudaramu di atas jalan dakwah ini, ingatlah
bahawa kami sentiasa bersamamu dalam doa rabitah kami…….



Wednesday, December 7, 2011

Catatan 5

"Ya ALLAH,kuatkanlah iman, berikan aku kesabaran dan ringankan sedikit beban ujian-MU ke atasku..Berikanlah aku panduan yang boleh membuatkan aku terus yakin,kuat dan sentiasa dalam arus alpha dan mencipta syurga di hati seterusnya bahagia dunia dan berlanjutan di akhirat kelak.."

Tuesday, December 6, 2011

Penerang Hati

Pernah terbaca satu article di surat khabar kumpulan ini kolaborasi dengan satu kumpulan nasyid Saujana..6ixth Sense my favourite band.
Pagi tadi sewaktu hampir ke destinasi..tetiba keluar lagu ini..minda pon meneka 6ixth Sense..dari lirik lagu ini..jiwa terpesona..

Dalam mencari tetiba ia datang..terima kasih ya ALLAH..


Mencinta Mu terangkan jiwaku

Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah Kau menjauh






Saturday, December 3, 2011

Catatan 4

"Jadilah doktor bagi dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu diciptakan bagi menjadi doktor kepada dirimu.Kepadamu diberitakan tanda-tanda kesihatan dan gejala-gejala penyakit.Juga sudah ditunjukkan kepadamu penawar semua penyakit".

Wednesday, November 30, 2011

Catatan 3

Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka sentiasa bertaubat.Tidak perlu zalimi diri sendiri. Berkatalah TUHANmu: berdoalah kepadaKU ,nescaya aku akan tunaikan bagi kamu

Kegagalan itu adalah peluang untuk kita menerokai lebih mendalam lagi ilmu.

Tuesday, November 29, 2011

Catatan 2

Bila kita meletakkan target..pasti bila tiba saat itu target itu tidak kesampaian..
Biarkan ia perlahan-lahan pergi dan terhenti tanpa kita sedari..sekaligus tercapailah target itu..


P/S: Ada dua perkara yang hampir  mencapai tetapi akhirnya tewas.Situasi yang memaksa kembali pada asal..

Sunday, November 27, 2011

Catatan 1

Kesedihan dan kerinduan hanya terasa
selama mana yang kita ingini
dan menyayat hati sedalam mana
yang kita izinkan.
Yang berat buka bagaimana caranya
menanggung kesedihan dan kerinduan
tetapi bagaimana mengambil pengajaran darinya..

Bila ada sesuatu yang buat kita sedih..
akhirnya pasti ada sesuatu yang buat kita gembira ~Hijrah  Karmilla.

Psikologi Kanak-kanak

Sekadar berkongsi..
Penulis bukan arif bab-bab ni...hehe..

Si Cilik A
Seorang yang manja..suka menangis..bangun tido pon menangis..sergah sket pon nangis..makan sukar..kuat minum susu..mendengar kata..suka duduk di dalam rumah..suka selongkar barang-barang..suka main dengan pinggan mangkuk..

Si Cilik B
Seorang yang berdikari..mandi sendiri..makan sendiri..pakai baju sendiri..tahan lasak..masuk longkang pon tak menangis..suka berjalan tanpa had..makan tiada masalah..sukar minum susu..gemar kepada orange dan ribena..tidak mendengar kata..suka gigit orang dan baling barang apabila marah..

Yang mana satu si cilik anda???

Dulu masa praktikal pernah pergi ke rumah kawan...mak dia cakap anak dia buas...ermmm...
tengok-tengok si cilik A & B lagi dasat...huhu..

Apa-apa mereka ada kekuatan dan penawar hati aku...dulu ketika aku ditimpa masalah kerja...Si Cilik A membuatkan aku tersenyum dan sekarang giliran Si Cilik B mendidik aku erti sifat sabar.

Berbalik kepada Cerita Si Cilik..
Persoalan  kenapa Si Cilik B tidak suka duduk di dalam rumah?? Hari ini aku membiarkan dia bermain dengan basikal 3 roda..tidak mengganggu aku membuat kerja..hujan turun pon..aku biar ja dia bermain..
Selama ini Si Cilik B hanya terkurung di dalam rumah...maklum la rumah pon flat...
Orang yang mengasuh pon mana ada masa bawa siar-siar..sebab bukan mengasuh si cilik B sahaja.
Suka membaling barang bila protes..sebab dia memberontak..dia mahu semua tumpu pada dia sahaja..
Alhamdulillah semakin baik..banyak sabar dan psikologi di dalam mendidik sifat-sifat positif pada kanak-kanak..Ermmm..

Si Cilik A membesar dengan suasana kampung..nenek dan tok Nah yang mengasuh..bebas untuk bermain dilaman rumah..bebas berbasikal..tapi manja..kalau menangis lima biji rumah dengar..

Si Cilik A  baru ja lepas bersunat..aku tak sempat nak menziarahi..sehingga satu hari dia datang ke rumah..kedengaran makda!!makda!!makda!! rindu kat aku la tu..lama tak tengok..

Hopefully bila Si Cilik B balik..minda dia tak terkejut..kat sini semua layan dia..pagi-pagi ronda motor ngan atok..petang pergi taman permainan..mengajar memberi salam..mengenal haiwan..
sekarang pecah rekod kat tasek ni..mana ada budak dua tahun berjalan satu pusingan..

Bagi ibu bapa yang bekerjaya ambil masa untuk Si Cilik anda...bawa berjalan-jalan ke taman permainan..dapat rumah kampung lagi bagus..hehe..Ambil masa untuk berbual-bual..gunakan psikologi...Pendidikan bermula di rumah..bukan di rumah pengasuh..bukan di rumah nenek dan bukan di sekolah..

Mudah-mudahan Si Cilik2 makda menjadi orang yang berguna..

Sayang makda

Friday, November 25, 2011

Mengharapkan Pelangi Di Kala Petang


Tidur tapi bangun awal..
Mata pejam tapi tak lena..
Kesakitan baru bertatih...
Kesakitan bagi penawar dosa-dosaku..
Adakah aku yang lemah..

Setahun lebih dipupuk sifat peka..
Pagi tadi terlupa hari ini..bukan seperti hari-hari semalam..
Bukan mudah rupanya..untuk menghentikannya dan melupakannya..
Setelah sekian lama sebati..
Bukan mudah untuk putarkan waktu..
Waktu tidak ada sifat peka..
Waktu alat itu tiada fungsi..
Hanya dibiarkan di merata tempat dan tidak diendahkan..
Bukan mudah untuk kembalikan pada asal..

Kenapa sekarang tidak boleh macam dulu semula?
Kenapa semangatku dipaku..
Cabaran menyerang di setiap penjuru..
Bagaimana untuk cuba berdiri semula..

Kadang-kadang nostalgia itu melintas..
Menjelma setiap waktu..
Adakala teringin macam dulu..
Teringin untuk berkongsi..
Teringin untuk mengucap..
Teringin untuk menyakat..
Teringin untuk mengena..
Tapi kenapa aku yang dipilih.
Tersisih dan terkecuali.

Jalan yang dilalui terasa
begitu suram terutamanya
apabila diri terpaksa
meniti sendirian
akibat kehilangan
seorang teman, insan
yang paling rapat dengan diri..

Thursday, November 24, 2011

Tuhanku

allahumma shalli 'alaa Muhammad
ya rabbi shalli 'alaihi wa saliim
allahumma shalli 'alaa Muhammad
ya rabbi baalighul wasila

oh Tuhanku
yang slalu kuserukan dalam doa selamanya
seumur hidupku
kau nafasku
yang slalu kuhirup di setiap waktu
hanya pada-Mu
kupasrahkan hidupku

di bawah langit biru
kusebutkan nama-Mu
karena ku tahu
engkaulah Tuhanku

di atas rumput hijau
ku bersujud padaMu
karena ku tahu
akulah hamba-Mu ya Allah

oh Tuhanku
yang slalu kuserukan dalam doa selamanya
seumur hidupku
di bawah langit biru
kusebutkan nama-Mu
karena ku tahu
engkaulah Tuhanku

di atas rumput hijau
ku bersujud pada-Mu
karena ku tahu
akulah hamba-Mu ya Allah

allahumma shalli 'alaa Muhammad
ya rabbi shalli 'alaihi wa saliim
allahumma shalli 'alaa Muhammad
ya rabbi baalighul wasila

Tuhan Berikanlah AKu Cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini Hampa…

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta…

Hasrat

Tadi bunyi helikopter berlegar-legar di atas bumbung...
Sekarang bunyi go kart...macam kat litar..berderum-derum bunyi..
Ni  tak sampai  lagi tetamu khas...macam-macam bunyi dengar..
Ngadap benda ni dulu bagi mata letih..
Kot letih..bunyi-bunyi bising dah tak layan...

Pagi-pagi wajah redup itu ada bertanya lagi..
Kenapa mesti tanya lagi..mesti ada hasrat tu..
Ermmm melanton-lanton hati aku..
Ingat dah konkrit alasan yang ku beri..
Tidak memberi kepastian dan harapan..
Tetapi cuba berfikir positif  dan mengingati semua kebaikan yang ada...
Walaupon ada yang menasihati jangan paksa jika rasa berat..
Tapi hasrat wajah redup ni....
Terdetik hati seketika mengapa ya..
Wajah redup ni beria-ria sungguh...

Dondang Sayang.

Jika kesilapan semalam belum terampun,

MAAFKan lah..
Jika kesilapan hari ini menyakitkan ..harap.
LUPAKAN lah..
Jika kesilapan esok mendatang..JANGAN lah dibawa
Sampai ke mati..


Biar hati sejernih air,
jangan pula dipenuhi lumpur..


Biar budi dipenuhi ikhlas,
Jangan ia disulam tuba..


Biar duka disunting senyum..
Ibarat pekerti disulam kasih..


Biar minda dipenuhi kebaikan..
Ibarat hati dibajai positif.


Jauh mana jarak kita..
Kita tetap pandang bintang di langit yang sama...

Saturday, November 19, 2011

~Tahun Baru, Azam Baru & DIari Baru~

Apakah azam tahun ini berada di dalam genggaman atau ia perlu di bawa ke depan??
Lagi seminggu calendar bertukar tarikh...adakah calendar hidup begitu jua??
Adakah tidak perlu berazam lagi dan teruskan apa yang ada di depan mata?

Tahukah betapa ALLAH sangat mencintaiku..Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa agar aku lebih bijak menyingkap sebuah kehidupan.Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi,namun hati kini merasakan lebih baik. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa ALLAH selalu mengujiku tepat dihatiku bahagian terapuh diriku..namun kini aku tahu jawapannya..

Tahun baru..moga ada secebis khabar berita yang mampu membuatkan kembali senyum..mampu mengolah kembali pusingan 360 darjah kepada 0 darjah.Dan kembali pada zon selesa.

Moga ada ilham inovasi yang terus bertandang dan mengisi masa yang sedia ada. Dan apa yang terdetik perlahan-lahan menjadi kenyataan. Insya ALLAH..

Awal Muharram detik permulaan

Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...

Hijrah itu perjuangan.......buka muka surat baru...motivasi baru~~~~umur pon baru:)










Saturday, October 15, 2011

Coretan tanpa pena..bicara tanpa kata..

Kalam Loh Mahfuz mencatat...
Dan sesudah mencatat..
Lagi mencatat..
Segala doa dan ikhtiar..
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi..
Biarpun hanya sekerat baris..
Pun seberapa banyak air mata..
Sepatah pon tidak akan terhakis..
Catatan  Tuhan, ALLAH Yang Maha Penyayang...

PercaturanNYA indah penuh rahsia dan DIA tidak akan membebani hambanya dengan sesuatu diluar dari kemampuan hambanya..

Boleh jadi ALLAH mencegah untuk memperolehi sesuatu adalah satu kurniaan-NYA dan tidak terlaksananya keinginan adalah satu bentuk kasih sayang NYA, tertundanya pencapaian daripada apa yang diinginkan adalah inayah daripada ALLAH,kerana ALLAH lebih mengetahui diri ini daripada diri ini sendiri...

Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang hilang...Ketakutan tidak baik untuk masa depan..Kekhuatiran tidak dapat mewujudkan kejayaan..Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan...

Ingatlah dugaan ALLAH tidak  sama bagi setiap insan..kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, yang penting jangan kita fikir atau mempertikai apa yang ALLAH tentukan. Sebagai manusia kita mesti berdoa dan berusaha...ingatlah kita merancang, ALLAH  pun ada rancanganNYa sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih sempurna..

Friday, October 14, 2011

Cerita itu dan Ceritaku..

Ruangan itu pernah menjadi ruangan kegemaranku..
Ada satu ketika cerita itu menjadi tatapanku..
Dan pernah aku berfikir akan watak di dalam cerita itu..
Minda ligat bekerja keras..
Mengapa terjadi? Bagaimana?

Sekarang aku seperti pemegang watak utama..
Di dalam jalan cerita yang pernah aku baca ketika dahulu..
Dan bila aku lalui sendiri..
Dan bila aku sendiri rasakan..
Aku boleh gambarkan perasaan sebenar si penulis cerita itu...

Aku sendiri tidak pernah terfikir..
Untuk menjejaki ceritanya..
Tidak pernah terfikir lagi...
Jalan cerita yang menjadi tanya tanya..
Akhirnya ku mendapat jawapan...

"Cinta yang disemadi..kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Monday, October 10, 2011

Tersentuh hati luruh...

Malam yang dingin..
Suara ku berharap..
Entah nape suka sungguh lagu nih...
Kerap kedengaran semenjak menjadi lagu tema..
Satu melodi satu melodi..
Menjadi pemanis halwa telinga..

Lamunan terhenti seketika..
Pabila bisa sampai ke tulang belakang..
Itu tanda isyarat..
Tapi jasad ni yang tidak mengerti..
Minda ni yang bodoh tuk berfikir...

Gembirakanlah hatimu dengan mengingati
kebaikan-kebaikan yang pernah engkau lakukan..
Tenangkan jiwamu dengan bertaubat
dari kesalahan-kesalahan.
Bahagiakanlah orang lain dengan menghulurkan bantuan..

Lihatlah di sekelilingmu...
Adakah engkau  menemukan orang yang hidupnya  hanya berisi kesedihan?
Atau  adakah engkau melihat orang yang sepanjang waktu..hanya menderita?
Adakah di setiap rumah hanya terdengar tangisan..?
Dan adakah di semua pipi  hanya ada air mata?

Bersama air mata pasti ada senyuman..
Bersama kesedihan dan kegembiraan..
Bersama cubaan dan anugerah..
Bersama musibah dan hikmah..

Tidak perlu begini caranya..
Tidak perlu begini madahnya...
Ia datang dengan cara baik..
Maka ia akan pergi dengan cara baik juga..

Tidak pernah meletakkan sesuatu garisan..
Tapi percaya nescaya ia akan pergi perlahan-lahan..
Percayalah mendung dilangit..
Yang awalnya berkecamuk..
Kilat dan petir  yang menakutkan..
Dan  akhirnya adalah..
Butir-butir hujan yang membawa penghidupan....

"Dia sedang berbicara tentang sabar"
Ilzanadiah

Tuesday, October 4, 2011

RindU.........




HambaMu datang menyahut panggilan MU,
Ya ALLAH hamba-Mu datang menyahut panggilan MU.
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan kepunyaanMU yang tiada sekutu bagiMU..


YA ALLAH, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia..
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami..
Tuhan yang Maha menyatukan jiwa-jiwa kami..
Syukur pada Mu ya rabbi..
Menghantar kad jemputan..
Untuk menjadi tamu di rumah MU..
Membuka pintu hati hambamu untuk melangkah..
ke tanah barakah yang dilimpahi rahmat..
Antara impian jutaan seluruh umat Nabi Adam..
Akhirnya insan kerdil ini terpilih...
 Menjejaki sesuatu yang dicari..

Pagi yang ditemani titisan jernih..
Menyambut dan meraikan kehadiran kami..
Terpesona dan terpegun di hadapan Baitullah..
Melihat kekuasaan Mu Ya ALLAH..
Padang pasir yang penuh keajaiban..

Lampu hijau menjadi petunjuk..
Pintu Babussalam dicari..
Multazam menjadi sasaran..
Hijir Ismail  menjadi rebutan..
HajarulAswad menjadi sebutan
Makam Ibrahim dan Air Zam-zam
bukti Kebesaran MU..

Rindu tatkala mendengar lambaian MU
Rindu tatkala ketenangan digugat..
Rindu tatkala sabar menguji..

Ya ALLAH,
Murahkanlah rezekiku..
Agar dapat bertamu di rumahMu lagi..
Kembali daku ke sini berulang kali..


Friday, September 30, 2011

Buang sifat manja...ayuh jadi pejuang!!!

Tertarik dengan tajuk tazkirah Datuk Mohd Zawawi Yusof
Kena dengan situasi di ladang baru......

Hidup ini perlu berjuang.....
berani hidup..berani juang..
berani berkorban, kalau tak berani berkorban jangan berjuang..
dan kalau tak berani berjuang..berhentilah hidup..

Hidup bukan untuk hanya menunggu..
tetapi memburu..
hidup bukan memerhati..
bukan hanya untuk diperhatikan..
hidup bukan menunggu bantuan..
tetapi kita yang membantu..
Kemanjaan memang naluri percintaan dan kasih sayang..
tetapi jiwa pejuang ...jangan tidak boleh dimanjakan..
sebab orang yang manja tidak boleh di ajak berjuang.....

"Jika kamu menyandarkan hati dan bergantung harap kepada ALLAH sehingga tidak timbul sebarang kekhuatiran.."
"Jika kamu bertawakal dengan ALLAH dengan sebenar-benar tawakal, tentu Dia akan memberikan rezeki kepada kamu seperti burung yang diberi rezeki...pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang......."
Hanya kepada ALLAH kita berserah dan hanya padaNYA kita memohon pertolongan ...Jika ALLAH menolong kamu...tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu dan jika Tuhan membiarkan kamu...siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLAH?

Wednesday, September 21, 2011

Sesungguhnya...........

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu

Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga


Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

"DIA" sedang berbicara tentang SABAR

Perginya roh-roh ramadhan..
Membawa sekali roh ketenangan..
Satu persatu ia menjadi kenyataan..
Ungkapan yang meniti di bibir..
Kataa-kata menjadi nyata..
Hidup ini tak selalu bahagia..


Adakala kesusahan melanda..
Adakala sepi menyapa..
Di saat tawa kadang-kadang terselit nangis..
Di saat gembira kadang-kadang terselit duka..
Bahkan dalam tenang mampu merasa gundah..
Dalam bahagia mampu merasa hampa..
Didatangi berita gembira mungkin berita sebaliknya..
Disertai rezeki yang mungkin melimpah atau sebaliknya..
Inilah yang dinamakan kehidupan..
Penuh pengajaran ..pengalaman suka duka hidup...

Hari ini berkampung.
Esok bercerai..
Esok di tempat baru..suasana baru..
Setiap  yang berlaku ada kebaikan..
Harus pejam mata dan cuba apa sahaja..
Sehabis daya di bawah kuasa mereka..

Banyak persoalan berlegar di minda..
Banyak tindakan yang mengguris..
Tetapi kata teman..
Kadang-kadang kita kena ikut rentak itu..
Sebagai memberi pengajaran..
Samada setiap tindakan betul atau salah...
Hidup ini indah..
Menerima dan memberi..

Ya Allah
Sesungguhnya aku adalah hambaMU..
anak kepada hamba perempuanMU..
ubun-ubunku di tanganMU..
terlaksana ke atasku hukumanMU..
dan adil kehakimanMU terhadapku..
Aku memohon kepadaMU..
dengan setiap nama yang Engkau namakan dalam kitabMU..
atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMU..
atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib disisiMU..
jadikanlah Al-Quran penenang hatiku..
cahaya di dadaku..
penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku..

Monday, August 29, 2011

Di Penghujung Ramadhan

Tahun ini raya bersederhana..
Tak kalut nak bertempik ngan si cilik berdua tu macam tahun lepas.
Kerana tahun ni giliran mereka masing-masing di rumah mertua..
Sorang lagi beraya di dalam hutan..

Mak depan cermin dok bergaya dengan baju rayanya..
Petang ni nak pakai katanya..

Hari ini terasa sayu..ramadhan dah nak pergi..
Masa ramadhan nak datang..berdebar-debar ja tunggu..
Alhamdulillah tahun ni dapat panjang bersama ramadhan..
Kalau bole ikat ramadhan..mesti makde ikat ..xnak ramadhan pergi..
Malam akhir makde sempat dengar tazkirah ...

Istimewanya ramadhan...ia datang di dalam pakej..
Nape ya??
Kerana terawih kita berkunjung di rumah ALLAH hari-hari.
Selepas terawih kita berkesempatan mendengar majlis ilmu tanpa paksaan..di mana pahala nya sama dengan 1000 pahala solat sunat..
Kerana ada malam qiamuallail di mana ketika itu satu malam malaikat semua turun..
Satu kebaikan  yang kita lakukan di balas dengan 70 pahala.
Bulan di mana ALLAH beri kita pahala percuma..
Bulan di mana semua syaitan ditambat dan kita mudah melakukan semua kebaikan tanpa hasutan..

Sayu hati..
Adakah selepas ini kita akan mengunjung rumah ALLAH seperti ramadhan?
Mendengar majlis ilmu?
Syawal adalah hari kita meraikan kemenangan semasa berpuasa..
Berpuasa menahan diri dari dunia kebendaaan..
Moga ramadhan kali ini terus memberi sinar..
Istiqamah ke arah kebaikan..


Pertemuan dan perpisahan..
Ramadhan kau datang..
Dan kau akan pergi jua..

Perginya imam muda..
Tiada lagi suara merdu..
Yang mengajak kita..
Merindui ALLAH...

Hati ini pernah berbisik..
Hati ini pernah bebal..
Hati ini pernah merungut..
"Lamanya tok imam ni baca"

Akhirnya..
Hati ini faham..
Hati ini belajar..
Jika begitu cara nya belajar dengan tok guru..
Begitu lah cara pembawakannya..
Ustaz ada berkata..
Di Mekah jemaah menangis kerana menghayati surah yang di baca..
Tetapi
Di Malaysia jemaah menangis bukan menghayati tetapi kepenatan..

Ustaz sempat memberi tip2 untuk menguatkan ingatan...mana2 yang mudah..jadikan sebagai amalan..
1. Sentiasa dalam keadaaan berwuduk..
2. Sentiasa selawat dan berzikir..
3. Bangun di tengah malam..solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat..
4. Bersugi..
5. makde xingat..hehe..

Nak menghafal ..waktu pagi selepas subuh...apa-apa yang kita nak buat niat kerana ALLAH..insyaALLAH ALLAH permudahkan..

Bagi makde ramadhan itu istimewa..tersirat dan tersurat..sangat istimewa..

Salam Ramadhan..
Salam Syawal..
Salam Silaturahim..