Thursday, April 12, 2012

Maafkan aku si Comel.

Ntah dari mana harus ku mulakan..
Trauma lama belum lagi berakhir..
Hari ini tragedi berulang kembali.
Akukah yang kejam??

Tergaman seketika..
Jeritan ku bergema..
Mendengar dentuman kuat..
Melihat di cermin depan..
Kau melayang-layang..
Sekujur jasad tercampak..
Menggigil ku..

Sedangkan beberapa saat..
Ku melihat kau berlari..
Seolah-olah dikejar sesuatu..
Namun ku tidak sangka..
Kau akan terpa ke arahku..
Ku tidak mampu mengelak..
Di hadapan ku jua ada halangan...

Dan ketika ku pulang..

Jasadmu berkecai..
Sedih hatiku..
Takdirmu pergi tragedi begini.

Trauma dulu masih lagi memburu..
Jeritan masih terngiang-ngiang..
Pabila ku lalui tempat itu..
Pasti kejadian itu menerpa..
Tetiba dibalik pokok..
Dia dengan berani melintas.
Esok pagi ku lihat jasadnya terbaring lagi.

Maafkan ku..
Maafkan ku..
Maafkan ku..

Tahun ini menguji kewibawaan ku..
Tragedi berulang..
Ku mengelakkan..
Atau ku terus tawakal..
Menjadikan yang lain mangsa..
Atau ku menjadi mangsa?

Wednesday, April 4, 2012

Hormati diri, hargai hati.

Minda melayang-layang.
Melihat adegan ini berulang kembali..
Siapa aku di sisi..
Hanya patung yang diperlukan
Bila keadaan darurat sahaja.

Alangkah manis jika
Perlakuan cantik seperti rupa.
Namun sayang sekali..
Percakapan seakan macam sampah.

Dunia ini hanya pentas lakonan..
Yang indah hanya sementara sahaja.
Tupai.. sepandai-pandai melompat..
Namun sesekali tetap jatuh terhempas jua.

Kerana kecewa ku amarah..
Kerana kecewa ku muak dan jelik..
Kerana kecewa ku lontarkan di sini..
Kerana kecewa ku menjadi manusia..

Manusia yang berhati kering.