Saturday, May 17, 2014

Pelajaran

Assalammualaikum w.b.t


Pelajaran pertama kita selalu bicara gaji tidak cukup tetapi jarang sekali kita bicara solat 5 waktu tidak cukup, puasa tidak cukup dan zakat yang tidak cukup.


Pelajaran kedua, jika seseorang tidak tahu menghargai pemberian maka tidak hairan jika dia tidak tahu berterima kasih.


Pelajaran ketiga apabila kita rapat dengan seseorang,jika ada salah yang perlu ditegur, orang itu akan kata kita tikam dari belakang.


Pelajaran keempat apabila seseorang itu sanggup membelakangkan ALLAH maka tidak hairan mereka akan sanggup membelakangkan kita.


Pelajaran kelima sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang membawa kita ke jalan ALLAH bukan yang mengambil kesempatan. Sahabat yang berani tegur di depan daripada tegur dibelakang. 


Pelajaran keenam jika ada permasalahan, sebaik-baik adalah penolong adalah ALLAH, bukan manusia yang adakala akan meneguk air yang keruh.


Pelajaran ketujuh adakala ALLAH jumpakan kita dengan orang-orang yang salah adalah bersebab dan kemudian ALLAH gantikan dengan orang-orang yang lebih baik.


Pelajaran kelapan, ALLAH bagi ujian sebenarnya ALLAH bagi peringatan sebab kita ni manusia suka alpa. 


Pelajaran kesembilan, setiap perbuatan yang kita lakukan ada pembalasannya samada cepat atau lambat. Maka jangan terlalu berasa puas hati dan seronok ketika melakukan. 
 

Pelajaran kesepuluh, apabila kita bangun dengan hanya pengharapan pada ALLAH, itulah kekuatan kita yang sebenarnya tanpa kita sedari.

Kepada Mu ku memohon keampunan dan kepadaMu juga ku memohon pertolongan.


Ya ALLAH.
Berilah kekuatan dan
cuaca yang luar biasa untuk hambamu ini.
Jadikan
Impian atau apa yang terdetik
menjadi kenyataan. Amin Ya Rabbal'alamin. 






Saturday, May 3, 2014

Mecari jalan pintu syurga yang terakhir.

Assalammualaikum w.b.t


Hidup wajib beriman pada Qada dan Qadar. Setiap orang ada episod hidupnya dan episod hari ini tidak akan sama dengan episod sebelumnya. Ada yang bernasib baik ada juga yang kurang bernasib baik namun semua itu sudah tersurat dalam Loh Mahfuz.

Hari semalam adalah sejarah. Hari ini adalah hadiah. Mengapa perlu menangisi hari semalam? Apa yang berlaku adalah didikan dari ALLAH, itulah kekuatan kita sebenar. 

Mengapa perlu mengungkit setiap aturan ALLAH? Adakah itu tanda hati redha? Setiap orang pernah membuat kesilapan namun yang penting kesilapan itu diperbaiki dan kini tidak diulangi. Kita manusia yang tidak sempurna dan tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.

Jika mereka yang dulu itu jahil dan kini kembali ke jalan ALLAH mengapa perlu diungkit kembali? Kita sepatutnya bantu dan sokong supaya mereka itu tidak tergelincir.Tidak gembirakah hati melihat orang-orang yang kita sayang kembali ke jalan ALLAH? 

Pabila hati dirobek mengapa neraka yang menjadi ungkapan? Adakah kerana kuasa veto di tangan kita? ALLAH itu Maha Pengampun, Nabi itu Pengampun dan diriwayat dalam hadis ada seorang hamba itu masuk ke dalam syurga kerana setiap malam dia  mengampunkan dosa-dosa orang.

Bicara lagi seorang Ustaz, tertutup pintu Lailatul Qadar seseorang itu kerana tidak memaafkan seseorang. 

Bukankah itu semuanya datang dari ALLAH. Hidup itu sementara. Apakah kita akan sedar apabila seseorang yang hadir dalam hidup kita kembali kepada ALLAH? Semua itu anugerah ALLAH dan tanggungjawab kita. Jika kita gagal bukan salah mereka, salah kita..Adakah itu yang kita sedia untuk jawab di sana nanti?

Jika dahulu hidup kita tidak seperti orang lain, adakah kita mahu apa yang kita alami berulang kembali kepada orang lain? Kita ada ilmu. Ilmu itu dapat mengubah segalanya. Mengapa perlu berdendam? Keraskah hati?

Hidayah ALLAH hanya untuk berlian terpilih. Hebat mana seseorang itu hebat ujianNYA. Tanya hati, sekiranya kita hidup dengan tiada nilai didikan agama, adakah kita berusaha untuk serapkan nilai-nilai itu bila kita diberi peluang? Bila kita sendiri tidak dapat merasainya adakah kita akan berusaha untuk orang lain merasainya?

Mengapa perlu melihat kehidupan orang lain, mengapa perlu melihat salah orang lain..Muhasabah.. Apa yang ada disekeliling kita hanyalah pinjaman ALLAH. Semua ALLAH akan ambil balik dan dihitung. Adakah kita hakim untuk menentukan neraka seseorang? Mengapa tidak ambil peluang yang ada untuk hidup dengan penuh kasih sayang dan aman damai sebab hidup ini singkat sahaja.  Hidup dengan bermaaf-maafan. Dan hargailah kerana mereka terpilih menjadi sebahagian dalam hidup kita. 

Sebagai orang Islam yang berilmu, tunjukkanlah yang Islam itu penuh dengan kasih sayang. Pintu taubat tidak pernah tertutup untuk hamba-hambanya. Apa yang berlaku hanya ALLAH yang Maha Mengetahui dan menjadi saksi.Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNYA.

Syurga atau neraka biarlah ALLAH yang tentukan. Maafkanlah dan mohon ampun.