Monday, December 29, 2014

Berakhirnya sebuah penantian

Telah kutitip
segunung kedukaan
selaut airmata
dari sebuah tangisan
tentang semalam yang luka

Telah kutitip
selonggok kesepian
sekawan rindu
yang menerjah
dari hati dan perasaan 
yang kekontangan

Telah kutitip kembali
hampas semangatku yang terbang
dedaun tekadku yang terbang
hari ini aku bangun
menggenggam kembali
sebuah cita-cita
untuk meneruskan...


**Roslinda Ibrahim**

Adakalanya


Adakalanya
Mesra itu ada
Apabila senyuman menjadi tawa
Menghidupkan suasana
Naluri insani meminta
Menjalinkan ikatan sahabat
Setia...

Adakalanya 
Rindu itu ada
Apabila sahabat bertukar rasa
Mencuit hati dalam
Gelora kasih
Belaian mesra menjadi impian 

Adakalanya
Sayang itu ada
Merisik seluruh sanubari
Menagih sesuatu
Melebihi mesra dan rindu

Adakalanya 
Cinta itu ada 
Lahir dari segala ribu rasa
Di antara resah dan gelisah
Hati berbunga indah
Dengan memiliki 
Dan dimiliki
Janji kasih berpadu erat

Adakalanya
Kasih bertukar menjadi kasihan
Memberi simpati seadanya
Menerima di dalam keterpaksaaan
Ditelan mati emak
Diluah mati bapa
dan kepuraan menguasai diri

Adakalanya
Mesra, rindu, sayang , cinta
dan simpati itu ada
Melengkapi putaran hayat
Bila terkadang iman
tergugat
Namun percayalah
Segala ada rasa di situ
Walaup bahagia sekalipun

**Afizsar e9**


Tuesday, December 16, 2014

Allah knows the best

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih..







Aku hanya pengembara
bermula langkahku
Rinjani 2015