Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Pekerja

Kira 1 Mei hari cuti yang bertuah coz makde off esok hari..
Pembuka calendar 2011 untuk cuti umum..
Telinga makde menangkap  sesuatu pabila mendengar pengumuman bahawa Malaysia akan menjadi salah satu negara yang mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi.
Pada masa yang sama menuntut bahawa pendapatan rakyat khususnya pekerja swasta dinaiktaraf pada tahap minimum RM900.

Alangkah bertuahnya jika ia menjadi realiti..Memandangkan Cuepacs rancak memperjuangkan hak-hak kakitangan kerajaan.Adil rasanya jika kakitangan swasta mendapat layanan yang sama kerna merekalah tulang belakang utama dalam menjana pendapatan negara.

Siapa yang akan berjuang menuntut hak-hak kami?..Apa bezanya kami dengan kakitangan kerajaan? Mengapa ada jurang antara kakitangan swasta dengan kakitangan kerajaaan? Agak terkilan dimana kakitangan swasta TIDAK boleh merasai kelebihan kakitangan kerajaan.

Melihat dari sudut gaji basic..gaji pekerja swasta masih jauh dengan perbelanjaan yang kian meningkat..siapa yang akan memperjuangkan hak mereka? Bekerja 12 jam sehari dengan keadaan berdiri adalah wajar mereka menikmati sepadan dengan kerja mereka.RM 450 tanpa elaun cola..dan tanpa elaun perumahan..tidak terfikirkah mereka disana???

Siapa kami untuk memohon pinjaman?? HANYA berstatus swasta..MAKA semua urusan tidak dapat diproses..Begitu juga dengan program perumahan yang hanya menjurus kepada kakitangan awam sahaja..

Siapa kami??? Mengapa kami dipinggirkan...Siapa yang akan mendengar suara kami??


Monday, April 25, 2011

Tudung Express........vs Tudung Bawal

Ntah mengapa..
skrg aku addict denim..
msyb dah xmuat suar denim..
maka ku apply untuk kegunaan lain..

mayb sume kehairanan..
dan aku pon tertanya-tanya..
semenjak bila ek aku mula minat...

dan aku kagum...
kagum kepada mereka yang pandai menjahit..
kagum kepada mereka yang mencetus revolusi..
kagum kepada mereka yang memerah idea..
tabik spring ..

jika dahulu aku hanya setia pada butik itu..
tp kini aku mula mengorak langkah..
dengan kepakaran sourching aku..
ermmmmmmm
aku melihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..
banyak saingan...
seronok melihat mereka yang berjaya...
bukan senang nak berjaya..
bukan senang nak senang...

jika dahulu tudung bawal menjadi pilihan
sekarang denim memenuhi koleksi
harga setanding dengan bawal
cuma dulu aku  pesan kat membe
direct beli kat kelantan..
price berpatotan kalau nak compare
beli di sini..
denim  laa lagi canggih..
online trus...sonang cite..
cuma kena pandai source
yang mana terbaik dan terbaik price..

ari-ari nafsu tergugat.
melihat denim yang hangat.
lain dari yang lain..
walaupon ku tahan minggu depan..
alahai.....tergoda gak akhirnya..

bawal tetap menghiasi hati
coz bawal tidak lapuk dek zaman..
bestnya klu ada kemahiran menjahit..
macam-macam bole transfer dari minda..

Sunday, April 24, 2011

Memahami Hasrat

Dugaan tidak pernah sepi..
tapi kita sebagai manusia ..
yang selalu alpa dan ralit..
walaupon dikecam hebat..
hati tetap tersenyum..
sekurang-kurang apa yang terbuku disuarakan..

dalam itu mula mengenali
ermmm manusia...di depan manis berbicara..
di belakang disebaliknya..
baik pompuan laki pon sama..

baik leader pon..baik nampak pada pandangan orang..
orang tua selalu kata..
harapkan pagar ..pagar makan padi..
terbongkar satu kisah..
tetapi kenapa si dia tidak memberitahuku terus terang..
memahami hasrat anak buah ku..
terkilan sume ciptaan semata-mata..
siapalah aku untuk memperjuangkan hak nya..
sedangkan mereka dari awalan lagi..
membuangnya...
sekiranya mereka benar-benar memerlukannya..
mesti mereka bersungguh-sungguh..

kadangkala kita perlu belajar sesuatu..
apa yang dikatakan itu realiti..
selalu orang tua berpesan..
kadangkala apa kita kata itu yang memakan diri kita..
just wait dan see..
sejauh mana kebenaran itu..

rezeki itu anugerah ALLAH...
mungkin hari ini kita mempunyai kuasa..
untuk menyingkirkan orang lain..
malah kita dengan selamba mencipta cerita..
ALLAH tidak pernah lena..
zaman kegemilangan kita akan berakhir jua..
kamu akan rasai betapa pentingnya "mereka itu"
jangan kamu berharap kamu akan menjumpai diamond seperti mereka
pasti dan pasti........

ketika itu kamu tersandar..
dan saat-saat itu pasti kamu terkenang..
jasa mereka pada kamu...

Tuesday, April 19, 2011

Semakin Cantas Semakin Bertunas

Syukur
Alhamdulillah..
agak terkejut tgk
coz kira2 adalah lepas beli baju sut..

sama dengan  sumbangan itu..
satu sumbangan di bayar dgn tiap2 bulan..
satu keajaiban..

benar kata mak..
semakin kita memberi...semakin ia datang..
rezeki itu anugerah ALLAH..
bila-bila masa ia boleh tarik balik..

berapa banyak pon yang kita dapat..
jangan lupa orang yang bawah..
jangan lupa orang yang kurang bernasib baik..
kadangkala kita dikira bertuah..
kadangkala kita bernasib baik..

tetapi yang penting
jangan lupa menabung saham satu lagi..
misi aku terus berjalan..
mudah-mudahan ia terus berjalan dengan lancarnya..

semakin cantas..
semakin bertunas..

Terima kasih Ya ALLAH

Saturday, April 16, 2011

Alunan Melodi


Lama tak dengar alunan melodi ini..
sesuai dengan waktunya..
rindu sungguh melodi ini..
menemani di kala pagi..

Namun dia Maha Mengerti

Hati Manusia




Cuba lihat akar ini??
adakah perjalanan ke atas sukar atau mudah??
jika dilihat dengan mata kasar..
tidaklah sesukar mana jika kena dengan caranya.

bagaimana pula dengan hati manusia..
bolehkah kita melihat??
bolehkah kita merasai??
jika boleh melihat..bole kita mengatasi jika kena dengan caranya..

manusia kadangkala indah pertuturan..
bolehkah dipercayai??
manusia pabila bercakap manis sekali..
atau sekadar untuk menjaga hati
atau sekadar berpura-pura di hadapan kita

bagaimana sebenar2 manusia yang
ikhlas???
tidak menipu??
benar2 baik hati??

bagaimana pula manusia
yang cuba porak peronda hubungan sesama manusia..
manusia yang suka mengadu
manusia yang suka melihat orang lain
manusia yang  tidak melihat pada diri sendiri..

alangkah bagusnya jika hati manusia positif..
alangkah bagusnya jika hati manusia bersatu..
keja yang berat sama dipikul..
keja yang ringan sama dijinjing..






Apabila awan mendung berarak..........


Tahun ni segala-galanya berubah..
dari segi kerjaya..
dari segi kemudahan..
dari segi kenaikan..

apa2pon aku bersyukur kerna bernasib baik dari orang lain..
berapapon nilainya tetap aku terima..
kadangkala pabila kita berada di dalam kasut..
ketika itu kita merasai hakikat sebenar-benarnya..
kadangkala kita berasa perit untuk berada di dalam kasut.
begitu juga orang lain..
kadangkala kita pemberi nasihat..
meletakkan diri pada situasi..dan kadangkala hati juga berkata
"takat bercakap...sapa2 pon bole bercakap"
cuba kena...

sejarah tetap sejarah...
alam kerjaya..
tetapi sume pengalaman berharga..
mungkin sekadar mahu menguji..
adakah kita bersyukur..

bergaul dengan manusia..
manusia yang tidak boleh tengok orang lain senang..
satu cabaran..
yang kadangkala menyebabkan urat2 naik ke muka..
satu penghijrahan..
dari segi kemudahan..
yang membawa kepada kelas bawahan..
segalanya kembali kepada zaman sebelum masihi..
semua terpisah..
kemudahan berselerakan..
hati mula memberontak..
semua usul ditolak...
tiada sokongan..mahupun dari atasan..
dibiarkan diperkotak katikan..
sedang tiada tertera di dalam JD
enam suara tetap kalah...
kalah dalam memperjuangkan hak..

Thursday, April 7, 2011

Mengenali pisang

Smlm makda dipertanggungjawab tuk beli pisang..
coz mak nak wat kek pisang.
walaupon makda da lebih suku abad..
tapi makda kenal pisang emas dengan pisang tanduk ja...
pisang emas tu selalu makan saja...xpon sedap kalau wat cekodoz..
pisang tanduk ni ..xsilap makda rupa pon mcm tanduk..
sedap kalau buat kerepek...

mak pesan pisang embun..
makda pergi beli kat kedai buah thodang..
cina tu pon kasi la pisang embun yang makda minta..
bila sampai umah..
mak kata..
ni bukan pisang embun..
ni pisang abu..atau pisang emas batu..
ada juga orang panggil abu batu..
yang pasti dua2 nama  tu pon baru makda tau..hehe

pisang embun buat cekodoz pon bole juga..
pisang abu ni wat pisang goreng panazz mmg sesuai..
kira makda belaja dua pisang dalam satu masa..
makda cakap kat mak...oooo pisang ni ka maksu guna
maksu yang berniaga di depan pintu gerbang nak masuk kg makda..


pisang goreng panazz edisi makda

pisang abu ni makda beli sekilo..dalam 2.30
banyak jugak..
patut la mak kata beli pisang.. goreng sendiri..
berbaloi-baloi2..
ari ni goreng sarapan ngan minum petang..
habis pisang tuh..




ni la rupo pisang embun..ala2 mcm pisang emas..tapi panjang sket...

ni la pisang yang makda silap beli...pisang abu...ni wat goreng..peh..cicah ngan kopi..

makda dok memikir..pisang berangan tu ..pisang apa??
apa lagi ek jenis pisang selain di atas..

Monday, April 4, 2011

Cabaran Yang Mendatang

Hari ini tired sangat..
melihat mainan politik..
ada yang tersenyum..
ada yang air muka berubah..

ada simpati..
ntah setelah 2 minggu
banyak yang berubah..

masa dalam meeting
ermmm
melihat manusia
sesama manusia..
rasa menyampah ja..
masing2 nak melonjak.

ada juga yang bernasib baik
kerna menjadi ayam tambahan
dipromote
mungkin rezeki mereka..
esok ada penilaian..
apa reason yang logik..
agar sume tiada berasa..
ikut minda..
elok bagi tempoh percubaan..
coz jurang masih jauh..
pada pendapat makda..masih banyak lagi kena belaja

hari ni moral down..
monitor anak buah..
kuar lagi isu..
apakan daya..takat tu ja usaha..
ikut hati padan..
masa transfer xnak fikir long term
simply2 wat decisian..
rasa baru menggagau..

ingat daa setup line setahun
line stabil..
makin teruk plak..
cabaran...
penat memikir..
sok last day..
sejuk rasa...he

Saturday, April 2, 2011

Kedamaian di Madinah dan Keajaiban di Bumi Mekah

Walaupun da time tido..
tapi malam ni makde nak share..
mengingati terasa lapang dada..

Dari atas kapal terbang..
SubhanaALLAH...
minda berputar..
mata melihat..
terpegun..
terpesona..
Indahnya ciptaanNYA..

Madinah adalah ibu kota Islam yang pertama...Dari sinilah Islam tersebar di seluruh pelosok dunia..Ia adalah negeri  terakhir  yang akan binasa bila hari kiamat..

Menjejaki kaki di Madinah..
Terasa damai..
Melihat hasil seni bina Islam di Masjid Nabawi..
Melihat kubah terbuka di waktu malam..
Melihat langit yang terbentang luas
bintang-bintang berkerlipan..
betapa hebatnya seni bina Islam pada zaman dahulu.
tetapi ada rahsia di sebalik rahsia..

Manusia tanpa mengenal pangkat,warna kulit dan bangsa
Bersatu dibawah jemputanNya..
Membuktikan  bahawa kita  semua sama sahaja..

Tandas dua tingkat yang dilengkapi escalator membuka mataku.
kemudahaan untuk jemaah yang berusia ..
kemudahaan untuk jemaah yang tidak berupaya..
pertama kali melihat tempat wuduk yang ada tempat duduk..
SubhanaALLAH..
Bersih dan sedap mata memandang..

Tempat yang menjadi perhatian jemaah adalah Raudah.
Raudah adalah satu kebun daripada kebun syurga. Mimbar Nabi s.a.w akan diletakkan di atas satu terusan daripada terusan-terusan syurga.
keajaiban satu peristiwa demi satu peristiwa...Ya ALLAH..Engkau Maha Berkuasa di atas tiap2 sesuatu yang berlaku..Teringat kenangan bersama dikya,bena,k.yang dan mak...bersatu itu teguh..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..menjaga perasaan sesama manusia..ada cerita dibalik cerita..

Bukit Uhud adalah satu bukit daripada bukit-bukit syurga...Tenpat bersemadinya pejuang2 Islam yang mati syahid dalam peperangan Uhud..di sini habbatus sauda senang didapati..

Dan Tamar Ajwah..adalah tamar dari syurga..bertuah kita boleh merasainya..

Tiada kata..tiada ungkapan..bagi pandangan makda...biarlah kamu merasai sendiri..
biarlah kamu melihat sendiri..Syukur sangat2..melihat kekuasaan ALLAH s.w.t

Diibarat kita pulang ke kampung halaman...mengenal asal usul Islam..
mengenal asal usul diri kita...siapa kita...melawat tempat-tempat bersejarah...

Bateri makda koi low..tu tanda tired..nanti kelapangan makda continue..

Friday, April 1, 2011

Barang yang lepas jangan dikenang

Hari ni makda 6s bilik..
isk2 banyak betoi harta makda..
walaupon dah berkotak2 makda buang..
ada lagi ya..

rini makda ada kuarkan satu kotak...
dasat..sume diari keja makda dari makda start keja
sampai la makda berenti..
kira dah 2 tahun makda xsentuh kotak tu..
ni nak kena p kastam kotak tu sebelum dilupuskan..

macam mak makda kata..
susah la..
klu orang yang sayang barang..
nak  buang pon sayang..
tu bilik jadi mcm stor..

makda ngah cari sapa2 adik2 yang dapat tawaran UTM course mekanikal
coz makda nak clear buku2 teks makda..
lama nya makda tinggal alam belajar..

Tudung Mekah

Tersenyum makda..bila sume orang bertanya
"tu tudung mekah ka"
ni tudung denim bukan tudung mekah
kat mekah xde jual tudung ni..bahkan kain telekung pon xda..
yang ada jubah ngan hijab..kebanyakan hitam..
klu tudung yang segiempat tu..color putih..

ntah nape tetiba2 makda jatuh cinta dengan tudung denim..
mayb dah xleh pakai seluar denim..pakai tudung denim jadi la..
first time tgk mmg dalam hati kata harga tu mahai..
tapi makda suka..jadi makda cut expensive yang xbapa perlu..
coz masuk ngan muka yang bulat ni..
mmg nampak gaya  mcm "makda" pon..
paling kelakar muiz pon cakap cantik..
alahai si kecil ..