Wednesday, February 23, 2011

Takdir Dia untukku

Dibalik senja berlabuh..
Rasa sekian lama tidak berbicara..
Terkedu ngan berita itu...
Ya ALLAH
aku panjatkan kesyukuran teramat untukMu..
Ya ALLAH, Engkau Maha Berkuasa..
Engkau Maha Pemurah..
Engkau Maha Pelindung..
Syukur sangat2 Ya ALLAH..

Disebalik rahsia ada rahsia..
Peliharalah aku dari segenap pihak di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang, di atas dan di bawah..
Aku berlindung dengan Engkau dari segala kedukaan, kelemahan, kemarahan, pengecut menghadapi segala pencerobohan, kikir, kedekut dan bergelumang di dalam hutang yang tidak berputusan atau kekerasan musuh..
Peliharalah agar niat asalku berterusan dan tidak terpesong dengan nikmah yang Engkau berikan..

Hindarilah aku dari sifat baran Ya ALLAH.. hindarilah aku dari sifat kurang sabar...hindarilah aku dari sifat kekalutan.....tenangkanlah dan jangan jauhku aku dari pintu rahmatmu Ya ALLAH..

Mengejar dunia dan betapa aku sedar bahawa banyak lagi kekurangan diri ini...betapa ceteknya ilmu..

Andai aku di dalam kesulitan...permudahkan urusanku YA ALLAH...
Hanya padamu  ku memohon keampunan dan hanya padamu ku memohon pertolongan..

Terima kasih di atas jemputanMU YA ALLAH..
Mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar..
Mudah-mudahan kesabaran ku terlatih..
Mudah-mudahan wajahku sentiasa tersenyum..
Mudah-mudahan doaku dimakbulkan...
Mudah-mudahan penglihatanku semakin baik

2007 niat asal..setelah jatuh bangun dunia kerjaya..
Setelah jatuh bangun dunia pendidikan..
Setelah jatuh bangun dunia pencintaan..

Ya ALLAH
Selubungilah cahaya keimanan di hatiku,pendengaranku, penglihatanku, di lidahku, di kananku, diatasku, sinarilah dalam jiwaku  cahaya keimanan dan semarakkan  cahaya bagiku..

Ya ALLAH
Lapangkanlah dadaku  dan permudahkan setiap segala pekerjaanku..

Amin....

Tuesday, February 22, 2011

Di Atas Ada Cinta (OST Syurga Untukmu)



jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu

apakah ku masih bisa terus melangkah

serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

* subhanallah aku mencintainya

subhanallah aku menyayanginya

dari ufuk timur hingga ke barat


selalu di hatiku


Indah Dewi PErtiwi..







Friday, February 18, 2011

ENGKAU menguji...aku diuji.......

Kita hanya merancang..DIA yang menentukan..
Ermmm semangat berkobar2 rini...tersentap seketika..
Mudah2an semangat itu tidak hilang...Amin

Sunday, February 13, 2011

Doa Menghadapi Kesulitan Dan Kesukaran..

Ya ALLAH permudahkanlah urusan hambamu ini...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (surah Ali-Imran Ayat 200)


Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang kamu jadikan mudah. sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.

Thursday, February 10, 2011

S@hab@t

"Ya Allah, jadikanlah Al Quran sesuatu yg rimbun di hatiku, cahaya hatiku, penglipur kesedihanku & pengusir kecemasanku.Sahabatku sayang dikasihi fillah, kuatkan semangatmu dalam jihad ilmu ini, moga hadirNYA di celahan qalbumu itu. Tersenyumlah, biarlah kedukaan itu di langit, Allah telah memberimu petunjuk."


~Mata | Hati | Jiwa ~

Ari ni terasa lain.
Tiada lagi penunggu pintu yg setia
Tiada lagi tukang sibuk masa time makan..
Tiada lagi doraemon di dlm timba..
Tiada lagi membontoti masa mandi..
Tiada lagi berebut bantal hijau..
Tiada lagi berebut kerusi hijau..
Tiada lagi berebut saluran astro..
Tiada lagi ketukan pada aquarium..
Tiada lagi suara merengek minta keluar..
Tiada lagi suara meminta susu..
Tiada lagi suara bertempik..





Walaupon sebulan sahaja .
Ari ni bila buka saluran oasis..
Mak kata tingat suara si cilik..
Coz suka benar ngan saluran ni..
Rindu bertandang tetiba..
Sepi menyapa..

Apa khaba ya si cilik sekarang..
Walaupon tengah minum susu..
Pantang kita makan..terus jew datang..
Senang nak bela mak kata..
Coz apa yang kita makan ..si cilik makan semua..

Rasa bersalah membuak di dalam hati
Coz piat telinga si cilik..
Coz buat si cilik jatuh dari buaian..
si cilik ni pegang rotan pon..wat derk ja..
xheran..coz orang lain yang mengasuhnya..

Kejap sangat..rini daa xda di depan mata..
Time makan terasa sgt coz bila2 ja makan pasti menyuapnya..
Dalam sehari mesti mandi bersamanya..
Dalam sehari mesti bawa round2 dgn moto..
Nak kuar kedai mesti daa berteman..
Ke pasar pasti berpimpin tangan..
Time pagi nak pergi keja..pasti melihat wajahnya..

Ari ni Si cilik sulong kembali bertakhta..
mengambil tempat..
mungkin rindu..
daa xda teman gigit..
ke mana sahaja pasti mengekori.
termasuk la masa solat..
tidak pernah2 solat disebelah..
makan sekali..
mandi sekali..

Si Cilik Sulong & Si Cilik
penawar  di kala duka..
permata hati
mata,hati dan jiwa makda..

moga
anak2ku menjadi insan berguna..

Tuesday, February 1, 2011

Cinta

Cinta adalah askara mudah ditutur,
senang dilakar namun sukar diselami.

Cinta adalah sebuah nikmat,
kerana cinta,hati rawan cerlang terhibur.

Cinta adalah sebuah ikatan
kerana cinta, penyatu hati dua insan.

Cinta adalah segunung penawar,
kerana cinta, penyembuh racun berbisa.

Cinta adalah sebuah batasan,
kerana cinta, mawar berduri subur menguntum.

Cinta adalah sebuah rembulan,
kerana cinta, penyuluh epilog kelam.

Cinta adalah sebuah mimpi,
kerana cinta, aku tersedar dari lamunan fantasi.

Cinta adalah sebuah bahtera,
kerana cinta, armada di lautan jauh belayar.

Cinta adalah sejuta kenistaaan,
kerana cinta,insah yang lemah rapuh dalam dakapan nafsu.

Cinta adalah sebidang kecelakaan,
kerana cinta, iman bertakha lebur berderai.

Cinta adalah seluas kekufuran,
kerana cinta, nilai agama terbias di dada.

Cinta adalah selebar kesengsaraan,
kerana cinta kudrat utuh layu terkulai.

Cinta adalah seribu kesakitan,
kerana cinta, hati berbunga kejam terbunuh.

Cinta adalah selaut dusta,
kerana cinta, sukma gemersik pincang ternoda.

Cinta adalah cinta, kasih, sayang,dusta,sengsara dan lara,
kerana cinta, aku hidup bersandarkan nafsu,
kerana cinta, aku merintih ke jalan benar dan,
kerana cinta, aku mengenali Tuhan.

Farahi ROhani
UKM Bangi Selangor
Harian Metro
Selasa 1 Februari 2011
H9

Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa