Sunday, June 30, 2013

Lambaian Ramadhan-Mari cabar diri.

Assalammualaikum w.b.t.

Tup tap tup tap..pejam celik..pejam celik..tengok tak lama dah ramadhan kian menghampiri...
"Kejap ja kak kan". kata anak buahku..
"Ermm kejap je".balasku.

Seminggu lagi..
Mak kata 1 hrbln ada majlis kat Masjid...Lambaian Ramadhan.
Insha ALLAH jika ada kelapangan cuba cabar diri untuk hadiri.

Saya suka Ramadhan...
"Makcik tau dak kenapa saya suka ramadhan?"...kataku pada makcik yang selalu setia bersamaku..
"Masa bulan Ramadhan syaitan semua kena gantung, masa tulah kita boleh buat terawih, boleh mengaji, dan boleh bangun tengah malam. Tetapikan makcik selepas Ramadhan, nak bangun tengah malam..boleh kira dengan jari...liat bebenor..."Ermm .

Saya pernah berkata kepada seorang kawan.
"Untung la dapat kerja pagi..kan..seronok la sebab boleh pergi terawih?"

Tapi tak sangka  dapat kerja  pagi dan sekarang sedang berusaha untuk pertahankan. Sebab lagi seminggu sahaja ramadhan. Mungkin sesetengah kata pentingkan diri sendiri dan sekarang rasanya hati tidak perlu lagi pedulikan masalah orang lain. Jika boleh pertahankan cuba pertahankan..Tetapi jika ALLAH mahu uji lagi maka terimalah dengan hati yang redha.

Mampukah tahun ini atasi rekod tahun sebelumnya? Tepuk dada tanya diri.  Sekarang hanya ada masa 30 minit untuk berbuka, bersihkan diri dan solat maghrib. Sekarang ni pon berbuka dalam kereta..Bolehkah? 

Sekarang tunggu Isyak boleh tersandar pengsan...apatah lagi 21 rakaat sedang menanti. Bolehkah mata bertahan? 

Bolehkah bangun pagi? Ini part yang amat mencabar dan sedang berusaha untuk ke arah itu..Berusaha!!

Surat cinta ALLAH, mampukah habiskan..?? 


Dah beli kew pakaian menghadap ALLAH?  Apa tu? Tiap-tiap tahun memang akan sediakan pakaian baru untuk menghadap ALLAH. 1. Masa Ramadhan 2. Syawal.  Walaupon ada sesetengah kata xpa, yang lama masih baru lagi, tetapi bagi diri akan utamakan pakaian ini dahulu walaupon pada hakikatnya dalam almari masih baru sebab tiap-tiap tahun kita mesti beli pakaian baru ...apa salahnya setahun sekali jew kita spend untuk pakaian ALLAH.. sunat dapat pahala lagi..

Bersedekah...Tapikan kalau bersedekah mesti wang biru..apa salahnya kali ini tukar warna kan.. Bersedekah juga tidak semestinya wang tetapi...Bersedekah tenaga....Bersedekah senyuman....
Berapa ramai dikalangan kita yang mengambil berat tanggungjawab sosial  atau tuntutan fardu kifayah? Baru-baru ini berkesempatan solat di Surau stesen minyak dengan tak bawa telekung. Namun Alhamdulillah telekung dalam keadaaan baik. Bila mata perhatikan di sekeliling, amat bermakna tanggungjawab seseorang itu..sehingga diri boleh solat dengan sempurna. Tapi ramai dikalangan kita cakap ini rumah ALLAH...hanya meniti di bibir sahaja namun belum sampai ke hati..Kadang-kadang kita boleh tengok ja sampah tanpa ada perasaan. Bila ada sesuatu berkaitan dengan surau..kita boleh buat  tak tau ja...Mudah-mudahan ALLAH bukakan hati mereka dan bersyukur bagi kita yang terpilih. Amin.

Ada cerita suka, ada cerita duka disebalik tirai Ramadhan namun semua tidak mematahkan hati.
Benar kata orang sesekali kita kena menoleh ke belakang untuk melihat kesilapan lalu  ia dijadikan pengajaran dan peringatan kepada kita semoga  tidak melakukan kesilapan kedua pada hari ini, esok dan seterusnya. Walaupon kita buat baik tetapi  ada orang salah tafsir kebaikan  kita lalu tercalar perasaan kita dan mematahkan semangat..Berbalik kepada ALLAH, buat baik kerana ALLAH dan teruskan berbuat baik selamanya. Tidak perlu tunggu manusia berbuat kebaikan dan kita berbuat kebaikan kerana untuk membalas kebaikan tersebut. Tiada pilih kasih tiada bersebab kerana semua layanan sama dan jika orang lain berada pada kedudukan itu, pasti tangan tetap dihulurkan. Segala sesuatu yang berlaku ALLAH Yang Maha Menentukan..ALLAH bagi ujian..adakah kita akan berhenti setakat ini atau teruskan berbuat baik..,. Bersyukur dikalangan terpilih.

Ramadhan kali ini,..semua berharap baik-baik. Cuba menjadi hamba yang terbaik dan hamba yang mampu mengharungi dengan tenang setiap dugaanNYA. Amin.

Thursday, June 27, 2013

DIA Maha Mendengar

Assalammualaikum w.b.t

*****************************************************************
Usai membuat report, jam menunjukkan 7.03 petang..
Ketika mahu menggalas beg, pantas ku keluarkan telefon.

"Mak masak dak hari ni?" Tanyaku
"Mak buat nasi goreng." Balas mak.
"Kami nak pergi pasar malam,nak cari  nasi kerabu"..Bicaraku.
"Baguslah macam tu,mak nak pesan anggur hijau dengan anggur merah."
"Lagi?"
"Mak nak pesan mee kuah?"
"Bena"
"Nak pesan laksam."

Ermmm...hanya terdetik ketika jam 7.03 petang.

Cuaca baik hari ini, detik hatiku.
Perlahan-lahan kereta memberi signal. Rezekiku pabila ku lihat ada dua buah kereta memberi signal untuk keluar. Namun sebuah kereta memintas ku dari sebelah kiri.
" Ermm tak mengapa." Lama  tunggu dalam kereta memerhatikan samada ia mahu parking atau berhenti. Perlahan-lahan  kaki melangkah keluar dari kereta.
" Abang boleh parking depan sikit tak, terima kasih." Tersipu-sipu pemandu kereta tersebut.

Betul-betul di laluan besar Pasar malam. Pantas  beg  digalas dan langkah dipanjangkan.. 
Tercari-cari gerai yang disyorkan oleh rakan pejabat. Hmmm tak nampak pon nama gerai ini tetapi pelanggan boleh tahan. Hati berkata takkan depan mata nak beralah. Sabar.
Memang pelanggan situ ramai.

Hati menyebut rabbi yassir wala tu assir. Akhirnya sampai giliran . Ketika  kakak  itu membungkus nasi. Mata lihat sekeliling gerainya. Pasti ada keistimewaaan kerana orang tidak putus mengunjungi gerainya. Di sekeliling jalan. Mereka yang sabar dan cekal mencari rezeki. Namun sesuatu yang menyentuh hatiku..Mereka adalah saudara sesama bangsa dan melayu.

Selepas membeli makanan..telinga cuba menangkap sesuatu, namun gagal. Ketika tiba di kereta dan memasukkan segala keperluan, baru azan berkumandang. SubhanaALLAH . 
Berbeza waktu yang lepas  masih lagi terpinga-pinga di celahan gerai. 

Ya ALLAH kau permudahkan urusanku..
Ketika kereta melalui jalan besar..mata terpukau melihat keadaan jalan yang agak lenggang. Ya ALLAH sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.

Nikmat manakah yang hendak KAU dustai? Alhamdulillah terima kasih YA ALLAH.

Ketika membuka bungkusan nasi. Apa istimewa nasi ini yang membuatkan hati tidak berputus asa. 

Teringat kakak kantin, restoran itu..air mata kucing..semua hanya kenangan. 

Kalau minggu lepas, hati memang tak nak pergi dah tetapi hari ini tanpa perancangan, terus terdetik. Kuasa ALLAH. Rabbi yassir wa la tu assir. Istimewanya kalimah ini.

P/S: Menulis adalah jiwa saya. Semenjak pulang dari Mabul. Saya akan lakukan perkara-perkara yang disukai selagi masih ada peluang asalkan ia tidak bertentangan dengan perintah ALLAH.Tangan tergerak untuk menari di keyboard pabila ada wujudnya perasaan aneh.Saya belum lagi sampai ke tahap seorang penulis yang bagus namun ketika saya singgah ke blog penulis novel Zura Asyfar, kebanyakkan jalan cerita dikarang pada waktu malam dan saya akui malam ilham bertebaran. Namun  saya juga berharap akan sampai waktunya... malam saya menulis tetapi menulis untuk DIA. Menulis untuk DIA dan menulis untuk DIA.
Andainya dapatku menulis..
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Cukuplah ALLAH sebagai penolongku dan Dia sebaik-baik pelindung..

Friday, June 21, 2013

Buku membahagiakan saya............

Assalammualaikum w.b.t

Need help to revise the photo attached inside PIN as per email sent by tomorrow morning to customer."

"I need your help to revise WI and resnap picture."

 Asalnya nak settle apa yang patut sebelum off day..tapi bila dapat email walaupon lagi 2 jam, terus stop keja...susun apa yang patut..lock drawer dan taip dua tiga ayat reply balik then terus log off pc..Sentap!!!

Belum lagi secara rasmi tukar deparment..depa bagi arahan bagai rak..need your help..need your help...Ir tu nampak kecik ja...

"I also need your help, please send to me complete document if want i help you. I just only "help" but not always."

Start kereta balik terus singgah pasar malam..nak cari nasi kerabu konon..alahai panjangnya parking sampai masuk lorong lain..cari la cari la..Frustated!!!

Masa tengah tawaf pasar malam..azan maghrib berkumandang...rasa baru ja menapak..kejap je azan..stop jalan terus balik ke kereta....buka posa dalam kereta...mujur ada kismis dan air dalam kereta..klu tidak telan air liur la jawabnya...punya la bendul..apa pon tak beli..coz asal nak beli tengok Q ..rasa maleh nak Q..

Dalam menyusur keluar...terpinga-terpinga nape kereta banyak di setiap lorong.."Eh depa ni napa time maghrib penuh kat jalan?, xkan time orang balik keja?"..mentang-mentang kereta kecil..depa himpit kiri kanan ngan keta besar depa."Wahai hati, sabar sedang mengujimu!!"...Pasang CD..Layan..30 minit saja dekat lorong..tengok pakat-pakat dok berebut..lorong asal satu tapi kenderaan berhimpit dengan 2 lorong..

Keluar ke jalan besar cobaan betul...kereta bergerak perlahan..Main gear 1 ja ..30 minit di jalan utama pulak...menguji sungguh hari ini..mulut dok ngomel selepas berbuka..1 jam 30 minit masa terbuang begitu saja..gara-gara nasi kerabu!!!..tobat tak mau dah pegi dah pasni..Cobaan sungguh..top up 40 minit tuk sampai ke destinasi akhir..

Then balik....terlupa seketika peristiwa-peristiwa yang membuatkan kepala kusut bila melihat sahabat-sahabat baru tiba..time reading!!!


" Setiap hari mungkin tidak berakhir dengan baik,tetapi pasti ada kebaikan yang tersembunyi dalam setiap hari"~

 
Buku sekarang macam makanan rohani..walaupon tadi tak dapat makanan xmengapa..tetapi tak telaah sehelai rasa tak kena..Buku mengubah sempadan ....Dulu mula-mula berjinak rasa buku mahal kalau RM 35.00 tapi sekarang perbelanjaan buku sebulan sama dengan baya kereta!!

Dulu  pengetahuan zero sebab kurang membaca tetapi sekarang tidak lagi. Buku seperti imunisasi yang menguatkan tubuh badan. Buku membuka minda..seperti kita bersahabat dengan sahabat yang tidak terjangkau pada permikiran kita.Lebih baik percaya pada buku dari percaya pada manusia.

Buku mengajar segalanya...kawan karib teman penghibur setia di sisi.Hormat dan kagum pada penulis buku kerna mampu mengolah jalan cerita ..Anugerah ALLAH pada mereka.


" Semakin kita berfikir,belajar dan menghayati perbagai ilmu baharu,maka terasa diri amat kerdil sekali. Akhirnya kita pasti mengerti-InshaALLAH hanya DIA yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana"~Prof Kamil

"Kita dapat jatuh cinta pandang pertama pada buku sepertimana kita jatuh  cinta pandang pertama pada seseorang."~


Saturday, June 8, 2013

Jangan membenci sesuatu mungkin ia mendatangkan kebaikan kepada kamu.

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini cuba menghayati makna lirik lagu ini dari setiap sudut.
Terbuai dengan lagu ini..ulang.dan ulang..
Ya ALLAH Ya Rabbi
Ya ALLAH Ya Rabbi
Ya ALLAH
Ya ALLAH jangan KAU coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
YA ALLAH bila memang KAU coba
Aku percaya KAU sayang padaku..

"Kamu dah balik?" tanya seseorang
"Belum saya hendak pergi surau." balas saya.
"Saya ada  hal hendak bincang dengan kamu".pintanya

Gulpp!!! selepas mendengar penjelasannya...
"Ingat perkara ini sudah settle rupa-rupanya ia tetap menjadi agenda". Keluar air liur darah sekalipon ia tetap satu keputusan daripada pihak atasan.

Otak ligat bernari-nari..kenapa ek dia?? Walaupon sekarang hubungan dengan  dia  tidak lah sekusut. Masih ingat lagi mesej bertimpa-timpa pada hari saat mahu berangkat...
"Saya akan doa di sana".

Tetapi bila berada di depan seseorang itu..
" ALLAH ada berpesan jangan kita terlalu membenci sesuatu mungkin ia mendatangkan kebaikan kepada kita." Saya pegang yang ini.

Itu kata kamu...tetapi tidak semua orang berfikir macam kamu.? tegasnya lagi.

"Saya juga pada awalan tidak dapat menerima hakikat namun sehingga kini keputusan tersebut tidak berubah dan saya perlu menerimanya walaupon hati saya berkata 50-50."  Laju ja bicaraku.

"Saya beri masa untuk kamu berfikir dan jika kamu ada jawapan jumpa saya.." Katanya menutup bicara.

Sekilat ...mata liar mencari sesuatu..seseorang ku fikir boleh memberi idea. Di samping itu tangan sempat menaip teks dan ku layangkan kepada penasihatku..

" Buat saudaraku/sahabatku.......

 Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu sewaktu membangun membaca Al-Quran, Tetapi jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, JIka kau tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati..Jika kau tidak temui juga..maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.."

like3...saya suka dan saya faham apa yang dimaksudkannya...minta pertolongan dari ALLAH.

Saya percaya ALLAH akan tolong saya.. Saya percaya apa yang berlaku ini adalah terbaik untuk saya dan team saya. Saya percaya kita hendaklah bersangka baik pada ALLAH setiap perkara. Andaikata jika si dia itu membuat sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang menyukarkan..pada ALLAHlah kita kembali. Ingat doa orang-orang teraniaya adalah makbul melainkan kita leka dan tidak pernah berhubung dengan ALLAH..

Selama mana kita dalam zone "selesa". Kita kekadang leka bahawa tidak selamanya kita ada pelampung.

Bagi saya, semua perlu mengharungi cabaran ini bersama-sama. Dan semua kena terima kenyataan ini bahawa apa yang kita benci itulah berada di hadapan . Walaupon hati saya tegar namun perlahan-lahan saya menerima keputusan ini.

Walaupn tidak pasti apa yang akan berlaku di hadapan..saya percaya pada kuasa minda..fikir baik-baik..inshaALLAH keputusan pasti baik-baik..

Pernah dahulu saya memberontak..
Nape eh aku?? tapi bila saya tengok senior saya cool ja..saya ikut rentak dia..
Yang mana tak sempat cover..biar ja...buat yang sempat ja..
tetapi bila saya seorang saja..semua orang nampak kerja kita walaupon hakikatnya kerja itu ciput ja sama dengan orang lain. Cuma saya tiada persaing untuk dibeza-bezakan.

Walaupon dua kali saya menggila..out of control..namun saya tetap bersyukur sebab orang tak pandang kelakuan kegilaan saya itu...orang tetap pandang kerja saya. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Sunday, June 2, 2013

Bukan mudah hendak istiqamah ke arah kebaikan.

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini hujan renyai-renyai. Dengan semug white coffee sambil mengharap pakcik posmen datang.." Datang ke posmen hujan-hujan ni?" bisik hati.

Laptop di buka untuk melihat "artwork". 

Fuh..rasa kembang..
Ini adalah bookmark untuk buku-buku saya.
Biru membuatkan hatiku cair..

Sampai saat ini saya rasa ralat..tipu la sapa yang tidak sakit hati.
Dua buah buku saya...baru lagi..
Antara dosa paling dibenci ALLAH yang dilakukan oleh wanita ni sempat tengok bulan tiga.
Ramalan-ramaan Rasulullah SAW yang mula menjadi kenyataan..yang ni bila tengok kat rumah..tergerak hati nak tengok...dah tak de dekat rak..

Nota dah terpampang..naskhah/buku bacaan dilarang  bawa keluar sama sekali..rasa dah betul dah ayat bahasa Melayu. "tidak faham bahasa kah.." gerutu hati.

Mestikah saya stop takat ini saja??
Mesti diaorang cakap..

" Dah tau nak hilang, baik jangan letak..kalau letak tapi bising."

" Kalau takut hilang, tak payah letak."

Bising la sebab hilang takkan ia merangkak keluar..Cuba barang korang saya ambik senyap-senyap..

Tu saya cakap manusia ni tersangat la kreatif atas kepentingan diri sendiri.Mereka dah tak fikir dosa pahala mengambil hak orang lain tanpa kebenaran..ni membuatkan tangan rasa nak menari dekat keyboard untuk mengarang..sampaikan walaupon satu ayat..

Tengah mencari-cari ayat yang boleh membawa sampai terkesannya hati..artikel kedua akan muncul.Tunggu mood sampai ja.

Perlukah saya hentikan? Takkanlah ujian ini pon kau nak gagal?

"Kak tak faham, rehat kejap ja..baca tak puas".

"Kak tak bagi keluar bersebab, bila keluar takkan kembali."

Bulan ni nak letak ka? Ermmm perjuangan yang penuh berliku.
Beli..dah beli..bagus buat baik..
tapi..kalau sakit hati..bagus kew?

Cuba lagi..kuasa minda
" ALLAH hendak tengok sejauh mana kamu bertahan, yakin pasti ada hikmah disebaliknya."

ALLAH hari-hari tengok kita..malaikat kiri kanan catat perbuatan kita..tapi sikit pon kita tidak takut..kita rasa ALLAH tak nampak perbuatan kita..memgambil hak orang lain adalah HARAM. Malaikat juga tidak akan berhenti mencatat sehinggalah saat kamu kembali.~juga peringatan untuk diri saya yang kerdil~