Saturday, September 21, 2013

Melihat KebesaranMU di bawah langit biru- Mulu Pinnacles.......

Assalammualaikum w.b.t

Kembara kehidupan diteruskan. Setelah sekian lama bercanda dengan Mr Google dan akhirnya.

Melihat cuaca yang tidak menentu maka tiada sebarang harapan  diletakkan dan hati terus berdoa mudah-mudahan jangan sesekali berputus asa.

Pertemuan kali ini seperti reunion kerana ia menggabungkan semua team wanita yang terlibat dengan ekpedisi Gunung Kinabalu 2012.

Team Semenanjung : Saya, Eli, Zaina, Kak Ain, Kak Lia, Kak Bib dan Kak Ila- semua wanita.

Team Sarawak :  Jo,Nafisa, Halimah, Muali, Hazata, Zambri dan Morshidi.

Dua team bergabung menjadikan keseluruhan 14 orang peserta.











1. Memandangkan kesan bebanan di KK masih terbawa-bawa maka keputusan diambil untuk membawa pakaian asas sahaja. Baju sejuk tinggal di Mulu Park.Namun ada pro dan kontra, kerana ketika malam menyapa,sejuk yang terlampauan. Terpaksa memakai dua pasang t-shirt,seluar,stocking dan glove. Namun malam terakhir makan dua biji panadol untuk memanaskan badan kerana pakaian basah dan lembap.

2. Dua malam di Camp 5 tidak boleh tidur walaupon turun dari mendaki. Semua diam dan kaku di tempat tidur masing-masing. Walaupon keadaan tempat yang terbuka namun alhamdulillah nyamuk tiada.

3. Pacat jangan sesekali disebut kerana ketika datang tiada seorang pon kena pacat tetapi ketika pulang sakit bukan kepalang digigitnya,bukan seekor bahkan dua ekor.Itulah pacat hutan.

4. Ketika menaiki boat-hati tertanya-tanya adakah Sungai Melinau ini mempunyai buaya tetapi jika difikir secara logik takkan mereka hendak membawa kami jika sungai tersebut berisiko. Melihat masih ada  menggunakan air sungai untuk  keperluan kehidupan seharian mereka. Teringat zaman kanak-kanak,mandi dan membasuh di sungai.




5. Ketika hendak memulakan pendakian,sumbat ke dalam beg,biskut satu bekas, roti sebungkus, bihun  goreng sebungkus dan 2 biji epal namun ketika sampai ke puncak, epal juga yang dicari. Terasa nikmat yang sukar diungkapkan. Yang lain tak pandang termasuk cokelat. Beli 4 bar cokelat namun hanya 1/3 suku dari 1 bar sahaja di gunakan.

6.Banyak gua diterokai dan perlu banyak berjalan. Ketika di dalam gua, hati terfikir..Adakah di sini ada juga kehidupan lain. Air sungai jernih dan sejuk sekali. Terpesona dengan setiap keajaiban di depan mata yang tidak pernah dilihat sebelum ini.Bau menusuk di hidung mungkin kerana tulang-tulang manusia. Satu ketika dahulu gua adalah tempat tinggal manusia ketika zaman Neolitik. Dan gua juga dijadikan tempat kuburan di mana tulang-tulang manusia disimpan dalam periuk tanah dan diletakkan di sini.



7.Tapak kasut pecah dan terkulai di 1.8m ketika turun. Ini menandakan batu-batu di sini tajam. Tangan luka sebab pegang batu ketika menahan badan.Tapak yang rosak membuatkan terpaksa mengesot perlahan-lahan dan bergantung sepenuhnya pada batang pokok untuk berpaut.

8. Ketika turun ada terfikir di dalam kepala hutan ini ada ka harimau. Sebelum berpaut pada batang pokok, kepala mesti mendongak tengok sebab takut ada sang ular. Semasa memegang akar-akar kayu dan melihat lubang-lubang pada akar kayu membuatkan kaki cepat-cepat mengesot turun. 

9. Saya,Eli dan Kak Bib adalah peserta yang di tengah-tengah,berjalan seorang-seorang tanpa Guide. Saya mungkin bernasib baik kerana di hadapan, di belakang saya Kak Bib. Namun Eli tidak bernasib baik kerana ditinggalkan jauh oleh Kak Bib. Kak Bib merapati saya ketika 500meter.Ketika itu jam 4.30 petang hujan lebat dan hutan kegelapan. Perasaan Eli keseorangan di dalam kegelapan dan hujan lebat boleh saya rasai kerana di belakang dia tiada orang.

10.Di Mulu kebanyakan tandas tiada paip atau cebuk. Kami yang kreatif ambil botol mineral besar dan potong untuk dijadikan cebuk. Jika mana-mana team yang berhajat ke Mulu, bawa paip getah 1 meter atau cebok..Wakafkan di tandas-tandas di sana. 

11. Ketika di Penginapan di salah chalet  yang berdekatan Taman Negara, riuh sekampung waktu subuh sebab tiada elektrik dan air. Mereka guna generator. Tiada notis bahawa malam tiada elektrik dan air. Pihak chalet sepatutnya menyediakan satu baldi di dalam tandas untuk kami menadah air sebelum generator dihentikan untuk kegunaan kecemasan. Mana-mana team jika ke sana boleh membawa seorang satu baldi. Sekurang-kurangnya ada kenangan.

12. 16 September 2013 tercipta sejarah apabila cuaca buruk dan Maswings terpaksa membatalkan penerbangan pada hari itu. Semua jadual terpaksa dirombak. Ketika itu Kak Ila berkata pasti ada hikmah di sebaliknya dan semak balik zakat. Peringatan untuk diri sendiri. Tiada yang merungut. Hikmahnya kami merasa duduk di Royal Mulu Resort. Tabah dalam kesabaran.

13. Jika ditanya mahukah lagi ke Mulu Pinnacles? Jawapan cukup sekali merasa. 

14. Perasaan diri gayat ketika menuruni tangga sebab mata melihat curam yang terbentang di depan mata dan psiko terus ke otak. Kaki sukar untuk melangkah turun sebab perasaan takut. Ketika naik tiada masalah sebab mata hanya memandangkan langkah orang dihadapan. Ketika turun hanya ALLAH yang tahu,perlu fikir sendiri di mana mahu letak kaki dan hari ini terus mencari maklumat teknik-teknik turun dari gunung.

15. Andy Guide kami,mula-mula tengok dia serius ketika briefing namun dia sebenarnya seorang kelakar, kerana tiap kali berhenti dia siap menyanyi dan menari-nari.Terharu di hari terakhir dia masak cucur sayur siap dengan persembahan pinnacles. 

16. Ketika naik saya merapati guide kerana tahu tahap stamina saya dan akhirnya saya barisan di tengah-tengah yang sampai di puncak. Dan ketika turun, stamina saya out sehingga satu ketika saya duduk di batu dan merenung ke hadapan. Berserah sepenuhnya padaNYA.

17. Ketika jam 6.00 petang semua orang berdebar-berdebar menunggu di ruang makan kerana masih ada 7 orang yang tidak sampai di Camp 5. Ini kerana Kak Ain mengalami otot lutut lemah. Kaki Kak Ain tidak boleh berdiri. Ketika mereka sampai satu tepukan gemuruh diberikan.

18. Allahuakbar!!Allahuakbar!!  Alhamdulillah sebab semua 14 orang peserta berjaya sampai di puncak dan turun dengan selamat dan menjadi salah seorang saksi melihat kebesaran ALLAH S.W.T. Terima kasih ya ALLAH!!.



 


Monday, September 9, 2013

Lakaran Wasiat.

Assalammualaikum w.b.t

Pertama kali saya bermimpi terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan roh saya melihat sendiri jasad saya,melihat keluarga saya dan sehingga saya ditinggalkan keseorangan di alam kubur. Ketika hati berdegup kencang untuk ditanya oleh Malaikat Munkar Nakir,terasa diri begitu naif..tiada apa-apa yang dibawa..dosa yang terhimpun. hati terdetik Ya ALLAH sekiranya aku diberi peluang kali kedua...terus terjaga dari mimpi.......

Minggu lepas saya bermimpi sedang dalam perjalanan, saya disuruh polis untuk hentikan kenderaan saya...melihat di sebelah tepi lima mayat yang ditanam dan tinggal hanya kepala sahaja..Saya perhatikan satu persatu wajah tersebut dan kepala sarat dengan persoalan kerana mengapa hanya tanam badan sahaja. Kenapa kepala di biarkan..Dan saya terjaga.

Minggu depan saya akan pergi ntah kembali atau tidak.
Ya Allah, janganlah KAU matikan diri ini sehingga aku mencapai tahap taubat yg sempurna untuk bertemuMu.Ya Allah, jika KAU matikan aku, matikanlah aku dalam sebaik2 pengakhiran,matikan aku dalam Islam.Amin.

Namun kesempatan ini tergerak hati untuk lakarkan wasiat kerana kekangan waktu membuatkan tidak sempat untuk buat secara hitam putih. Ini adalah untuk memastikan hutang-hutang dilangsaikan. Seandainya aku pergi dulu.

1. Mohon keluarga sedaya upaya bersabar kerana ia adalah panggilan Ilahi. Pergi berjumpa dengan ALLAH. Mohon maafkan segala kesalahan kerana diri hanya biasa.Cuma dipinjamkan.Ikutlah sahabat nabi, sebelum tidur maafkan semua kesilapan orang-orang di sekeliling kita. Seperti kata Ustaz berulang kali,jika kita maafkan seseorang rahmat ALLAH tidak putus.

2. Derma organ kepada orang Islam yang memerlukan dengan syarat penerima  tersebut tidak tinggal solat.

3. Segala baju2,tudung2 dan semua jenis pakaian boleh derma kepada orang Islam dengan syarat orang Islam tersebut solat 5 waktu, tidak tinggal solat.

4. Semua telekung peninggalan hadiahkan kepada mak, adik beradik perempuan dan ipar perempuan.

5. Terjemahan Al-Quran hadiahkan kepada mak,abah dan empat bersaudara .Mohon jangan simpan buat hiasan dan di simpan dalam laci. Bawalah ke mana ia pergi.

6. Sejadah letakkan semua dalam surau di rumah.

7. Duit2 dalam simpanan langsaikan baki hutang kereta dan pinjaman loan.

8. Kereta -anak sulong

9. Laptop peribadi - anak sulong. Laptop,charger dan segala perkakas dalam beg laptop dikembalikan kepada company.

10. Handphone - mak. 

11. Mesin jahit,peralatan jahit dan segala kain2 untuk trial- anak sulong

12. Buku2 semua samada diberikan pada orang atau disimpan di sudut bacaan.

13- Perkakas kek dan mould coklat-anak sulong

14. Duit tabung haji - mak dan abah. Duit KWSP adalah untuk tabung haji untuk empat bersaudara. Pasangan adalah tanggungan masing2..Boleh juga buat tabung keluarga yang mengalami masalah. Tetapi si peminjam mestilah bayar balik dalam waktu ditetapkan kerana ia adalah pinjaman 0% xda interest dengan syarat 1% daripada gaji semua hendaklah derma kepada masjid atau mereka yang memerlukan pertolongan setiap bulan selama mana dia berhutang.

15. Terdapat satu file untuk dokumen dan kad insurans. Sekiranya dpt tuntutan insurans ia adalah hak mak dan abah sama rata. 5% dividen daripadanya setiap tahun derma kepada sekolah-sekolah agama dan anak-anak yatim.

15. Kutu masih berbaki satu bulan.

Kenapa banyak anak sulong..Sebab anak sulong ni seorang bertanggungjawab, mana tahu nanti dia buat pakaian atau langsir untuk adik2 dia. Kereta memudahkan dia bisnes.1% daripada keuntungan bisnes salurkan pada surau masjid, sekolah agama atau mereka yang memerlukan sumbangan.

16. Saya memaafkan semua kesalahan sahabat-sahabat walaupon kadang-kala ia mengguriskan hati saya dan tertanya2 mengapa buat  begini.

Jangan letak ego kita di paras yang tinggi.Orang yang mahu beri perjelasan adalah orang yang berani dan jujur. Orang yang tidak mahu berdepan dengan perjelasan adalah orang penakut..Nilai persahabatan itu bergantung kepada bintang yang kita berikan. Jika 5 bintang maka jadilah 5 bintang. Jika 3 bintang maka jadilah 3 bintang. Jika kita memberi 3 bintang jangan pula mengharap 5 bintang yang kita akan dapat. Jangan masa susah baru itulah kita kenal sahabat kita. Masa kita memerlukan baru kita hubungi sahabat kita.

Namun hidup ini saya amat kagumi persahabatan saya dengan sahabat2 ex sekolah rendah dan ex sekolah menengah. Pernah satu ketika terjadi konflik dengan sahabat baik saya, membuatkan saya amat marah..namun itu bukan bermakna ikatan persahabatan kami renggang malah sehingga kini hubungan kami bertambah rapat. Persahabatan kita adalah anugerah terindah dari ALLAH.

Sahabat sejati sehingga kini membawa saya terokai kebesaran ALLAH.Tidak malu berkawan dengan saya yang pendidikan tidak seberapa dan pekerjaan biasa2 saja. Sering mengingatkan dan tegur saya agar tidak lupa pada ALLAH. Terima kasih sahabat.

Saya selalu mengajak ke arah kebaikan bukan bermakna saya baik. Saya cuma mahu menjadi baik. Madah2 dalam blog ini hanya peringatan diri sendiri dan saudara-saudara saya sahaja. Sekali lagi saya mohon kemaafan jika ia mengguris kan perasaan orang lain tanpa sedari.

Jangan Menyerah.

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa


Saturday, September 7, 2013

Mengorak langkah kembara kehidupan..

Assalammualaikum w.b.t

Setiap apa yang terjadi jangan sesekali bersangka buruk pada ALLAH. dan jangan pula kita menzalimi diri sendiri.

Kembara kehidupan bermula tika mencari siapa diri. Kekuatan datang tanpa disedari. Hati mengorak pergi. Melihat kehidupan hakiki yang terdampar di depan mata. 

Mensyukuri dengan nikmat ALLAH, berpeluang melihat sesuatu di luar kaca mata.Kehidupan di dalam sampan,mata  sarat dengan pelbagai soalan.Kagum dengan usaha badang kinabalu yang tidak mengenal penat dalam mencari rezeki.Hati sentiasa mensyukuri dengan nikmat yang ALLAH bagi. Sebab itulah mulut berbicara tatkala melihat sahabat-sahabat yang gemar mensia-siakan rezeki di depan mata.
  
Banyak kekurangan diri yang perlu diselongkari. Banyak ilmu yang perlu diterokai. Banyak perkara yang perlu dipelajari. Tujuan hidup terus dicari. Hidup biar beerti. 


Kadang-kala ALLAH menguji, jangan sesekali berputus asa. Teruskan perjuangan. Tidak mengharapkan balasan manusia kerana ganjaran ALLAH yang ditunggu-tunggu.

Tika ini ALLAH kurniakan sahabat-sahabat sejati yang sering mengingatkan diri.Bicara seorang sahabat lama..Jika letih, bacalah AL-Quran. Insha ALLAH AL-Quran ubat segala-galanya.Bawalah ia ke mana kamu pergi.





 
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Ya ALLAH, berikanlah kemenangan kepada diriku. Kurniakanlah aku kesihatan dan cuaca yang baik. Permudahkan setiap langkahku. Amin.