Monday, June 27, 2011

Biarlah angin berbicara

Pada suatu hari..satu ungkapan menarik perhatian..
satu persatu menangkap telingaku...

| Jangan meraih kasih sayang manusia........
  manusia semasa suka kita dipuja-puja..
  manusia semasa suka kita dipuji-puji..
  manusia semasa suka semua indah..
  manusia semasa suka semua manis..

  tetapi bila manusia sudah tidak suka..
  tiada lagi dipuja-puja
  tiada lagi dipuji-puji
  tiada lagi indah..
  manis menjadi tawar...............itulah manusia"|

Bicara Malam

Seperti biasa..sudah dua hari aku pulang..
Keadaaan lalulintas tidak begitu lancar..
Ntah apa yang mengganggu..aku pon xpasti..
Besok harap tiada lagi..

Pabila membuka pintu kamarku..
Aku melihat ada nota..
Tersenyum aku..ingatkan mak pergi masjid..
coz ada nota..
rupa-rupanya mak solat..
"cendol di dalam peti ais besar"
"buah rambutan di atas meja luar"

Itulah mak..
semalam mak bersusah payah mengubatiku...
mak la yang bertanya khabar dari hari ke hari..
terharu..sangat terharu..
mak letak nota..
coz dua tiga menjak aku lupa..
jarang sekarang kastam peti ais.
kalau dulu..mak xsempat cakap..
tp aku dah makan..

aku bersyukur coz mak masih ada di depan mataku..
mak segala-galanya..
baju kurungku mak yang buat..
kelambu..cadar...langsir..mak jugak..
sebut ja nak makan apa..
esok lusa pasti terhidang...
mak lah segala-galanya..

rini aku tengok cermin..
teruk betul wajah..
ni tandanya STRESS kembali bertandang..
sama keadaan tiga tahun yang lalu..
jerawat bukan jerawat biasa ..
jerawat resdung darah..
dan aku takot...
bila naik..kesudahan cukup susah...
semasa mendapatkan rawatan..
jawapan pertama...hilangkan stress...

dan aku termangu2 bagaimana untuk menghilangkan stress..
stressnya aku..........................!!!!

Thursday, June 23, 2011

Sementara Masih Ada

Barang yang jangan dikenang,
Kalau dikenang hai merajuk la diri..

Kita di dunia ini sekadar pinjaman..
Dunia  ini hanya sementara..
Tersentuh seketika madah-madah yang dilontarkan..

Sementara masih ada..
Buatlah apa yang kamu suka..
Buatlah apa yang kamu fikirkan betul..
Buatlah jika mendatangkan kebaikan untuk kamu..
Hukumlah mengikut hukuman kamu..
Tetapi hanya satu pesanan teman..

Andai ku tiada lagi..
Janganlah kamu menangisi..
Janganlah kamu menyesali..
Janganlah kamu meratapi..
Bila saat itu tiba.
Semua sudah tiada makna...
Tiada lagi yang menyakiti kamu.
Tiada lagi yang mendatangkan kemarahan kamu..
Tiada lagi yang berdebat denganmu..

Allah Maha Penyayang Lagi Maha Pengampun..
Engkau tidak membalas di setiap perbuatan hambamu di muka bumi ini..
Malah Engkau memberi ruang kepada hambamu..

Sedangkan manusia mudah sungguh memberi hukuman...siapalah mereka..

Ya ALLAH..
Terasa kerdil hambamu ini..

Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya


Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat






Wednesday, June 22, 2011

Apabila awan berarak mendung...

Pertama melihat awan ..Subhanallah...ALLAH Maha Besar..
indah ciptaanNYa dan tersusun selari..
Pernah ku bertanya pada mak..
Bagaimana pilot boleh mengetahui laluannya untuk sampai destinasi..
Keajaiban di bumi ALLAH ini..

Semalam mak bercerita lagi..
Besan mak kena berubat kena RM 400..
itu dalam sehari..
hilang nikmat tido..hilang nikmat makan..
Berapakah yang kita bayar kepada ALLAH  untuk nikmat tido dan nikmat makan..
yang ALLAH kurniakan untuk kita selama ini...
Hari ini kita sihat..esok lusa belum tentu lagi..

Pagi tadi anak buah ku pula bercerita..
Ermmm...
kadang-kadang tanpa kita sedari..
ALLAH ada menghantar seseorang...
Kebetulan berturut-turut...
Sebagai peringatan kepada diri sendiri..

Tiada manusia sempurna..
Ku juga tidak pernah lepas membuat kesilapan..
Ku jua tidak pernah tidak gagal..
Namun apa ku belajar hari ini cukup membuka mataku seluas-luasnya..
Jika sebelum ini terpacul " mengapa"...
Dan hari ini jawapan itu berada di tanganku..
Ku sendiri bangun dari kesilapan itu..
Kesilapan sebagai seorang hamba..
Tanpa sokongan yang lain..
Biarlah kesilapan itu pertama dan terakhir..


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Hambamu Allah…..

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Monday, June 20, 2011

Pengorbanan

Hari ni teman dari tempat parking..memberi tahu khabar berita gembira..
Ku sahut dengan penuh kesyukuran..
Bersemangat bercerita..
Tetapi pabila ku melihat jadual....
Ermmmmmmmmm...
Bertindan dengan aktiviti ku..
Sekian lama ku rancang...
Patutkah ku berundur memberi ruang kepadanya??
Dan mengecewakan orang lain..?

Saturday, June 18, 2011

Rindu Pada Yang Tak Sudi

Tak guna ku merayu jika orang tak sudi
Hanya menambah pilu di dalam hati
Lebih baik aku pergi daripada ku dihina
Dengan kata-kata

Kusedar diri ini tak sepadan denganmu
Aku sekadar teman waktu kau memerlukan
Dan bila kau dah bosan
Lalu aku kau singkirkan
Dengan tiba-tiba sampainya hatimu


Akan kuteruskan hidup ini
Walaupun diri ini tiada di sisi
Akan kuteruskan perjalanan
Walaupun amat pedih
Terpaksalah aku hadapi

Jangan lagi kau bertanya tentang diriku ini
Biarlah ku menyepi
Susah payah ku sendiri airmata menemani
Sepanjang malam sepi
Apa guna ku merindu jika orang tak peduli
Pada diriku lagi


Apa guna ku mengharap kasih orang
Sedangkan orang tak sudi lagi
Ku berdoa pada tuhan agar jiwa ini tenang
Setelah kau lukai
Sisa kita masa lalu adakala menggangguku
Bersama kenanganku


Ku berharap suatu hari agar aku ditemukan
Kekasih yang setia
Kuucapkan selamat tinggal
Semoga kau bahagia bersama teman baru


Susah payah ku sendiri airmata menemani
Sepanjang malam sepi
Apa guna ku merindu jika orang tak peduli
Pada diri ku lagi
Ku berdoa pada Tuhan agar jiwa ini tenang
Setelah kau lukai

Hikmah

subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah wallahu akbar
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah hasbi Allah

di tepi kerinduanku
memandang hampa pada dunia
ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa

hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya











Salam Jodoh..

Ya Allah
Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha Memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami.
Ya Allah,
aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih,memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah,
aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan,Ya ALLAH, jika masanya telah tiba,jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,terbaik buat agamuku ya allah,terbaik buat diriku,keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dipertemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMU ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMU ya Allah,pasti terbaik buat diriku ya Allah...
Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,maka ya Allah,aku memohon kepadaMU agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutan-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha memakbulkan doa,Tuhan yang Maha Penentu Jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak member manafaat,jauhilah aku dari perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah..

Thursday, June 16, 2011

Aku Manusia Biasa

Bintangku semakin malap


Ku tahu dari awalan bintang itu tidak mampu ku gapai..kerna sekadar menumpang disebalik cahayanya..

Ku sekadar berkongsi semangat untuk meneruskan cabaran di hadapan..
Ku berkongsi cerita dibalik suka dan duka..

Namun cahaya bintang itu semakin malap..
Membuatku teraba-raba..
Aku terus mencari soalan..
Mengapa ia terjadi..

Ku renung dan ku mencari..
Mindaku terus ligat berkerja..
Menghantui fikiranku..
Berkocak-kocak urat serebrum..

Persoalan demi persoalan
Mengapa ia tiba-tiba?
Mengapa tidak berterus terang?
Mengapa harus sepi?
Mengapa harus diam?
Mengapa??
Mengapa??
Mengapa?


Walaupun pada hakikatnya..
Amat payah untuk ku lalui..
Apa salahku sehingga terus dihukum dan dihukum..
Apa dosaku terus diperlakukan begini..
Apa silapku ya ALLAH..sehingga ia terus menerus membunuh semangatku…
Apa khilafku..
Susahkah untuk bercakap benar??
Satu per satu diterjemahkan..

Aku memang manusia biasa
Yang tak sempurna dan kadang salah
Namun di hatiku hanya satu
Cinta untukmu luar biasa


Kemanakah dirimu
yang dulu cinta aku
Dimanakah dirimu
Yang selalu merindukanku...




"menggapai bintang di ufuk timur"




Tuesday, June 14, 2011

Pujuklah Hati

· Apa agaknya status emosi kita sekarang ye ? Maybe tengah gembira yang amat sangat.. atau maybe juga tengah bersedih.. murung.. geram.. atau boleh jadi juga kita hanya rasa hambar sahaja. Macam tak ada apa-apa perasaan pun.. Hmm..

· Perasan atau tidak..sebenarnya, kita sentiasa bergelumang dengan 'rasa-rasa' seperti itu. Sekejap kita sedih, sekejap kita happy. Sekejap rasa marah, sekejap lagi kita sudah boleh tersenyum dan ketawa berdekah-dekah. Jadi ?? Apa yang nak kita hairankan ?

· Kerana itu, biar apa pun perasaan kita sekarang ini.. pujuklah hati. Perasaan itu tidak lama. Sekejap ada sekejap takde. Sekejap datang.. sekejap lagi hilang.

· Barangkali ketika ini kita sedang bersedih.. entah apa musibah yang melanda. Entah ujian mana yang menduga. Sabarlah.. ujian kan perkara biasa. Allah pun dah bagitau. Orang mukmin itu akan sentiasa diuji.. kalau tak macammana nak masuk syurga ? Mana boleh masuk free ? Allah dah pun janji nak beli dari orang beriman itu semua harta dan keluarga mereka kerana nak gantikannya dengan syurga.

· Jadi?? Sepatutnya kita gembira terima ujian. Perempuan Sufi bernama Rabiatul Adawiyah menangis merintih kalau sudah lama tidak sakit atau diuji dengan kesusahan. Bimbang sungguh dia jika Allah sudah melupakannya.


· Sebab tu, kalau ketika ini kita sedang bersedih dan menderita, pujuklah hati untuk menerima ujian itu dengan gembira. Amboihh.. sekadar cakap memanglah senang kan ? Sabar..sabar. .sabar.. Tapi realitinya, semua orang pun tau..bukan senang nak sabar..

· Hmm.. Sebab tu yang penting.. PUJUKLAH HATI. Nak menangis pun menangislah. Lepaskan semua yang terbuku dihati. Bila dah lega sikit, cuba yakinkan diri.. ujian ini tanda kasih sayang Allah pada kita. Kesedihan ni tak lama. Ada tempoh tamatnya. Lepas tu, kita pasti akan tersenyum balik dan ketawa macam biasa. Maklumlah, hidup ni kan macam roda. Kejap kat atas. Kejap kat bawah. Kejap kita sedih. Kejap lagi okeylah ..

· Macam tu jugak.. kalau ketika ini kita sedang rasa seronok bukan main, kawallah kegembiraan tu. Jangan sampai keterlaluan. Apa pun anugerah atau pencapaian yang kita dapat ketika ini, jangan lupa itu pemberian Tuhan.

 
· Jadi, disamping kegembiraan itu, sertakanlah rasa syukur kepadaNya, selain jangan lupa selitkan juga rasa malu. Malu kerana walaupun dengan dosa demi dosa yang kita buat, Allah masih sudi memberikan nikmat demi nikmat kepada kita.

Malah jangan lupa, disebalik kegembiraan yang kita kecap ketika ini, timbulkan juga sedikit rasa waspada. Adakah nikmat yang diberikan Allah ini benar-benar satu anugerah yang dihulur Allah dengan penuh kasih sayang dan hidayah... atau satu istidraj yang dicampak Allah kerana ingin kita semakin hanyut dan jauh dari petunjukNya ? Nauzubillah.



P/s: TQ kepada penulis asal.

Monday, June 13, 2011

Tiada Manusia Yang Sempurna

Ari ni berjumpa seseorang..
member ku..
hebat bercerita kerjayanya..
bercerita mengemudi 30 anak buah..
bercerita keta yang berjenama..
bercerita ulang alik ke oversea..
bercerita hal pompuan..

tp dia terkedu..
bila ku menyatakan..
wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki..
jika lelaki itu bengkok..bengkok la ia..
jika lelaki itu lurus..lurus la ia..
memang wanita tidak bole dipersalahkan sepenuhnya..

then hak aku untuk memperjuangkan soalan2nya..
ramalan ku benar belaka..
naluri ku tidak pernah berbohong..

apa guna pangkat besar
apa guna gaji beribu2..
apa guna kereta besa..
apa guna semua tu..
jika miskin rohani..

aku terkedu..
Ya ALLAH...
aku bersyukur..dibawah lindunganMU...

Di mana kan ku cari ganti...

Bertakafur ku seketika..
Di atas hamparan..
Memohon sesuatu...

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman


Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat


Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah


Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya






Sunday, June 12, 2011

Menuju Cahaya

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya..
Malam kan berakhir..hari kan berganti.
Takdir hidup kan mesti dijalani...

Andai bisa ku mengulang..
waktu hilang dan terbuang..
Andai bisa perbaiki segala terjadi..
Tapi waktu tidak berhenti..
Tapi detik tidak kembali..

Ku suka sangat dengan lagu ni..
menyedarkan ku dari tidur..
mengimbas semula..
ku tunduk...minda berputar..

"andai bisa perbaiki segala terjadi..
tapi waktu tak terhenti..tapi detik tidak kembali"

Lagi sebulan setengah..ramadhan kan kembali menerjah...
moga semua akan indah pada akhirnya.....
hanya padamu ku berserah..
hanya padamu ku berpasrah..

Friday, June 3, 2011

Kehilangan.......

Ari ini ku menerima satu panggilan..
dan ari ni mula ku sedari bahawa ku kehilangan lg..
seorang teman seperjuangan..
ku melihat tempatnya sepi..
tiada lagi suaranya..

pada mulanya kehadiran ku menjadi kejutan padanya..
kerna kami dari rumpun yang sama..
rupa2nya ex junir ku..

berganding dengan si tinggi kurus menjadikan mereka serasi..
benar kata pepatah..
yang indah itu hanya sementara..
seorang demi seorang mula mengatur langkah..
hujung bulan nanti pergi lagi..

kedengaran suara sumbang sumbing..
struktur organisasi team akan dirombak..
selepas pemergian k.A..kejutan demi kejutan..
dan ku xpasti lagi apa kejutan di hadapan..

yang pasti ku merindui saat2 dahulu..
sekarang masing-masing membawa haluan..
sepakat menjadi pincang..
senyuman menjadi tawar..



                        saat2 manis sume menjadi kenangan...