Monday, August 16, 2010

Dayuslah aku jika menipu cerita

Mingguan  Malaysia Ahad 3 Disember 2000 Muka Surat 11

" Aku sebenarnya HIV+," kata teman karibku Sham
Tidak!Mana Boleh! Kau sihat. Kau aktif itu ini. Bagaimana pula kau yang kena?!Kau bukan macam aku.Akulah 'calon' yang lebih layak dijangkiti! "Hanya sekali Am........hanya sekali.........itu sudah cukup....."

Hanya saat ini, aku masih sukar menerima hakikat bahawa kecuaiannya yang sekali itu meminta balasan yang begitu besar....Inilah bahananya perhubungan jenis tidak selamat. AIDS memang tidak memilih org.

Bagaimana dengan Liza, isterimu? "Dayuslah aku jika menipu diri. Liza adalah satu dalam seribu....dia teguh dibelakangku." Bagaimana soal nafkah.........? Ada caranya Am..........AIDS bukanlah penamat segala-galanya. Pernah kau dengar  tentang kondom? Agama sendiri mengharuskan langkah penjagaan, demi kesihatan pasangan kita.Aku masih hidup dan akan terus melaksanakan tanggungjawabku,cuma dengan lebih berhati-hati. Kalaulah  aku memikirkan ini semua sejak dulu......

Ya kita lelaki,budah mudah mengaku. Aku jadikannya iktibr, lalu belajar memahami HIV dan AIDS.Sham dan berkawan sejak kecil sampailah sekarang.Aku pengapitnya ketika dia kahwin. Aku menghormatinya. Tanpa  kusedari , dia menyimpan rahsianya denga kukuh sekali. Dia melalui kehidupan sehari-hari seperti biasa, malah lebih giat lagi denga kerja-kerja amal. Aku pernah berseloroh kepadanya,kata dia hidup seperti mati esok hari!Tanpa kusedari, kesungguhanya adalah satu keinsafan. Cuma akhir-akhir ini kurang sihat. Itupun,aku ingat dia sakit biasa!

Terdetik di hatiku, bagaimana jika aku di tempatnya. Apakah aku akan setabah dia? Bolehkah aku menarik nafas, kemudian melihat ke hadapan yakin apabila diberitahu aku dijangkiti HIV? Sekelip mata, fikiranku bagai skrin video. menayangkan semula babak-babak hidupku. Dalam semua adegan itu,tidak terfikir olehku tentang masa depan, tentang  berkeluarga dan punya tanggungjawab melindungi mereka. Tidak terlintas rasa takut pada sesiapa, walaupon pada Tuhan, hanya aku dan perasaan yang ku alami...ya Allah, betapa jahilnya aku!

Tetiba-tiba saja aku terasa begitu kerdil. Duniaku gelap. Apa yang menimpa Sham membayangi hari-hariku. Dahi yang tidak pernah menyentuh sejadah ini kini sudah tahu tunduk. Tangan ini juga sudah tahu menadah memohon keampunanNya dan mengharap rahmatNya. Benarlah kata pepatah, ilmu itu penyuluh dan malu bertanya sesat jalan. Ya kita lelaki, bukan mudah mengaku. Jika perkara ini terjadi kepada orang lain, aku mungkin masih lalai. Tetapi, ia terjadi kepada teman karibku, teman berkongsi suka duka sejak kecil hingga dewasa........

Aku jadikannya iktibar, lalu belajar memahami HIV dan AIDS. Aku hubungi pihak-pihak  yang arif mengenainya, Mereka begitu sedia membantu. Aku ambil ujian antibodi HIV. Selepas beberapa waktu, hasilnya didapati negatif. Duniaku yang gelap terasa terang kembali.Benarlah kata pepatah,ilmu itu penyuluh dan malu bertanya sesat jalan. AIDS sebenarnya boleh ditangani.

Hari ini walaupun sedih  atas perkara yang menimpa Sham, aku bersyukur kerana mempunyai seorang teman yang tabah dan dapat menyedarkan aku. Aku juga tenang memikirkan masa depan. Buat bakal isteriku, juga bakal zuriatku suatu hari nanti, aku mungkin tidak ke medan perang untuk melindungi mereka, tetapi berbekalakn pengetahuanku tentang gejala AIDS.

Pandanglah AIDS dengan hati yang terbuka. Kita hanya memudaratkan diri sendiri dan mereka yang dikasihi jika menipu sendiri..

No comments:

Post a Comment