Monday, December 27, 2010

28 Disember 2010




28 Disember 2010.........

Genap setahun aku di sini..........Syukur alhamdullillah....Syukur sangat2..
Setahun yang lalu..aku bergelumbang dengan tekanan  berhadapan dengan manusia yang pada dasarnya baik tetapi mempunyai sifat tidak boleh tengok orang senang. Itulah manusia.

2009
Namun perkenalan aku dengan seseorang sahabat yang sifat nya sangat ku kagumi..Lemah lembut budi bicara dan sabar pada pandangan aku...memang sabar...kalau aku ermmm....mai dengan sesak...jem...alamat balik rumah la..

Begitu juga dengan seorang adik yang kelakar ...sentiasa senyum...aku suka dengan caranya..

Sume hanya dalam kenangan...

2010....

Terima kasih aku ucapkan pada maklong dan CG...tanpa ungkapan ..hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka. Kerna mereka.. aku menjadi sebahagian keluarga di sini...

Pada dasarnya berat hati aku untuk menapak di tempat baru..namun kata-kata azimat Kieran..membuatkan aku menyahut...

...Kadangkala kita perlu berubah angin........

Pembuka tirai yang membuatkan aku bz.............bz sampai tak sempat balik Pendang...
Di sini aku berjumpa dengan calon anugerah nobel...ni leh tahan gak tahap kesabaran  dia...coz aku memang tak pernah melihatnya  marah...
Terima kasih  my team
Mempunyai rakan-rakan yang support aku....dan nak-anak buah yang alhamdulillah senang memberikan kerjasama....Syukur ya ALLAH kau permudahkan urusan ku..
Gosip sana sini sehingga penutup tirai gosip macam pisang goreng panazz melanda...fuh penangan gosip..

Mempunyai teman yang rapat ....teman tapi mesra mengingatkan aku pada mereka-mereka yang rapat dengan ku dahulu...shima batu....k.ija...adda..dayah..& k.zailee menambah koleksi teman di mana aku berada...

Walaupun apapon dugaan yang melanda..aku berharap jalinan ikatan ini berpanjangan.......atas dasar persahabatan..terima kasih teman...

Pengalaman manis yang pasti ku kenang........

Mempunyai rakan satu shif  yang sama bulan lahir dan ranking anak yang sama...(mengingatkan aku pada adda)

Public holiday masa awal muharam ngan krismas ja aku cuti...

Hari raya puasa...sejarah aku keja ...first time aku kena keja...raya ke 2  dan raya ke 4 aku keja...(dulu time raya je sebelum raya aku dah belasah cuti seminggu)

Hari raya haji..........fuyooooo ni lagi dasat...malam raya aku keja....balik macam pelesit bawak keta nak kejan solat raya...

Setelah berhempas pulas ...akhirnya luak separuh ptptn aku..........xsaba nak ungkap bahawa aku merdeka dari ptptn..

Paling berharga pabila sebahagian hasi titik peluh dan usahaku...ku pancarkan untuk melaksanakan salah satu dari rukun Islam.

Pejam celik...pejam celik

Yang terindah hanya sementara....calon anugerah telah meninggalkan team dan  dengan rasa bahagianya berada di negara matahari terbit..
Begitu juga temanku yang akan mengikut jejaknya..berhijrah ke tempat baru...

Anak-anak buah ku yang dulu menyentap perasaan ku kini kembali tersenyum...

Sampai bilakah aku di sini????

Insya ALLAH...mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam..mudah-mudahan rezeki ku bertambah dari tahun ke tahun...AMIN









Sunday, December 26, 2010

Ya ALLAH Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah jangan Kau cuba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau cuba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah





Ku Yakin Berlaku.........

Hanya tinggal beberapa helaian hari saja..
Tautan yang ada tidak akan seperti dulu lagi..
Seakan memahami..
Seakan mengerti..

Akan ku bawa ia pergi.
setelah kita bertemu dijambatan kasih..
namun takdir yang menentukan segalanya..
ku yakin berlaku
menanti hikmah yang tersembunyi..

Ku rebahkan keakuaan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMU
agar tak tersasar haluan kiblatku....

Friday, December 24, 2010

Lelaki 'Gentleman'

Di abad ini
masih kah ada lelaki gentleman yg tulen...
adakah satu dalam sejuta
adakah satu dalam seribu

Menyorot secebis kisah di dalam harian metro  membuatkan aku tertarik..

Masih adakah lelaki di saat ini yang berani menelefon si ayah pihak perempuan untuk memohon kebenaran berkawan dengan anaknya...

Masih adakah lelaki pada hari ini yang berani menelefon si ayah pihak perempuan untuk meminta kebenaran membawa anak perempuannya keluar......

Jika kamu mempunyai ciri2 di atas..kamu adalah berani dan gentleman...

Saturday, December 18, 2010

Jika aku jatuh cinta

Ya Allah....
jika aku jatuh cinta....
cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU....

Friday, December 10, 2010

Menanti Hikmah



Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang diciptakan oleh pencipta
Siang dan malam silih berganti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui

Hanyalah berserah padaNya
Kerna Dia Maha segalanya
Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Oh kita berdoa agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini…
Kasih ku

Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak mengenal siapa
Redha dengan apa takdirNya
Pasti ada tersirat hikmahnya

Tuesday, December 7, 2010

Titipan Kasih




Usah Ratapi Lagi
Tentang hidup ini,
Suatu hari nanti,
Mendung hitam pasti
pergi.........

Tabahkan hatimu,
Pasrah.
Selami derita kalbumu,
Tak kenal jemu,
Menongkah waktu...

Kini tiba akhirnya,
Hidup yang tersisa,
Sambutlah salamku,
Tanpa prasangka...

Kutitipkan kasihku,
Kerana sayang padamu,
Usaplah kedukaanmu,
Biarlah.......

Semarak titipan kasih,
Merapat yang tersisih,
Semoga kau tak lagi perih,
Sendiri....

Sematkanlah,
Masih ada yang sayang
padamu,
Sebagai Insan,
Kita Saling Memerlukan....

Titipan Kasih
Pasti cukup beerti...


Abie Abdullah

Saturday, December 4, 2010

Derita Merindu

Lagu yang pernah menghiasi blog ni...

Kau katakan cinta gunakan akal

Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai



Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..


Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah


Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa






Thursday, December 2, 2010

Calendar Baru....Azam Baru ....Angin Baru

Lagi 5 hari nak sambut tahun baru..1432H
Aku menghela nafas panjang..
Syukur Alhamdullillah
Hari ini di beri kesempatan lagi..
Untuk menaip blogger ini..

Umur pon seiring dengan calendar..
Mcm mimpi ja..
tup tap tup tap..
daa menginjak **
tingat kata2 ku pada k.ti
tingat kata2 k.ti padaku..
aku suda ada jawapan..
ya di kala saat ni..
tetiba ja aku daa jawapan..


Insya allah
akan ku teruskan..
pasti..
dan pasti...

beberapa rangka dalam minda..
kan aku jadikan realiti..
dengan adanya supporter
dengan adanya advisor..

angin baru menerjah..
melambai-lambai..
semangatnyer aku..
moga tak terkulai..

Wednesday, December 1, 2010

Tabahkan Hati.........

Ari  ini aku diuji
Mungkin kerana hilang konsentrasi
Mungkin hilang fokus
Aku pon daa xingat mana aku letak
Tu baru verified sket..
Xpasai kena mencari..
Adoi..
minta-minta nanti jumpa...

Tadi Ciknor call
ermm
dapat berita
apa yang aku fikir
lain pulak jadinya
sekurang-kurangnya aku tahu..
Terima kasih Ciknor kerana prihatin..

Serentak ngan berita Ciknor
aku dapat lagi berita
membuat ku terpinga2..
membuat ku tertanya2..
di mana salahku??
di mana silapku??
apa dosaku??
gamak wat macam ni??
baru ja aku bual ngan Ciknor..
|mereka tidak dapat menerima realiti hasil cerita mereka|


|xda ape, selalu msg dia mungkin|
apa nak dikatakan
satu mesejku pertahankan tuduhan itu..
ibarat hama
yang merosakkan sebuah persahabatan
yang mencalar  ikatan ukhwah
salahkah aku memberi fakta
salahkah aku membetulkan
salahkah aku??
salahkah aku??
salahkan aku??

Mereka dengan dunia mereka
salahkah aku kuarkan mereka dari dunia khayalan mereka??
salahkah aku kuarkan mereka dari cerita mereka??

Ya Allah
Sesungguhnya aku diuji..
Kau ampunkanlah dosa2ku ini..
Permudahkanlah urusanku..
Sesungguhnya aku hamba yang hina..

Buat teman..
Aku mencari mu kerna ku mahu mendengar cerita dari mulut sendiri..
Apa yg bisa membuatmu kecewa ngan diriku ini..
Apa yg bisa membuatmu prasangka..
Aku tak tahu apa yang kamu fikirkan..
Aku tak tahu..sungguh aku tak tahu..

Buat kawan...
Aku xpasti apa agenda kamu...
Sampaikan details kau cuba mencungkil..
Alhamdulillah Allah menghantar sesuatu padaku..
Jika tidak pasti aku alpa..


Buat rakan-rakanku..
Adakah penjelasanku bisa seperti bom jangka kepada kamu..
Hakikat realiti yang pahit untuk kamu terima..
Sedangkan aku lagi pahit untuk ku telan..
Mengapa perlu dipersoalkan lagi..
Kerana itu kerja ALLAH
Sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih sempurna..
Mengapa kita perlu ragu pada Qada dan Qadar..

Kita mempunyai perancangan
Tetapi tidak semestinya perancangan kita berjaya..
Adakala dugaan melanda..
Tanpa kita sangka..