Showing posts with label Catatan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Ramadhan. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Memburu Ramadhan dan Lailatulqadar.

Assalammualaikum w.b.t..

Ramadhan kian di penghujung.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Permegian Ramadhan ditangisi kerna ia membawa pergi sekali tawaran.

Tawaran itu hanya setahun sekali..Ramadhan bertamu setiap tahun..
Tetapi kita belum pasti akan bertemu Ramadhan setiap tahun.
Mungkin ini Ramadhan terakhir..

Ramadhan kali ini mengajar sesuatu. Bersyukur lah bagi dikalangan kita yang terpilih. Terpilih untuk mengingatiNYA. Ramadhan kali ini membuka mata..Selama ini hidup 20 bersama Ramadhan tetapi Ramadhan semata-mata. Bagus kita hadiri majlis-majlis ilmu.

Contoh kita minum teh hari-hari. Bila kita tahu kelazatan dan kelebihan teh tersebut mungkin kita minum teh, kita tambah lagi.

Begitulah kelebihan Ramadhan.Membawa kebahagian dan ketenangan.
Datangnya Ramadhan kita boleh pergi ke masjid walaupon baru sampai kampung pukul 7.00petang. Sedangkan hari-hari biasa adakah kita berbuat begitu?

Datangnya Ramadhan kita boleh bangun pukul 4.00 pagi dengan automatik. Hari-hari biasa adakah kita boleh bangun?

Datangnya Ramadhan hati kita setenang-tenang. Bila temperature 101 pon kita boleh bercakap dengan nada rendah. Hari-hari biasa tak sampai lagi temperature 100 kita dah meletus.

Datangnya Ramadhan hati kita dah tak kisah makan berbuka apa dan bersahur apa.

Datangnya Ramadhan sebelum tidur kita dah selak surat cinta ALLAH, sekurang-kurangnya satu surah kita pendek kita baca. Hari-hari biasa pengsan tanpa sempat selak surat cinta ALLAH.

Datangnya Ramadhan, tengok Masjidil Haram dan Masjid Nabawi..hati melonjak-lonjak rindu..Kalau boleh tahun depan hendak sambut Ramadhan di sana.

Datangnya Ramadhan, solat kita sehari-hari pahalanya berganda-ganda. Adakah tawaran ini ada selepas Ramadhan??

Ramadhan kali ini sangat istimewa sebab ia tidak akan berulang untk tahun hadapan.

Ramadhan membuatkan hati kembali tenang dan bahagia bila duduk di tikar sejadah tanpa gangguan.

Sedarkah kita?Masa kian menghambat kita.

Ramadhan kali ini istimewa sebab mengingatkan kita masa.Umur kita semakin naik menandakan masa kita semakin hampir.

ALLAH!!...ALLAH!!! bersyukur..
Walaupon bukan dari kalangan terbaik, namun bangun dari sedar memburu dan berusaha untuk menjadi baik.

Siapa bersamaku? ALLAH!!!! Siapa yang boleh menolongku? ALLAH!!!

ALLAH buka lorong seluas-luasnya. Mintalah pada ALLAH...
Moga  dikalangan yang istiqamah walaupon Ramadhan pergi. Moga  dikalangan yang sentiasa mengingatiMU.
Moga  sentiasa dilindungi dan dipayungi rahmatMU.
Moga  mempunyai market value untuk berhadapan denganMU.
Moga hati sentiasa tenang berhadapan dengan ujianMU. Ameen Ya Rabbal A'lameen.



Sunday, June 30, 2013

Lambaian Ramadhan-Mari cabar diri.

Assalammualaikum w.b.t.

Tup tap tup tap..pejam celik..pejam celik..tengok tak lama dah ramadhan kian menghampiri...
"Kejap ja kak kan". kata anak buahku..
"Ermm kejap je".balasku.

Seminggu lagi..
Mak kata 1 hrbln ada majlis kat Masjid...Lambaian Ramadhan.
Insha ALLAH jika ada kelapangan cuba cabar diri untuk hadiri.

Saya suka Ramadhan...
"Makcik tau dak kenapa saya suka ramadhan?"...kataku pada makcik yang selalu setia bersamaku..
"Masa bulan Ramadhan syaitan semua kena gantung, masa tulah kita boleh buat terawih, boleh mengaji, dan boleh bangun tengah malam. Tetapikan makcik selepas Ramadhan, nak bangun tengah malam..boleh kira dengan jari...liat bebenor..."Ermm .

Saya pernah berkata kepada seorang kawan.
"Untung la dapat kerja pagi..kan..seronok la sebab boleh pergi terawih?"

Tapi tak sangka  dapat kerja  pagi dan sekarang sedang berusaha untuk pertahankan. Sebab lagi seminggu sahaja ramadhan. Mungkin sesetengah kata pentingkan diri sendiri dan sekarang rasanya hati tidak perlu lagi pedulikan masalah orang lain. Jika boleh pertahankan cuba pertahankan..Tetapi jika ALLAH mahu uji lagi maka terimalah dengan hati yang redha.

Mampukah tahun ini atasi rekod tahun sebelumnya? Tepuk dada tanya diri.  Sekarang hanya ada masa 30 minit untuk berbuka, bersihkan diri dan solat maghrib. Sekarang ni pon berbuka dalam kereta..Bolehkah? 

Sekarang tunggu Isyak boleh tersandar pengsan...apatah lagi 21 rakaat sedang menanti. Bolehkah mata bertahan? 

Bolehkah bangun pagi? Ini part yang amat mencabar dan sedang berusaha untuk ke arah itu..Berusaha!!

Surat cinta ALLAH, mampukah habiskan..?? 


Dah beli kew pakaian menghadap ALLAH?  Apa tu? Tiap-tiap tahun memang akan sediakan pakaian baru untuk menghadap ALLAH. 1. Masa Ramadhan 2. Syawal.  Walaupon ada sesetengah kata xpa, yang lama masih baru lagi, tetapi bagi diri akan utamakan pakaian ini dahulu walaupon pada hakikatnya dalam almari masih baru sebab tiap-tiap tahun kita mesti beli pakaian baru ...apa salahnya setahun sekali jew kita spend untuk pakaian ALLAH.. sunat dapat pahala lagi..

Bersedekah...Tapikan kalau bersedekah mesti wang biru..apa salahnya kali ini tukar warna kan.. Bersedekah juga tidak semestinya wang tetapi...Bersedekah tenaga....Bersedekah senyuman....
Berapa ramai dikalangan kita yang mengambil berat tanggungjawab sosial  atau tuntutan fardu kifayah? Baru-baru ini berkesempatan solat di Surau stesen minyak dengan tak bawa telekung. Namun Alhamdulillah telekung dalam keadaaan baik. Bila mata perhatikan di sekeliling, amat bermakna tanggungjawab seseorang itu..sehingga diri boleh solat dengan sempurna. Tapi ramai dikalangan kita cakap ini rumah ALLAH...hanya meniti di bibir sahaja namun belum sampai ke hati..Kadang-kadang kita boleh tengok ja sampah tanpa ada perasaan. Bila ada sesuatu berkaitan dengan surau..kita boleh buat  tak tau ja...Mudah-mudahan ALLAH bukakan hati mereka dan bersyukur bagi kita yang terpilih. Amin.

Ada cerita suka, ada cerita duka disebalik tirai Ramadhan namun semua tidak mematahkan hati.
Benar kata orang sesekali kita kena menoleh ke belakang untuk melihat kesilapan lalu  ia dijadikan pengajaran dan peringatan kepada kita semoga  tidak melakukan kesilapan kedua pada hari ini, esok dan seterusnya. Walaupon kita buat baik tetapi  ada orang salah tafsir kebaikan  kita lalu tercalar perasaan kita dan mematahkan semangat..Berbalik kepada ALLAH, buat baik kerana ALLAH dan teruskan berbuat baik selamanya. Tidak perlu tunggu manusia berbuat kebaikan dan kita berbuat kebaikan kerana untuk membalas kebaikan tersebut. Tiada pilih kasih tiada bersebab kerana semua layanan sama dan jika orang lain berada pada kedudukan itu, pasti tangan tetap dihulurkan. Segala sesuatu yang berlaku ALLAH Yang Maha Menentukan..ALLAH bagi ujian..adakah kita akan berhenti setakat ini atau teruskan berbuat baik..,. Bersyukur dikalangan terpilih.

Ramadhan kali ini,..semua berharap baik-baik. Cuba menjadi hamba yang terbaik dan hamba yang mampu mengharungi dengan tenang setiap dugaanNYA. Amin.

Tuesday, July 31, 2012

Belajarlah Menghargai...

Assalammualaikum..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Ketika melewati Ramadhan hari yang ke 10...hati tercalar dan teretak dengan sikap manusia..
Nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustai?
Pangjang hela nafas..dan sesungguhnya aku sedang berpuasa hari ini...
Mungkin ia nampak seperti remeh namun kesannya cukup terasa.

"Tidak akan saya lupakan apa yang berlaku,walau selama mana masa yang diambil untuk memadam semua detik berkenaan. Sedikit sebanyak ia masih terlintas di fikiran kerana perkara itulah yang menjadikan siapa diri saya pada hari ini..."

Benar kata sahabat..jangan terlalu mudah mempercayai orang lain..Saya pernah menegur seorang sahabat lain tika melihat sahabat saya sendiri ....melihat usaha sahabat saya sendiri..tidak dihargai. Bukan balasan yang diminta namun tolong hargai masa dan penat lelah yang orang lain lakukan untuk kamu...Saya percaya kamu tidak akan dapat "duplicate" seperti mana sahabat kamu berkorban untuk kamu...apa yang sahabat kamu lakukan untuk kamu..dan saya sendiri percaya kamu tidak akan dapat buat seperti mana sahabat kamu lakukan..

Benar kata Dr Mahathir...Melayu mudah lupa...namun  ada benar kata sahabat saya....kita akan berjumpa dengan orang salah...dan tika itu kita akan belajar. sesuatu di dalam hidup kita...Kita kadangkala senang mengungkap perkataaan " saya hargai",namun semua orang boleh berucap perkataan yang sama...tetapi berapa ramaikah yang menghayati erti "hargai" dan bukan sekadar di bibir tetapi berserta dengan tingkah laku?

Mungkin di mata kamu nilainya terlalu rendah...kerna kamu sendiri tidak pernah berada di landasan itu....sebab kamu tidak pernah bersusah payah...bila kamu lalui situasi itu..masa kamu...ringgit kamu...penat kamu...pasti kamu lebih kenal erti "hargai". Mungkin ringgit itu kecil tetapi masa dan usaha itu amat berharga sekali...


 

















Monday, August 29, 2011

Di Penghujung Ramadhan

Tahun ini raya bersederhana..
Tak kalut nak bertempik ngan si cilik berdua tu macam tahun lepas.
Kerana tahun ni giliran mereka masing-masing di rumah mertua..
Sorang lagi beraya di dalam hutan..

Mak depan cermin dok bergaya dengan baju rayanya..
Petang ni nak pakai katanya..

Hari ini terasa sayu..ramadhan dah nak pergi..
Masa ramadhan nak datang..berdebar-debar ja tunggu..
Alhamdulillah tahun ni dapat panjang bersama ramadhan..
Kalau bole ikat ramadhan..mesti makde ikat ..xnak ramadhan pergi..
Malam akhir makde sempat dengar tazkirah ...

Istimewanya ramadhan...ia datang di dalam pakej..
Nape ya??
Kerana terawih kita berkunjung di rumah ALLAH hari-hari.
Selepas terawih kita berkesempatan mendengar majlis ilmu tanpa paksaan..di mana pahala nya sama dengan 1000 pahala solat sunat..
Kerana ada malam qiamuallail di mana ketika itu satu malam malaikat semua turun..
Satu kebaikan  yang kita lakukan di balas dengan 70 pahala.
Bulan di mana ALLAH beri kita pahala percuma..
Bulan di mana semua syaitan ditambat dan kita mudah melakukan semua kebaikan tanpa hasutan..

Sayu hati..
Adakah selepas ini kita akan mengunjung rumah ALLAH seperti ramadhan?
Mendengar majlis ilmu?
Syawal adalah hari kita meraikan kemenangan semasa berpuasa..
Berpuasa menahan diri dari dunia kebendaaan..
Moga ramadhan kali ini terus memberi sinar..
Istiqamah ke arah kebaikan..


Pertemuan dan perpisahan..
Ramadhan kau datang..
Dan kau akan pergi jua..

Perginya imam muda..
Tiada lagi suara merdu..
Yang mengajak kita..
Merindui ALLAH...

Hati ini pernah berbisik..
Hati ini pernah bebal..
Hati ini pernah merungut..
"Lamanya tok imam ni baca"

Akhirnya..
Hati ini faham..
Hati ini belajar..
Jika begitu cara nya belajar dengan tok guru..
Begitu lah cara pembawakannya..
Ustaz ada berkata..
Di Mekah jemaah menangis kerana menghayati surah yang di baca..
Tetapi
Di Malaysia jemaah menangis bukan menghayati tetapi kepenatan..

Ustaz sempat memberi tip2 untuk menguatkan ingatan...mana2 yang mudah..jadikan sebagai amalan..
1. Sentiasa dalam keadaaan berwuduk..
2. Sentiasa selawat dan berzikir..
3. Bangun di tengah malam..solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat..
4. Bersugi..
5. makde xingat..hehe..

Nak menghafal ..waktu pagi selepas subuh...apa-apa yang kita nak buat niat kerana ALLAH..insyaALLAH ALLAH permudahkan..

Bagi makde ramadhan itu istimewa..tersirat dan tersurat..sangat istimewa..

Salam Ramadhan..
Salam Syawal..
Salam Silaturahim..

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan 9...

Liku PerJalanan  Pengembara Sementara......

Jika suatu tika dulu ia menjadi perkhabaran gembira buatku..
Kini tidak lagi..
Jika suatu tika dulu ia adalah satu pengharapan..
Kini tidak lagi..

Semakin menuju puncak..
Semakin sukar penjalanan itu..
Tetapi sejauh mana kita kembali..
Beruntunglah kita..
Kita tidak pernah memilih tetapi DIA memilih kita..
Allah sentiasa di sisi kita.
Yakinilah ALLAH mengerti segalanya..

Adat kehidupan..
Mesti ada jatuh bangun..
Ada pro dan kontra..
Semua ada dugaan dan cabaran..
Cuma bentuknya berbeza..
Bersyukurlah ia tidaklah seberat seperti mereka galas..

|Jangan percaya dan tertipu pada pangkat dan kelulusan sesorang itu jika kerjanya hanya menjatuhkan orang lain kerna menurut hadis, merekalah yang paling buruk dan rendah akhlaknya|

|Dalam kehidupan dunia kita dituntut agat tidak terjebak dalam cerita berpanjangan, setiap sesuatu yang terjadi pasti diharapkan berakhir dengan kebahagiaan.|

|Sembunyikan kemarahan anda, jangan mengungkit kesalahan yang kecil, tutuplah mata terhadap kenakalan orang lain,maafkanlah kesalahan yang dilakukan atas diri anda dan kuburkanlah celaan itu, nescaya anda akan menjadi orang yang paling dicintai.|

|Perkataan yang baik adalah sedekah. Mengapa? Kerana dia dapat membuka jiwa, menggembirkan hati,menyembuhkan luka, menghilangkan kemarahan dan menebar kedamaian.|

|Jika datang kesusahan,maka ketahuilah bahawa itu hanyalah awan di musim panas yang sebentar lagi akan berlalu. Jangan takut dengan gemuruh petirnya  dan sambaran kilatnya, kerana boleh jadi awan itu membawa hujan yang menyejukkan.|


" Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku dan mudahkan untukku urusanku."

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

" Ya Allah,janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya."








Monday, August 8, 2011

Ramadhan 8....

Semalam hari ulangtahun perkahwinan Kak Yang..
Senang nak ingat coz kenduri 08.08.08..
Daa tiga tahun pon...
Tahniah Kak Yang..

Moga Ramadhan kali ini lebih bererti..
Satu kegembiraan terpancar pabila mendapat tahu cuti panjang Syawal kali ini..
Tentulah seronok coz boleh bersama keluarga..
Seronok cuti..
Seronok boleh pergi masjid..
Seronok cuci rumah..

Temam pernah cakap..
Tempat paling tenang adalah rumah itu..
Dan tahun ini dalam sejarah...
Tak ada lagi tempat yang dituju..

Bila dok di rumah itu..
Tengok tiang..
Mengingatkan makde nostalgia..
Melihat setiap sudut rumah itu..
Terdetik..mesti rumah ini dah berusia..

Arghhh rindunya rumah itu..
Mengharapkan secebis ketenangan..

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 7

Penyakit hati yang semakin berleluasa..

Assalammualaikum..dan selamat menjalani ibadah puasa..

Email ni makde  dapat dari bos makde..
Ni isi kandungan menterjemahkan segalanya..

Salam perkongsian untuk semua. Alhamdulillah masih mampu untuk berkongsi cerita diruangan ini.

Pernah tak anda mendengar cerita mengenai sikap dengki mendengki tidak kiralah dikalangan rakan-rakan mahupun di pejabat ? Saya sendiri akui kadangkala terasa dengki dengan kejayaan orang lain. Tapi saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dan ingin mencapainya bersama-sama dengan mereka. Apa yang saya tak faham kenapa ada yang berhasad dengki sehingga sanggup mengkhianati rakan sendiri. Pelik tapi itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan ketika ini.

Sedar atau tidak kita sebenarnya amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan kita. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang telah digariskan.

Jika kita perhalusinya lagi, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari kita. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong kita untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti mengadu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa ? kerana mereka tidak mahu melihat orang lain lebih senang dari mereka ? Betulkah begitu ?


Kenapa ini mesti berlaku ? Adakah dek kerana kita sedang mengalami kecelaruan dan kurang faham mengenai konsep rezeki ALLAH yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha ? Bukankah rezeki itu masih mampu diperolehi tanpa perlunya kita menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang diingini ? Bukankah Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki ? Sama-samalah kita renungkan bersama.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini……Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi…

Makde| Sesungguhnya aku sedang berpuasa hari ini...sesungguhnya aku sedang berpuasa|





Renung2kan...selamat beramal............

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 5....

Malam ni malam terakhir pergi masjid..
Ermmmm...liat bertambah malas pon ada nak g keja..
Tak bole..tak bole...
Kena ikhlas pabila wat keja..

Semalam makde g masjid sendiri..
Coz mak pergi dulu..
Semalam ada majlis berbuka puasa bersama anggota PDRM cawangan Bandar Baharu..
Dan sedikit ceramah yang santai..
Masa langsir di buka..
Makde rasa makde kenal mana anggota polis..
keh3...
Coz sonang ja nak bezakan..
Tgk yang pakai sampin ...yang tu la..
Makde suka tgk orang pakai sampin..
Kalau tgk si cilik...alahai comelnya..

Dalam perjalanan pergi masjid..
Makde lihat sekumpulan kanak-kanak berbasikal..
Masa makde bagi signal nak masuk kanan..
Makde lihat kereta dari arah bertentangan..
Dan kereta itu bagi lampu pada makde..
Makde tak pasti samada pemandu tu nampak apa yang makde nampak..
Seorang demi seorang kanak itu melintas...
Depan makde tiada masalah coz makde berenti..
Tetapi yang pasti sebelah lagi jalan..
Dua rakan tu melintas kereta masih jauh..
Tetapi yang seorang ni...depan mata makde..
Siap makde menjerit dalam kereta..
Nyaris dan sipi-sipi ja..
Then makde masuk kanan..nak buat pusingan kat dataran..
Bole lagi kanak-kanak tu main tepi jalan..
Makde bagi hon ntah bapa harkat..
Ikut makde nak kuar..

Semalam Ketua Polis Kedah bagi ceramah tentang kasih sayang...
Berapa ramai ibu bapa pergi masjid membawa anak-anak mereka..
Jika dibiarkan anak-anak pergi sendirian...
Adakah anak-anak mereka itu benar pergi ke masjid???
Tetapi makde tak bole imagine seandainya nasib tidak menyebelahi kanak-kanak itu..
Betul-betul depan makde..

Dulu keta makde cium pokok...
Bila keta rapat ja..makde dah bole imagine..
Tu makde selesa..jarak yang selamat..hehe..
Dulu makde nak elak dari cium keta tu..
Keta itu pon break emergency coz nak elak depan..
Ni masalah pengguna yang tidak memasang lampu..
Pentingkan diri sendiri ja..
Tambah laks bila kawasan tu betul-betul gelap..
Last2 terbabas.cium la pokok..
Tali pinggang yang memegang makde..
Penting tali pinggang..

Mesej daripada PDRM ..
Berhati-hati bagi mereka yang pulang jauh..
Jangan lupa memakai tali pinggang..
Memandu pada jarak yang selamat..
Jangan penting diri sendiri..
Moto tak ada lampu bawa siang suda..
Subuh-subuh ka malam -malam ka jangan tunggang di jalan raya..


Terapkan nilai kasih sayang di dalam sesebuah keluarga..
Bagi mengelakkan kadar jenayah berleluasa..
Kerna ia bermula dari rumah..

Begitu juga pembentukan sahsiah..
Ia bermula dari janin..
Maka bagi ibu-ibu yang mengandung tika Ramadhan ni..
Berpuasalah anda..
Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya..
Jangan tinggal solat...

Bagi anak-anak yang meningkat remaja..
Jadilah sahabat dan rakan kepada mereka..

Ni mesej semalam..makde sampaikan apa yang patot..hehe..

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 2............

Makde ada lagi 10 minute ja..
Masa tuk tido..
Tetapi makde nak telaah pc dulu..
Coz lama2 tak on ..nanti hand pula..

Tadi solat di awan-awangan...
Isk2...telaah pc..cerah mata ja..
Apo lor nak jadi ngan makde ni..
Bukan nak wat qiamullai ka..
Hehe...

Sudah dua hari...setakat ini Alhamdulillah..
Makde balik...duduk trus azan..
Lori pon bagi laluan..
Alhamdulillah sangat..
Semua kena pantas sekarang..
Klu tidak nanti jadi kaluit..
Dapat saf last sekali citenyer..
Macam ari ni..tapi bole susup masuk saf no 2..
Awai2 rekod pecah..huhu..
Selalu tak  da orang kat depan..
Bila kat belakang..rasa lain pula..
Coz nampak putih ja depan..he..
Yang seronok jumpa kawan baik..
Dah dua hari..duduk sebelah..
Best sangat..

Awalan ni mungkin semangat kot..
Tetapi ada part suka..and ada part duka..
Sedih ada..gembira pon ada..
Sedih coz kena berpisah..
Gembira coz dapat bantu orang lain..
Sedih coz ia biru...
Andaikata ia bole bercakap..musti berbunyi begini..
|Tuan aku dapat baru..buang yang lama..sedih2|
Tapi tuan kata dalam hati..
| Daripada tersimpan baik bagi orang lain...kerna sayang  la maka bagi kepada orang..|
Dulu pernah berangan nak himpun biru...pelbagai biru..
Hampir berjaya...pantang lepa...pantang nampak...hehe
Mungkin rezeki mereka..

Ya ALLAH...
Moga orang-orang yang ku pilih ini..
Adalah benar dari naluriku..
Moga mereka sentiasa mendekatkan diri kepadaMU
dan tidak lupa mendoakan ksejateraan ku ini.....

Saturday, July 30, 2011

Ganjaran

Mak kata kalau kita bagi apa yang kita suka ..ada ganjarannya..
Mak kata kalau kita menggembirakan orang lain...ada juga ganjarannya..
Mak kata kita kena share kegembiraan kita..
Mak kata dalam kita bergembira ada orang bersedih..
Mak kata dalam rezeki kita melimpah ruah..ada orang  ibarat kais pagi..makan pagi..
coz  rezeki itu milik ALLAH..
pinjaman sementara di dunia..

Tetapi mak juga berpesan..
dalam mengingati ..jangan lupa diri sendiri.
kenapa mak kata macam ini..?

Semalam makda mencari stocking..
Stocking semata-mata..
Ermmm
Tidak perlu cari..
Tidak perlu menanti..
Tidak perlu berfikir..
Mata menangkap sesuatu...

Tetapi makda sedar..makda dah ada..
Sedangkan orang lain ada yang tiada..
Sedangkan orang lain ada yang mengharap..
Kenapa makda terfikir mereka???

Saturday, July 2, 2011

15 Alasan Rindukan Ramadhan

Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:
 
1. Gelaran taqwa

Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah infrastructure untuk mendapatkan gelaran taqwa itu.
 
"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." QS al-Baqarah: 183
 
Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah
Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri, saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." QS. Ath Thalaaq: 2
 
"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." QS. Ath Thalaaq: 4

b. Dicukupkan keperluannya
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluan)nya...." QS. Ath Thalaaq: 3
 

c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati
Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.
 
"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa
bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." QS. al-A'raaf: 35

2.Bulan pengampunan

Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkin   terjadi.

Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
 
Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."

 
3. Pahalanya dilipatgandakan
 
Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya." HR. Bukhari Muslim

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib. HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah
 
Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah..
 
4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu." HR Muslim

Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan "Sale". Orang yang tidak membeli akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya ikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk syaitan menggoda manusia.

5. Ibadah istimewa
 
Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku." HR Bukhari Muslim
 
Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah
Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani
sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa.
 
Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi makan.Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.
 
Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita tauladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan.

Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar.Belajar boleh melalui membaca Al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.
 
Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya
mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa
menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.
 
Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.
 
6. Dicintai Allah

Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada- Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya."
HR Bukhari
 

7. Do'a dikabulkan
 
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku." QS. al-Baqarah: 186
 
Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku."
 
Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang."  Ahmad dan Tirmidzi

Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan, kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram, bagaimana dapat dikabulkan doanya?

Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.

8. Turunnya Lailatul Qadar
 
Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia.

Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan. QS. al-Qadr
 
Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur'an
diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada
malam itu.

Beberapa hadith shahih meriwayatkan malam laulatul qadar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan.

Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (sholat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa di akhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Oleh kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qadar.

 
Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan
mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar. QS al-Qadr: 4-5
 
Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia.

Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!'

Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qadar.

 
9. Meningkatkan kesihatan
Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan.
Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh
bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).
 
Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12
tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.
 
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang
dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel
cancer. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perot, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.

 
10. Penuh harapan
 
Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah,menjadikan hidup lebih bermakna.

 
"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya." HR. Bukhari

11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

"Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat
nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup." HR. Bukhari

 
12. Minum air telaganya Rasulullah saw
 
"Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang
berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan
mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

 
Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.'
 
Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu...

Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus
hingga masuk syurga." HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

13. Berkumpul dengan sanak keluarga
 
Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman.
 
Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh
dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja. Tetapi  juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan
saudara yang lain.
 
Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan
hadith, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi!" HR. Bukhari

 
14. Qaulan tsaqiilaa
 
Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan) untuk melakukan sholat malam dan tadarus al-Qur'an. Waktu paling baik menunaikan sholat malam sungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
QS Al Muzzammil: 3

 
Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah sholat isya' dengan berjamaah di masjid. Sholat ini lebih popular disebut sholat tarawih.

Sholat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula
selesai sholat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, kerana al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.

 
Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian
mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan-
perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran.

Maka orang-orang yang suka melakukan sholat malam wajahnya bakal
memancarkan kewibawaan.

 
15. Hartanya disucikan

Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan
pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barkah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barkah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barkah akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan.