Sunday, October 27, 2013

Lagi Pemikiran Primitif

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum bercuti ada satu meeting dan bos baru saya ada bercakap
" Seorang CEO dari US datang melawat tempat kita, pertama kali yang dilihatnya adalah tandas. Apabila melihat tandas maka ia menggambarkan tingkahlaku dalaman pekerja-pekerja di sini."

Jika tandas perempuan memang penuh dengan tisu-tisu. Waima ada nota di depan cermin namun ia hanya seperti mencurah air di daun keladi.

Semalam saya ada menolong Abah hantar tebu untuk diproses di salah sebuah kampung di sini. Memandangkan matahari terpacak di atas kepala saya escot Abah dan menawarkan diri untuk tunggu tebu siap di proses.

Apabila sampai di rumah tersebut, saya melihat sebuah kereta keluaran perodua dan proton tersadai di garaj rumah.

Di halaman rumah tersadai kasut-kasut bola. Bergantungan macam pasar pagi..Mungkin anaknya adalah pemain bola.

Di dalam rumah,lalat penuh di dapur. Saya melihat penuh pengertian juga peringatan untuk diri saya.

Pada pemikiran saya, anak-anak zaman sekarang hanya tahu bergaya dengan kereta. Kenapa tidak si anak membeli satu almari untuk simpan kasut-kasut bola. 

Mungkin sekarang musim lalat, kenapa si anak tidak membeli gam lalat untuk mengurangkan lalat-lalat tersebut.

Pakaian si anak perempuan membuatkan saya berfikir, ingatkan Kuala Lumpur sahaja orang pakai macam ni tetapi di kawasan kampung di tempat saya pon ada. Jika saya yang perempuan ini berasa malu melihatnya, tidakkah si Ayah tidak terasa untuk menegur.

Petang saya singgah di rumah saudara saya untuk hantar air tebu. Di fb ayat-ayat Islamik tetapi di rumah macam tongkang pecah. Sedasat-dasat saya dasat lagi orang lain. Sebab mereka boleh tengok. Istigfar panjang. Moga saya dijauhkan dari penyakit ini.

Anak-anak,kamu belajar tinggi dan kerja hebat belaka. Boleh berfikir logik. Janganlah di rumah semua hendak harap ibu bapa sahaja. Buka minda. Jika di dalam kereta, kamu mahu sentiasa kemas, rumah juga mesti begitu. Ingatlah rumahku syurgaku.

Bagi yang perempuan, jika datang kerja bermekap macam artis, pakaian macam cikgu..Mekap juga rumah itu biar nampak cantik, sedap mata memandang..bersih. 

P/S; Saya bukan Joyah sport tetapi mak selalu meleteri saya sebab tak nak saya tergolong macam mereka. Terima kasih mak.







Wednesday, October 23, 2013

Jaga Lidah Sebelum Berbicara

Assalammualaikum w.b.t

Malam ini saya ingin berbicara dengan blog kerna kepercayaan pada orang kian terhakis. Waima kamu berserban dan berjanggut sekalipon ia tetap tidak dapat mengembalikan kepercayaan tersebut.

Pesanan untuk diri saya..malah berulang-ulang kali..jaga lidah sebelum bicara. Kerana sudah beberapa kali di depan mata saya orang yang lantang berbicara maka orang itulah yang akan cabuli apa yang dibicarakan.

Kadang-kadang ALLAH hantar orang yang lebih baik daripada kita sebab kita kurang baik dan ALLAH tarik semula orang itu sebab ALLAH nak tengok kita berubah kerana manusia atau ALLAH...

Kadang-kadang ALLAH hantar orang yang kurang baik disekeliling kita sebab ALLAH nak uji kita kuat atau tidak..Silap-silap kita turut hanyut sekali.

Baru-baru ini kawan-kawan mengadakan jamuan dengan bersyarat " tak nak orang lain yang tidak terlibat..."terlibat"." Jika ini kehendak dia,saya tidak menghalang hak dia tetapi selagi ia tidak bertentang dengan syariat Islam tiada sesiapa yang boleh halang hak saya. 

Contoh..Jika kamu mengadakan kenduri ramai-ramai..sahabat kepada kawan kamu juga dikira sahabat kita. Jika dah tertayang-tayang di depan mata kita kena bagi juga walaupon ada di dalam tangan kita.

Jika dengan sahabat kawan kamu boleh bersyarat kenapa bila tiba giliran sahabat kamu syarat itu diketepikan? Apa beza sahabat kamu dan sahabat kawan kamu? 

Sebab ia berlaku pada sahabat kawan saya. Saya jenis tak sampai hati dan bukan hati kering,saya tak gamak buat dekat sahabat saya sendiri. Jika datang bertenggek di sebelah saya pon saya akan bagi bahagian yang saya bawa..Hak saya..

Tetapi demi menjaga hati sekeliling dan garis panduan yang bersyarat, kawan saya buat derk ja kepada sahabat dia.

Hati-hati..berapa kekerapan kita buat jamuan? Tak luak takat kita bagi seorang dua,maksud saya bagi bahagian yang kita bawa itu. Kita tak tahu samada ALLAH sedang menguji kita melalui sahabat yang kita buat derk. 

Apa hak kita yang buat garis panduan? Bahagian masing-masing,tak perlu tamak bernafsukan dan berajakan makanan. Bila tiba sahabat sendiri boleh pula. Mana kata-kata yang dilontarkan?

Saya suka pada seorang lagi kawan saya, tak perlu bersyarat..bagi ja orang makan...apalah sangat.

Dalam bersahabat, yang baik saya ikut, yang tidak baik tak perlu saya paksa diri. 

Hidup tak perlu berpaksikan hal-hal dunia kerna ia hanya membuang masa. Apa hak kita? Terimalah dengan hati terbuka bahawa sahabat2 kawan kita adalah sahabat kita juga. Jika kita sendiri tak sanggup buat dekat sahabat kita fikirkanlah perasaan kawan kita. Kawan kita bukan hati batu. 


~Aku bukan pendakwah tetapi hamba.. pendosa tanpa noktah.


Friday, October 18, 2013

Pemikiran Primitif

Assalammualaikum w.b.t

Saya bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan buat kami sekeluarga. Dari dulu sehingga kini.

Baru-baru ini mak dan abah berkesempatan melawat Narathiwat ketika menghadiri majlis perkahwinan anak angkat Abah.

Mak kata jika saya pergi..pasti mulut saya pot-pet melihat keadaan di sekeliling.

Ya, anak angkat Abah orang susah tetapi status kita bukan bermakna kita perlu abai aspek kebersihan.

Rumah Tok saya di Pahang asal dibuat dari kayu hutan juga. Atas bawah susah nak tengok sampah. Bilik air di luar. Orang dulu-dulu gali lubang buat telaga. Tapi Tok saya letak juga pelepah2 pokok nyior dan guni untuk penghadang dan dinding bilik air. Kira orang kampung lalu tak ada la wayang percuma.

Berbeza di rumah anak angkat Abah.Tandas donga sahaja tanpa apa-apa penghadang. Bukan niat saya untuk mengata tetapi untuk ambil iktibar buat kita semua. Orang tua dia mungkin tidak terfikir tetapi kita ini berpelajaran..malah dia jauh lagi tinggi berpelajaran dari saya..tinggal lagi setapak untuk PHD. Adik  kerja sebagai jururawat dan memakai kereta Honda. Kakak pakai gadjet 2 ribu..tetapi sayang pemikiran mereka masih primitif.

Status sebagai seorang yang dihormati dan arif bab2 agama bukan bermakna kita tidak perlu mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling rumah kita. Saya sebagai perempuan saya boleh berfikir apatah lagi dia seorang lelaki. Rombongan Malaysia ke rumahnya bukanlah terkejut tergempaq tetapi telah dirancang.

Tabik tinggi ilmu agama tetapi bukan bermakna ilmu dunia kita perlu zero. Sebagai seorang Ustaz kita sepatutnya sensitif dan peka. Maruah kita juga tercalar bila orang melihat. Diri sendiri kita tak boleh tarbiyah macam mana kita nak tarbiyah orang lain?

Biar pondok kecil tetapi bersih.Cukup kain rentang untuk memisahkan zone lelaki dan perempuan.

Mak kata nak hantar saya dan adik ke Narathiwat dua minggu untuk kami insaf. Sebab setiap jalan ada orang memegang senjata. Dua minggu saya di sana saya dan adik pasti buat penghadang tandas.Adik saya kebersihan tahap master,pasti rumah anak angkat Abah abis bertukar wajar gara-gara kami housekeeping.