Saturday, March 26, 2011

Tika Hati Berbicara

Bintang mula berkerlipan..
Kegelapan malam makin bertandang..
Embun mula membasahi bumi..
Sunyi dikala bulan menyinari..

Hati mula berbicara..
Cuba memahami apa yang disampaikan..
Merenung,
Menafsir,
Merungkai,
Mengerti,

bunga-bunga yang mekar kian layu..
semarak semangat kian pudar..
bicara-bicara kian membisu...
terjahan-terjahan mula berputar..
persoalan demi persoalan mula bergetar..

aku termangu bersendirian..
ligat minda bekerja..
perlahan-lahan mencari jawapan..

adakalanya aku sedar yang aku tidak layak untuk memetik dan merasainya kerna aku hanyalah perantau yang sekadar memiliki waktu yang sementara untuk berteduh dibawahnya..

pohon ini setia membiarku berteduh dibawah, tetapi ada waktu itu aku merasakan bahawa sudah tiba masanya untukku bangun semula, menapak memulakan perjalanan lain pula..

Monday, March 21, 2011

PerJalaNan HidUp Yang BerLiKu....

Hari ini hari pertama aku mula kembali bekerja
Minda kembali kepada hal-hal keduniaan..
Melihat inbox yang penuh.
Tidak tahu dari  mana yang perlu didahului..

Namun ketika mahu ke meeting pagi..
Melihat seseorang dari raut wajahnya..
Penuh kedukaan dan penuh pengharapan..
Matahari yang terang tiba-tiba dilanda tsunami..
Siapa sangka siapa menduga..
Nasib malang yang tidak menyebelahinya berbanding aku..

Aku merasainya...
Tidaklah berat sangat kesalahan tetapi nasib tidak menyebelahi..
Menjadi pendorong untuk memperbaiki diri sendiri..
Ya ALLAH
Permudahkanlah urusan dia...
Terima kasih memberi aku peluang..
Walaupon ku rasa dunia gelap seketika...
Lagi hebat dia diuji..

Selesai meeting,
Terkedu..terkesima
Melihat putaran yang tidak disangka-sangka
Ya ALLAH
Segala-galanya berubah
Ku seakan tidak percaya..
Percaturan yang aku tidak memahami..
Moga mereka terus tabah..

Tuesday, March 1, 2011

Terusik

Tika menyusun..
Tika mata terpandang sesuatu..
Terngiang2 bicara..
Indah di halwa telinga..

Mungkin ia gurauan
Mungkin ia sekadar bicara
Mungkin salahku
Meletakkan pengharapan..

Ada sesuatu disebaliknya..
Begitu bermakna
Begitu indahnya
Kerna
Selepas ini sume tidak beerti lagi..
Ku sedar...sapalah aku..