Tuesday, March 20, 2012

Malam dan Bulan

Malam kian berlabuh..
Sakit tengkuk kian terasa..
Percubaan demi percubaan namun akhirnya..
walaupon tiada apa-apa makna..
Tetapi cukup sekadar penghargaan..

Alangkah manis tika waktu ini.
dapat berbicara denganMU...
Alangkah sejuk hati ini..
jika dapat berhubung denganMU..

Minda terus berputar..
Menerjah akan kelalaianku..
Namun ku bersyukur..
Setiap kali dilorong-lorong...
Pasti ada isyarat..
Pasti ada cerita..
Pasti ada sesuatu..
Di mana ia akan membuatku berfikir..

Namun ku sedar..
Masih belum lagi terlambat..
Untuk ku tebusi..
Untuk ku perbaiki..
Untuk ku kembali..pada..
Sesuatu yang telah lama kutinggalkan..

Sesungguh kami milik ALLAH dan kepadaNYA kami kembali..berikanlah aku pahala dan gantikanlah yang lebih baik dari musibah ini...

Ya Tuhanku..ampunkan dosa ku..dosa kedua-dua orang tuaku serta kaum Muslimim pada hari kiamat..Ya Tuhanku,sayangilah kedua-dua orang tuaku seperti mereka menyayangiku pada waktu aku kecil dulu..Ya ALLAH semoga timbul bulan ini membawa suasana aman dan damai,keimanan,keselamatan,ketenangan dan kehidupan yang baik dan mendapat taufikMU seperti yang Engkau sukai..Wahai bulan! Tuhan kami dan Tuhanmu adalah ALLAH...

Saturday, March 3, 2012

Kau pergi.....

Rasa macam semalam ja..gelak ketawa…gurau senda ..kata mengata..usik mengusik memecah hiruk pikuk kesunyian …semua menjadi sejarah dan sejarah akan tercipta lagi.


Hati pernah berbisik…bilakah pasukan ini akan bertahan dan akhirnya terjawap semua persoalan…Detik hati tidak pernah menipu.

Semusim lalu, ku kehilangan sahabat-sahabat yang menjadi tulang belakang pasukanku…dan kini akan kehilangan lagi.



“ kadangkala kita perlu berubah angin, untuk mencapai kemajuan”. Ukhwah itu indah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.”



Tersenyum sendirian, akhirnya akan tiba waktu itu. Tetapi demi masa depan yang kita tidak pasti kesudahannya, maka ku relakannya pergi kerna di sini tiada lagi keindahan,kabur dan suram makin menghiasi.



Namun ku percaya suatu hari nanti ku jua akan berhijrah jika penolakan semakin kuat dari hati. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahi.” (Al-Baqarah; 216)

Boleh jadi sedih untuk perpisahan ini, tetapi boleh jadi baik untuk masa depannya..Jika tidak tekad..sampai bila kita ditahap ini. .Sampai bila kita di dalam kepompong ini. Ku pernah lalui untuk membuat satu keputusan yang sukar dan terjebak di dalam konfliks emosi yang mengheretku ke sini. Belajar demand dengan kemahiranku..dan kini ku bertarung untuk menyamai rekodku sebelum ini.



Pesan teman sehingga kini, “ cabaran kerja ada di mana-mana”. Ya benar…di mana kita berada ..selagi nyawa dikandung badan, cabaran adalah sahabat karib. Hanya pada ALLAH ku berserah, mudah-mudahan apa yang terjadi ini hanya bersifat sementara.



Buat sahabat, ku adalah orang terakhir yang tahu benefit mu paling kurang dan ketika itu luncur madah berbicara, "seandainya dia dapat offer luar, saya orang pertama yang akan sokong kerana di sini dia tidak mendapat setimpal dengan pekerjaan yang dilakukannya."


Dan hari ini ku jua adalah orang terakhir angin  lalu khabarkan…dan mudah-mudahan semua baik-baik belaka. ..tiada penindasan sepertiku dan selamat maju jaya buat sahabat.




Lagu ini pernah ku tujukan buat sahabat-sahabat seperjuangan sebelum ku mengorak langkah..dan sekali lagi ku tuju jua buat sahabat sebelum dia mengorak pergi...



Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi


Pergi


Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Kau pergi....


Biar putus kasih,jangan putus sahabat.