Monday, December 27, 2010

28 Disember 2010




28 Disember 2010.........

Genap setahun aku di sini..........Syukur alhamdullillah....Syukur sangat2..
Setahun yang lalu..aku bergelumbang dengan tekanan  berhadapan dengan manusia yang pada dasarnya baik tetapi mempunyai sifat tidak boleh tengok orang senang. Itulah manusia.

2009
Namun perkenalan aku dengan seseorang sahabat yang sifat nya sangat ku kagumi..Lemah lembut budi bicara dan sabar pada pandangan aku...memang sabar...kalau aku ermmm....mai dengan sesak...jem...alamat balik rumah la..

Begitu juga dengan seorang adik yang kelakar ...sentiasa senyum...aku suka dengan caranya..

Sume hanya dalam kenangan...

2010....

Terima kasih aku ucapkan pada maklong dan CG...tanpa ungkapan ..hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka. Kerna mereka.. aku menjadi sebahagian keluarga di sini...

Pada dasarnya berat hati aku untuk menapak di tempat baru..namun kata-kata azimat Kieran..membuatkan aku menyahut...

...Kadangkala kita perlu berubah angin........

Pembuka tirai yang membuatkan aku bz.............bz sampai tak sempat balik Pendang...
Di sini aku berjumpa dengan calon anugerah nobel...ni leh tahan gak tahap kesabaran  dia...coz aku memang tak pernah melihatnya  marah...
Terima kasih  my team
Mempunyai rakan-rakan yang support aku....dan nak-anak buah yang alhamdulillah senang memberikan kerjasama....Syukur ya ALLAH kau permudahkan urusan ku..
Gosip sana sini sehingga penutup tirai gosip macam pisang goreng panazz melanda...fuh penangan gosip..

Mempunyai teman yang rapat ....teman tapi mesra mengingatkan aku pada mereka-mereka yang rapat dengan ku dahulu...shima batu....k.ija...adda..dayah..& k.zailee menambah koleksi teman di mana aku berada...

Walaupun apapon dugaan yang melanda..aku berharap jalinan ikatan ini berpanjangan.......atas dasar persahabatan..terima kasih teman...

Pengalaman manis yang pasti ku kenang........

Mempunyai rakan satu shif  yang sama bulan lahir dan ranking anak yang sama...(mengingatkan aku pada adda)

Public holiday masa awal muharam ngan krismas ja aku cuti...

Hari raya puasa...sejarah aku keja ...first time aku kena keja...raya ke 2  dan raya ke 4 aku keja...(dulu time raya je sebelum raya aku dah belasah cuti seminggu)

Hari raya haji..........fuyooooo ni lagi dasat...malam raya aku keja....balik macam pelesit bawak keta nak kejan solat raya...

Setelah berhempas pulas ...akhirnya luak separuh ptptn aku..........xsaba nak ungkap bahawa aku merdeka dari ptptn..

Paling berharga pabila sebahagian hasi titik peluh dan usahaku...ku pancarkan untuk melaksanakan salah satu dari rukun Islam.

Pejam celik...pejam celik

Yang terindah hanya sementara....calon anugerah telah meninggalkan team dan  dengan rasa bahagianya berada di negara matahari terbit..
Begitu juga temanku yang akan mengikut jejaknya..berhijrah ke tempat baru...

Anak-anak buah ku yang dulu menyentap perasaan ku kini kembali tersenyum...

Sampai bilakah aku di sini????

Insya ALLAH...mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam..mudah-mudahan rezeki ku bertambah dari tahun ke tahun...AMIN









Sunday, December 26, 2010

Ya ALLAH Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah jangan Kau cuba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau cuba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah





Ku Yakin Berlaku.........

Hanya tinggal beberapa helaian hari saja..
Tautan yang ada tidak akan seperti dulu lagi..
Seakan memahami..
Seakan mengerti..

Akan ku bawa ia pergi.
setelah kita bertemu dijambatan kasih..
namun takdir yang menentukan segalanya..
ku yakin berlaku
menanti hikmah yang tersembunyi..

Ku rebahkan keakuaan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMU
agar tak tersasar haluan kiblatku....

Friday, December 24, 2010

Lelaki 'Gentleman'

Di abad ini
masih kah ada lelaki gentleman yg tulen...
adakah satu dalam sejuta
adakah satu dalam seribu

Menyorot secebis kisah di dalam harian metro  membuatkan aku tertarik..

Masih adakah lelaki di saat ini yang berani menelefon si ayah pihak perempuan untuk memohon kebenaran berkawan dengan anaknya...

Masih adakah lelaki pada hari ini yang berani menelefon si ayah pihak perempuan untuk meminta kebenaran membawa anak perempuannya keluar......

Jika kamu mempunyai ciri2 di atas..kamu adalah berani dan gentleman...

Saturday, December 18, 2010

Jika aku jatuh cinta

Ya Allah....
jika aku jatuh cinta....
cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU....

Friday, December 10, 2010

Menanti Hikmah



Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang diciptakan oleh pencipta
Siang dan malam silih berganti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui

Hanyalah berserah padaNya
Kerna Dia Maha segalanya
Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Oh kita berdoa agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini…
Kasih ku

Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak mengenal siapa
Redha dengan apa takdirNya
Pasti ada tersirat hikmahnya

Tuesday, December 7, 2010

Titipan Kasih




Usah Ratapi Lagi
Tentang hidup ini,
Suatu hari nanti,
Mendung hitam pasti
pergi.........

Tabahkan hatimu,
Pasrah.
Selami derita kalbumu,
Tak kenal jemu,
Menongkah waktu...

Kini tiba akhirnya,
Hidup yang tersisa,
Sambutlah salamku,
Tanpa prasangka...

Kutitipkan kasihku,
Kerana sayang padamu,
Usaplah kedukaanmu,
Biarlah.......

Semarak titipan kasih,
Merapat yang tersisih,
Semoga kau tak lagi perih,
Sendiri....

Sematkanlah,
Masih ada yang sayang
padamu,
Sebagai Insan,
Kita Saling Memerlukan....

Titipan Kasih
Pasti cukup beerti...


Abie Abdullah

Saturday, December 4, 2010

Derita Merindu

Lagu yang pernah menghiasi blog ni...

Kau katakan cinta gunakan akal

Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai



Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..


Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah


Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa






Thursday, December 2, 2010

Calendar Baru....Azam Baru ....Angin Baru

Lagi 5 hari nak sambut tahun baru..1432H
Aku menghela nafas panjang..
Syukur Alhamdullillah
Hari ini di beri kesempatan lagi..
Untuk menaip blogger ini..

Umur pon seiring dengan calendar..
Mcm mimpi ja..
tup tap tup tap..
daa menginjak **
tingat kata2 ku pada k.ti
tingat kata2 k.ti padaku..
aku suda ada jawapan..
ya di kala saat ni..
tetiba ja aku daa jawapan..


Insya allah
akan ku teruskan..
pasti..
dan pasti...

beberapa rangka dalam minda..
kan aku jadikan realiti..
dengan adanya supporter
dengan adanya advisor..

angin baru menerjah..
melambai-lambai..
semangatnyer aku..
moga tak terkulai..

Wednesday, December 1, 2010

Tabahkan Hati.........

Ari  ini aku diuji
Mungkin kerana hilang konsentrasi
Mungkin hilang fokus
Aku pon daa xingat mana aku letak
Tu baru verified sket..
Xpasai kena mencari..
Adoi..
minta-minta nanti jumpa...

Tadi Ciknor call
ermm
dapat berita
apa yang aku fikir
lain pulak jadinya
sekurang-kurangnya aku tahu..
Terima kasih Ciknor kerana prihatin..

Serentak ngan berita Ciknor
aku dapat lagi berita
membuat ku terpinga2..
membuat ku tertanya2..
di mana salahku??
di mana silapku??
apa dosaku??
gamak wat macam ni??
baru ja aku bual ngan Ciknor..
|mereka tidak dapat menerima realiti hasil cerita mereka|


|xda ape, selalu msg dia mungkin|
apa nak dikatakan
satu mesejku pertahankan tuduhan itu..
ibarat hama
yang merosakkan sebuah persahabatan
yang mencalar  ikatan ukhwah
salahkah aku memberi fakta
salahkah aku membetulkan
salahkah aku??
salahkah aku??
salahkan aku??

Mereka dengan dunia mereka
salahkah aku kuarkan mereka dari dunia khayalan mereka??
salahkah aku kuarkan mereka dari cerita mereka??

Ya Allah
Sesungguhnya aku diuji..
Kau ampunkanlah dosa2ku ini..
Permudahkanlah urusanku..
Sesungguhnya aku hamba yang hina..

Buat teman..
Aku mencari mu kerna ku mahu mendengar cerita dari mulut sendiri..
Apa yg bisa membuatmu kecewa ngan diriku ini..
Apa yg bisa membuatmu prasangka..
Aku tak tahu apa yang kamu fikirkan..
Aku tak tahu..sungguh aku tak tahu..

Buat kawan...
Aku xpasti apa agenda kamu...
Sampaikan details kau cuba mencungkil..
Alhamdulillah Allah menghantar sesuatu padaku..
Jika tidak pasti aku alpa..


Buat rakan-rakanku..
Adakah penjelasanku bisa seperti bom jangka kepada kamu..
Hakikat realiti yang pahit untuk kamu terima..
Sedangkan aku lagi pahit untuk ku telan..
Mengapa perlu dipersoalkan lagi..
Kerana itu kerja ALLAH
Sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih sempurna..
Mengapa kita perlu ragu pada Qada dan Qadar..

Kita mempunyai perancangan
Tetapi tidak semestinya perancangan kita berjaya..
Adakala dugaan melanda..
Tanpa kita sangka..

Monday, November 29, 2010

Hadiah Teristimewa


28 November 2010 6.43 pm

Di suatu hari awan yang mendung...
Awan yang menghiasi langit biru.
Angin menghembus lembut menerpa tubuhku..
Ia pon hadir di sampingku.....

Biru itu mempesona..
Biru itu kedamaian...
Biru itu kelembutan..
Biru itu romantik..
Apa yang pasti biru itu membuat ku tertawan....

Saat pertama
yang tidak akan pernah aku lupakan
Naskah biru
Pernah terfikir...
Monolog di dalam hati..
Ia begitu indah
Bagi ku ia teristimewa..
Sangat istimewa...
Meskipun hatiku kini hampa tanpa kehadirannya..
aku tidak pernah akan melupakannya..


Nota cinta
Seandainya aku mampu menghayati nota cintaNYa
pasti hidupku tidak terasa kosong
aku terasa sesuatu ..
yang bisa menyedarkan aku dengan segala
kasih sayangMu ya Tuhan

Aku yang pernah ...kau kuatkan
Aku yang pernah...kau bangkitkan..
Aku yang pernah.. kau beri rasa..


Terima kasih Cinta pertamaku
Bersama selamanya Cinta utamaku..








Thursday, November 25, 2010

Di Keheningan Malam

Hanya bercahaya dari lampu garam.......
Dari screen laptop..

Malam ni xde plak nyamuk2 datang menyerangku..
Hujan sudah berenti..
Terasa kesejukan membaluti diriku...
Alangkah bagusnya jika boleh menikmati malam yang indah ini

Tapi apakan daya..
Terjaga dari tidur..
Makin sukar mata ini lelap..

 menanti.. menunggu..
Adakah ini balasan untuk diriku...
Hanya tiga perkataan yang ku terima.
Terima kasih...

Sunday, November 14, 2010

Kesabaranku...........

Hari ni masih lagi melayan naskah Travelog Haji ~Mengubah Sempadan Iman...
Muka surat 104 ..masih lagi berbaki 13 bab..

Berlatar belakang lagu Qalbi My Heart...
Hatiku....hatiku.....hatiku...
Telah kau anugerahkan atas hatiku pengetahuan
Bahawa Engkau Ya ALLAH punya ketinggian dan kesucian..
Dan aku datang dengan dosa yang Engkaupun tahu..

Mujur cepat aku membaca naskhah ini...tetiba macam ada magnet yang membawaku masuk ke kedai buku itu dan terus mencapai naskah ini...

Ada sesuatu yang membawa kepada persoalan-persoalan yang ku cari..

Mak pernah pelawa dua kali untuk tujuan ini..

Adik tak mau ikut sekali ka??

| Adik tak ikut kot...coz susah nak dapat cuti|
| Ingat nak settle ptptn dulu..|
| mak habaq lambat..tak tau sempat ka dak kumpul duit|

Ptptn hutang jangka masa panjang...lambat lagi nak abis baya..nak tunggu bila??
Tahun 2008 memang ada niat untuk ke sana....tapi ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan..
Dan tahun itu juga aku membuat satu keputusan dalam perjalanan hidupku ini..
Walaupon berat...alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang..

Melihat CD Travelog Haji...di saat2 angin ramadhan menerjah..
| Astaghfirullah...aku insan yang jahil..aku insan yang kerdil..di saat aku dilanda kesedihan..pasti aku pergi ke suatu tempat di dalam peta m'sia ini...|


Mak pernah bising..cuba simpan duit pergi sana pulak....

| Mak tempat nak pegi sana ada kosong tak lagi?? Adik rasa macam nak ikut ja...|

Pasti mak orang paling gembira mendengar khaba ini...

Ya Allah...pada permulaan hati ini berbisik | bersediakah aku???|
Ya Allah.....terima kasih ya Allah.. kerna membuka pintu-pintu hati hamba mu...

Tatkala ini...Allah menguji ku..mengajar erti kesabaran..
terjerat di dalam pusara rindu..rahsia kasihmu..
dihempas gelombang...dilemparkan angin..
Sekisah aku bersedih..ku bahagia..
Segala berjalan dalam kehendak MU..
Membuka mataku akan ketentuanMu dan kekuasaanMU...
Pasti ada kelapangan di sebalik urusan ini..
Mendidik diriku ini...

Aku mohon pada mu ya Allah...kuatkan aku...sabarkan diri ini...hanya KAU tempat ku memohon..ku pasrah..ku berserah hanya padaMU...hanya padaMU...hanya padaMU...

Ya Allah..di saat2 ini..aku merayu padamu..moga aku terpilih menjadi tetamu..tetamu istimewa...mohon dengan sangat..ya Allah hanya engkau dapat mengerti...aku ini insan yang kalah...mohon semua urusan ku menjadi mudah...

Ya Allah...mohon dengan sangat...hindarilah aku dari sifat panas baran...jauhilah aku dari sifat kurang sabar...Janganlah di sana aku lebih teruk lagi...

Mohon dengan sangat.........mohon dengan sangat.......mohon dengan sangat...

























Saturday, November 13, 2010

Serasi tidak semestinya bersatu...........




Jika ALLAH telah menetapkan diri kita dalam satu keadaan tertentu, maka jangan meminta lain, kerna ALLAH lebih mengetahui sesuatu terbaik untuk kita...

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu, Namun seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walaupon dekat selalu...kau takkan jadi milikku..

Teman tp mesra..
sebuah lagu yang cukup popular tika dulu..
dan statement yg sering kali diucapkan oleh artis2 di m'sia..

Persahabatan adalah anugerah..
membuat kita menangis...menerima...memberi dan paling penting membuatkan kita menghargai hidup...

Sayangilah sebuah perkenalan kerna
disitu terciptanya kemesraan
Kenangilah sebuah perhubungan kerna
di situ terciptanya kerinduan..
Hargailah keduanya kerna itu rahmat dari ALLAH...

Kawan yang paling baik ialah yang boleh duduk di dalam buaian...
berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan  bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah alami....

Ukhwah itu ibarat satu janji yang dibuat di dalam hati..tak dapat ditulis..tak dapat dibaca..namun takkan terpisah dek jarak..takkan berubah dek masa..sedetik di mata selamanya di jiwa....

Indahnya pertemuan...manisnya kenangan..walaupon saban tahun ada peristiwa di balik episod persahabatan......

Sebaik-baik harta adalah yang membawa manfaat bagimu...
Sebaik-baik ilmu adalah yang mengangkat darjatmu..
Sebaik-baik rumah adalah yang membawa ketenangan di hatimu...
Sebaik-baik kawan adalah yang sentiasa menasihatimu......

Terima kasih ya ALLAH atas jalinan ini...

Thursday, October 28, 2010

Cerita Malam JUmaat

HADIAH MALAM JUMAAT


Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi  pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.

Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.


Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan

ahli-ahli kubur yang lain.


Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan  masuk ke dalam kuburnya.


Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.


Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"  tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?"


tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.


Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.


Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.


Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.


Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."


Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.


"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.


"Wahai Salih,ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.


Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :


"Wahai tuan Salih,aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat."


katanya lagi. "Eh,Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya?"


"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata


"Selamat..selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."


Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana

sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)


Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"


Wednesday, October 27, 2010

Bila esok datang lagi..........



Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya


Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Wednesday, October 20, 2010

Malang tidak berbau

Jika rasa kecewa alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalangnya...Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah ALLAH sentiasa bersamamu........




jalan yg sama tp hari yang berlainan



Sunday, October 17, 2010

Kebahagiaan ada selagi hati boleh berbicara

La Tahzan
Innallaha Ma'ana
Bersyukur saja
Berbahagia saja dengan hidup ini
YAKIN dengan pasti bersertamu
Dia Maha Cerdas
Dia Maha Bijak
Kesulitan, Penderitaan, Kekhawatiran adalah prasangka sj
Jangan sisakan rasa berserahmu kepada TUHANMU kerna ia MAHA HEBAT

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba kerna hanya merekalah orang yang menghargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir di dalam kehidupan mereka

Kebahagiaan itu tak terletak jauh dimana. Ia hanya bersemayam di sebuah tempat di dalam tubuh yang bernama hati. Jika ingin berbahagia, lapangkan hati atas segala yang terjadi dalam hidup. Meski berada dalam kesempitan, kelapangan hati akan membuat seisi dunia ada bagi kita. Gembirakan hatimu

Peristiwa smlm berlaku.
Aku sungguh takot..
Namun hati ini masih berbicara

Maaf
Bukan niatku tuk membuangmu

Tidak terdetik di fikiranku
tuk menyakitimu...

Aku hanya insan biasa
Aku hanya insan yg lemah
Kadangkala bermain dengan emosi
Kadangkala sepatah kata terus menguji
Kadangkala tingkahlaku menjadi saksi

Maaf
jika ia membuatmu runsing
mencari satu titik
mencari sesuatu yg hilang..






















Saturday, October 16, 2010

Biarlah Mereka Menggapai Bintang

Assalammualaikum.....

Semalam sms bertalu2...
kebetulan  kew??
sume merasainya..
soalan serentak..
apa2pon thanks a lot
wat sume yg syg pada CikDa

TQ coz mendoakan kebahagian CikDa
TQ coz ambil berat  pasal CikDa
walaupon hampir 2 tahun kita berpisah..
Namun ukhwah itu masih mekar...
Siraturahim masih erat...
Tetiba rindu kembali menerjah..


Wat teman2..
gurau gurauan menjadi madah..
usik mengusik menjadi  agenda..
mesti hari sepi tanpa gurauan..
mesti hari tidak  ceria  tanpa usikan..
Klu anugerah gosip sepanjang tahun...
Rasa2 CikDa calon top 5
Silap2 Calon favourite tuk menang...
hehe...
CikDa tahu niat teman2 sume baik..
TQ


Jodoh itu rahsia ALLAH...
sesungguhnya perancangan ALLAH lebih sempurna..
Siapa gerangan yg terpilih tuk membimbing CIkDa xpasti..
Apa2pon
Doa Cikda harap next year jadi kenyataan...
Insya ALLAH...
Moga doa2 sume dimakbul
Masin mulut kalian
cukup 44 kali.....
Amin.......

KLu singgah pendunk
berangan thn depan biarlah berdua..hoho
terbayang2 wajah 2 yg penuh harapan..
wat Makcik, MakcHaq, K.Normah, K.Ana,Mak
Sabar ya :)

Wednesday, October 13, 2010

Suara Ku BerHaraP

Disini aku masih sendiri

merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu


~{}~


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya


Oo~


Suara dengarkanlah aku


Friday, October 8, 2010

Andai begitu suratan sejak diazali

Kuatkah aku??
Pasti ada hikmah disebaliknya sehingga aku terpilih dalam ujian ini..
Adakah aku gagal atau lulus???

Peristiwa-peristiwa dulu ku selak kembali...
Dalam mana aku  kecewa dalam pelajaranku..
Dalam mana aku kecewa ngan kerjayaku
pasti padaNYA aku kembali..
Dan tahun ni aku alhamdullillah sgt2..
Rezekiku....
Amin
Terima kasih Ya ALLAH........

Kadang-kadang bla ALLAH bagi yang indah2 belaka saja..
mesti aku alpha...
Kadang-kadang adil juga
Allah kasi yg indah dan yg sakit...
Allah memberi sesuatu padaku...
pasti ALLAH mahu aku memberi sesuatu padaNya..

Jika ia memihak padaku..pasti ia satu bonus
tp dari awal aku telah persiapkan diriku..
Kerna aku tahu...apa yang aku fikirkan...
pasti 'dia' fikirkan benda yang sama
Kerna hati kami bukan kejam...
Kerna hati kami xsanggup...
Apatah lagi tuk melukakan hati dan perasaan insan yang tidak bersalah..


Banyak yang aku pelajari..
Perkara luar biasa dari biasa aku lakukan..
Dari takot menjadi berani..

Sedetik bersama cukup indah...
Kuntuman senyuman sentiasa berbunga2..
Hati menyanyi lagu-lagu indah..
Syukur ...sekurang-kurangnya aku merasai jua..
Diibarat  tunggu bas..
Dah datang lambat...
takkan bus tu nak tunggu kita...
Pasti ditinggalkan..
Tapi klu bus tu tunggu...kira keajaiban la

tidak perlu turutkan hati..
menyesali apa terjadi..
andai begitu suratan sejak diazali
Pesanan mu ku simpan di dalam hati
dan sentiasa di dalam genggamanku

Andai kau pergi
Usahlah bimbang
Aku tidak pernah menyalahkan mu
Kerna aku tahu jika
aku berada ditempatmu....
Pasti sukar untuk diriku

Usahlah sedih
Aku pasti bole bangun
Pasti bole berdiri di atas kaki sendiri..
Takkan ku biarkan diriku tersungkur selamanya..
Di dalam keberanian terusik jua perasaan...
Selagi berupaya ku teruskan..
Perjalanan hidup ini yang masih panjang.....

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya

Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati..padahal kamu-kamulah
orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman..

Dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat ALLAH, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum kafir..

Bersabarlah duhai hati
moga kita menjadi hamba yg redha dan diredhaiNya

Syawal...........Kau Pergi Jua

Alhamdullillah selesai suda..
Tabik spring ngan mak..
Smlm penat sgt..mak xkacau..
Cian mak..xdak org tolong..
Xde orang kanan...

Pagi ni
Sama berganding bahu
Kebetulan baju sama color satu keluarga...
Sama2 muafakat...semua selesai..
Mak pandai..
xde lebih2 sampai terbuang...
itu kelebihan mak...
sayang mak..

Mcm xcaya ja
Syawal berlabuh pegi..
Mcm mimpi ja..
Selalu sempat qada dan puasa sunat..
Tahun ni...
dua hari ja sempat posa..
jauh beza...lari 10 hari..
ikut perancangan empat hari direct pagi..
rini raya la...
tp itu rancangan aku..
huhu..
open house cna cni..
nuri oh nuri..
raya hey raya..
akhirnya aku  tersungkur...

keja mlm ni kena usaha direct qada..
dah terbiasa qada lam bulan syawal..
seronok coz mood raya ada lagi..
thn ni jadi luasa biasa..

cikda oo cikda...
berusaha...
koi berumur...awat la koi trok nih..
isk2....