Sunday, August 29, 2010

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita







Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan


Yang Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-



1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan. .......


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9... Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya


Friday, August 27, 2010

Di Kala AKal dan Hati Berbicara




Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu..
Ku terkenangkan mu..

Sekeping hati..
Ingin melafazkan tetapi kelu
Ingin meluahkan terasa sekat
Ingin menggapai tangan tak capai
Ingin terbang tinggi tetapi berat

Hati  sedih jiwa terseksa
Hati gembira jiwa menyanyi
Mengungkap seribu rahsia
Memaksa akal tuk berfikir

Akal menasihati hati
Janganlah engkau bermurung
Janganlah engkau menangis
Jangalah engkau berputus asa

Sesungguhnya aku sentiasa bersama mu
Hatiku
Dalam nyata atau tersembunyi
Pasti ada hikmah semua ini
Pasti ada cerita disebaliknya
Pasti ada kekuranganmu

Hati bertanya kepada akal
Kenapa aku??
Mengapa mesti aku???

Akal menjawab
engkau insan istimewa
engkau insan bertuah
engkau terpilih untuk melalui semua ini
SesungguhNYA menyayangi mu
SesungguhNYA mengasihi mu
SesungguhNYA mencintai mu

Hati menghela nafas panjang
Benar DIA menyayangiku
Mungkin  aku masih di dalam dunia sendiri
Penuh kedegilan
Mencantas kasih sayang

Menutup semua pintu...

Tika
Sekeping hati ini
Mula bertatih
Belajar mengasihani
Belajar menyayangi
Belajar mencintai
Namun  ia sekadar persinggahan
Pelangi pudar tanpa warna
Inilah spektrum hidup
Lukisan alam tidak berbingkai


Kini tiba masanya
Wahai hati yang merindui
Bangunlah dari jatuh
Bangkitlah  dari kekecewaan
Kembali semarakkan
Semangat yang hilang
Kembalikan senyuman
Yang sebelum ini pudar
Teguhkan pendirianmu..
Teruskan pengembaraanmu..
Sehingga destinasi yang dituju...


Terima kasih padaMU
Nantikan kedatangan ku
Engkau satu cinta
Yang selama ini aku cari...


Hati yang mengembara
IlzaN@DIah



























Thursday, August 26, 2010

Ramadhan Kali Ini



Lagu satu cinta berkumandang berulang-ulang kali.
Pagi yang sunyi..
Meresap ke dalam jiwa..
Ntah nape tiba-tiba aku tidak jemu layan lagu nih..

Semalam lepak tgk tv ngan mak..
Terasa sesuatu persoalan memanggil..
Mak ada gak cakap sebelum ni
Tp time tu masuk telinga kanan kuar telinga kiri..


Apa2 pon ramadhan kali ini lebih bererti
Apa yang kita buat mmg dengan tersendiri..
tak perlu orang suruh, tak perlu orang paksa
tak perlu orang kejut, tak perlu orang bising
Sume menjadi auto...

Sebelum ni lik keja malam..terus ja tumbang..
kadang-kadang tak makan..mengantuk punya hal..
Ramadhan kali ini..ia berbeza
Aku mampu wat ..Walaupon sekejap pon jadik la..
Benda yang  aku malas nak wat...aku wat..
Benda yang aku rajin lagi la bertambah rajin...

Begitu jua keja pagi...tak de plak rasa mengantuk bila balik..
Macam ustaz kata..tekadkan di dalam hati..nak buat 20 rakaat..
Takat 15 haribulan ni..alhamdullillah
cuma sedey keja malam..
Mak kata keja  boleh berjaga sampai ke pagi..
Cuba wat qiamuallai...agak2 boleh bertahan kew??

Bulan Ramadhan...time sahur la ..dapat berkumpul satu keluarga..
Bukan senang nak duduk satu meja satu keluarga
Coz masa berbuka..abah selalu buka di masjid...

Belajar sesuatu yang sekian lama aku tidak terfikir
Walaupon sebaris ayat..
Mempunyai maksud tersirat..

Belajar sesuatu tentang kehidupan..
Menjadikan aku semakin dewasa..
Membuatkan hati melonjak2 tuk menjejak kaki  ke sana...

Tenang ja dengan hembusan angin ramadhan
Membawa sinar keinsafan...
Yang selama ini aku cari..


Alangkah indahnya jika sume ini terus berterusan...

Wednesday, August 25, 2010

Al Kisah- Behenti Menjadi Gelas

Tersebutlah alkisah tiga orang sahabat  yang berkawan baik  mempunyai kekurangan dan kelemahan tersendiri...

Cerita  Sahabat A
Seorang anak  yang mendapat kasih sayang sepenuhnya dari keluarga. Keluarga yang susah.  Mendapat pendidikan formal dan akhirnya berjaya mendapat perkerjaan setaraf dengan kelulusannya. Cabaran utama ialah  setiap sasarannya tidak tercapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Cerita  Sahabat B
Seorang anak yang kurang kasih daripada ayahnya. Hidup berdikari sejak kecil lagi. Apa saja kemahuan mesti diusahakan sendiri tanpa mengharap bantuan orang  lain. Apa yang diimpikan akan tercapai...lambat atau cepat ja yang pasti berusaha.

Cerita  Sahabat C
Seorang anak yang lahir tanpa mengenal siapa ayahnya.  Tidak mengenal dan tahu langsung isu-isu keduniaan.  Mengimami solat di masjid. Ilmu agama setaraf degree jika diikutkan...Bab agama tabik spring tetapi bab dunia sifar....

Berhenti Menjadi Gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.
“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru tersenyum. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru, “setelah itu kau minum airnya.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air masin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.


“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru tersenyum lagi melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.


“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

“Sekarang, coba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”


“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

"Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Tuesday, August 24, 2010

Qalbi My Heart

Qalbi birahmatikallahumma zu unsi

Fissirri wal jahri wal isbahi wal ghalasi

Qalbi Qalbi Qalbi
Wama taqallatu minnaumi wa fi sinati

Illa wa zikruka bainannafsi wannafasi

Qalbi Qalbi Qalbi

Laqad mananta ala qalbi bima’rifatin

Biannakallahu zu ‘alai wal qudsi

waqad ataitu zunuban anta ta’lamuha

wala takun fadhihi fiha bifi’li musi’

Fannun alayya bizikris solihina

wala taja’al alayya iza fiddini min labasi

wakun mai tula dunyaya wa akhirati

wayauma hasyri bima anzalta fi abasi


——————————————————————————————————————————

Hatiku dengan rahmat-Mu Ya Allah, sering alpa

Dalam nyata atau tersembunyi,

Pada waktu pagi mahupun sebelum subuh


Hatiku Hatiku Hatiku

Apa yang kekurangan dari tidurku dan ketika kantukku


Kecuali dengan menyebut-Mu dalam diriku dan nafasku


Hatiku Hatiku Hatiku


Telah kau anugerahkan atas hatiku pengetahuan


Bahawa Engkau Ya Allah punya ketinggian dan kesucian


Dan aku datang dengan dosa yang Engkaupun tahu


Dan janganlah Kau buka aibku dengan perbuatan jahatku




Hatiku Hatiku Hatiku


Hiasilah padaku dengan mengingat orang soleh


Dan jangan murka padaku kiranya amalan agamaku bercampur aduk


Dan bersamalah denganku sepanjang duniaku dan akhiratku


Dan Hari Kebangkitan sebagaimana yang Kau turunkan (dalam Surah Abasa














Monday, August 23, 2010

Bila Wajahmu Ku Pandang..........

Semalam call Ibu Wafiy...sakan toi ibunya bercerita...Wafiy daa pandai berjalan & berlari...Excited Makde nak jumpa ngan Wafiy...lagi 18 hari menghitung hari..

Muiz plak daa pandai...selalu menerjah dan bertandang ke kamar Makde..." Makde wat pe tuh"...petah berkata-kata2...sama ngan Uminyer..

Raya ni xsaba nak tunggu Muiz dan Wafiy berganding........Muiz confirm jealous ngan Nenek ..klu Nenek ambik Wafiy..

Tahun ni meriah sket coz turn cni..so kakak ngan adik balik beraya kat cni...Paksu xtw plak balik bila tetapi Paksu selalu wat kejutan...

Kakak tema biru...Adik xtw  g....
Ya pasti sok pagi raya Makde confirm ketinggalan tuk babak posing...huhu..

Sunday, August 22, 2010

Antara TELUR, LOBAK dan KOPI................

" Hidup tidak selalu indah......
  Langit tidak selalu cerah...
  Suram malam tak berbintang...
  Itulah lukisan alam..."


Dan............

Begitulah juga ibaratnya lukisan kehidupan kita di dunia yang hakikatnya hanya pinjaman ALLAH semata-mata. Kita  akan senantiasa diuji dengan pelbagai bentuk dugaan.Kuncinya samada kita sedar atau tidak, sebenarnya kitalah yang mampu mencorakkan kehidupan kita sendiri ( dengan keizinanNya)..........bukan orang lain. Untuk itu, Insya ALLAH ....kita sama-sama hayati sebuah kisah untuk muhasabah bersama.......

ALkisah tersebutlah sebuat cerita.............pada suatu hari seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya seorang tukang  masak, lalu membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya atas api. Setelah air ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak di dalam periuk pertama, telur di periuk ke dua dan ia menaruh kopi di periuk terakhir. Ia membiarkan mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak saba,memikirkan keja yang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api, Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya ke dalam mangkok, mengangkat telur dan diletakkan kedalam mangkuk lain dan menuang kopi di mangkuk lainya. Lalu ia bertanya kepada anaknya," apa yang kauh lihat nak??
"Telur,lobak dan kopi" jawab si anak

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukan dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak...Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah dibuang kulit,ia mendapati semua telur rebus mengeras. Terakhir  ayahnya meminta untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aroma yaang mengasyikkan.

Setelah itu si anak bertanya, "Apa erti semua ini Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah mengalami kesulitan yang sama semasa perebuasan tetapi masing-masing menunjukkan reaksi  yang berbeza.

Lobak sebelumnya direbus, kuat, keras  dan sukar dipatahkan
Telur  sebelumnya mudah pecah,Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah  direbus isinya keras
Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam air rebusan, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk  yang mana?" Tanya ayahnya, " Air panas yang mendidih umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimanakah  kamu menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi.

Bagaimana dengan anda?Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras tetapi adanya penderitaaan dan kesakitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan...

Atau........ Adakah kamu telur yang awalnya memiliki hati yang lembut dengan jiwa yang dinamis??  Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau kegagalan menjadi keras  dan kaku??? Dari luar kelihatan sama tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku??

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa nya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air kopi mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaaan semakin buruk  kamu menjadi semakin baik dan keadaaan di sekitarmu menjadi semakin baik

Renung-renungkan.........

Fadhilat Solat Dhuha

Tatkala mendengar cerita seorang temam..byk liku dan persimpangan dalam meniti kehidupan sehariannya..
Begitu juga Makde ..tp itu cerita 5 tahun dulu...skrg Alhamdullillah tidak terhingga nikmat yang diberi..
Tapi Makde nak share sesuatu ngan kawan2..
Solat Dhuha..
Mungkin ade yang jarang-jarang dengar alkisah solat Dhuha...

Mak Makde selalu amal
Makde bergantung klu cuti atau ingat..hehe
Hidup Mak berliku dari kecil sampai berkahwin..
Betapa kuatnya Mak..
Mak cakap rezeki ni ALLAH yang kasi..
Yakin dengan ALLAH

Solat Dhuha
Bukan nak bagi kita kaya raya...bukan erti kata ..kita wat solat dhuha nih..kita menunggu kot bulan jatuh ke riba..kot jatuh tergolek..ini hanyalah iktiar..Jika kita meminta kepada ALLAH ..pasti DIA akan memberi...

Ia hanya memelihara kita daripada tergelincir...klu gaji kita 800 ..insya allah kita boleh handle 800 tuh sehingga bulan ke depan

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :

Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad
 
 
Fadilat Dhuha




Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:



1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi
 
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

Saturday, August 21, 2010

Al -Quran dan Terjemahannya

Mingguan Malaysia Ahad 15 Ogos 2010

Berapa ramai dari kita memahami Al-QUran terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi tanah air ini? Hakikatnya kita masih jauh daripada seruan Al-Quran untuk difahami, dikaji dan difikir..

Pelik sekiranya kita mempunyai sebuah buku yang telah kita baca bertahun-tahun lamanya, kita jaga buku itu daripada rosak dan dicemari, namun kita tidak pernah tahu isi kandungan buku tersebut.Apakah yang mahu disampaikan oleh para penulis itu kepada para pembacanya???

Dia bukan pesalah untuk diadili

Petang khamis Makde online..
Acu gtw anak buah Makde mengamuk..

Ingatkan Acu wat lawak..
Pagi jumaat terkejut Makde
Real story......rupa2nya..

Makde tanya calon anugerah nobel..
Dia tanya output..
Anak buah Makde menjawab..
tak logik 4 jam baru 20 biji..

Pabila situasi menguasai
Emosi berleluasa
Berlaku la pergelutan..
Hai anak buahku..
Makde kecewa ngan kamu...
Makde tahu kamu sakit..
Tp kamu pentingkan diri sendiri..
Kamu biarkan emosi menguasai kamu..
Sket kamu tak fikirkan jasa calon anugerah nobel
yang hantar kamu ke hospital masa kamu sakit..
yang hantar kamu pulang.........malam2
bukan dekat rumah tu...pas2 kena tinggai production...

Sakit kamu je kamu fikir
Sakit orang lain kamu xfikir..
Makde berharap
Kamu tidak teruskan sikap kamu ini...
Sedangkan di dalam bulan ramadhan kamu bersikap demikian..
Inilah kamu yang sebenar...

Cuba hargai sket jasa dan kebaikan orang dengan kamu
sesungguhnya makde tahu
kamu bukan pesalah untuk diadili..........

MEniti Hari-Hari Yang Tabah

Ermm
Sume keja settle...
Masa tuk berblogger..

Pagi td Makde mengaji dengan membuka lembaran baru..
Hati tersentak..lamunan terhenti...
Makde bukan seorang yang kejam..
So Makde tekad pulangkan semula....
Walaupon keputusan ini berat..

Wahai hati yang merindui..apabila kamu mencintai seseorang kamu merelakan hati dilukai dan dibenci...

Dalam hati Makde hanya ALLAH yang tahu...Tidak terniat sekelumit pon untuk melukakan dan menyakiti perasaan orang lain...

Friday, August 20, 2010

Layang-layang terbang melayang

Kalau buat checklist..Masya Allah mata siap kena tahan tongkat..
Tu pon sekerat jalan...
Apalaa nak jadi ngan Makde nih...
Hari jumaat wat mende yang bukan2..
Tobat la wahai Makde...

Hari penghulu segala hari..
So Makde nak mukadimah sket sementara bagi mata segar ( alasan semata-mata)
nak  bercerita mengenai kehidupan..
layang-layang terbang melayang tajuk di beri

kenapa Makde pilih layang-layang??
Layang-layang ni makin terbang  tinggi ia semakin jauh..
Pabila putus pasti ia terbang dan pergi jauh...
Malah ada potensi untuk hilang dan xkan diketahui di mana

Begitu jua hidup ini
Jika sempat tarik layang-layang...maka esok boleh main lagi..
Asalkan jgn biar terputus ja..
Jika kita sedar ...kita boleh kembali lagi...dan mulakan esok  hari seperti biasa..
Jika kita terus terbuai ..pasti kita leka  dan kita semakin jauh..
Pabila angin datang..maka tersentap tali layang-layang itu lalu terputus
terbang jauh...........terus di bawa angin........sehingga ia hilang dari pandangan mata

Sama halnya dengan mengambil hak orang
Barang siapa yang mengambil hak orang lain nanti suatu hari nanti orang akan mengambil hak kita
Bertekadlah untuk tidak merampas hak kebahagiaan  dan ketenangan orang lain kerna hidup kita cuma satu kali sahaja....
Mengecewakan orang lain kelak nanti kita  juga akan dikecewakan
Membiarkan org lain menangis.. ke depan  kita  juga akan merasai tangisannya...
Membina hati bahagia dengan melukakan perasaan orang lain........adakah itu  adil??

Kita diuji dan diduga...
Hadapi dengan tabah
Menerima kejadian  yang menimpa diri dengan lapang dada..
Didalam menghadapi sesuatu yang kurang disenangi, seseorang mempunyai dua kemungkinan iaitu rela atau sabar. Rela ialah sifat utama yang disunahkan, sedang sabar ialah sikap yang wajib

"Mengenalimu merupakan satu keindahan yang Allah berikan padaku......memiliki cintamu merupakan kebahagian ku...ku redha andainya ini tersurat untuk kita....tidak perlu menidak kebenaran sedangkan ia terbentang di hadapan........."

" Jangan kau ratapi pada ketentuan ini. Pohonlah petunjuk agar kau tenang di hati...bersyukurlah kau...sabarlah dan redha..Kita dicuba dan diuji kesakitan, ketakutan.........."

Thursday, August 19, 2010

Biarkan AKu Sendiri dan Berdikari Di Dasar Misteri

Setelah sekian lama
Akhirnya gugur mutiara jernih
Ku tahan...
Tp mutiara itu terus berdegil..
Aku biarkan
Pasti ia akan terhenti
Bila kekeringan nanti
Dan serik untuk gugur lagi..

Sebuah episod berlalu
Mengajar sesuatu
Terima kasih atas segalanya

Wednesday, August 18, 2010

AKu Cuba MencintaimU TUHAN

AKu cuba mencintaimu TUHAN
Hati tidak juga terasa, aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa jua
Aku fikir-fikirkan nikmatMu  Aku kenang-kenangkan rahmatMu
Agar nampak kemurahanMu


Atas nama ilmu aku akur, Namun aku belum juga
Jatuh hati denganMu Aku susah hati aku sedih selalu
Mengapa terjadi begini Mengapa cintaku Padamu
belum berbunga lagi,


Sedangkan  aku tahu aku akui
NikmatMu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung, tidak mungkin terhitung
Walaupun melalui komputer


Aku irihati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka
padamu padaMU YA ALLAH


Hilang selera makan keranaMU
Asyik memuja dan memujiMU
Mensucikan dan membesarkanMU
Terutama di waktu malam yang sepi


Di waktu orang mimpi mereka memujaMU
Merintih padaMU, mengharapkan kasih sayang padaMU
Air mata mereka membasahi pipi
Adakala menitis ke bumi


Mereka merasa, engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka Engkaulah sentiasa di bibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
Tapi aku tidak begitu


Aduh!! keras hatiku, keras hatiku
Hingga kini aku belum mencintaimu, mencintai kekasih agungku
Baru aku sedar, Cinta pada MU adalah anugerah dan hidayahMU
Bertuah dan berbahagialah.


Orang yang Engkau anugerahkan kecintaan pada MU
Aku bilakah lagi TUHAN, dapat sedikit pon jadilah
Aku tidak putus asa aku cuba lagi...selagi ada nyawa di badan
Di hujung hidupku kalau dapat pon,sudah cukuplah


Wahai TUHAN AL HANNAN WAL MANNAN~



Tuesday, August 17, 2010

د بولن رمضان Zero Wasting


Malam pertama dan kedua berlaku pembaziran semasa  kami berbuka dan bersahur. Oleh itu kempen Zero Wasting telah dilancarkan pada malam keempat Ramadhan. Tujuan kempen ini dijalankan untuk mengajak semua kengkawan dan teman2 mengelakkan pembaziran makanan...
depa xcaya ..tgk!!! karipap ..cok keria ngan betik ja...hari pertama kempen.mlm ke 3

Hari last keja ...agar2 ...kanji..kebab...agar2 nih terpaksa coz xde pilihan


Nasi bersahur pon zero gak....kira hari last misi  ke arah 90% ..yg buang kanji sket je..Aku dan k.amy tekad akan memastikan kempen kami berjaya....hoho...cayalah...seelok2nya pembaziran tidak digalakkan di bulan Ramadhan..Ia melambangkan sikap kita yang sebenar coz sume penghasut2 telah diikat dan digantung...itulah kita ya...

Semalam semasa aku makan sambil tgk tv 1. 13 Juta mangsa banjir di Pakistan yang kebuluran dan hari ini tabung mangsa banjir di Pakistan telah dijalankan di Masjid Serdang. Ramadhan kali ini bererti bagi aku tetapi tidak memberi apa-apa makna selain kesengsaraan  kepada berjuta-juta penduduk Pakistan

Melihat kanak-kanak merintih..." kami berpuasa tetapi kami tiada makanan" bagaimana kami nak makan?? meruntun perasaan aku yang sedang makan................melihat mereka tiada makanan...alangkah bagus klu ada teknologi canggih...mcm pintu doraemon..makanan banyak hantar ja terus kepada mereka....

Bayi tidak bertukar lampin.......Boleh kamu bayangkan..jika kamu memakai pakaian basah..rasa2 bole tahan tak?? Apatah lagi bayi.sebab tiada lampin..tiada kain..sume hanyut dan musnah. Sekarang dunia terkesima..banjir yang menakluk Pakistan dalam sekelip mata...Kuasa ALLAH.






Bersyukur kita pada nikmatnya coz hari ini kita masih lagi boleh berjalan-jalan di Bazaar Ramadhan..sedangkan mereka di sana ternanti-nanti bantuan.

Tika saat ini aku masih tidak dapat melupakan wajah2 kanak-kanak dihurungi lalat...wajah seorang ibu sambil mendukung anaknya...wajah2 mereka yang tiada tempat tinggal...tiada sumber air....13 juta!!!!! jika banjir ini melanda Malaysia....negara ini hanya tinggal hikayat  sejarah.

Marilah kita muhasabah ini..








Monday, August 16, 2010

Dayuslah aku jika menipu cerita

Mingguan  Malaysia Ahad 3 Disember 2000 Muka Surat 11

" Aku sebenarnya HIV+," kata teman karibku Sham
Tidak!Mana Boleh! Kau sihat. Kau aktif itu ini. Bagaimana pula kau yang kena?!Kau bukan macam aku.Akulah 'calon' yang lebih layak dijangkiti! "Hanya sekali Am........hanya sekali.........itu sudah cukup....."

Hanya saat ini, aku masih sukar menerima hakikat bahawa kecuaiannya yang sekali itu meminta balasan yang begitu besar....Inilah bahananya perhubungan jenis tidak selamat. AIDS memang tidak memilih org.

Bagaimana dengan Liza, isterimu? "Dayuslah aku jika menipu diri. Liza adalah satu dalam seribu....dia teguh dibelakangku." Bagaimana soal nafkah.........? Ada caranya Am..........AIDS bukanlah penamat segala-galanya. Pernah kau dengar  tentang kondom? Agama sendiri mengharuskan langkah penjagaan, demi kesihatan pasangan kita.Aku masih hidup dan akan terus melaksanakan tanggungjawabku,cuma dengan lebih berhati-hati. Kalaulah  aku memikirkan ini semua sejak dulu......

Ya kita lelaki,budah mudah mengaku. Aku jadikannya iktibr, lalu belajar memahami HIV dan AIDS.Sham dan berkawan sejak kecil sampailah sekarang.Aku pengapitnya ketika dia kahwin. Aku menghormatinya. Tanpa  kusedari , dia menyimpan rahsianya denga kukuh sekali. Dia melalui kehidupan sehari-hari seperti biasa, malah lebih giat lagi denga kerja-kerja amal. Aku pernah berseloroh kepadanya,kata dia hidup seperti mati esok hari!Tanpa kusedari, kesungguhanya adalah satu keinsafan. Cuma akhir-akhir ini kurang sihat. Itupun,aku ingat dia sakit biasa!

Terdetik di hatiku, bagaimana jika aku di tempatnya. Apakah aku akan setabah dia? Bolehkah aku menarik nafas, kemudian melihat ke hadapan yakin apabila diberitahu aku dijangkiti HIV? Sekelip mata, fikiranku bagai skrin video. menayangkan semula babak-babak hidupku. Dalam semua adegan itu,tidak terfikir olehku tentang masa depan, tentang  berkeluarga dan punya tanggungjawab melindungi mereka. Tidak terlintas rasa takut pada sesiapa, walaupon pada Tuhan, hanya aku dan perasaan yang ku alami...ya Allah, betapa jahilnya aku!

Tetiba-tiba saja aku terasa begitu kerdil. Duniaku gelap. Apa yang menimpa Sham membayangi hari-hariku. Dahi yang tidak pernah menyentuh sejadah ini kini sudah tahu tunduk. Tangan ini juga sudah tahu menadah memohon keampunanNya dan mengharap rahmatNya. Benarlah kata pepatah, ilmu itu penyuluh dan malu bertanya sesat jalan. Ya kita lelaki, bukan mudah mengaku. Jika perkara ini terjadi kepada orang lain, aku mungkin masih lalai. Tetapi, ia terjadi kepada teman karibku, teman berkongsi suka duka sejak kecil hingga dewasa........

Aku jadikannya iktibar, lalu belajar memahami HIV dan AIDS. Aku hubungi pihak-pihak  yang arif mengenainya, Mereka begitu sedia membantu. Aku ambil ujian antibodi HIV. Selepas beberapa waktu, hasilnya didapati negatif. Duniaku yang gelap terasa terang kembali.Benarlah kata pepatah,ilmu itu penyuluh dan malu bertanya sesat jalan. AIDS sebenarnya boleh ditangani.

Hari ini walaupun sedih  atas perkara yang menimpa Sham, aku bersyukur kerana mempunyai seorang teman yang tabah dan dapat menyedarkan aku. Aku juga tenang memikirkan masa depan. Buat bakal isteriku, juga bakal zuriatku suatu hari nanti, aku mungkin tidak ke medan perang untuk melindungi mereka, tetapi berbekalakn pengetahuanku tentang gejala AIDS.

Pandanglah AIDS dengan hati yang terbuka. Kita hanya memudaratkan diri sendiri dan mereka yang dikasihi jika menipu sendiri..

Sunday, August 15, 2010

Kita Ini Sama SaHaja

Kita ini sama sahaja..
Punya rasa punya cinta
Kita merindu kita memuja..
Sedangkan kata terpendam di jiwa


Mengharap kasih kepunyaan orang
Memetik rindu ditaman terlarang
Sekalipun cinta akan kecundang
Ku korban rasa demi mu sayang


Kita ini sama sahaja
Terlewat melafazkan kata cinta
Kerana kita orang ketiga
Hadir setelah diri dipunyai..


Kita ini sama sahaja
Rela biarkan cinta derita
Rela melihat kasih sengsara
Walaupon kita saling mencintai
Biarpon kita saling memuja
Kerana kita yang terkemudian tiba
Kerana jodoh kita tiada.........

Soal Hati

Aku bukan pujangga yg bijak berkata2
Aku bukan penyair yg puitis
Aku adalah aku...


Ayat teman
| takkan terhidu harum mewangi, jika tidak dinyalakan setanggi...
takkan terasa manisnya hidup andai  tidak dilambung gelora|

Semua org mempunyai pengalaman dan pengalaman itu mendewasakan..Cukup dengan sekeliling yg membuatkan kita berfikir dan terus berfikir...Setiap kita mempunyai jalan cite yg berbeza..Yg pasti bagaimana kita mengakhirinya...??? Contoh pabila kita mengalami kemalangan jalan raya...walaupon parut itu sudah baik tetapi trauma tetap masih ada...kekadang pabila kita melihat sesuatu kejadian kemalangan..jantung kita berdegup dengan kencang...rasa berdebar-debar. Begitu jua hati kita.

Berbicara soal hati..
Rahsia hati seseorang adalah sedalam lautan yang luas...
Tetapi beranikah kamu menyelami dasar lautan itu?


Dua jiwa bersatu menjadi hati..
Sume kata aku ni memilih..
masing-masing dengan spekulasi tersendiri..
tetapi hakikat yg tersirat disebalik tersurat..
aku yakin dengan janji ALLAH..
aku yakin dengan perancanganNYA
coz jodoh itu rahsiaNYA

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya


Indahnya  bait2 lagu ini...
 
 
Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Dialog Maria  & Fahri
Kamu percaya jodoh fahri

setiap orang memiliki
jodohnya masing-masing, itu yang kamu bilang
aku pikir sungai nil dan mesir itu jodoh
seneng yah kalo kita bisa bertemu dengan jodoh
yang diberikan tuhan dari langit.
bukan dari langit Maria tapi dari hati, dekat sekali


Semoga ku bisa bertemu jodohku kayaknya nil dan mesir, dekat di hati walau jauh di mata.

Jangan menangis jika jodoh itu bukan seperti yang kamu sangka.
Yakinilah itulah titipan terbaik dari ALLAH buatmu.
Jangan pernah menduga badai tidak menjengah sepanjang perjalanan berliku itu.
Jangan pernah berputus asa jika kamu sedang diuji dengan C.I.N.T.A.
Yakinilah Dia sedang menyediakan yang terbaik buatmu.
Peliharalah hatimu agar bisa ketemu yang pantas buatmu.
Di akhirnya nanti ku berdoa moga kebahagian sudi menemaniku
walau tanpa 'kamu' tiada di sisiku suatu hari nanti.                                    |http://ayatulmariah.blogspot.com/2009/11/jodoh.html|







IlzaNaDiah

Saturday, August 14, 2010

Hati ku Yang Menyanyi Gembira

Ari ni dpt satu benda...
Ni budget tuk bonus..
tp wat loan dulu  sementara dpt bonus..
Melihat benda-benda di depan mata..
Aku tersenyum satu kepuasan...

Puas!!
Nampak gak duit bonus aku...
Bonus-bonus yg lalu..
Berbaloi2...

Ya ALLAH terima kasih..
KAU memelihara ku..
Agak tidak tergelincir...

Wahai Hati

duhai hatiku..




jangan menangis lagi..
biarlah awalan ini terluka...
tidak di kemudian hari...


duhai hatiku jangan bersedih lagi..
ku pasti akan bertemu suatu hari nanti..
hati yang bahagian untuk diri ini selamanya..

Ketika ALLAH memilihmu Untukku

Ketika Allah Memilihmu Untukku..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..

Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.

Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,

Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..

Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..







-----@***@-----





( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )





Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

Friday, August 13, 2010

Amazing Loser Weight Story - Part 1

Hari ini semangat kengkawan bercerita penurunan kg depa...
huhu...
Cikda daa stop supplement..nek jugak...adakah kerna terkejut...
Pastu masalah sembelit melanda..
Mak kata perut ang xsuwei dgn produk2 mahai...
Cuba try tradisional...


Ni cikda cedok dari blog org lain...
Try dulu la...


Petua Mengempiskan Perut Yang Buncit..


Bagi mengempiskan perut yang buncit atau boroi, ambil dua (2) sudu cuka Nipah di campur dengan dua (2) sudu madu lebah, di minum dan di turuti dengan setengah gelas air suam. Amalkan pada waktu awal pagi , insya’Allah mujarab. Di ambil petua ini dari amalan seorang guru agama dari Kepala Batas, Pulau Pinang.


  “Wahai lemak, aku mahu kurangkan kamu supaya badan jadi lebih ringan untuk beribadah pada Allah. Susutlah kamu kerana Allah.






چاتتن هاري کتيݢ رمضان

4.38 am
Terasa mcm duduk di dalam dunia khayalan
mata koi berat....

Syukur alhamdullillah..
Berjaya posa 2 hari..
Cuaca pon baik..
Tidak panas sangat..
Tidak terasa lapar dan dahaga..

Semalam  berbuka dengan koey teow goreng dan soya..
koey teow goreng, pau,agar2, roti john & murtabak....




apa yg korang nampak?? hehe

Juadah bersahur plak
sup ayam..
lan posa makan hasil air sendiri baru best..
coz perencah kasih sayang...

Ari ini pecah tradisi..
masak nasik kat ladang...
coz nak makan panazz..






Fulamak..masa begitu mencemburui..
nak tido pon xbole..

Arghhhhhhh mengantuknya..
nak p audit line sat..k