Sunday, March 24, 2013

Hasrat


Hasrat saya mungkin terlalu tinggi menurut seorang sahabat ,namun semasa saya menyuarakan pada Abah semasa dalam flight, Abah setuju.Alhamdulillah..naluri saya kuat mahukan Abah....mungkin Abah boleh bersedia dari sekarang..:) 

Hasrat kedua ramai cakap saya memilih namun Islam kata saya berhak memilih yang sekufu dengan saya. Sesorang yang boleh menjadi imam saya dan membimbing saya ke jalan syurga bukan
seseorang yang membawa saya ke jalan di sebaliknya. Ramai yang mahu membantu saya namun bila  saya sebut syarat1...semua diam.

Hasrat ketiga..setakat ini sungguh saya belum menjumpai mana-mana lelaki yang benar2 ikut adat orang-orang lama..mungkin fikiran saya masih kuno atau cara itu masih tidak boleh diterima pakai atau tidak relevan di zaman yang serba canggih ini..meminta izin dari orang tua saya. Mungkin saya tidak bertuah seperti sahabat saya:)



Hasrat keempat..banyak sungguh hasrat saya...huhu..namun paling
 penting seeorang itu menghargai kedua orang tuanya..dan menerima orang tua saya seadanya...

Syarat 1: Seseorang itu mestilah solat 5 waktu sehari. Sebijak-bijak manusia jika tidak solat 5 waktu dia adalah manusia yang bodoh dan rugi namun inilah permata yang sukar di cari..