Thursday, July 8, 2010

Jika Kita HidUp MenyusahKan Org Lain...Allah daa Gezek kita pon xkan idup SenanG

Tatkala membaca kiriman email seorang teman.....
Aku merenung sedalam-dalamnya..
Ada benar di sebalik mesej yang ingin disampaikan...

Melihat pemergian orang tersayang seorang teman..
Syukur Alhamdullillah aku masih boleh melihat wajah orang tuaku setiap hari..
Reason yang kukuh kenapa aku berulang alik..
Sepuluh tahun sekian lama terpisah dari mereka..
Mengutip sisa-sisa pengalaman di tempat orang..
Akhirnya sirih pulang ke gagang...

Kebanyakan pasangan yang belum berkahwin tiada masalah memberi wang saguhati kepada orang tua mereka..betul kan??
Mak cakap apa yang berkenan...pasti tertunailah hajat..

Tetapi apabila berkahwin..wang saguhati semakin hari semakin susut...lama-kelamaan terus dilupai..
Alasan mudah...tidak cukup budget..susu..pampers ...nak bayar pengasuh lagi..duit tak cukup...
Ada yang membuat pinjaman dengan keluarga...
Kenapa sebelum kahwin..si bujang ini boleh hidup senang...boleh membantu keluarga...tidak pernah kata duit tidak cukup...
Kenapa selepas berkahwin...kena buat pinjaman..idup kais pagi makan pagi..kais petang belom tentu leh makan...

Mungkin aku tidak lalui semua ini..maka senang lah berkata-kata
Bagaimana kamu mengendalikan bahtera itu penting..kamu nakhoda...
Jika kamu mampu merokok...for sure kamu tergolong dalam golongan orang senang...
Kamu tidak kisah membakar duit kamu...sedangkan duit itu kamu boleh hulurkan kepada orang tua kamu...paling mudah..duit itu kamu boleh guna untuk membayar loan kamu...membeli pampers anak..susu
Sebulan RM 100 jika didarab setahun...RM 1200...daa lepas untuk bayar road tax kereta...
Kamu dengan bangga menghembus asap rokok dan bangga hidup sebagai penghutang...
Dalam kepala daa setting [cukuplah hidup macam ni]....
Kalau susah ade orang akan tolong...
Sampai bila kamu mengharap pelampung????
Selagi pelampung itu masih adakah???

Tidak hairan jika kamu hidup senang...tidak membebankan mana-mana pihak
nak hisap rokok satu lori pon tak kisah...

Orang tua kita tidak pernah mengharapkan duit anak-anak..
Jika kamu memberi RM 10 setiap kali pulang ke kampung..
Percaya atau tidak orang tua kamu pasti akan memberi wang itu kepada cucu mereka..malah berkali ganda..



"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan nita kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula...DOA MEREKA MUSTAJAB...Harapan mereka kenyataan.Kasih mereka bekalan.Benarlah sepertimaa sabda Rasullullah s.a.w keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa"

Cukup memberi setakat mana kita mampu...seikhlas hati...Jika membuat pinjaman cuba settlekan selagi kita terdaya...Sama ada yang single atau berkahwin...cuba handle kapal .jangan meminta-minta..kekadang belanja aweks boleh...tapi balik rumah minta kat mak lagi...Sepatutnya kena belanja mak la ...Jika kita biarkan kapal kita karam..maka karamlah ia...

No comments:

Post a Comment