Monday, December 12, 2011

Warkah

Buat DIA yang bernama sahabat.

Sentiasa ingat,bila engkau ditimpa ujian oleh Allah, ada rahsia
disebaliknya yang Allah SWT sahaja yang lebih mengerti.Ketika itu kau
adalah insan yang tepilih untuk menerimanya, maka carilah kekuatan
dalam dirimu. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.KERANA Allah sekali-kali tidak pernah
jemu mendengar rintihan hambaNya,Allah itu Maha Mendengar.Dekatkanl ah
dirimu dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam,yang memegang
hati-hati kita.

SESEKALI BILA DATANG GELISAH DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru lambang
ketenangan.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di
dalamnya.Begitu juga dengan kehidupan kita,riang dan ketawa tetapi
hanya Allah yang mengetahui rahsia disebaliknya. .

SESEKALI BILA DATANG KECEWA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,airnya tetap setia mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Jadikanlah dirimu seperti air yang
tidak pernah putus asa dari rahmat Allah itu.

SESEKALI BILA DATANG HIBA DIHATIMU KERANA UJIAN ITU…….
Alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,di sana tersimpan segala rahsia
penciptaan Rabbul Jalil Yang Maha Berkuasa.Sedar dan sentiasa ingatlah
bahawa Allah sentiasa bersamamu.Allah memilihmu kerana Dia amat
mencintaimu dan pasrahkan dirimu kepadaNya kerana hanya Allah sahaja
yang lebih tahu akan rahsia ujian yang menimpamu.

SESEKALI BILA DATANG KESEPIAN KERANA MERASA DIRIMU KESEORANGAN KERANA UJIAN ITU…….
Bayangkanlah wajah saudara-saudaramu di atas jalan dakwah ini, ingatlah
bahawa kami sentiasa bersamamu dalam doa rabitah kami…….



No comments:

Post a Comment