Saturday, December 17, 2011

Noktah

Hari ini pagi damai..
Raut wajah itu bercakap tenang..
Satu persatu di huraikan..
Mungkin sudah tiada tangisan.
Mungkin tidak perlu beratkan kepala lagi..
Mungkin begini caranya begitu caranya di sini...

Logik atau tidak ..
yang 10% itu dikatakan baik...manakala 90% dikatakan jahat..
Logik atau tidak ..
Yang melahirkan dan memelihara dikatakan tiada hak..
Logik atau tidak..
Yang baru dikenalinya diagung-agungkan..
Di sini cuba beri yang terbaik..
Tetapi sedikit pon tidak pernah kamu syukuri..
Malah  takbur dengan apa yang kamu ada sekarang..

Dalam Al-Quran telah dinyatakan penuh lengkap..
Terpulang kepada kamu untuk memilih jalan yang mana..
Jika ada 9 akal pon tetapi macam tiada akal..pon tiada gunanya..
Kamu menyakiti nya berulang-ulang kali..
Tanpa sedikit pon rasa penyesalan..

Dari awalan memang ada perancangan..
mencetus provakasi sehingga menggegarkan jiwa raut wajah ini..
Tetapi kamu lupa sesungguhnya ALLAH juga ada perancangan..
Hari ini kamu gembira..
Hari ini kamu berasa bangga...
Tetapi kamu lupa..suatu hari nanti..
Kamu bakal menjadi seorang bapa..
Kamu bakal menjadi seorang ibu...
Jika tanggungjawab terhadap raut wajah ini..
Kamu gagal..
Apatah lagi..tanggungjawab besar..

Jika si raut wajah ini bising dalam memberi nasihat..
Sepuluh telinga yang sama...
Kenapa semua boleh berfikir..
Melainkan telinga kamu dikimpal..
Mereka diletakkan di posisi yang tidak sepatutnya..
Bila ada huru-hara mereka ini yang di cari..

Belanga rosak...buat apa nak repair..
Tampung pon...tapi jika tukang masak tu pon jenis perosak..
Tetap akan rosak lagi..

Jangan bercakap tentang ISLAM..jika
Ilmu baru sejengkal...
ISLAM tidak mengajar memutuskan silaturahim..
ISLAM tidak mengajar berdusta..
ISLAM tidak mengajar kurang ajar..
Kamu memang tidak layak untuk bercakap
Dan sememangnya tidak layak..

Semua ada tekanan..
Manusia mana tiada masalah..
Ego..menyusahkan orang..
Akal cetek...Sanggup mengadu pada orang..
Sanggup lagi dengar nasihat orang..
Dari mengadu pada Pencipta..
Tidak semua cerita boleh dikongsi..
Ya...
Kongsi dengan orang lain..
Orang lain tahu ke cerita sebenarnya..??
Biar orang menganiaya kita..
Kita jangan aniaya diri sendiri..
Tuhan tidak tidur..

Akal yang satu ni boleh berfikir..
Berbanding akal yang sembilan..
Buat apa nak rosakkan diri...
Musnahkan masa depan sendiri..

Hari ini kamu suka..
Esok belum pasti lagi..
Hari ini semua kamu ada..
Esok belum pasti kepunyaan kamu..
Hari ini disini kamu meminta-minta..
Esok kita tengok apa siapa kamu tuju..
Hari ini kamu menyakiti semua orang..
Esok kita tengok hati siapa pula..
Hari ini kamu puas..
Esok giliran sini akan tersenyum puas..
Sampai hari ini di sini menyokong..
Esok tengok sampai bila sana boleh menyokong..
Hari ini tanggungjawab kanan kiri 100% gagal
Esok tengok tanggungjawab mana yang lulus.

Burung gembala kerbau..terbang tinggi..
Akhirnya hinggap belakang kerbau..
Warkah rasmi itu akan diselak kembali..
Bait-bait bicara akan diputarkan..
Terimalah natijah itu suatu hari nanti..
Kali ini si sini takkan biarkan..
Hati raut wajah usang ini..
Diprovokasi..
Disakiti..
Dihina..berkali-kali..
dek manusia hati hitam seperti kamu-kamu..

Syurga itu dibawah tapak kaki raut wajah usang ini..
Bukan di bawah tapak kaki kamu..
Hidup kamu selama ini tidak pernah senang..anehkan..
Sebab kamu tidak pernah senangi hati nya..
Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment