Monday, December 26, 2011

Penutup Tirai 2011

Semua orang mempunyai jalan cerita..
Setiap jalan cerita yang berbeza..
Ada gembira ada kedukaan..
Ada gembira tidak selamanya..
Ada kedukaan hanya sementara..

Bumi mana tidak ditimpa hujan..
Manusia mana tidak ditimpa ujian..
Kadangkala ada tersurat dan tersirat..
Ada misteri dan hikmah..
Ada pengajaran dan pedomen..
Ada kesabaran dan ketabahan..
Ada   kesedaran dan kesungguhan..

ALLAH sentiasa bersama kita...
ALLAH tidak mahu kita bersedih..
Kita hanya sementara di dunia ini..
Kadangkala kita takbur..
Kadangkala kita ingkari..
Kadangkala kita lupa..
Kadangkala kita lalai..
Kadangkala kita tidak bersyukur apa yang ada..
Sesekali ALLAH bagi musibah..
ALLAH mahu kita bermanja denganNYA..

Calendar kian bertukar wajah..
Hari semakin hampir..
Memburu azam baru di tanah tinggi..
Melakar kata-kata dilangit biru..
Melastik harapan pada kerlipan bintang..
Memetik semangat pada embun pagi..
Berjuang untuk bangun dan berdiri teguh..

No comments:

Post a Comment