Monday, August 29, 2011

Di Penghujung Ramadhan

Tahun ini raya bersederhana..
Tak kalut nak bertempik ngan si cilik berdua tu macam tahun lepas.
Kerana tahun ni giliran mereka masing-masing di rumah mertua..
Sorang lagi beraya di dalam hutan..

Mak depan cermin dok bergaya dengan baju rayanya..
Petang ni nak pakai katanya..

Hari ini terasa sayu..ramadhan dah nak pergi..
Masa ramadhan nak datang..berdebar-debar ja tunggu..
Alhamdulillah tahun ni dapat panjang bersama ramadhan..
Kalau bole ikat ramadhan..mesti makde ikat ..xnak ramadhan pergi..
Malam akhir makde sempat dengar tazkirah ...

Istimewanya ramadhan...ia datang di dalam pakej..
Nape ya??
Kerana terawih kita berkunjung di rumah ALLAH hari-hari.
Selepas terawih kita berkesempatan mendengar majlis ilmu tanpa paksaan..di mana pahala nya sama dengan 1000 pahala solat sunat..
Kerana ada malam qiamuallail di mana ketika itu satu malam malaikat semua turun..
Satu kebaikan  yang kita lakukan di balas dengan 70 pahala.
Bulan di mana ALLAH beri kita pahala percuma..
Bulan di mana semua syaitan ditambat dan kita mudah melakukan semua kebaikan tanpa hasutan..

Sayu hati..
Adakah selepas ini kita akan mengunjung rumah ALLAH seperti ramadhan?
Mendengar majlis ilmu?
Syawal adalah hari kita meraikan kemenangan semasa berpuasa..
Berpuasa menahan diri dari dunia kebendaaan..
Moga ramadhan kali ini terus memberi sinar..
Istiqamah ke arah kebaikan..


Pertemuan dan perpisahan..
Ramadhan kau datang..
Dan kau akan pergi jua..

Perginya imam muda..
Tiada lagi suara merdu..
Yang mengajak kita..
Merindui ALLAH...

Hati ini pernah berbisik..
Hati ini pernah bebal..
Hati ini pernah merungut..
"Lamanya tok imam ni baca"

Akhirnya..
Hati ini faham..
Hati ini belajar..
Jika begitu cara nya belajar dengan tok guru..
Begitu lah cara pembawakannya..
Ustaz ada berkata..
Di Mekah jemaah menangis kerana menghayati surah yang di baca..
Tetapi
Di Malaysia jemaah menangis bukan menghayati tetapi kepenatan..

Ustaz sempat memberi tip2 untuk menguatkan ingatan...mana2 yang mudah..jadikan sebagai amalan..
1. Sentiasa dalam keadaaan berwuduk..
2. Sentiasa selawat dan berzikir..
3. Bangun di tengah malam..solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat..
4. Bersugi..
5. makde xingat..hehe..

Nak menghafal ..waktu pagi selepas subuh...apa-apa yang kita nak buat niat kerana ALLAH..insyaALLAH ALLAH permudahkan..

Bagi makde ramadhan itu istimewa..tersirat dan tersurat..sangat istimewa..

Salam Ramadhan..
Salam Syawal..
Salam Silaturahim..

No comments:

Post a Comment