Tuesday, September 28, 2010

Lambaian Kaabah

" Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya ALLAH hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian-Mu yang tiada sekutu bagi-MU"


Ya Allah, perkenankanlah doa hambamu ini agar aku menjadi yg terpilih menjadi tetamuMU Ya Allah..

Keluarkanlah aku dari kegelapan ke cahaya yang terang benderang......Puaskanlah aku dengan anugerah yang telah yang berikan...berkatilah untukku atas semua yang engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa-apa yang hilang dariku dengan kebajikan dari-MU 

Ya Allah,
aku memohon kepada-Mu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu bencana kepadaku melainkan apa yang telah Engkau tetapkan. Aku memohon ilmu yg berfaedah, hati yang sentiasa kusyuk, lidah yang selalu menyebut namaMu, limpah kurnia rezeki yang halal dan baik, amalan yang soleh yang diterima. 

No comments:

Post a Comment