KAYA tidak SEmestinya SENANG.............
Sekadar untuk bacaan....
"Perhatikan olehmu sekalian, sesungguhnya perdagangan itu di dunia ini
adalah sembilan dari sepuluh pintu rezeki" ( HR Ahmad ).
Kawan aku. Mai besembang dengan aku pasai MLM. Aku terus terang kurang
minat sikit MLM ni atas alasan aku sendiri. Tapi aku tak bantah, aku
setuju bahawa MLM memang cabang perniagaan. Cuma aku ada alasan
tersendiri untuk belum lagi ke arah MLM. Jadi, kawan aku tadini
keluarkan hadis kat atas.
Aku sengih.
Aku tanya balik, lagi satu pintu rezeki tu datang dari mana?
Dia jawab, makan gaji la - macam hang!
Aku tanya balik, kalau makan gaji tu satu dalam sepuluh pintu rezeki,
habistu orang fakir miskin dan kurang upaya yang pintu rezekinya
sepanjang masa mengharapkan duit zakat & fitrah tu... temasuk dalam
sembilan tadi ka?
Dia tak sengih, tak masam. Tatau nak jawab camana kot?
Aku tanya balik, apa alasan hang kata makan gaji macam aku ni bukan
beniaga?
Dia jawab, ya la.. aku tadak risiko macam orang meniaga. Tadak untung,
tadak rugi. Meniaga mesti ada untung ada rugi. Rajin lebih, untung
lebih, dok saja, untung kurang, silap-silap rugi. Aku yang makan gaji ni
katanya malas pun dapat duit, rajin pun dapat duit.
Aku cakap kat dia balik, kalau macam tu, makan gaji lagi untung dari
meniaga!
Aku nampak muka dia dah semacam serabut sikit. Aku pun teruskan
petanyaan aku balik, ada ka hang jumpak hadis atau mana-mana hujah yang
mengatakan satu lagi pintu rezeki yang last tu adalah makan gaji? Dia
kata tadak.
Aku kata kat dia, aku pun tak jumpak. Aku tanya jugak tok-tok alim
sekeliling aku ni, depa pun kata tadak.
Jadi, sapa yang kata makan gaji tu bukan salah satu cabang perniagaan
yang termasuk dalam sembilan dari sepuluh pintu rezeki tu? Dia kata
tatau. Aku kata, aku pun tatau.
Aku pebetoi kerusi bagi ruang pelayan kedai letak jus tembikai depan
aku. Sembang ngan orang MLM ni selalunya depa belanja. Kalau aku, teh o
suam saja.
Aku sambung balik tanya. Konsultan yang dok nasihat orang tu beniaga ka
makan gaji? Dia kata beniaga.. Ok. Aku tanya lagi, orang bayaq kat dia
macamana? Ikut la, kadang-kadang "manhour", kadang-kadang "manday",
kadang-kadang kontrak. Ikut syarat la, katanya.
Aku sedut jus tembikai pelan-pelan. Manis. Sedap. Free.
La ni, aku sambung, kata la aku jadi konsultan hang, kontrak aku ngan
hang cakap hang kena bayaq kat aku bulan-bulan sekian-sekian banyak. Aku
meniaga atau makan gaji dengan hang? Dia jawab, aku meniaga la. Sebab
aku konsultan.
Aku konsultan, aku tak dikira makan gaji. Tapi kalau aku kerja bawah
dia, aku makan gaji.
Ok, hujah dia kata makan gaji tak untung tak rugi. Hujah aku kata, makan
gaji pasti untung, tak akan rugi. Macamana? Untung makan gaji?
Aku katakan makan gaji ni jugak cabang perniagaan sebab aku menjual
skill dan pengetahuan aku pada syarikat dengan kontrak pembayaran yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Gaji bulanan. Untungnya aku
ialah bilamana syarikat membayar bonus. Untungnya aku, balik rumah pukul
lima tepat, lepak dengan family, borak ngan kawan-kawan. Esok pagi start
kerja pukul lapan. Hujung minggu Sabtu Ahad, buat la apa yang aku nak
buat.
Cukup bulan gaji dapat.
Ya la, tapi gaji dok banyak tu saja, katanya. Aku jawab balik, gaji
banyak tu sebab hang dok banyak tu! Macam meniaga yang hang faham. Kalau
hang dok jual kat lima orang pelanggan saja, sampai bila-bila hang dok
dapat banyak tu. Nak untung lebih sikit, keluar modal sikit tambah
produk untuk tambah pelanggan.
Sama macam makan gaji, kalau aku tak tambah ilmu, tak tambah skill,
camana nak naik gaji? Appraisal pun skor cukup-cukup makan, sapa nak
bagi lebih? Pi ambik sijil profesional, ambik diploma, ijazah, master.
Jual la skill dan pengetahuan aku kat syarikat-syarikat lain pulak
dengan gaji lebih tinggi.
Sapa kata gaji aku dok banyak tu saja?
Dia diam.
Aku sambung, aku balik rumah, aku happy. Gaji tak cukup, aku keluar
modal tambah skill, lompat syarikat lain kalau syarikat sekarang tak
iktiraf skill aku untuk dinaikkan gaji.
Tapi la ni susah cari kerja, katanya cepat.
Awat, sekarang ni senang dapat bisnes? Pintas aku balik.
Dia diam balik.
Bezanya antara aku dengan hang ialah, meniaga aku ni rugi tak banyak,
meniaga hang tak tentu lagi balik modal!
Tapi, dia pintas lagi, kalau tiba-tiba kena buang kerja? Nak makan apa?
Aku jawab balik, habis tu meniaga yang tiba-tiba kena kencing tu? Habis
semua simpanan pinjam kulu kilir buat modal hangus semua? Hang nak buat
apa? Yang pastinya hang boleh mai makan biskut lagi ngan aku sebab aku
ada KWSP, ada saving, dan pampasan dari majikan.
Dia resah.
Aku sengih. Aku cakap terus terang kat dia. Aku meniaga jugak. Customer
aku sekarang adalah syarikat yang aku kerja sekarang. Kontrak aku dengan
dia adalah selama syarikat ni ada. Perjanjian pembayaran mengikut bulan.
Kontrak menjanjikan pertambahan pembayaran kepada khidmat aku setiap
tahun berdasarkan appraisal. Aku 'rugi' kalau bonus aku dapat sikit,
atau tak dapat lansung. Tapi yang pastinya, modal aku tetiap bulan dapat
balik dengan sedikit margin keuntungan.
Aku sambung lagi. Aku nak kelam kabut buat dua tiga kerja dalam satu
masa ni untuk apa? Tambah pendapatan? Apa lagi yang aku nak? Kaya? Untuk
apa? Balik kerja serabut kelam kabut nak kena cari downline pulak. Nak
maintain lagi. Silap gaya tak jalan downline aku, dok nak kena cari
sponsor lagi untuk depa. Kalau dah bejaya, dok nak kena attend seminar
bagi motivasi pulak satu Malaysia - family semua tatau nak jadi apa.
Kalau aku tak kerja, memang aku buat benda ni, sebab aku tadak sumber
pendapatan. Tapi sekarang aku meniaga - makan gaji, dan keuntungan yang
aku dapat ni cukup untuk menjadikan aku lebih hebat dari kaya; aku dah
senang!
Aku hirup sampai habis jus tembikai depan aku.
Aku sambung balik. Kaya tak semestinya hang akan senang. Tapi kalau hang
senang, hang dah tak perlu jadi kaya!
Aku sengin.. Dia sengih.. kami sembang bab Zinedine Zidane tanduk dada
pemain Itali pulak lepas tu...
No comments:
Post a Comment