Monday, December 2, 2013

2014 kian menghampiri

Assalammualaikum w.b.t.

Macam dalam mimpi..Sekali buka mata ..Macam tak percaya bulan baru dan tidak lama lagi tahun baru maka umur pon baru..

Bila umur kian meningkat itu petanda kematian semakin menghampiri. Bila direnung kembali kisah mimpi itu membuatkan diri masih lagi insan kerdil..berusaha untuk memaafkan diri sendiri dan masih kembali mencari diri sendiri.

Alhamdulillah walaupon tahun ini adalah tahun tanpa OT.Bekerja dengan gaji basic membuatkan diri menjadi insan yang bersyukur dengan nikmat ALLAH iaitu nikmat bekerja di siang hari dan tidur di malam hari. Bila ALLAH hantar sesuatu ujian itu sebenarnya ALLAH nak upgrade diri kita.Waktu malam adalah waktu yang mustajab untuk kita berdoa.

Tanpa OT juga membuatkan diri mampu terbang melihat kebesaran ALLAH di dasar laut dan jua di puncak gunung..Tanpa stamina yang konsisten al hamdulillah mampu sampai ke puncak mengikut waktu normal. Selamat dari binatang buas. Diselamatkan oleh seseorang ketika di bawa gelora ombak..Mengutip koleksi pengalaman apabila tertelan air laut ketika belajar snorkeling namun tanpa ungkapan apabila melihat kehidupan di dasar laut membuatkan diri teruja untuk mencuba scuba diving jika diberi peluang di masa akan datang.

Tanpa OT juga membawa diri bertamu di rumah ALLAH..tercipta suatu kenangan terindah..mengajar diri bahawa bukan sahaja di Raudhah, Makam Ismail, dan Multazam adalah tempat-tempat yang doanya mustajab bahkan di dalam kamar kecil ini juga mampu menjadi tempat yang doa diangkat jika tidak berputus asa. Rindu sentiasa bertandang.ALLAH akan hantar orang-orang yang baik kepada kita sekiranya kita mahu berbuat kebaikan. 

Pulang dari Indonesia membawa satu perjuangan. Walaupon ada tikanya tersungkur namun bangun semula. Merasai bagaimana Nabi Muhammad S.A.W memperjuangkan Islam dan kesabaran baginda tiada tandingi jika hendak dibandingkan dengan diri yang kerdil ini. Syukur kian di penutup tirai 2013..hanya tinggal 30% untuk menjadi pelengkap. Moga suatu hari jika jasad ini tiada di sini, ia akan menjadi usaha yang berterusan oleh pihak lain. Seperti kata sahabat.."kita ramai tetapi tidak bersatu"," kita bercakap tetapi tidak beramal". Bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang menjadi habit manusia. Bukan mudah membawa yang benar.Terima kasih Ya ALLAH kerana menghantar insan-insan yang terpilih untuk turut serta bersama diri.

Kerjaya untuk tahun ini tidak sehebat tahun-tahun permulaan. Mulut lantang dan gagal mengawal emosi. Ini disebabkan menyimpan terlalu lama dan mengelugai dengan janji-janji yang dilontarkan. Sedaya upaya untuk menahan emosi dan cuba bercakap dengan berhemah. High pressure dan bekerja dalam situasi yang tidak menggembirakan. Saat penulisan ini diri berharap suatu hari nanti ALLAH keluarkan dari ujian ini kerna yakin ujian itu ada tempoh tamatnya.


Moga tahun depan mendapat sentuhan dan hidup ini seceria dan gembira seperti masa-masa lalu. Kerna diri yakin setiap cerita ada penamatnya.

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


 Tahun ini terasa yang amat sangat kerna kehilangan lagi sahabat.
 Sahabat yang banyak membantu dalam perjuangan.
 Terasa separuh sayap patah. Namun percaturanNYA indah penuh rahsia. Semoga diri tabah meneruskan kehidupan kerna setiap jalan cerita kita berbeza.
 
 

 

No comments:

Post a Comment