Friday, December 6, 2013

Cita-cita baru.

Assalammualaikum w.b.t.

Hidup ini macam roda..adakala kita di bawah adakala kita di atas. Suatu ketika dahulu ketika menjadi salah seorang family di tempat ini menjadikan diri cukup bertuah. Rasa ini tempat terakhir untuk berlabuh. Namun ia seperti di pantai di mana ada satu tika ia tenang, ada satu tika ia bergelora.

Seperti kata seorang senior saya, di mana-mana ada cabaran terpulang kepada kebijaksaan kita bagaimana untuk menangani. 

Ketika masing-masing susah menggapai destinasi baru, tinggal diri yang hanya menunggu dan terus menunggu. Ada yang kehairanan kenapa masih tidak bertindak dan ada yang terus membuat spekulasi malah ada yang ketawa serta menyindir memandangkan sekian lama resume tidak dikemas kini.

Membuat sesuatu keputusan, minda perlu memikirkan faktor sekeliling. Jika berkata di tempat baru baru fikir pasal cuti,ia satu idea yang baik tetapi tidak semua tahu aktiviti-aktiviti yang telah dirangka mengikut jadual cuti asal. InshaALLAH semua aktiviti-aktiviti di hadkan sehingga bulan Jun tahun depan. Terikat dengan komitmen luar membuatkan diri hanya mampu untuk bertahan. Boleh jadi jika kita di tempat baru dan kita ambil cuti panjang untuk beberapa program dalam tempoh enam bulan adalah  sesuatu yang tidak logik. 

Pengalaman sebelum ini membuatkan minda berfikir. Di tempat baru tidak semuanya indah. Boleh kita keluar mulut buaya..kita akan masuk mulut harimau..

Sekiranya takdir menentukan, andaikata satu ketika keluar dari tempat ini,maka keluarlah dari bidang ini. Mencuba sesuatu yang baru di cari bukan sekadar untuk tempat persinggahan sementara.

Berharap suatu hari nanti doa diangkat untuk menjadi salah seorang muttawif yang akan membimbing jemaah atau bekerja di belakang tabir untuk urusan umrah dan haji.

Berkenalan dengan salah seorang mutawif  yang menimba pengalaman semasa musim haji yang lalu membuatkan diri ingin mencuba jika diberi kesempatan olehNYA. Entah bila tetapi terdetik di hati,ingin terokai bidang ini. Ia seperti angan-angan mat jenin namun siapa sangka boleh jadi ia menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment