Saturday, November 23, 2013

Muosa

Assalammualaikum w.b.t.........

Muosa..
Adalah anak kelahiran Kemboja.
Seorang anak yang sedang mendidik hati ini...
Untuk menjadi anak yang terbaik.

Jika ditanya siapa ibu Muosa..
"Ibulah ibu Muosa" (merujuk kepada mak saya).
Anak yang tidak mengenali siapa ibu bapanya..
Anak yang musafir di negara ini.

Anak yang menggantikan adik lelaki saya...

Apa yang mak suruh..
"Ya Ibu...nanti Muosa tolong ibu ya.."
"Nanti Muosa cuba buat.."
"Ibu nak Muosa tolong apa lagi.." 
"Kesian Ibu, Muosa tidak tolong Ibu hari ini"

Saat penulisan ini ditaip...sentimental seketika..
Betapa hebatnya anak ini..jika dibandingkan dengan saya..
Betapa kurangnya anak ini..jika dibandingkan dengan saya..

Ya,Sesungguhnya
ALLAH itu menghantar seseorang untuk menyedarkan saya...



Setiap pagi pukul 5.00am..
Tanpa dikejut anak ini bangun sendiri..
Berjemaah di masjid..
Tanpa di suruh..
Sekeliling rumah ini bersih kerana jasa anak ini.
Jauh beza dengan anak mak.. 

"Di asrama Muosa makan 3 hari 2 kali ja..."
Sebak hati..
Sedangkan kita makan sampai tak larat nak telan..

"Muosa tak nak balik Kemboja, Muosa tak dak sapa."



Alangkah untungnya jika saudaraku di sana sedar..
Ibu itu tiada ganti..
Kebaikan mak dan abah tiada tandingan..
Dalam hidup ini..
Mak dan abahlah yang tidak jemu..
Melayan kita..
Mak dan abahlah orang yang paling..
Memahami kita..



 






 

No comments:

Post a Comment