Monday, May 9, 2011

Fasa 2 Calendar 2011

Ketika menanti azan berkumandang..
menanti mesin basuh berputar..

a'argh rini lupa lagi..
mungkin fikiran yang semakin di mamah usia..
asyik lupa ja..
selalu lupa..makan ubat..
macam mana nak sihat..
makan nasi ingat..
makan ubat xingat..

macam mimpi..
bulan berganti bulan..
akhirnya memasuki fasa 2 calendar 2011..
tahun yang dirasakan kurang aku berpoya-poya..
mungkin masa terhad..
mungkin banyak agenda yang menanti..
tiada set destinasi..
hanya menurut fikiran dan kaki melangkah pergi..

tahun ni banyak aktiviti.
boleh dikatakan memenuhi semula aktiviti lama..
sampai senamrobik ku kira belum sempat terjah lagi..
banyak berlegar di fikiran..
kampung angkatku semakin sepi..
mungkin syawal ku menyusul..
jadual padat..
macam-macam nak belajar..
alahai da mcm rebung otak baru nak belajar..
ermm

hidup semakin mencabar..
aku juga semakin tersasar..
adakah aku seperti lalang..
mengikut angin yang melintasi..
ermmmmmm...
aku bukan manusia yang adil..
aku bukan manusia yang hipokrit..

tali yang tersimpul rapi..
kian kendur..
kasih yang bersemadi..
kian terurai..
satu peristiwa demi satu peristiwa..
satu demi satu lidi patah..
menyebabkan penyapu itu kian rapuh..

manusia lantang berbicara..
tapi bagiku manusia itu mungkin hati nya lebih baik..
sebab satu..
kerna dia masih mengingati ALLAH...
berbanding manusia yang lantang berbicara..
tetapi masihkah dia ada waktu untuk mengingati ALLAH..

manusia sering membicarakan 'tidak cukup'
tetapi kenapa rezeki di depan mata kita tidak pernah hargai..
manusia sering membicarakan kelemahan orang lain..
tetapi kenapa kita tidak muhasabah diri melihat akan kelemahan diri kita..
manusia sering membicarakan keburukan orang lain..
tetapi kenapa kita tidak melihat keburukan diri kita..
manusia o manusia..
seandainya tidak jujur pada pertama kali di dalam pertuturan/perbualan..
sikap itu tidak akan terhenti..
pasti ada kedua..
pasti ada seterusnya..

ALLAH aku memohon kepadamu Zat agar mulutku tidak jahat..
Zat dari menabur fitnah..

Biarpon ada musuh-musuh di sekeliling ku..aku percaya padaMU ya ALLAH..
Sesungguhnya engkau MAHA menguji lagi MAHA penyayang.....
Lindungilah aku dari mereka yang berhasad dengki..
Peliharalah mereka yang selalu membantu ku Ya ALLAH..
Mudah-mudahan ikatan siraturahim yang ada kekal selama-lamanya..

No comments:

Post a Comment