Sunday, September 21, 2014

Hadiah yang kreatif dan menguntungkan.......

Assalammualaikum w.b.t

Dulu masa umur 23 tahun masa pergi kenduri kawan-kawan ingat lagi mesti cari set glass. Zaman tuh kalau set glass harga RM 30 pon kira mahal dah jika nak dibandingkan sekarang.

Tahun 2009 sebelum berpindah ke balik menetap ke kampung,dah ada bunga-bunga..dah start hadiah telekung untuk sahabat-sahabat yang terdekat.

So sweet bila depa kata "kalau sembahyang mesti ingat dengan hang dan doakan tuk hang".

Musa anak angkat abah merangkap adik angkat  juga pernah berkata.

"Jika kak nak hadiah dekat orang, baik kak hadiah sesuatu yang boleh menguntungkan kak".

Sekarang ni musim kenduri so mana-mana yang dok masih penin lalat dok cari hadiah boleh fikirkan hadiah-hadiah berikut. Mungkin boleh present juga tuk hari lahir or hadiah perpisahan.


1. Ayat-ayat Al-Quran- Perhiasan dinding.
 Untuk pengantin baru, mesti diaorang akan move masuk rumah baru. So nice jika ada ayat-ayat Al-Quran.


2.Cermin.
Ni favourite hadiah coz cermin  bila someone tu tengok cermin dia akan tengok diri dia balik..

Cermin wajid ada terutama wanita cukup suka bila ada cermin tambahan cermin yang boleh nampak dari atas ke bawah.



3.Sejadah
Bila masa kenduri atau akad nikah, hantaran selalunya satu untuk wanita dan satu untuk lelaki. Jarang kita tengok ada dua set or tiga set.Sejadah ni hadiah yang sukar tuk lupus.

Buktinya sekarang travel mesti bawah sejadah yang dapat hadiah tajwid ..masa tu umur 12 thn..bayangkanlah bapa lama dok usung sejadah tu...

4.Telekung
Selalunya mesti pengantin lelaki akan bagi satu set dekat pengantin perempuan. Tapi aku ada bagi jugak tuk bos aku sekali sejadah besar tok imam.

Telekung ni ada high sentimental value. Selalu hadiah kat adik beradik dan kawan-kawan.Tiap-tiap tahun raya tak bagi kain sut, baju mahupon tudung dekat adik beradik tetapi bagi telekung. Sebab selalu orang cari baju raya..tudung raya ..jarang orang cari telekung raya......
 
Suatu hari ada pass telekung lama wakaf punya dekat seorang anak buah aku.

Begitu seronok anak buah aku.
"Terima kasih cik, terima kasih cik..moga ALLAH merahmati cik."

Nota: Telekung lama...bukan telekung baru.


5.Papan Rehal.
Ni pon ada sentimental value...sebab selagi anai-anai tak makan..selagi tu tak reput..Dulu masa kecik-kecik mana ada pernah tengok papan rehal macam ni..

Latest present from me:

Sekarang ni zaman tak macam dulu..Masukkan dalam beg.Habis cerita..tak perlu bungkus bagai .



 
 
  
Ni lagi maleh nak tulis..pin je.

6. Tasbih
   Tasbih dan me berpisah tiada.
   Sekarang duk search tasbih..mahal dekat Malaysia..Kalau tau dulu borong siap-siap dekat Mekah..Lawa pon lawa..Kalau hadiah 10 urat ok la..tetapi kalau masuk 50-100 kena search..search..
Dulu travelling beli FM and keychain...lani dah tukar cari tasbih.


Selalu kita buat simpanan ASB dan Tabung Haji, tetapi bila kita mati..wang itu akan dapat dekat waris kita...bila kita bagi hadiah-hadiah sebegini...selama mana mereka menggunakannya...selagi itu bonus itu akan masuk dalam saham akhirat.


***********
Sesiapa yang berminat untuk wakaf telekung,sejadah, al-quran,papan rehal, buku-buku agama mahupon wang ringgit di Masjid Al-Fateh Kedah..
Anda boleh kirimkan wang or drop item dan saya sedia membantu...
email:
ikeda8201@yahoo.com.

Renung-renungkan dan selamat beramal. 
 SEDEKAH YANG KREATIF..
 
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan msg ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain. seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.



No comments:

Post a Comment