Saturday, September 21, 2013

Melihat KebesaranMU di bawah langit biru- Mulu Pinnacles.......

Assalammualaikum w.b.t

Kembara kehidupan diteruskan. Setelah sekian lama bercanda dengan Mr Google dan akhirnya.

Melihat cuaca yang tidak menentu maka tiada sebarang harapan  diletakkan dan hati terus berdoa mudah-mudahan jangan sesekali berputus asa.

Pertemuan kali ini seperti reunion kerana ia menggabungkan semua team wanita yang terlibat dengan ekpedisi Gunung Kinabalu 2012.

Team Semenanjung : Saya, Eli, Zaina, Kak Ain, Kak Lia, Kak Bib dan Kak Ila- semua wanita.

Team Sarawak :  Jo,Nafisa, Halimah, Muali, Hazata, Zambri dan Morshidi.

Dua team bergabung menjadikan keseluruhan 14 orang peserta.











1. Memandangkan kesan bebanan di KK masih terbawa-bawa maka keputusan diambil untuk membawa pakaian asas sahaja. Baju sejuk tinggal di Mulu Park.Namun ada pro dan kontra, kerana ketika malam menyapa,sejuk yang terlampauan. Terpaksa memakai dua pasang t-shirt,seluar,stocking dan glove. Namun malam terakhir makan dua biji panadol untuk memanaskan badan kerana pakaian basah dan lembap.

2. Dua malam di Camp 5 tidak boleh tidur walaupon turun dari mendaki. Semua diam dan kaku di tempat tidur masing-masing. Walaupon keadaan tempat yang terbuka namun alhamdulillah nyamuk tiada.

3. Pacat jangan sesekali disebut kerana ketika datang tiada seorang pon kena pacat tetapi ketika pulang sakit bukan kepalang digigitnya,bukan seekor bahkan dua ekor.Itulah pacat hutan.

4. Ketika menaiki boat-hati tertanya-tanya adakah Sungai Melinau ini mempunyai buaya tetapi jika difikir secara logik takkan mereka hendak membawa kami jika sungai tersebut berisiko. Melihat masih ada  menggunakan air sungai untuk  keperluan kehidupan seharian mereka. Teringat zaman kanak-kanak,mandi dan membasuh di sungai.




5. Ketika hendak memulakan pendakian,sumbat ke dalam beg,biskut satu bekas, roti sebungkus, bihun  goreng sebungkus dan 2 biji epal namun ketika sampai ke puncak, epal juga yang dicari. Terasa nikmat yang sukar diungkapkan. Yang lain tak pandang termasuk cokelat. Beli 4 bar cokelat namun hanya 1/3 suku dari 1 bar sahaja di gunakan.

6.Banyak gua diterokai dan perlu banyak berjalan. Ketika di dalam gua, hati terfikir..Adakah di sini ada juga kehidupan lain. Air sungai jernih dan sejuk sekali. Terpesona dengan setiap keajaiban di depan mata yang tidak pernah dilihat sebelum ini.Bau menusuk di hidung mungkin kerana tulang-tulang manusia. Satu ketika dahulu gua adalah tempat tinggal manusia ketika zaman Neolitik. Dan gua juga dijadikan tempat kuburan di mana tulang-tulang manusia disimpan dalam periuk tanah dan diletakkan di sini.



7.Tapak kasut pecah dan terkulai di 1.8m ketika turun. Ini menandakan batu-batu di sini tajam. Tangan luka sebab pegang batu ketika menahan badan.Tapak yang rosak membuatkan terpaksa mengesot perlahan-lahan dan bergantung sepenuhnya pada batang pokok untuk berpaut.

8. Ketika turun ada terfikir di dalam kepala hutan ini ada ka harimau. Sebelum berpaut pada batang pokok, kepala mesti mendongak tengok sebab takut ada sang ular. Semasa memegang akar-akar kayu dan melihat lubang-lubang pada akar kayu membuatkan kaki cepat-cepat mengesot turun. 

9. Saya,Eli dan Kak Bib adalah peserta yang di tengah-tengah,berjalan seorang-seorang tanpa Guide. Saya mungkin bernasib baik kerana di hadapan, di belakang saya Kak Bib. Namun Eli tidak bernasib baik kerana ditinggalkan jauh oleh Kak Bib. Kak Bib merapati saya ketika 500meter.Ketika itu jam 4.30 petang hujan lebat dan hutan kegelapan. Perasaan Eli keseorangan di dalam kegelapan dan hujan lebat boleh saya rasai kerana di belakang dia tiada orang.

10.Di Mulu kebanyakan tandas tiada paip atau cebuk. Kami yang kreatif ambil botol mineral besar dan potong untuk dijadikan cebuk. Jika mana-mana team yang berhajat ke Mulu, bawa paip getah 1 meter atau cebok..Wakafkan di tandas-tandas di sana. 

11. Ketika di Penginapan di salah chalet  yang berdekatan Taman Negara, riuh sekampung waktu subuh sebab tiada elektrik dan air. Mereka guna generator. Tiada notis bahawa malam tiada elektrik dan air. Pihak chalet sepatutnya menyediakan satu baldi di dalam tandas untuk kami menadah air sebelum generator dihentikan untuk kegunaan kecemasan. Mana-mana team jika ke sana boleh membawa seorang satu baldi. Sekurang-kurangnya ada kenangan.

12. 16 September 2013 tercipta sejarah apabila cuaca buruk dan Maswings terpaksa membatalkan penerbangan pada hari itu. Semua jadual terpaksa dirombak. Ketika itu Kak Ila berkata pasti ada hikmah di sebaliknya dan semak balik zakat. Peringatan untuk diri sendiri. Tiada yang merungut. Hikmahnya kami merasa duduk di Royal Mulu Resort. Tabah dalam kesabaran.

13. Jika ditanya mahukah lagi ke Mulu Pinnacles? Jawapan cukup sekali merasa. 

14. Perasaan diri gayat ketika menuruni tangga sebab mata melihat curam yang terbentang di depan mata dan psiko terus ke otak. Kaki sukar untuk melangkah turun sebab perasaan takut. Ketika naik tiada masalah sebab mata hanya memandangkan langkah orang dihadapan. Ketika turun hanya ALLAH yang tahu,perlu fikir sendiri di mana mahu letak kaki dan hari ini terus mencari maklumat teknik-teknik turun dari gunung.

15. Andy Guide kami,mula-mula tengok dia serius ketika briefing namun dia sebenarnya seorang kelakar, kerana tiap kali berhenti dia siap menyanyi dan menari-nari.Terharu di hari terakhir dia masak cucur sayur siap dengan persembahan pinnacles. 

16. Ketika naik saya merapati guide kerana tahu tahap stamina saya dan akhirnya saya barisan di tengah-tengah yang sampai di puncak. Dan ketika turun, stamina saya out sehingga satu ketika saya duduk di batu dan merenung ke hadapan. Berserah sepenuhnya padaNYA.

17. Ketika jam 6.00 petang semua orang berdebar-berdebar menunggu di ruang makan kerana masih ada 7 orang yang tidak sampai di Camp 5. Ini kerana Kak Ain mengalami otot lutut lemah. Kaki Kak Ain tidak boleh berdiri. Ketika mereka sampai satu tepukan gemuruh diberikan.

18. Allahuakbar!!Allahuakbar!!  Alhamdulillah sebab semua 14 orang peserta berjaya sampai di puncak dan turun dengan selamat dan menjadi salah seorang saksi melihat kebesaran ALLAH S.W.T. Terima kasih ya ALLAH!!.



 


No comments:

Post a Comment