Masih ingat bicara Ustazah Rahimah adakala ALLAH bagi kita musibah yang besar dalam kehidupan supaya kita dapat mengenal ilmu tassawuf.
"Cintailah seseorang dengan sederhana, boleh jadi engkau akan membencinya pada suatu ketika. Dan bencilah orang yang engkau benci dengan sederhana, boleh jadi engkau akan mengasihinya pada suatu ketika." (HR At-Tarmuzi). Hadis ini mengingatkan bahawa jika kita mencintai seseorang jangan berlebihan, demikian sebaliknya.
Saya pernah ungkapkan ayat ini pada ex bos saya dulu ketika penerimaan seseorang. Mesti bersebab.
Think positif. Akhirnya siapa sangka dia mampu mengubah diri.
Adakala orang yang pakai jeans lebih baik daripada kita yang berpakaian sunnah.
Adakala orang yang pakai jeans ni lebih dermawan daripada kita.
ALLAH mahu kenal apa itu redha.
Dikala
terasa putaran hidup ini dibawah, ada sesuatu yang mengetuk minda.
Peristiwa
semalam masih segar. Longlai dan tidak bermaya untuk teruskan perjuangan hari
ini. Istiqamah dan terus mencari kelemahan diri.
Ketika
menunggu anak-anak buah membuat GR&R.
Lama benar
tidak menerjah yahoo email. Masuk tersangkut ..
Masuk lagi
tersangkut..password tidak ingat.
Memoriku
rupanya semakin merundum. Reset password.
Ketika
menyemak inbox satu persatu..
Terasa
seperti tangan hulurkan untuk menyelamatkan ku.
Terasa
seperti pelampung dilambung kearahku.
Ayat-ayat
motivasi menerjah masuk..
Ya ALLAH,
Begitu luar
biasa rahmatMU..
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
No comments:
Post a Comment