Assalammualaikum w.b.t
Selamat tahun baru dan moga segala-galanya baru.
Dalam meninggalkan calendar hijrah 1434 bermulalah fasa baru. Ada agenda mampu digapai ada agenda masih menjadi teka teki.
Bila direnung semula kejadian-kejadian yang menimpa diri
terfikir di minda ALLAH mahu diri melakukan sesuatu. ALLAH jauhkan diri dari
mereka tertentu kerana ALLAH Maha Mengetahui dan aturan ALLAH itu lebih baik dan ALLAH
dekatkan diri dengan mereka tertentu
kerana ALLAH mahu memberi ruang dan peringatan demi peringatan.
Adakala kita bergurau tanpa menghormati status seseorang.
Dan kita asyik dengan keseronokan. Jika
mereka ini bersifat sensitif pasti hal-hal yang lepas tidak diungkitkan semula
kerana setiap orang ada kisah hati tersendiri dan hormatilah perasaan mereka yang ada disekeliling.
Adakala kita cuba mengajak manusia ke arah kebaikan namun
niat kita dipandang sepi.Adakala
kita pendam dalam menjaga hati tetapi adakala kita amanah dan jujur
dengan tepikan hati..adakala apa yang disampaikan menjadi prasangka,
adakala menjadi tak dijangka.
Adakala apa yang kita perjuangkan itu tidak bererti.Banyak bicara dan bersikap sepi.Adakala ia sangat melukai hati. Adakala rasa mahu mengundur diri.
Ya ALLAH, jadikan aku manusia yang mempunyai jiwa yang kuat.
Jadikan aku manusia yang mempunyai jiwa yang kuat.
Jadikan aku manusia yang mempunyai jiwa yang kuat.
Ya ALLAH, aku hambamu, anak perempuan hambamu..
Ubun-ubunku dalam genggamanmu,
Hukumanmu berlalu ke atas,
Qadamu ke atasmu adalah adil,
Ya ALLAH,
Dengan nama yang engkau turunkan melalui kitabmu,
Atau yang telah engkau sampaikan kepada seseorang melalui makhlukmu,
Atau yang engkau sembunyikan melalui perbendaharaan ghaibmu.
Kau jadikan AL-Quran
Petunjuk dihatiku.
Cahaya di dadaku,
Penghapus kesedihanku
Penghilang kedukaanku....................
Tunjukkanlah aku jalan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment