Sunday, November 17, 2013

Ilham...di mana Ilham

Assalammualaikum w.b.t.

Masih menunggu ilham datang...
Ilham di mana engkau..
Janganlah engkau hadir di saat-saat terakhir..
Sehingga membuatkan ku bersekang mata..

Photobook kian menuju tarikh mati..
Mengapa ilham tidak kunjung tiba..
Sedangkan masa-masa terluang..
Ku biarkan berlalu begitu sahaja..

Masih tertunggu-tunggu ilham..
Untuk buah tangan buat sahabat..
Walaupon sepi tidak bermaksud..
Ku tidak ambil peduli..

Biar karya kali ini..
Ilham segar dan berbeza..
Konsep berlainan..
Namun apa yang cuba disampaikan..
Biar menjadi ingatan..

Biar karya-karyaku menjadi sejarah..
Biar kali ini yang terbaik..
Tika satu masa karya ku tiada lagi..
Kerna tidak selamanya ku di situ.

Biar satu ketika..
Orang tidak berbicara tentangku..
Tetapi orang berbicara hasil karyaku..
Ilham itu tidak datang dengan mudah..
Ilham itu tidak boleh di paksa..
Ilham itu tidak boleh di beli..
Ilham itu datang dan pergi sesuka hati...........

P/s : terbayang2 satu lagu...cuma tunggu ilham konsep jatuh kedebuq-kedebaq..tunggu jari-jemari menari...








No comments:

Post a Comment