Sunday, June 30, 2013

Lambaian Ramadhan-Mari cabar diri.

Assalammualaikum w.b.t.

Tup tap tup tap..pejam celik..pejam celik..tengok tak lama dah ramadhan kian menghampiri...
"Kejap ja kak kan". kata anak buahku..
"Ermm kejap je".balasku.

Seminggu lagi..
Mak kata 1 hrbln ada majlis kat Masjid...Lambaian Ramadhan.
Insha ALLAH jika ada kelapangan cuba cabar diri untuk hadiri.

Saya suka Ramadhan...
"Makcik tau dak kenapa saya suka ramadhan?"...kataku pada makcik yang selalu setia bersamaku..
"Masa bulan Ramadhan syaitan semua kena gantung, masa tulah kita boleh buat terawih, boleh mengaji, dan boleh bangun tengah malam. Tetapikan makcik selepas Ramadhan, nak bangun tengah malam..boleh kira dengan jari...liat bebenor..."Ermm .

Saya pernah berkata kepada seorang kawan.
"Untung la dapat kerja pagi..kan..seronok la sebab boleh pergi terawih?"

Tapi tak sangka  dapat kerja  pagi dan sekarang sedang berusaha untuk pertahankan. Sebab lagi seminggu sahaja ramadhan. Mungkin sesetengah kata pentingkan diri sendiri dan sekarang rasanya hati tidak perlu lagi pedulikan masalah orang lain. Jika boleh pertahankan cuba pertahankan..Tetapi jika ALLAH mahu uji lagi maka terimalah dengan hati yang redha.

Mampukah tahun ini atasi rekod tahun sebelumnya? Tepuk dada tanya diri.  Sekarang hanya ada masa 30 minit untuk berbuka, bersihkan diri dan solat maghrib. Sekarang ni pon berbuka dalam kereta..Bolehkah? 

Sekarang tunggu Isyak boleh tersandar pengsan...apatah lagi 21 rakaat sedang menanti. Bolehkah mata bertahan? 

Bolehkah bangun pagi? Ini part yang amat mencabar dan sedang berusaha untuk ke arah itu..Berusaha!!

Surat cinta ALLAH, mampukah habiskan..?? 


Dah beli kew pakaian menghadap ALLAH?  Apa tu? Tiap-tiap tahun memang akan sediakan pakaian baru untuk menghadap ALLAH. 1. Masa Ramadhan 2. Syawal.  Walaupon ada sesetengah kata xpa, yang lama masih baru lagi, tetapi bagi diri akan utamakan pakaian ini dahulu walaupon pada hakikatnya dalam almari masih baru sebab tiap-tiap tahun kita mesti beli pakaian baru ...apa salahnya setahun sekali jew kita spend untuk pakaian ALLAH.. sunat dapat pahala lagi..

Bersedekah...Tapikan kalau bersedekah mesti wang biru..apa salahnya kali ini tukar warna kan.. Bersedekah juga tidak semestinya wang tetapi...Bersedekah tenaga....Bersedekah senyuman....
Berapa ramai dikalangan kita yang mengambil berat tanggungjawab sosial  atau tuntutan fardu kifayah? Baru-baru ini berkesempatan solat di Surau stesen minyak dengan tak bawa telekung. Namun Alhamdulillah telekung dalam keadaaan baik. Bila mata perhatikan di sekeliling, amat bermakna tanggungjawab seseorang itu..sehingga diri boleh solat dengan sempurna. Tapi ramai dikalangan kita cakap ini rumah ALLAH...hanya meniti di bibir sahaja namun belum sampai ke hati..Kadang-kadang kita boleh tengok ja sampah tanpa ada perasaan. Bila ada sesuatu berkaitan dengan surau..kita boleh buat  tak tau ja...Mudah-mudahan ALLAH bukakan hati mereka dan bersyukur bagi kita yang terpilih. Amin.

Ada cerita suka, ada cerita duka disebalik tirai Ramadhan namun semua tidak mematahkan hati.
Benar kata orang sesekali kita kena menoleh ke belakang untuk melihat kesilapan lalu  ia dijadikan pengajaran dan peringatan kepada kita semoga  tidak melakukan kesilapan kedua pada hari ini, esok dan seterusnya. Walaupon kita buat baik tetapi  ada orang salah tafsir kebaikan  kita lalu tercalar perasaan kita dan mematahkan semangat..Berbalik kepada ALLAH, buat baik kerana ALLAH dan teruskan berbuat baik selamanya. Tidak perlu tunggu manusia berbuat kebaikan dan kita berbuat kebaikan kerana untuk membalas kebaikan tersebut. Tiada pilih kasih tiada bersebab kerana semua layanan sama dan jika orang lain berada pada kedudukan itu, pasti tangan tetap dihulurkan. Segala sesuatu yang berlaku ALLAH Yang Maha Menentukan..ALLAH bagi ujian..adakah kita akan berhenti setakat ini atau teruskan berbuat baik..,. Bersyukur dikalangan terpilih.

Ramadhan kali ini,..semua berharap baik-baik. Cuba menjadi hamba yang terbaik dan hamba yang mampu mengharungi dengan tenang setiap dugaanNYA. Amin.

No comments:

Post a Comment